Bagi orang tertentu, mereka boleh mengetahui sama ada amalan ibadah yang mereka lakukan diterima atau ditolak oleh Allah s.w.t.
Amalan tersebut dapat ganjaran pahala di sisi Allah atau hanya sia-sia. Kosong tanpa dapat apa-apa di sisi Allah s.w.t.
Sekurang-kurang mereka boleh mengetahui melalui 2 perkara ini :
1 - Niat
Sesuatu amalan yang dilakukan dengan niat yang salah, yakni dilakukan bukan kerana Allah s.w.t tapi kerana niat yang lain maka amalan ibadah itu tak sampai atau tertolak di sisi Allah.
2 - Rasa Amal Lebih Baik Dari Orang Lain
Satu perasaan dalam hati, yakni merasakan amal ibadah yang dilakukan, seperti solat misalnya lebih baik dari solat orang lain. Maka ketika ini, solat yang dilakukan itu tertolak di sisi Allah s.w.t. Begitu juga dengan lain-lain amalan.
Ibnul Qayyim rahmatullah 'alaih berkata :
"Sungguh engkau terlelap tidur semalaman dan pagi harinya menyesal..lebih baik daripada qiyamullail semalaman, namun pagi harinya engkau merasa takjub dan bangga diri, sebab orang yang merasa bangga dengan amalnya tidak akan pernah naik (diterima) amalnya".Maulana Ilyas rahmatullah 'alaih pernah berkata :
"Jika aku merasakan solatku lebih baik daripada mereka (pembantu-pembantu beliau) disisi Allah, maka Allah akan menolak solatku dan aku akan jatuh pada pandangan-Nya. Harapanku hanyalah bahawa disebabkan hamba-hamba-Nya yang dhaif an taat ini, Allah tidak akan menolak solatku."Allahu A'lam.