7 Langkah Menghafal Surah Al-Kahfi


Menghampiri penghujung zaman, banyak tanda kiamat yang sudah dan sedang berlaku. Namun begitu Allah tidak membiarkan hambanya begitu saja. Malahan bacaan 10 ayat pertama surah Al Kahfi amat digalakkan agar terpelihara daripada segala fitnah dajjal.

Berikut cara yang boleh dilakukan agar dapat hafal surah Al Kahfi :

1. Niat jelas kerana Allah

kita baca dan hafal surah ini kerana Allah s.w.t agar terpelihara dari fitnah dajjal.

2. Jangan mulakan dengan menghafal

Tetapi mulakanlah dengan membaca terlebih dahulu. Baca dengan tajwid yang betul, lama kelamaan akan memudahkan hafalan.

3. Cuba lazimi surah itu setiap masa

Terutama pada malam jumaat untuk baca al-Kahfi. Bila bibir selalu sebut perkataan-perkataan yang terdapat di dalam Al-Quran, ia akan memudahkan hafalan.

4. Dengarkan rakaman bacaan surah

Sebelum tidur, ke tempat kerja atau setiap kali ada masa lapang. Dan secara perlahan-lahan cuba ikut.

5. Mulakan hafalan ulang ayat ke ayat

Ulang satu ayat ke satu ayat kurang-kurang 20 kali. Cuba ingatkan ayat-ayat tersebut.

6. Bila lancar ayat pertama baru pindah ke ayat kedua

Kemudian ulang balik ayat pertama hingga ke dua. Begitulah seterusnya.

7. Cari suasana yang membantu

Target sehari 15 minit sudah cukup untuk mengulang. Tak perlu lama-lama. Selepas solat maghrib misalnya. Cuba hold, pause apa sahaja program masa itu selama 15 minit, demi bagi kesempatan pada hafalan kita.

Biar sekejap masa diambil, asalkan berkualiti dan kita fokus.

Kaedah di atas boleh juga digunakan untuk menghafal surah-surah Al-Quran yang lain. Selamat mencuba kaedah tersebut.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: