Membaca Al-Quran setelah solat fardhu maghrib dan sebelum atau selepas subuh sebaiknya menjadi kegiatan rutin kita. Ini kerana membaca Al-Quran pada kedua waktu tersebut ternyata memiliki manfaat yang sangat luar biasa.
Menurut sebuah hasil kajian mendapati membaca Al-Quran setelah maghrib dan subuh dapat membuat kecerdasan otak meningkat sampai 80%. Hal ini disebabkan kerana terdapat pergantian dari siang ke malam dan dari malam ke siang.
Membaca Al-Quran secara tidak langsung membuat seseorang melakukan tiga aktiviti sekaligus iaitu membaca, melihat dan mendengar yang dapat meningkatkan kecerdasan. Seseorang dapat memiliki ingatan atau hafalan yang kuat disebabkan oleh beberapa hal di antaranya adalah :
1. Membiasakan melaksanakan solat malam atau berqiamulail.
2. Menyedikitkan makan dan minum.
3. Membaca kalammullah dengan melihat mushaf Al-Quran.
Tidak ada bacaan selain bacaan Al-Quran yang dapat meningkatkan daya ingat manusia. Dengan membaca Al-Quran juga dapat memberikan ketenangan kepada seseorang. Selain itu, membaca kitab suci Al-Quran dengan niat kerana mencari redha Allah akan mendatangkan pahala dari-Nya. Sesuatu yang sangat bererti.
Seorang doktor ahli jiwa melakukan kajian yang panjang serta serius di sebuah Klinik Besar Florida Amerika Syarikat, bernama Dr. Al Qadhi, beliau berhasil membuktikan bahawa mendengarkan bacaan Al-Quran dapat membuat seseorang merasakan perubahan seperti :
1. Fisiologis yang sangat besar.
2. Penurunan depresi dan kesedihan.
3. Memperoleh ketenangan jiwa.
4. Mencegah pelbagai jenis penyakit.
Hal di atas merupakan pengaruh umum yang dirasakan oleh beberapa sukarelawan dalam kajian tersebut. Semua itu dapat dirasakan oleh mereka, baik yang boleh berbahasa arab atau tidak. Hanya dengan mendengarkan bacaan ayat-ayat Al-Quran.
Penemuan Dr. Al Qadhi ini ditunjangi dengan bantuan peralatan teknologi terbaru yang berfungsi untuk mendeteksi degupan jantung, ketahanan otot, ketahanan kulit terhadap aliran elektrik dalam tubuh dan tekanan darah.
Membaca Al-Quran mempunyai pengaruh besar yakni mencapai 97% dalam menyebabkan penyembuhan penyakit serta ketenangan jiwa. Hal ini merupakan kesimpulan dari hasil ujian doktor jiwa tersebut.
Pada tahun 1984 telah disampaikan dalam Konferensi Kedoktoran Islam Amerika Utara, dalam sebuah laporan hasil kajian disebutkan bahawa Al-Quran terbukti mampu mendatangkan ketenangan hingga 97% bagi mereka yang mendengarkan kalamullah tersebut.
Begitu besar manfaat yang dapat kita rasakan ketika membaca Al-Quran. Maka oleh itu, marilah mulai dari saat ini kita meluangkan masa setiap hari untuk membaca, merenungi, mentadabburi dan memahami serta mengamalkan isi yang terkandung di dalam Al-Quran.
Paling tidakpun kita membaca kitab suci Al-Quran setiap hari walau hanya beberapa minit dari 24 jam waktu yang telah Allah berikan kepada kita selama seharian. Terutama di kedua waktu tersebut iaitu sebelum atau selepas subuh dan setelah maghrib.
Semoga artikel ini bermanfaat.