4 Penyakit Kerana Tabiat Tidur Lewat Bangun Lambat


Di antara kebiasaan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah tidur awal selepas solat Isyak, jika tidak ada urusan penting berkaitan dakwah ataupun jihad. Dan baginda s.a.w akan bangun sepertiga malam untuk qiyamullail, menghidupkan malam dengan beribadat kepada Allah.

Selain memudahkan Tahajjud, ternyata kebiasaan tidak tidur terlalu lewat malam juga memiliki banyak manfaat untuk kesihatan yang baru diketahui pada zaman moden ini. Sebaliknya, orang bertabiat tidur lewat malam lebih berisiko untuk mendapat penyakit.

Berikut 4 penyakit membunuh disebabkan tabiat tidur lewat bangun lambat :

1. Sistem antibodi tubuh yang lemah

Tabiat tidur terlalu lewat pada waktu malam ternyata dapat mempengaruhi kualiti sel-sel darah putih. Akibatnya kekebalan tubuh menjadi melemah dan mudah untuk mendapat pelbagai serangan penyakit.

2. Kencing manis atau diabetes

Tubuh tidak toleran terhadap glukosa kerana jumlah insulin menurun.

3. Sakit kepala

Menurut kajian manusia memerlukan tidur sekurang-kurangnya lima jam sehari pada waktu malam. Kekurangan waktu tidur melebihi waktu minimum akan menyebabkan gejala pening kepala dan migrain.

4. Kerosakan hati

Antara penyakit berbahaya akibat tidur terlalu malam adalah masalah hati. Menurut kajian yang dilakukan oleh doktor di National Taiwan Hospital, telah mendapati bahawa tidur terlalu lewat pada waktu malam merupakan penyebab utama kerosakan hati.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: