Memaparkan catatan dengan label Muhasabah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Muhasabah. Papar semua catatan

Cara Paling Mujarab Agar Sentiasa Mengingat Mati


Mengingat mati...

Seseorang bertanya kepada seorang ulama bagaimana cara paling tepat atau paling jitu atau paling mujarab agar senantiasa mengingat MATI...,

Beliau menjawab... ,

"Cara paling tepat mengingat mati bukanlah lewat perantaraan tinggal dekat perkuburan atau menunggu diberi penyakit, menunggu ditinggal mati orang-orang terdekat dan sebagainya.

Tetapi cara paling tepat agar sentiasa menyedari dan mengingat MATI adalah istiqomah solat berjamaah ke masjid.

Ini kerana seseorang yang istiqomah solat berjamaah ke masjid dengan niat semata-mata hanya kerana Allah, maka ia akan diberi kefahaman langsung tanpa perantaraan dari Allah akan kematian.

Maka dari itu jika ingin melihat orang yang hidupnya sentiasa mengingat mati, lihatlah orang yang suka berulang-alik ke masjid."

SubhanAllah!

Harimau Tak Akan Pernah Memimpin Tikus


Harimau tak akan pernah memimpin tikus.

Jika rakyatnya lurus, maka akan lurus juga pemimpinnya.

Jika rakyatnya adil, maka akan adil pula pemimpinnya.

Jika rakyatnya berbuat zalim, maka akan zalim juga pemimpinnya.

Jika rakyatnya ambil usaha dakwah, maka akan dari kalangan daie juga yang jadi pemimpinnya.

Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu pernah ditanya oleh seseorang;

“Mengapa ketika Abu Bakar dan Umar menjawat sebagai khalifah keadaannya tertib, namun ketika Utsman dan engkau yang menjadi khalifah keadaannya jadi berbeza...?"

Saidina Ali r.a, menjawab;

“Kerana ketika Abu Bakar dan Umar menjadi khalifah, mereka didukung oleh orang-orang seperti aku dan Utsman, namun ketika Utsman dan aku yang menjadi khalifah, pendukungnya adalah kamu dan orang-orang seperti kamu..."

SubhanAllah!

Seorang orang lama dalam usaha dakwah pernah beri bayan. Jangan kamu caci para pemimpin. Pemimpinmu adalah amalanmu. Bila amalan rakyat baik Allah akan angkat pemimpin yang adil (baik juga).

Wallahu a'lam.

Termenung Memikir Nasib Diri Di Akhirat


Tempoh hari masa dalam kelas, saya perasan kawan rapat saya termenung. Dia warga Nigeria. Kami duduk sebelah menyebelah dalam kelas.

"Ada masalah ka?" Saya mencuit bahu.

"Aku tengah berfikir."

"Tentang?"

"Tentang akhirat..." Saya terdiam. Mukanya serius. Tidak seperti gurauan kami macam selalu sebelum ini.

Perbualan terasa serius.

"Apa maksud kau fikir tentang akhirat?"

"Akhirat... Tentang neraka. Syurga. Hisab. Sirath. Dan yang aku bimbang adalah perkara yang paling awal selepas kita mati. Azab kubur!"

"Ya akhi. Banyakkan berdoa seperti yang nabi ajar sebelum beri salam. Berlindung daripada azab jahannam dan azab kubur. Juga kita diajar baca al-mulk sebelum tidur untuk elak azab kubur."

"Aku tahu itu. Tapi... Aku tak tahu perkara mana yang aku buat dalam hidup ini yang menyebabkan aku akan terkena azab. Memang aku solat, aku doa tapi boleh jadi ada dosa yang aku buat tapi aku tak sedar. Dan itu yang menyebabkan aku diazab."

"Betul. Tapi kita juga yakin Allah terima doa kita. Bahkan peluang meraih keampunan terbentang dimana-mana."

"Memang Allah itu maha pengampun, namun tak semudah itu kita berlepas tangan mengambil mudah soal dosa."

Kata-katanya membuat saya akur.

Semuanya akan dihisab oleh Allah. Walaupun sekecil-kecil perkara.

Dalam diam, kerisauan teman saya membuat saya ikut berfikir. Ikut risau.

Allahu Allah. Ternyata rasa risau ini yang mendiami sanubari para sahabat baginda rasul. Sehingga amalan mereka yang dahsyat itu tidak membuat mereka terkecoh. Mereka tidak merasa selamat daripada azab Allah. Walhal, siang hari mereka berpuasa. Malam mereka berqiamullail menunduk diri pada Allah. Bahkan sebahagian mereka sudah dijamin syurga.

Dimana kita dengan mereka sehingga kita boleh meletakkan 'risau pada akhirat' itu jauh daripada hidup kita?

Akhir perbualan itu kami sama-sama membuat kesimpulan terhadap diri masing-masing yang serba kekurangan.

"Buatlah kebaikan walaupun sekecil perkara. Kita tidak tahu kebaikan mana yang akan melayakkan kita mendapat tempat di syurga. Berusahalah meninggalkan mungkar walaupun sekecil perkara, kita tidak tahu dosa mana yang akan mencampakkan kita ke neraka Allah. Wal'yazubillah."

Nota :
Kisah di atas dipetik dari laman sosial seorang pelajar Malaysia di Madinah.

Menerusi Pertumpahan Darah Iran Ditukar Dari Sunni Menjadi Syiah


Doktor Majdi Ar Roba’iy seorang pakar sejarah berkata :

"Aku telah menghabiskan sepuluh tahun dari umurku bersama syiah dan kupelajari sejarah mereka, kuteliti sepak terjang mereka dan tokoh-tokoh utama mereka. Demikian pula perseteruan mereka terhadap ahlussunnah wal jamaah. Itu semua kulakukan selama pengembaraan ilmiahku dalam rangka mendapatkan gelar Master dan Doktor di bidang sejarah syiah, tepatnya di negeri Iraq dan Iran.

Kurenungi dengan seksama sekte Syiah Bathiniyyah yang menghalalkan darah kaum muslimin dan menyebarkan fahaman syiah dengan api dan besi (kekuatan senjata) sehingga mereka berhasil memaksa bangsa Iran sejak 400 tahun untuk memeluk syiah.

Mereka memaksa jutaan warga ahlussunnah waljamaah di Iran untuk menganut fahaman syiah, sampai-sampai para sejarawan mengatakan bahawa jumlah ahlussunnah yang dibunuh oleh syiah di masa daulah Shafawiyah (Syiah Rafidhah) mencapai satu juta jiwa. Mereka disembelih dengan pedang oleh tangan-tangan syiah Rafidhah, sehingga beralihlah Iran yang sunni menjadi syi’i majusi sejak 400 tahun silam.

Lebih dari itu, pada saat-saat paling kritis dalam sejarah, kaum Syiah Rafidhah justeru berkoalisi dengan kaum Yahudi dan Nashara untuk melawan ahlussunnah wal jamaah inilah penyebab terhentinya ekspansi (futuhat) Daulah Utsmaniyyah di benua Eropah, setelah mereka berhasil menaklukkan belahan timur Eropah.

Daulah Utsmaniyyah sempat menjejakkan kakinya di jantung Eropah dan mengepung kota Vienna (Austria) namun akhirnya mereka harus kembali ke negeri Timur (Asia) dan melupakan impian penaklukan Eropah dan masuknya warga Eropah ke pangkuan Islam.

Oleh kerana itu, salah seorang sejarawan Barat terkenal berkata, “Andai bukan kerana pengkhianatan dan serangan Kaum Syiah Shafawiyyin (Rafidhah) terhadap Khilafah Utsmaniyyah dari arah belakang, nescaya Utsmaniyyun akan menguasai Eropah seluruhnya, dan beralihlah Eropah menjadi benua Islam”.

Diantara tragedi yang menjadikanku merenung cukup lama dan hampir-hampir tak percaya hal itu boleh dilakukan oleh seorang manusia, apalagi yang mengaku muslim ialah apa yang dilakukan oleh syiah Qaramithah (salah satu sekte syiah bathiniyyah) di sekitar Baitullah (masjidil Haram) pada tahun 317 Hijrah, tepatnya pada hari Tarwiyah (tanggal 8 Dzulhijjah) ketika mereka menyerang Jemaah haji dan membunuh lebih dari 30 ribu jiwa.

Mereka hancurkan pintu kaabah dan siapa pun dari jemaah haji yang bergelayutan di kiswah kaabah mereka sembelih lalu mereka kuburkan jasad kaum muslimin tersebut di perigi zam-zam. Setelah itu, mereka mencongkel hajar aswad dari tempatnya dan membawanya ke negeri mereka (Ahsa’).

Setelah merenungi tragedi ini, barulah aku meyakini kebenaran ucapan Ibnu Taimiyyah tentang kaum syiah bathiniyyah, bahawa “mereka itu lebih kafir dari Yahudi dan Nasrani, dan memerangi mereka lebih wajib daripada memerangi orang-orang kafir, sebab mereka tergolong kaum murtad.”

Hari ini, setelah kita menyaksikan penyembahan terhadap Basyar Al-Asad yang terjadi di Syria, dan pembunuhan terhadap Ahlussunnah lewat serangkaian genosida yang belum pernah dilakukan kaum Yahudi mahupun Tatar (Mongol) sekalipun, ditambah lagi penghancuran dan penistaan masjid-masjid, yakinlah aku bahawa Basyar Al Asad dan Syiah Nushairiyahnya adalah anak cucu dari Syiah Bathiniyyah Qaramithah tersebut.

Benarlah firman Allah (Ali-Imran:34) :
“Sebahagiannya merupakan keturunan sebahagian lainnya."

Seakan-akan sejarah sedang terulang kembali!"

Ditulis oleh Dr. Majdi Ar Roba’iy,
diterjemahkan, Madinah 8 JumadaTsaniyah 1436 Hijrah.

Rahsia Penerimaan Doa Nabi Yunus


Jangan bermusim dalam mengingati Allah! Ada sesetengah manusia hanya mencari Allah ketika susah. Apabila hidup dilanda resah, solatnya menjadi khusyuk luar biasa mengalahkan para wali. Apabila masalahnya hilang, solatnya langsung hanyut ke laut.

Kewajipan mengingati Allah secara konsisten terangkum dalam arahan solat 5 waktu. Dalam solat yang 5 ini, setiap muslim mengatur munajat kepada Allah dalam setiap lafaz bacaan solatnya.

Lebih menarik, jarak yang sedikit jauh antara solat Subuh dan Zohor ditampung oleh solat Dhuha, manakala jarak panjang antara Isyak dan Subuh juga dipendekkan dengan saranan solat Tahajjud. Dengan kitaran ini, hubungan dan ingatan seorang hamba kepada Allah berlangsung hampir 24 jam.

Nabi Yunus a.s adalah contoh terbaik manusia yang segera mendapat bantuan Allah kerana baginda sentiasa mengingati Allah ketika senang.

Ramai yang beranggapan rahsia bantuan Allah kepadanya berpunca hanya dari doa ini :


"Dan (ingatlah kisah) Dzun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahwa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya), maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: "Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim".

"Maka Kami telah memperkenankan doanya dan menyelamatkannya daripada kedukaan. Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman." (Surah Al-Anbiya, ayat 87-88)
Memang tidak dinafikan, lafaz yang indah memainkan peranannya tersendiri dalam menjamin penerimaan sesuatu doa. Bagi lafaz di atas Rasulullah s.a.w mengakuinya:


Doa nabi Yunus yang dibacanya ketika dalam perut ikan iaitu “Tiada Tuhan Melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku tergolong dalam orang yang berlaku zalim” (adalah lafaz doa yang sangat istimewa), tiada seorang pun Muslim yang menggunakan lafaz doa ini melainkan akan dimakbulkan Allah baginya." (Sunan al-Tirmizi dan Musnad Ahmad)
Pun begitu, kisah nabi Yunus a.s dan doanya, ada sejarah awal yang jarang diketahui iaitu baginda a.s ketika waktu senangnya banyak (sentiasa) mengingati Allah secara konsisten. Rupanya inilah punca utama mengapa doa Nabi Yunus a.s tatkala kesusahan dalam perut ikan senang dimakbulkan Allah.

Perhatikan firman Allah berikut ini :


"Sesungguhnya Yunus benar-benar salah seorang rasul,
(ingatlah) ketika ia lari, ke kapal yang penuh muatan,
kemudian ia ikut berundi lalu dia termasuk orang-orang yang kalah dalam undian.
Maka ia ditelan oleh ikan besar dalam keadaan tercela.
Maka kalau sekiranya dia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah,
nescaya ia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit.
(Surah Al-Saffat, ayat 139-144)
Kisah Nabi Yunus a.s ini direkod kekal oleh Allah dalam al-Quran agar menjadi panduan umat Islam sehingga kiamat. Kunci penerimaan doa seseorang hamba adalah sejauh mana kesungguhan serta konsistennya dia mengingati Allah ketika senang.

Abdullah Ibn ‘Abbas menceritakan Rasulullah s.a.w pernah berpesan kepadanya dalam sabda baginda :


"Kenalilah (ingatilah) Allah ketika senang, pastinya Dia akan mengenalimu ketika sukar." (al-Mu’jam al-Kabir Li Imam al-Tabrani)
Kisah doa nabi Yunus boleh dianalogikan dengan tabiat suka menyimpan ketika senang oleh seorang yang bijak. Apabila tiba waktu genting atau zaman kemelesetan ekonomi, dia tak risaukan kemiskinan atau kesusahan kerana simpanan hartanya selalu ada.

Pengajaran utama, isilah waktu tenang dan senang kita dengan beribadat dan berdoa kepada Allah kerana ia akan mengundang kasih Allah kepada kita. Apabila Rabb Pemilik semesta alam sukakan kita, maka semua masalah akan diuruskan-Nya sebaik mungkin.

Wallahu a'lam.

Syiah Dipermalukan Oleh Seorang Penyair


Disebabkan syair yang dikarangnya memalukan ajaran syiah yang diamalkan pemerintah yang berkuasa di Iraq, maka penyairnya dihukum mati di tali gantung.

Eksekusi penyair Syiah Iraq bernama Ahmad Nu’aimi, pemilik Sya’ir yang berjudul “KITA BANGSA YANG TAK PUNYA MALU.”

Berikut disajikan syair terjemahannya :

Kita bangsa yang tak punya malu!

Fakta-fakta sejarah yang tak boleh dilupakan.

Siapakah yang menaklukkan Syam, Iraq dan Persia? Umar bin Khattab (Sunni)

Siapakah yang telah membuka negeri Sind, India dan negeri-negeri di sekitar sungai Oxus (Uzbekistan, Kazakhstan, Tajikistan dan Turkmenistan)? Muhammad bin Al-Qasim (Sunni)

Siapakah yang mengekspansi Afrika Utara? Qutaibah bin Muslim Al-Bahily (Sunni)

Siapakah yang membuka Andalusia? Thariq ibn Ziyad (Sunni) dan Musa bin Nushair (Sunni)

Siapa penakluk Konstantinopel? Muhammad Al-Fatih (Sunni)

Siapakah yang menaklukkan Sicily? Asad ibn Al-Furat (Sunni)

Siapakah yang menciptakan peradaban di Andalusia dan menjadikannya pusat ilmu? Para khalifah umawiyyah yang kedua (Sunni)

Siapakah Panglima perang Kaum Muslimin pada peperangan Hittin? Shalahuddin Al-Ayyubi (Sunni)

Siapakah yang memimpin kaum muslimin pada peperangan A’in Jalut dan mengalahkan bangsa Tatar? Saifuddin Qutz (Sunni) dan Ruknuddin Baibars (Sunni)

Siapakah yang berhasil mematahkan kesombongan Sepanyol di Negara Maghribi? Abdul Karim Al-Khattabi (Sunni)

Siapakah yang memaksa Itali untuk memperhitungkan bangsa Libya? Umar Al-Mukhtar (Sunni)

Dan terkini!

Siapa yang mengusir Russia dari bumi chechnya dan menaklukkan kota Grozny? Khattab (Sunni)

Siapa yang telah membungkamkan wajah NATO di Afghanistan? Ahlu Sunnah

Siapa yang memaksa Amerika untuk keluar meninggalkan Iraq? Ahlu Sunnah

Siapa yang telah mengganggu tidurnya kaum yahudi di Palestin? Ahmad Yasin (Sunni)

Lalu, apa jasa yang telah kita tinggalkan bagi anak cucu kita dari syiah sebagai imbalan?

Siapa yang telah mengkhianati Al-Husein, memujuknya untuk keluar menuju kufah kemudian membelot darinya di karbala? Al-Mukhtar Ats-Tsaqafi (Syiah)

Siapa yang mengkhianati khalifah Abbasiyah Al-Radhi billah? Kaum Buwaihi (Syiah)

Siapa yang membuka jalan bagi bangsa Tatar masuk ke Baghdad? Ibnu Al-Alqami (Syiah)

Siapa yang menganggap baik tindakan Hulagu Khan? Naseer Ath-Thusi (Syiah)

Siapa yang membantu Tatar dalam penyerbuannya ke Syam? (Syiah)

Siapakah yang bersekutu dengan Perancis melawan kaum muslimin? Negara Fathimiyyah (Syiah)

Siapa yang mengkhianati kesultanan Seljuk Raya (Syiah)

Siapa yang membantu kaum salib menguasai Baitul Maqdis? Ahmad bin Atha’ (Syiah)

Siapa yang mendalangi pembunuhan Sultan Shalahuddin Al-Ayyubi? Kanzud daulah (Syiah)

Siapa yang menyambut kedatangan Hulagu Khan di Syam? Kamaluddin bin badr Ath-Taflisi (Syiah)

Siapakah yang mencuri Hajar Aswad dan membunuh jamaah haji di Masjidil Haram? Abu Thahir Al-Qarmathi (Syiah)

Siapa yang membantu Muhammad Aly dalam penyerangannya terhadap Syam? (Syiah)

Siapa yang membantu Napoleon Bonaparte dalam penyerangannya terhadap Syam? (Syiah)

Dan terkini!

Siapa yang menyerang Markaz-Markaz Islamiyah di Yaman? Kaum Hutsi (Syiah)

Siapa yang memberkati invasi Amerika atas Syam? As-Sistani dan Al-Hakim (Syiah)

Siapa yang mengapresisi invasi salibis atas Afghanistan? Iran (Syiah)

Siapa yang memerangi revolusi syria di Syam? Iran, Iraq, Afghanistan dan mafia-mafia bayaran lainnya (Syiah)

Siapakah yang berkata; “kami bersama Burma dalam memberantas terorisme”? Ahmadi Nejad (Syiah)

Siapa yang berdiri bersama regim Basyar di syria, yang telah membom rakyatnya dengan bom barel dengan dalih memerangi kelompok-kelompok ekstrimis, kemudian mendukung Russia ateis dalam intervensi syria? Ali Khamenei (Syiah)

Sepanjang sejarah pena-pena syiah dipakai untuk melawan kaum kuffar dengan mendakwa yang mereka bangun, sedangkan hati-hati mereka bersama kaum kuffar.

Adapun lisan-lisan syiah dan pena-pena mereka begitu pula pedang-pedang mereka tertuju ke dada-dada kaum muslimin.

Inilah perang pemikiran yang sebenarnya bagi yang bertanya. Jika kita mengurutkan fakta-fakta yang ada, maka hal itu memerlukan berjilid jilid kertas.

Bukankah kita yang membaiat Al Husain, lalu kita pula yang mengkhianatinya?

Bukankah hati kita bersamanya, lalu mengapa pedang-pedang kita pula yang membunuhnya?

Bukankah kita yang menangisi Al Hasan setelah kita meracunnya?

Bukankah kita yang mengangkat Ali menjadi khalifah? Lalu kita pula yang menusuknya dalam solatnya!

Bukankah kita yang mengikat janji dengan Umar? Kita pula yang mengkhianatinya!

Bukankah kita mengaku cinta padanya? Tetapi kita laknat pula ia dalam solat kita

Sungguh! kita memang bangsa yang tak punya malu!

Kita adalah para perompak dan pengkhianat di rumah sendiri.

Kita tumpah darah muslim lalu kita tuduhkan pada tetangga.

Kita kenakan serban hitam dan putih tetapi isinya tidak lebih dari sesuatu yang memalukan.

Demi Allah! kita memang bangsa yang tak punya malu.

Kita mengaku sebagai tentera Qadisiah dan Al-Quds, tentera Ummul Ma’rik dan Al Mahdi yang ditunggu.

Tetapi kita juga adalah para pengikut Dajjal si mata satu!

Kita ada para pelayanan husainiyat, jawami’, masjid dan gereja tetapi kita juga pelayan nigh club dan bar!

Kita adalah para pengikut syaitan dalam urusan di balik celana.

Kita, memang bangsa yang tak punya malu!

Kita perangi Iran bersama Saddam.

Lalu bersama Iran kita habisi Saddam.

Demi Allah, pernahkah kalian menyaksikan paradok semacam ini?

Kita, memang bangsa yang tak punya malu!

Selamat...
Iraq, kini adalah zoo binatang terbesar sedunia.

pemiliknya Iran dan binatang-binatangnya adalah Iraq.


Nota :

Al Fatihah buat Allahyarham. Semoga Allah mengampuni segala dosanya dan ditempatkan rohnya bersama roh para syuhada.

Hendaklah Setiap Diri Memperhatikan Apa Yang Telah Diperbuatnya Untuk Hari Kiamat


Salah satu ciri dari orang yang beriman adalah ia telah yakin dan percaya akan terjadinya Hari Kiamat. Mereka sibuk mempersiapkan diri menghadapi hari pembalasan bagi segala amal sama ada baik atau buruk tersebut.

Kebanyakan manusia tidak beriman pada Hari Kiamat

Allah ber-Firman dalam Surah Al-Mukmin, ayat 59 :


“Sesungguhnya hari kiamat pasti akan datang, tidak ada keraguan tentangnya, akan tetapi kebanyakan manusia tiada beriman."
Allah berfirman dalam surah Surah An-Nisa, ayat 136 :


“Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada kitab yang Allah turunkan kepada Rasul-Nya serta kitab yang Allah turunkan sebelumnya. Barangsiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari kemudian, maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya."
Hari Kiamat itu adalah hak dan rahsia Allah

Allah berfirman dalam Surah Luqman, ayat 34 :


“Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dialah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."
Allah berfirman dalam Surah Ţaha, ayat 15 :


“Segungguhnya hari kiamat itu akan datang Aku merahasiakan (waktunya) agar supaya tiap-tiap diri itu dibalas dengan apa yang ia usahakan."
Hari Kiamat akan datang secara tiba-tiba

Allah berfirman dalam Surah Al-'A`raf, ayat 187 :


"Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: "Bilakah terjadinya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba". Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."
Allah berfirman dalam Surah Hud, ayat 103-104 :


“Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat pelajaran bagi orang-orang yang takut kepada azab akhirat. Hari kiamat itu adalah suatu hari yang semua manusia dikumpulkan untuk (menghadapi)nya, dan hari itu adalah suatu hari yang disaksikan (oleh segala makhluk).

Dan Kami tiadalah mengundurkannya, melainkan sampai waktu yang tertentu."
Apa dan bagaimana Hari Kiamat atau Hari Pembalasan itu?

Allah berfirman dalam Surah Al-'Infitar 17-19 :


“Tahukah kamu apakah hari pembalasan itu?

Sekali lagi, tahukah kamu apakah hari pembalasan itu?

(Iaitu) hari (ketika) seseorang tidak berdaya sedikitpun untuk menolong orang lain. Dan segala urusan pada hari itu dalam kekuasaan Allah."
Allah berfirman dalam Surah Luqman, ayat 33 :


“Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu dan takutilah suatu hari yang (pada hari itu) seorang bapa tidak dapat menolong anaknya dan seorang anak tidak dapat (pula) menolong bapanya sedikitpun. Sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka janganlah sekali-kali kehidupan dunia memperdayakan kamu, dan jangan (pula) penipu (syaitan) memperdayakan kamu dalam (mentaati) Allah."
Syarat penerimaan sesuatu amal ibadah ialah niat ikhlas kerana Allah

Sesuatu amalan itu akan dikira ibadah jika niatnya betul-betul dilakukan kerana Allah s.w.t tanpa ada tujuan-tujuan yang lain.

Allah telah berfirman dalam Surah al-Bayyinah, ayat 5 :


“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus."
Manfaat bila beriman kepada Hari Pembalasan

1. Menjadikan kita sibuk mengerjakan amal-amal soleh.
2. Membuatkan kita lebih memerhatikan niat ketika beramal iaitu dilakukan sesuatu amalan itu dengan niat ikhlas kerana Allah.
3. Mendorong kita selalu bertaubat dan memohon keampunan Allah.
4. Membuat kita untuk selalu berperilaku baik dan menghindarkan diri dari perbuatan yang dilarang Allah.
5. Meyakinkan diri bahawa segala perbuatan selama di dunia akan dipertanggungjawabkan kelak di akhirat.

Sibukkanlah diri dengan mengerjakan amal-amal yang soleh

Demi meraih kebahagiaan di kehidupan akhirat yang kekal selamanya. Dan agar kita semua tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi pada Hari Pembalasan.

Allah berfirman dalam Surah Ali `Imran, ayat 185 :


“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan."
Allah berfirman dalam Surah Al-Kahf, ayat 110 :


“Katakanlah: Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa". Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya."
Allah berfirman dalam Surah Al-Hasyr, ayat 18 :


"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."
Hari Kiamat akan bermulalah pertanggungjawaban manusia selama di dunia

Hari Kiamat atau Hari Pembalasan itu adalah hari berakhirnya seluruh kehidupan manusia serta hari dimulainya pertanggungjawaban manusia atas segala perilaku dab gaya hidupnya selama hidup/tinggal di dunia.

Allah berfirman dalam Surah Al-'A`raf, ayat 8-9 :


"Timbangan pada hari itu ialah kebenaran (keadilan), maka barangsiapa berat timbangan kebaikannya, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung.

Dan siapa yang ringan timbangan kebaikannya, maka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, disebabkan mereka selalu mengingkari ayat-ayat Kami."
Allah berfirman dalam Surah Al-Balad, ayat 19-20 :


“Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, mereka itu adalah golongan kiri. Mereka berada dalam neraka yang ditutup rapat."
Maha benarlah Allah dengan segala firman-Nya

Allah berfirman dalam Surah Ţaha, ayat 100 :


“Barangsiapa berpaling dari pada Al-Quran maka sesungguhnya ia akan memikul dosa yang besar di hari kiamat."
Semoga kita semua termasuk dalam golongan orang-orang yang sentiasa bersiap diri dengan sebaik-baiknya sebagai persediaan tibanya Hari Kiamat. Bilapun waktu Kiamat itu akan tiba, melalui ketaatan dan kepatuhan kita pada semua perintah Allah seperti yang tersurat dalam Al-Quran, Insya Allah kita akan memperolehi keselamatan dari huru hara yang sangat dahsyat pada hari itu.

Wallahu a'lam.

Kisah Motivasi Lalat Dan Semut


Beberapa ekor lalat nampak terbang berpesta di atas sebuah tong sampah di depan sebuah rumah. Suatu ketika, anak pemilik rumah keluar dan tidak menutup kembali pintu rumah. Kemudian nampak seekor lalat bergegas terbang memasuki rumah itu. Si lalat langsung menuju sebuah meja makan yang penuh dengan makanan lazat.

“Bosan aku asyik makan sampah-sampah itu, sekali-sekala nak juga menikmati makanan segar,” katanya.

Setelah kenyang, si lalat bergegas ingin keluar sebelum keberadaannya diketahui oleh si pemilik rumah dan terbang menuju pintu di mana dia masuk. Namun ternyata pintu kaca itu telah tertutup rapat.

Si lalat hinggap seketika di kaca pintu memandangi kawan-kawannya yang melambai-lambaikan tangan seolah meminta agar dia bergabung kembali dengan mereka.

Si lalat pun terbang di sekitar kaca, sesekali melompat dan menerjang kaca itu, dengan tak kenal menyerah si lalat terus berusaha sekuat tenaga untuk keluar dari pintu kaca.

Tanpa lelah si lalat merempuhkan dirinya pada pintu kaca agar dia dapat keluar secepatnya, tetapi tetap tidak berhasil.

Lalat itu merayap mengelilingi kaca dari atas ke bawah dan dari kiri ke kanan bolak-balik, demikian terus dan terus berulang-ulang. Hari makin petang, si lalat itu nampak keletihan dan kelaparan. Esok paginya, nampak lalat itu terkulai lemas terkapar di lantai.

Tak jauh dari tempat itu, nampak serombongan semut merah berjalan beriringan keluar dari sarangnya untuk mencari makan.

Dan ketika menjumpai lalat yang tak berdaya itu, serentak mereka mengerumuni beramai-ramai dan tanpa ada sedikitpun perlawanan dari si lalat, gerombolan semut berhasil menaklukkannya dengan sangat mudah.

Kawanan semut itu pun beramai-ramai mengangkut bangkai lalat yang malang itu menuju sarang mereka.

Dalam perjalanan pulang ke sarang, semut-semut itu berbicara satu sama lain. Seekor semut muda bertanya pada seekor semut yang lebih senior;

“Kenapa nasib si lalat ini boleh jadi seperti ini ya?”

Semut yang lebih senior itu menjawab;

“Oh, itu memang telah selalu terjadi. Ada saja lalat yang mati sia-sia seperti ini."

Sebenarnya mereka ini telah berusaha, dia bersungguh-sungguh telah berjuang keras berusaha keluar dari pintu kaca itu. Namun ketika tak juga menemukan jalan keluar, dia berputus asa dan keletihan. Hinggalah akhirnya menjadi menu makan malam kita.”

Si semut muda termanggu-manggu lantas bertanya lagi;

“Tapi, bukannya dia sudah berusaha keras? Kenapa dia tidak berjaya keluar?”

Semut senior menjawabnya;

“Ya, memang sepatutnya seperti itu. Tetapi masalahnya dia hanya melakukan hal yang sama saja terus menerus. Dia merempuhkan dirinya ke pintu kaca itu berulang kali."

Cuba seandainya dia terbang sedikit ke atas. Di atas pintu kaca itu kan ada lubang udara, dia boleh keluar dari situ!”

Tiba-tiba semut senior itu memerintahkan rakan-rakannya berhenti sejenak seraya berucap dengan mimik muka dan nada lebih serius;

“Ingat anak muda, jika kamu melakukan sesuatu dengan cara yang sama tapi mengharapkan hasil yang berbeza, maka nasib kamu akan seperti lalat ini.”

Moral dari kisah ini, para pemenang tidak melakukan hal-hal yang berbeza dari orang lain, mereka cuma melakukannya dengan cara yang berbeza untuk sukses. Seperti yang pernah dikatakan oleh Albert Einstein; “Jangan mengharapkan hasil yang berbeza jika kita melakukannya dengan cara yang sama.” Memang benar bahawa adakalanya kita boleh berjaya dengan satu cara, contohnya batu boleh berlubang jika terus menerus dititis oleh air. Namun masalahnya berapa lama kita harus bertahan dan menunggu? Bagaimana jika sekiranya kita melakukannya dengan cara yang berbeza? Tidak dengan titisan air tapi menggantinya dengan pancuran air, tentunya batu itu akan lebih cepat berlubang.

Semoga kisah ini memberi inspirasi.

Kadang-kadang Sahabat Itu


Kadang-kadang sahabat yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi nilai duit.

Kadang-kadang sahabat yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.

Kadang-kadang sahabat yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka.

Kadang-kadang sahabat yang sukarela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang sahabat.

Kadang-kadang sahabat yang selalu SMS dan WhatsApp anda, bukan kerana mereka tak ada benda lain nak buat tapi sebab mereka INGAT PADA ANDA.

Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.

Hari berganti hari, bulan, tahun hingga hubungan ini menjadi asing.

Satu hari anak-anak kita akan jumpa gambar kita dan bertanya;

"Siapa mereka semua tu?"

Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata;

"..dengan merekalah ayah/ibu ada hari-hari yang paling indah dalam hidup ayah/ibu."

TERIMA KASIH SAHABAT

Ada 3 hal dalam hidup yang tidak boleh kembali

1. Waktu.
2. Kata-kata.
3. Kesempatan.

Ada 3 hal yang dapat menghancurkan hidup seseorang

1. Kemarahan.
2. Keangkuhan.
3. Dendam.

Ada 3 hal yang tidak boleh hilang

1. Harapan.
2. Keikhlasan.
3. Kejujuran.

Ada 3 hal yang paling berharga

1. Kasih Sayang.
2. Cinta.
3. Kebaikan.

Ada 3 hal dalam hidup yang tidak pernah pasti

1. Kekayaan.
2. Kejayaan.
3. Mimpi.

Ada 3 hal yang membentuk watak seseorang

1. Komitmen.
2. Ketulusan.
3. Kerja keras.

Ada 3 hal yang membuat kita sukses

1. Tekad.
2. Kemahuan.
3. Fokus.

Ada 3 hal yang tidak pernah kita tahu

1. Rezeki.
2. Umur.
3. Jodoh.

Tetapi, ada 3 hal dalam hidup yang PASTI

1. Tua.
2. Sakit.
3. Kematian.

Ya Allah, insan yang membaca ini adalah insan yang kuat, sabar, pengasih dan penyayang. Maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya. Jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan dan lancarkan segala pekerjaannya. Amiin

8 Tips Elak Kembali Buat Dosa Dan Maksiat


Tentu anda sudah 'frust' dan tertekan dengan diri anda kerana beberapa kali kembali berbuat maksiat setelah insaf dan bertaubat. Kemudian anda tergelincir semula ke lembah maksiat itu.

Anda bukan keseorangan kerana ramai lagi orang yang mengalami perkara yang serupa kerana kita adalah manusia yang lemah dan pelupa. Jadi belum terlambat untuk anda mengubah diri agar maksiat ini dapat ditendang jauh-jauh dalam kehidupan.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah berkata :

"Sungguh! maksiat itu adalah sebab hilangnya keberkatan rezeki dan waktu."

Berikut tips yang dapat membantu untuk menjauhi maksiat dalam kehidupan anda.

1. Kuatkan hubungan dengan Allah

Ini merupakan asas bagi menjauhi segala perbuatan mungkar dan maksiat. Bila ada hubungan dengan Allah yang akrab maka hati akan sentiasa merasa Allah sentiasa disisi dan mengawasi setiap gerak geri anda.

Kuatkan hubungan dengan Allah dengan melaksanakan segala yang diperintahkan dan meninggalkan segala yang dilarang Allah. menunaikan yang fardhu/wajib, memperbanyakkan amalan-amalan sunat dan berdoa bersungguh-sungguh kepada-Nya.

"Dan tidaklah hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan amalan yang lebih aku cintai daripada amalan yang Aku wajibkan atasnya, dan hamba-Ku senantiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan amalan-amalan sunnah hingga aku mencintainya." (Hadis Riwayat Bukhari)

2. Tanam cinta kepada perkara baik

Perasaan cinta ini tidak akan berputik kalau tidak dimulakan dengan sesuatu. Oleh itu untuk menanam minat dan cinta ini anda kena buat dulu, barulah rasa seronok itu akan hadir dalam diri anda.

Bila sudah biasa buat maka perasaan cinta pada amal itu akan lahir dalam diri anda sehingga kalau tak buat benda itu sehari anda rasa gundah-gulana.

3. Kawan dengan orang soleh

Kawan anda mungkin ramai, tetapi tidak semua kawan yang betul-betul soleh. Yang soleh adalah mereka yang sentiasa menasihati dan mengajak anda kepada kebaikkan. Bila anda berkawan dengan orang baik percayalah diri anda juga akan lebih mudah dalam berbuat amal-amal kebaikkan.

Orang soleh yang sanggup menasihati biasanya tidak ramai dalam kehidupan. Bila dah dapat itu janganlah disia-siakan. Bila dia menegur ambillah nasihatnya dan tolak jauh-jauh ego anda.

4. Keazaman yang kental

Ya! bila anda buat maksiat anda akan rasa 'down' yang teramat sangat (hati orang beriman sepatutnya begini). Merasakan seolah-olah sudah tidak ada harapan untuk memperbaiki hidup. Eh! cuba lempang dan cubit pipi tu sikit, cuba tengok sudah kiamat ke belum.

Sepatutnya kalau sudah terjatuh bangun balik, bila sudah sedar diri kita berbuat maksiat maka ganti balik maksiat yang kita buat itu dengan amal-amal kebaikkan. Jangan lembik sangat menyerah diri pada syaitan mempermainkan kehidupan anda.

"Bertakwalah kepada Allah dimanapun engkau berada, ikutilah perbuatan yang buruk dengan perbuatan yang baik niscaya ia akan menghapusnya, dan bergaullah dengan manusia dengan budi pekerti yang mulia." (Hadis Riwayat Ahmad, at-Tirmidzi)

5. Sibukkan diri dengan ilmu

Anda buat maksiat tersebut kadang-kadang tidak tahu pun benda itu memang salah sebab jahil. Dan kadang-kadang sebab kejahilan juga anda tidak tahu sebenarnya banyak lagi amalan kebaikkan yang mudah untuk dilakukan bukan sekadar yang wajib itu sahaja.

Ini juga salah satu cara untuk mengisi masa lapang daripada disia-siakan. Manusia ini macam vakum, kalau dia tak sedut benda baik memang dia akan sedut benda yang tak baik.

6. Berdakwah dan ajak orang buat baik

Kita tak 'strong' bila buat baik sorang-sorang. Kita akan rasa seronok dan kuat bila kita ajak orang lain buat kebaikkan. Selain itu cara ini akan push kita buat kebaikkan sebab tidak normallah kalau kita ajak orang buat baik tetapi kita tak buat.

Kita akan rasa puas dan seronok bila orang yang diajak itu buat sekali dengan kita. Kalau orang yang tak nak itu kita biarkan sahaja, kita dah buat kerja kita untuk ajak kepada kebaikkan sama ada dia terima atau tidak itu nombor dua.

7. Tetapkan denda pada diri sendiri

Tetapkan denda pada diri sendiri sekiranya anda terbuat maksiat tersebut. Dengan syarat denda tersebut mestilah benda yang paling allergic dan tak suka sekali anda buat.

Kalau anda ambil benda yang disukai nanti anda akan ambil mudah dengan maksiat. Contoh benda yang anda tak suka adalah potong rumput rumah, ganti emak anda masak hari itu. Benda ini subjektif dan setiap orang ada lain-lain benda yang dia tak suka.

Ingat! syaratnya, pastikan benda itu yang paling anda tak suka dan susah!

8. Doa dan terus berdoa

Ini yang mula-mula sebenarnya. Semua yang kita akan buat dan telah buat perlu dimulai dan diakhiri dengan doa pada Allah. Mohon supaya Allah berikan kekuatan pada kita untuk menempuh hari-hari mendatang untuk terus buat kebaikkan dan tendang kemungkaran jauh-jauh dalam kehidupan kita.

Jangan mudah berputus asa dan berharaplah dan bergantunglah kepada Allah dengan doa dan dituruti dengan usaha yang jiddiyyah (serius).

Di dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w menyebut tiga perkara yang jika ada pada seseorang maka ia akan merasai kemanisan iman. Tiga perkara itu ialah :

1. Allah dan Rasul-Nya lebih disayangi lebih dari perkara yang lain.
2. Menyayangi seseorang itu semata-mata kerana Allah taala.
3. Benci kembali kepada kekufuran seperti mana benci dicampakkan ke neraka.

Wallahu a’lam.

Hati-hati Berkongsi Sesuatu Di Alam Maya


Apabila menggunakan alam maya, banyakkanlah mengambil sikap berhati-hati dan teliti. Berfikirlah baik-baik apa yang mahu anda kongsikan di dunia maya. Ini kerana boleh jadi apa yang anda kongsikan di alam maya itu walaupun mungkin tanpa disedari kerana kejahilan anda, boleh mengheret anda ke neraka!

Rangkaian media sosial (social networking) yang mudah dijangkau orang ramai menerusi telefon pintar dan komputer riba seperti WhatsApp, Blog, Facebook, Twitter, Instagram, YouTube, Tumblr, Google Plus dan lain-lain jika salah digunakan untuk perkara maksiat dan dosa yang tidak diredhai Allah s.w.t boleh buat anda tanggung dosa, 'maksiat jariah'.

Posted by Ashar Haris on Sunday, September 13, 2015
Semoga video ini dapat buka minda untuk kita muhasabah diri

Sebagaimana ada pahala jariah iaitu pahala kebaikan yang berterusan diterima walaupun sesudah meninggal dunia. Begitu juga adanya 'maksiat jariah' iaitu dosa yang berterusan diterima walaupun sesudah meninggal dunia.

Semua ini berlaku kerana perkongsian anda di alam maya yang berbentuk maksiat atau dosa yang disaksikan oleh ramai orang lain. Selagi mana ada orang yang melihat, membaca atau mendapat inspirasi berbuat dosa hasil perkongsian anda di alam maya selagi itulah anda akan mendapat 'saham' dosa walaupun setelah anda meninggal dunia.

Islam mengajar kita untuk sentiasa menyiasat, mengkaji apa yang kita terima, apa yang kita dengar akan kesahihan sesuatu atau seseorang itu untuk dapat dipercayai.

Antara lain juga, Allah mendidik kita untuk menjauhi zina. Apa-apa pertemuan (tanpa pernah bertemu sebelumnya) yang dijanjikan lewat alam maya yang boleh membawa kepada zina, maka itu sepatutnya dijauhi.

Wallahu a'alam.

Jangan Tidur Selepas Waktu Asar Dan Sebelum Isyak


Jika tidur selepas solat Subuh ditegah begitu juga kita ditegah tidur selepas waktu Asar dan sebelum solat Isyak yakni selepas waktu Maghrib sekiranya tiada hal mendesak seperti kerja syif atau musafir.

Jangan tidur selepas waktu Asar

Qailullah - tidur seketika pada waktu siang (sebelum atau selepas zohor), seumpama mengecas semula bateri kehidupan untuk beramal pada malam hari.

Namun jangan pula tidur di siang hari terlalu lama, lebih-lebih lagi pada waktu petang iaitu selepas Asar, kerana ia bakal mengundang pelbagai penyakit.

Ibn Qaiyyim al-Jauziyyah menukil :

“Tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya), malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar).”
Setengah ulama mengatakan :

“Sesiapa yang tidur selepas Asar sehingga terganggu kewarasannya maka janganlah ia mencaci selain daripada dirinya sendiri."

Menurut Ustaz Kazim, wanita yang suka tidur selapas Asar boleh menyebabkan kesan lebam pada tubuh yang disangkakan doktor tanda-tanda kencing manis, tapi sebenarnya tidak. Masalah itu berlaku oleh kerana wanita tersebut suka tidur waktu selepas Asar. Untuk menghindarkan kejadian seumpama ini berlaku, janganlah tidur selepas Asar.

