Cara Ingin Wakaf (Berhenti) Ketika Membaca Al-Quran


Salah satu daripada tanda kesempurnaan kita membaca Al-Quran adalah membacanya dengan sebenar-benar bacaan.

Dan, di antara cara membaca Al-Quran dengan sempurna pula adalah apabila kita mewakafkan bacaan pada tempat yang betul.

Apa itu wakaf?

Wakaf daripada segi bahasa bermaksud berhenti.

Daripada segi istilahnya pula membawa maksud :

Memberhentikan bacaan seketika ataupun terputus suara (nafas) di hujung atau di akhir ayat.

Dalam Al-Quran mushaf resam Uthmani, ada beberapa jenis tanda wakaf yang ditulis. Tanda-tanda ini biasanya terletak pada pertengahan ayat.

Fungsi wakaf

Fungsi wakaf adalah bagi membantu kita berhenti dan mengambil semula nafas. Berhenti (wakaf) pada tempat yang betul dapat memelihara makna Al-Quran.

Apa kesan jika kita wakaf di tempat yang salah?

Apabila kita wakaf di tempat yang salah, takut-takut kita akan merosakkan kesempurnaan maksud ayat. Dengan kata lain, kita boleh jadi berdosa!

Secara asasnya, tanda wakaf ini dibuat bagi memelihara makna Al-Quran. Apabila kita membaca Al-Quran, kita tahu ingin berhenti (wakaf) di tempat yang sepatutnya.

Pelbagai tanda Wakaf Al-Quran

Di bawah ini, kita dapat lihat beberapa tanda yang biasa dijumpai dalam Al-Quran resam Uthmani. Ada 6 tanda wakaf yang biasa kita dapat lihat dalam Al-Quran resam Uthmani.

Tanda-Tanda Wakaf Dalam Al-Quran

Walaupun telah diletakkan tanda-tanda pada Al-Quran, namun masih ramai lagi yang gagal untuk berhenti (wakaf) dengan betul.

Tanda-tanda waqaf yang selalu boleh dijumpai dalam mushaf resam Uthmani

Apabila berhenti secara semberono, sudah tentu akan mengubah maksud asal Al-Quran.

Kesannya akan mendatangkan dosa. Daripada asalnya membaca untuk dapat pahala, jadi berdosa pula!
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: