Jangan bermusim dalam mengingati Allah! Ada sesetengah manusia hanya mencari Allah ketika susah. Apabila hidup dilanda resah, solatnya menjadi khusyuk luar biasa mengalahkan para wali. Apabila masalahnya hilang, solatnya langsung hanyut ke laut.
Kewajipan mengingati Allah secara konsisten terangkum dalam arahan solat 5 waktu. Dalam solat yang 5 ini, setiap muslim mengatur munajat kepada Allah dalam setiap lafaz bacaan solatnya.
Lebih menarik, jarak yang sedikit jauh antara solat Subuh dan Zohor ditampung oleh solat Dhuha, manakala jarak panjang antara Isyak dan Subuh juga dipendekkan dengan saranan solat Tahajjud. Dengan kitaran ini, hubungan dan ingatan seorang hamba kepada Allah berlangsung hampir 24 jam.
Nabi Yunus a.s adalah contoh terbaik manusia yang segera mendapat bantuan Allah kerana baginda sentiasa mengingati Allah ketika senang.
Ramai yang beranggapan rahsia bantuan Allah kepadanya berpunca hanya dari doa ini :
"Dan (ingatlah kisah) Dzun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahwa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya), maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: "Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim".Memang tidak dinafikan, lafaz yang indah memainkan peranannya tersendiri dalam menjamin penerimaan sesuatu doa. Bagi lafaz di atas Rasulullah s.a.w mengakuinya:
"Maka Kami telah memperkenankan doanya dan menyelamatkannya daripada kedukaan. Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman." (Surah Al-Anbiya, ayat 87-88)
Doa nabi Yunus yang dibacanya ketika dalam perut ikan iaitu “Tiada Tuhan Melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku tergolong dalam orang yang berlaku zalim” (adalah lafaz doa yang sangat istimewa), tiada seorang pun Muslim yang menggunakan lafaz doa ini melainkan akan dimakbulkan Allah baginya." (Sunan al-Tirmizi dan Musnad Ahmad)Pun begitu, kisah nabi Yunus a.s dan doanya, ada sejarah awal yang jarang diketahui iaitu baginda a.s ketika waktu senangnya banyak (sentiasa) mengingati Allah secara konsisten. Rupanya inilah punca utama mengapa doa Nabi Yunus a.s tatkala kesusahan dalam perut ikan senang dimakbulkan Allah.
Perhatikan firman Allah berikut ini :
"Sesungguhnya Yunus benar-benar salah seorang rasul,Kisah Nabi Yunus a.s ini direkod kekal oleh Allah dalam al-Quran agar menjadi panduan umat Islam sehingga kiamat. Kunci penerimaan doa seseorang hamba adalah sejauh mana kesungguhan serta konsistennya dia mengingati Allah ketika senang.
(ingatlah) ketika ia lari, ke kapal yang penuh muatan,
kemudian ia ikut berundi lalu dia termasuk orang-orang yang kalah dalam undian.
Maka ia ditelan oleh ikan besar dalam keadaan tercela.
Maka kalau sekiranya dia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah,
nescaya ia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit.
(Surah Al-Saffat, ayat 139-144)
Abdullah Ibn ‘Abbas menceritakan Rasulullah s.a.w pernah berpesan kepadanya dalam sabda baginda :
"Kenalilah (ingatilah) Allah ketika senang, pastinya Dia akan mengenalimu ketika sukar." (al-Mu’jam al-Kabir Li Imam al-Tabrani)Kisah doa nabi Yunus boleh dianalogikan dengan tabiat suka menyimpan ketika senang oleh seorang yang bijak. Apabila tiba waktu genting atau zaman kemelesetan ekonomi, dia tak risaukan kemiskinan atau kesusahan kerana simpanan hartanya selalu ada.
Pengajaran utama, isilah waktu tenang dan senang kita dengan beribadat dan berdoa kepada Allah kerana ia akan mengundang kasih Allah kepada kita. Apabila Rabb Pemilik semesta alam sukakan kita, maka semua masalah akan diuruskan-Nya sebaik mungkin.
Wallahu a'lam.