Jangan tidur sebelum solat Isyak

Diriwayatkan dari Abu Barzah r.‘anhu :

”Bahawasannya Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam tidak senang tidur sebelum solat Isyak dan berbual setelahnya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Al-Hafizh Ibn Hajar berkaitan dengan hadis ini mengatakan dalam Fath al-Bari :

“Iyadh mengatakan; “Nabi s.a.w tidak suka tidur sebelum Isyak, kerana hal tersebut kadang dapat menyebabkan pelaksanaan solat Isyak keluar dari waktunya atau keluar dari waktunya yang terbaik. Sedangkan berbincang-bincang setelah Isyak terkadang menyebabkan tidur nyenyak sebelum Subuh, tidur pada waktu terbaik mengerjakan Solat Subuh, atau tidak mengerjakan qiyamul lail.
Segera tidur selepas Isyak

Segera tidur setelah Isyak adalah sahih dari Nabi s.a.w dan kebiasaan mulia para sahabat dan solehin terdahulu. Perkara ini merupakan suatu kebiasaan yang baik bagi kesihatan serta memberi semangat serta kekuatan fizikal.

Nabi s.a.w melarang bersembang-sembang setelah Isyak dan selalu mengingatkan para sahabat akan hal tersebut.

Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud r.a, bahawa Nabi s.a.w bersabda :

“Tidak boleh berbincang-bincang (setelah Isyak) kecuali bagi orang-orang yang melakukan solat atau bepergian.” (Diriwayatkan Ahmad dalam al-Musnad).

Para sahabat Nabi dan orang-orang soleh terdahulu selalu saling memberikan nasihat untuk segera tidur. Mereka tidak mahu berbincang-bincang setelah Isyak.

Diriwayatkan dari Ibn Rafi’ rahimahullah, ia mengatakan :

“Umar bin Khattab pernah mendesak orang-orang setelah agak malam agar cepat pulang ke rumahnya, dan mengatakan: “Berdirilah (dari tempat dudukmu untuk segera tidur), semoga Allah memberikan anugerah kepadamu semua, dapat mengerjakan Solat Malam.” (al-Maqrizi, Mukhtashar Qiyam al-Lail).

Ada seorang lelaki datang kepada Hudzaifah bin Yaman r.a ia mengetuk pintu rumahnya setelah Isyak. Hudzaifah keluar menemuinya dan bertanya; “Apa keperluanmu?” Ia menjawab: “Aku ingin berbual denganmu.” Hudzaifah lalu menutup pintu yang ada didepannya dan mengatakan: “Umar telah melarang kami berbincang-bincang setelah Isyak.”

Urwah bin Zubair rahimahullah menceritakan :

"Aku baru sahaja mengerjakan solat Isyak pada akhir waktu. Aku bersama seorang rakan di dalam bilik. Suaraku didengar oleh Aisyah r.ha (ibu saudaranya). Mendengar perbicaraanku, padahal antara kami dengannya dibatasi dinding, Aisyah berkata; “Hai Urwah, mengapa kamu berborak? Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w tidur sebelum solat (Isyak) dan tidak pernah berbincang-bincang setelahnya. Terkadang baginda langsung tidur dan selamat, atau kadang baginda solat sehingga baginda mendapatkan keuntungan.”
Dari Amrah, dia mengatakan bahawa apabila mendengar salah seorang keluarganya berborak setelah Isyak, Aisyah r.ha berkata; "Tidurlah dan jangan berbicara agar malaikat yang mencatat amal kamu dapat berehat.” Aisyah juga berkata; "Tidak boleh berjaga setelah Isyak kecuali bagi tiga orang, orang musafir, orang yang bertahajjud atau suami yang mencumbui isterinya (bersetubuh).”

Ketagihan internet terutama kepada rangkaian sosial (social networking) adalah satu kepincangan minda yang sukar diubati. Ia menjadi buruan manusia yang berjiwa kosong dan dahagakan perhatian tambahan di alam maya

Beberapa pengecualian tidur selepas Isyak

Walaupun kita disuruh untuk segera tidur selepas mengerjakan solat Isyak, namun demikian ada beberapa pengecualian :

1. Berbincang-bincang dengan tamu yang menginap di rumah, namun demikian diusahakan tidak terlalu lama sehingga tidak harus meninggalkan solat Malam dan solat Subuh pada waktu terbaiknya. Perbincangan itu dilakukan seperlunya sahaja.

2. Berbincang-bincang setelah solat Isyak untuk menghafal dan mengkaji ilmu dengan syarat tidak meninggalkan solat Subuh kerana tidak tidur tersebut. Apabila sampai meninggalkan solat Subuh, maka haram baginya tidak tidur, walaupun untuk mencari ilmu atau untuk membaca Al-Quran.

3.Berbual setelah Isyak bersama isteri atau mencumbuinya. Dengan syarat tidak terlalu berlalai sehingga menyebabkan tidak melakukan solat malam.

4. Berbincang-bincang setelah solat Isyak untuk membicarakan kemaslahatan umat Islam seperti memikirkan keadaan umat dan rakyat.

Tanda-Tanda Hati Sudah Mati


Mati bukan hanya ketika seseorang telah menghembuskan nafasnya yang terakhir, matanya terpejam, detak jantungnya terhenti dan jasad tidak lagi bergerak. Itu semua hanya mati secara biologi.

Tetapi mati yang lebih patut diberi perhatian adalah mati hakiki, yakni matinya hati pada seseorang yang masih hidup. Ini kerana tiada yang dapat diharapkan dari manusia yang hatinya telah mati.

"Alangkah ramai manusia sudah mati, tetapi masih memberikan manfaat bagi yang hidup, yakni masjid atau madrasah yang mereka bangunkan, buku yang mereka tulis, anak-anak soleh yang ditinggalkan dan ilmu bermanfaat yang telah diajarkan. Meraka mati jasad tetapi pahala terus hidup."
Tanda-tanda manusia yang hatinya telah mati

1. Kurang berinteraksi dengan kebaikan.
2. Kurang kasih sayang kepada orang lain.
3. Mendahulukan dunia daripada akhirat.
4. Tidak mengingkari kemungkaran.
5. Terus-menerus menuruti nafsu syahwat.
6. Lalai dan suka berbuat maksiat.
7. Pendendam hebat.
8. Lekas marah kerana keangkuhan dan hasad dengki.

9. Berani meninggalkan Solat Fardhu.
10. Tenang tanpa merasa berdosa padahal melakukan dosa besar.
11. Tidak mahu membaca bahkan menjauhi dengan ayat-ayat Al-Quran.
12. Sibuknya hanya mengumpat oranglain, buruk sangka dan merasa dirinya lebih suci.
13. Sangat benci dengan nasihat baik dan ulama.
14. Tidak ada rasa takut akan peringatan kematian, kubur dan akhirat.
15. Gilanya pada dunia tanpa peduli halal haram.
16. Tidak peduli penderitaan orang lain, bahkan keluarganya sendiri menderita.

Menurut Ibrahim Adham antara sebab hati mati

1. Mengaku kenal Allah s.w.t, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w, tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. Memakan nikmat-nikmat Allah s.w.t, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. Menghantar dan menguburkan jenazah saudara seislam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah taala iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati. Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya.

Hati perlu diberi santapan rohani

Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah (mengingati Allah) dan muhasabah diri. Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah.

Firman Allah s.w.t dalam Al-Quran, Surah Ar-Ra'd, ayat 28 :


"(iaitu) Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram."
Hidupkanlah hati dengan perkara berikut

1. Banyak berzikir.
2. Banyak baca kisah para solihin terdahulu.
3. Kisah ibadah kesolihan bagaimana Islam diterapkan dizaman kenabian, para sahabat Nabi s.a.w dan tabi'in.
4. Merenung kejadian dalam kehidupan yang merupakan tanda kekuasaan Allah s.w.t yang mutlak diatas semua cipta-Nya.
5. Banyak menyebut Laa ilaaha ilallaah (tiada ilah selain Allah). Allah Maha Kuasa makhluk langsung tiada kuasa.
6. Akrab dengan ilmu (hal-hal bekalan untuk kehidupan akhirat).
7. Menyampaikan ilmu agama Islam yang mulia ini.
8. Perbanyak doa kepada Allah.
9. Bergaul dengan orang solih dan lingkungan kesolihan bukan lingkungan kemaksiatan.

Ibnu Abid Dunya berkata, menurut ahli hikmah

1. Hidupkanlah hatimu dengan berbagai nasihat.
2. Sinarilah hatimu dengan tafakkur (kepada Allah).
3. Matikanlah hatimu dengan zuhud.
4. Kuatkanlah hatimu dengan keyakinan (kepada Allah).
5. Hinakanlah hatimu dengan kematian.
6. Tetapkanlah hatimu dengan fana.
7. Pandanglah bencana dunia.
8. Waspadalah dengan permainan masa.
9. Berhati-hatilah dengan perubahan hari.
10. Tampilkanlah kepadanya kisah-kisah orang terdahulu.
11. Berjalanlah pada negeri-negeri peninggalan mereka.
12. Serta lihatlah apa yang mereka lakukan, dimana mereka berada dan kerana apa mereka berubah.

Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara

1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,

2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,

3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,

4. Dosa-dosamu yang silam dicuci dengan taubat kepada Zat yang memilikimu.

Hati merupakan tempat yang lembut untuk di isi dengan rahmat dan kasih sayang. Apabila kita mengisi hati kita dengan banyak zikrullah, nescaya hati dipenuhi rahmat dan kasih sayang.

Hati merupakan anggota yang menentukan segala permasalahan hidup. Jika ia dimakmurkan dengan keyakinan dan iman, sudah tentu segala anggota akan mengikut dengan penuh keimanan.

Untuk kita melihat betapa kuat, kuasa dan luasnya hati dengan keimanan, Allah taala menjelaskannya dalam Surah Az-Zumar ayat 23 :


“Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (iaitu) Al-Quran yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gementar kerananya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya.”
Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjukkan siapa yang yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorang pun pemberi petunjuk baginya.

Rasulullah s.a.w bersabda :

““Ketahuilah bahawa pada jasad terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya, jika ia buruk maka buruklah seluruh jasadnya, ketahuilah itu adalah hati.” (Sahih Bukhari)
Hati merupakan tempat cahaya keyakinan dan keimanan.

Sebagaimana iman boleh bertapak dalam hati, begitu juga kekerasan dan kekufuran juga boleh bertapak dalam hati.

Hati yang lupa untuk berzikrullah akan menjadi keras, kenapa?

Ini kerana ia beriktikad bahawa tiada di sana kecuali kehidupan dunia sahaja dan kebendaan semata. Justeru, ia cuba mendapatkannya semampu mungkin dan dengan apa cara sekalipun sehingga melangkaui hak-hak dengan melakukan kezaliman, kerosakan dan mengambil hak mereka yang daif.

Jangan Mencampuri Urusan Pentadbiran Allah


Pada zaman Imam An-Nawawi rahmatullah 'alaih, terdapat seorang pemuda yang ingin mencari seorang ulama untuk menimba ilmu agama. Lalu, pemuda tersebut akhirnya menemui Imam Nawawi dan meminta izin untuk belajar daripada Imam Nawawi.

Maka, Imam Nawawi menerima pemuda itu sebagai anak muridnya dan setiap hari, pemuda tersebut belajar dengannya. Sepanjang hidupnya bersama Imam Nawawi, Imam Nawawi tidak pernah bertanya mengenai diri pemuda itu.

Pada suatu hari, pemuda tersebut bertekad untuk menceritakan tentang hal dirinya pada Imam Nawawi kerana sudah lama pemuda tersebut belajar dengan Imam Nawawi tetapi gurunya tidak tahu mengenai diri pemuda tersebut.

Maka ditanya pemuda tersebut, "Wahai guruku, kenapa engkau tidak pernah bertanya mengenai perihal diriku sepanjang pembelajaran aku bersama kau selama ini?"

Lalu dijawab oleh Imam Nawawi, "Aku hanya gurumu dan tugasku adalah untuk mengajar ilmu kepada mu. Aku tidak perlu tahu mengenai dirimu, wahai pemuda."

Pemuda itu menjawab, "Aku tetap mahu menceritakan mengenai diri aku dan sejarah hidup ku kepada kamu, wahai Imam Nawawi dan aku ingin bertanya sesuatu."

Maka, Imam Nawawi bersetuju dengannya dan pemuda itu bercerita mengenai sejarah kehidupannya,

"Sebelum aku datang berjumpa kamu, aku merupakan pencuri kain kafan di kampung ku. Setiap kali, ada kematian, itulah punca rezeki aku dan aku pasti akan mencurinya selepas selesai pengebumian mayat. Selepas itu, aku akn menjual semula kain kafan tersebut untuk diguna semula. Itulah kehidupanku. Namun begitu, aku sudahpun bertaubat kepada Allah dan aku berjanji untuk mencari ulama sebagai satu cara menebus kesalahanku pada masa lalu."

"Soalan yang aku ingin tanya kepadamu, wahai guruku ialah sepanjang pekerjaanku sebaga pencuri kain kafan, aku terjumpa satu perkara pelik kepada mayat-mayat yang aku jumpa. Daripada 10 mayat yang aku jumpa, 8 mayat berpaling dari arah kiblat dan 2 mayat berkedudukan ke arah kiblat. Mengapakah 8 mayat itu berpaling daripada arah kiblat?"

Setelai Imam Nawawi mendengar persoalan yang ditujukan oleh pemuda tersebut, beliau menjawab;

“Sesungguhnya, mayat yang kau jumpa berpaling dari arah kiblat merupakan manusia yang mencampuri urusan pentadbiran Allah ketika hidupnya.”
Pemuda itu bertanya lagi, "Apakah yang dimaksudkan dengan mencampuri urusan pentadbiran Allah?"

Imam Nawawi berkata;

“Yang dimaksudkan ialah manusia yang merasakan dirinya ialah punca rezeki kehidupannya dan manusia yang lupa untuk bersyukur dengan kuasa yang Allah berikan kepadanya.”
Berdasarkan cerita tersebut, ia menyentuh isu ber-ilah-kan manusia ataupun diri sendiri mungkin secara tanpa sedar disebabkan kejahilan tentang hakikat iman kepada Allah.

Mungkin ramai yang tidak jelas mengenai maksud tersebut.

Contoh realiti, manusia yang mempertikaikan rezeki yang mereka perolehi dengan mengatakan usaha merekalah punca rezeki bukan Allah. Menyebabkan mereka mempersoalkan atau tidak mahu mengeluarkan sebahagian dari rezeki/harta yang diperolehi tersebut menerusi zakat yang telah diwajibkan oleh Allah untuk golongan asnaf tertentu yang berhak ke atas bahagian harta tersebut.

Contoh lain, seperti ayat berikut ini :

"..memanglah rezeki Allah yang bagi TAPI kalau aku tak kerja sapa yang nak bagi anak bini aku makan?"

Orang yang bercakap seperti di atas tanpa sedar telah mensyirikkan atau menyekutukan Allah dengan kerja dalam hal rezeki untuk anak isterinya. Padahal soal rezeki adalah hak Allah. Hanya Allah yang berkuasa memberi rezeki bukan makhluk. Allah berkuasa beri rezeki dengan asbab ataupun tanpa ada apa-apa asbab sekalipun.

Jika dia betul-betul beriman dan faham hakikat pemberi rezeki adalah Allah, dia akan berkata begini :

"..soal rezeki adalah urusan Allah dan kita perlu bekerja untuk memperolehi rezeki yang ditetapkan Allah untuk kita."

Contoh ayat lain orang yang mencampuri urusan pentadbiran Allah :

"..saya solat kat rumah dengan anak isteri. Kalau saya solat di masjid, sapa nak jaga anak isteri saya?"

Orang yang imannya benar akan meyakini bahawa Allah yang menjaga mereka. Allah s.w.t lah yang pelihara mereka dan beri rezeki pada mereka. Bukan suami, bapa atau sebagainya.

Ini contoh yang dimaksudkan oleh Imam Nawawi. Orang lebih mementingkan atau MEMBESARKAN kerjaya dan kehidupan manusia daripada Allah. Walaupun telah mendengar laungan azan menyebut Allahu Akbar! Allahu Akbar! (Allah Maha Besar! Allah Maha Besar!) Tetapi tetap tidak mengendahkan seruan membesarkan Allah tersebut.

- Gaya mati kita bergantung kepada gaya hidup kita -

Rumusannya, manusia yang bersikap begitu adalah manusia yang tidak mempunyai sifat pergantungan dirinya kepada Allah dalam kehidupannya. Mereka terlupa atau tidak sedar bahawa pada hakikatnya semua yang mereka miliki dan apa sahaja yang berlaku di dalam kehidupan mereka adalah berlaku atas kehendak dan keizinan dari Allah s.w.t jua.

Maka, kita jangan lupa kepada Allah s.w.t tidak kira waktu senang atau waktu susah.

Sedarlah bahawa tiada ILAH yang berkuasa mendatangkan manfaat mahupun mudarat di sekalian alam (bukan sahaja di dunia) kecuali ALLAH.

Semoga Allah memberi hidayah-Nya kepada kita semua. Amin.

Allahu a'lam.

Mengenali Diri Sendiri Satu Nikmat Yang Besar


Jika diri alpa, terpelecok kaki di jalan bibit-bibit dosa.

Ketika itu berkata kepada diri sendiri dengan tegas...

"Ini bukan aku!"

"Aku bukan begini!"

Diri aku adalah yang selalu solat tepat pada waktunya, solat berjemaah di tempat azan dikumandangkan, yang memperbanyakkan solat-solat sunat, yang membaca al quran siang dan malam, yang berzikir pagi dan petang, yang membaca doa dalam setiap perlakuan, yang mengamalkan sunnah, yang diberi sifat ehsan, yang merasai manisnya iman dan dalam ibadah, yang taat kedua ibubapa, yang memberi salam pada orang yang dikenali dan juga yang tidak dikenali, yang mudah senyum, yang menjaga lidah, yang tidak suka mengumpat dan mendengar umpatan, yang menjaga hati, hati yang tidak ada rasa benci pada sesiapa, yang tidak berasa iri pada sesiapa...yang mengetahui bahawa dari Allah aku datang dan kepada Allah jua aku pasti akan kembali, yang mengetahui kerugian akhirat adalah kerugian yang sangat besar, yang mengetahui bahawa azab akhirat adalah azab yang tidak mungkin akan dapat aku tanggung...

"Itulah aku!"

Biar dunia tunggang-langgang, hancur-lebur dipukul kiamat esoknya, aku akan kekal jadi diri aku sampai mati!

Sampai Mati!

Mengenali diri sendiri juga sebenarnya satu nikmat yang besar.

Kita akan mudah tersesat jauh dan jauh kalau kita gagal mengenali diri sendiri.

"Siapa diri kita!"

Allahu a'lam,

Bala Besar Yang Tidak Disedari


Bala yang disedari dan bala yang tidak disedari

Seorang pelajar bertanya kepada gurunya; "mengapakah apabila kita banyak melakukan maksiat terhadap Allah, namun Allah tidak menimpakan bala-Nya ke atas kita dengan segera?"

Gurunya menjawab; "Allah telah menimpakan bala-Nya, tetapi engkau yang tidak menyedarinya!".

"Bukankah Allah telah mencabut perasaan indah bermunajat dengan-Nya dari hatimu?

Tiada bala yang lebih berat ditimpakan ke atas seseorang dengan penyakit hati yang keras (sehingga tertolak dari iman, amal dan kebenaran Islam).

Sesungguhnya seberat-berat bala yang akan ditimpakan ke atasmu ialah Allah akan menyempitkan laluanmu ke arah jalan kebaikan.

Bukankah telah berlaku ke atas dirimu engkau tidak membaca Quran selama beberapa hari?

Bahkan mungkin engkau mendengar firman-Nya yang berbunyi :


"Kalau sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir." (Al-Hasyar : 21)
Engkau mendengar ayat ini tetapi engkau tidak merasa apa-apa...!!!

Bukankah berlalu beberapa malam tetapi engkau terhalang daripada bangun (qiyamullail)?

Bukankah berlalu peluang-peluang kebaikan seperti; Ramadhan, Enam Syawwal, Sepuluh Zulhijjah...Sedangkan engkau tidak dipermudahkan untuk mengambil peluang-peluang tersebut dengan sewajarnya?

Adakah BALA yang lebih berat dan segera dari semua ini?

Bukankah engkau merasa berat apabila mahu melakukan ketaatan?

Bukankah lidahmu ditahan daripada mengingati-Nya?

Bukankah engkau merasa lemah apabila berhadapan dengan bisikan hawa nafsu dan syahwat?

Bukankah engkau telah ditimpakan dengan cintakan harta, pangkat dan perasaan ingin popular?

Adakah bala yang lebih berat dan segera daripada ini semua?

Bukankah dipermudahkan bagimu untuk mengumpat, mengadu domba dan berkata dusta?!

Bukankah engkau disibukkan dengan perkara-perkara yang sia-sia tiada kaitan dengan dirimu?!

Bukankah engkau telah dilupakan tentang akhirat dan segala tumpuanmu dihalakan kepada hal keduniaan?

Semua kehinaan ini tidak lain dan tidak bukan adalah bentuk-bentuk bala yang Allah timpakan ke atas dirimu.

Berhati-hatilah wahai anakku, kerana BALA yang paling ringan yang Allah timpakan adalah bala yang boleh disedari seperti bala yang ditimpakan ke atas harta, anak pinak dan kesihatan.

Dan sesungguhnya sebesar-besar bala yang ditimpakan ke atas seseorang hamba adalah bala yang tidak disedari iaitu 'bala di dalam hati'.

Mohonlah keampunan dan kesejahteraan dari Allah dan beristighfarlah atas dosa-dosamu.

Masuk Neraka Selama Satu Hukub Kerana Meninggalkan Solat Fardhu


Masuk Neraka Selama Satu Hukub Bagi Orang Yang Sengaja Meninggalkan Satu Waktu Solat Fardhu Sehingga Luput Waktu

Orang yang dengan sengaja tanpa apa-apa keuzuran meninggalkan satu solat fardhu sehingga luput waktunya, kemudian mengqadhakan semula solat yang terluput tersebut, di akhirat kelak dia akan masuk ke dalam neraka selama 1 hukub.

1 hukub bersamaan 80 tahun. 1 tahun purata ada 360 hari. Manakala 1 hari di akhirat bersamaan 1000 tahun di dunia.

Ini bermakna di akhirat kelak, orang yang meninggalkan 1 waktu solat fardhunya dengan sengaja sehingga terluput waktu akan masuk neraka selama 28 juta 800 ribu tahun.

Perghhh! Ini memang betul-betul masalah berat.

Gementar hati!

Itu baru satu waktu solat fardhu yang ditinggalkan dengan sengaja sehingga luput waktunya. Bayangkan kalau tak solat dua waktu? tiga waktu? seminggu? sebulan? setahun? Sudah berapa hukub tu?

Demam!!!

Itu azab neraka bagi orang yang sengaja meninggalkan solat fardhu tetapi mereka mengqadhakan semula solat yang terluput tersebut. Kalau orang yang dengan sengaja meninggalkan solat fardhu dan berterusan tanpa mengqadhakan solat tentu lebih berat.

Allahu a'lam.

Amalan Yang Diterima Atau Yang Ditolak Allah


Bagi orang tertentu, mereka boleh mengetahui sama ada amalan ibadah yang mereka lakukan diterima atau ditolak oleh Allah s.w.t.

Amalan tersebut dapat ganjaran pahala di sisi Allah atau hanya sia-sia. Kosong tanpa dapat apa-apa di sisi Allah s.w.t.

Sekurang-kurang mereka boleh mengetahui melalui 2 perkara ini :

1 - Niat

Sesuatu amalan yang dilakukan dengan niat yang salah, yakni dilakukan bukan kerana Allah s.w.t tapi kerana niat yang lain maka amalan ibadah itu tak sampai atau tertolak di sisi Allah.

2 - Rasa Amal Lebih Baik Dari Orang Lain

Satu perasaan dalam hati, yakni merasakan amal ibadah yang dilakukan, seperti solat misalnya lebih baik dari solat orang lain. Maka ketika ini, solat yang dilakukan itu tertolak di sisi Allah s.w.t. Begitu juga dengan lain-lain amalan.

Ibnul Qayyim rahmatullah 'alaih berkata :

"Sungguh engkau terlelap tidur semalaman dan pagi harinya menyesal..lebih baik daripada qiyamullail semalaman, namun pagi harinya engkau merasa takjub dan bangga diri, sebab orang yang merasa bangga dengan amalnya tidak akan pernah naik (diterima) amalnya".
Maulana Ilyas rahmatullah 'alaih pernah berkata :

"Jika aku merasakan solatku lebih baik daripada mereka (pembantu-pembantu beliau) disisi Allah, maka Allah akan menolak solatku dan aku akan jatuh pada pandangan-Nya. Harapanku hanyalah bahawa disebabkan hamba-hamba-Nya yang dhaif an taat ini, Allah tidak akan menolak solatku."
Allahu A'lam.

Yang Paling Ringan Di Dunia


Suatu hari, Imam Al-Ghazali (1058-1111) berkumpul bersama dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya kepada mereka 6 soalan.

Sampai kepada pertanyaan yang kelima...Imam Al-Ghazali bertanyakan;

"Apa yang paling ringan di dunia ini?"

Anak muridnya ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan.

Semua itu benar kata Imam Al-Ghazali, tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Solat.

Betapa benar dan tepatnya jawapan Imam Al-Ghazali itu, walaupun pertanyaan dan jawapan tersebut dibuat pada 957 tahun yang lampau. Namun masih relevan dan tepat sekali dengan keadaan masa ini.

Memang solat sangat ringan sekali untuk ditinggalkan oleh orang yang telah mengaku beriman dan beragama Islam. Walaupun mereka mengetahui meninggalkan dengan sengaja rukun Islam kedua setelah mengucapkan dua kalimah syahadah itu adalah satu dosa besar.
You might like these as well: