Wanita kalau dia sudah sayang seorang lelaki itu, dia akan sayang seorang sajalah. Tiada kedua atau ketiga dan dia akan setia pada seorang. Tetapi bila dia sudah tawar hati, jangan terkejut jika dia meninggalkan anda secara tiba-tiba.
Pada masa itu, anda sendiri akan tertanya-tanya apa kesalahan yang telah anda lakukan terhadap dia. Mungkin anda merasakan dia kejam tetapi anda tidak tahu bahawa dia sudah lama makan hati kerana sifat anda itu.
Berikut 16 punca kenapa wanita tawar hati dengan lelaki :
1. Sering ditipu
Semua orang tidak suka ditipu, baik lelaki mahupun wanita. Tetapi jika di awal perkenalan pun anda sudah menipu dan cuba menutup penipuan tersebut dengan penipuan-penipuan lain dan akhirnya terbongkar. Selepas terbongkar anda diberi kemaafkan tetapi masih terus menipu.
Layakkah seumur hidup untuk terus hidup dengan si penipu? Kadang-kadang kita tahu bahawa orang itu sedang menipu dan berharap dia berterus-terang tetapi malangnya masih bagi alasan yang indah khabar dari rupa.
Ingat! Orang yang suka berkata jujur mendapat tiga perkara, iaitu; kepercayaan, cinta dan rasa hormat. Sepanjang zaman, kejujuran tetap relevan dalam kehidupan manusia.
2. Tidak mengambil berat
Perempuan perlukan perhatian tetapi jika kamu langsung tidak mahu ambil tahu tentang dirinya akan menyebabkan dia jauh hati. Contohnya, masa bersama kawan, bermain games, anda ada masa tetapi untuk setakat nak tanya khabar buah hati anda beri alasan tidak ada masa.
Kadang-kadang what apps online tetapi langsung tak reply mesej buah hati walaupun sudah baca mesej. Konon anda ingat dia sudah jadi awek atau tunang anda, jadi tak perlu nak take care sangat sebab rasa sudah 'memiliki' dan 'zon selesa'. Tidak seperti macam zaman nak tackle dulu.
Sikap begitu adalah silap besar. Ini kerana semakin hubungan rapat semakin kena ambil berat. Habis itu kalau sudah nikah nanti anda boleh tinggal-tinggalkan isteri anda macam itu sajakah sebab sudah 'memiliki keseluruhan'nya?
3. Curang
Curang ini banyak kategori tetapi kalau bertepuk sebelah tangan memang tidak akan berbunyi melainkan anda tepuk dahi sendiri. Contoh, mamat ini sudah ada tunang, jadi memanglah tunang dia ini untuk dinikahi tetapi sesaja cari keseronokan luar untuk suka-suka. Curang ke tidak itu?
Lepas itu terkantoi mesej mesra dengan wanita lain. Alasan saja suka-suka tetapi tetap setia pada yang satu. Kalau benar setia tidak adanya spare-spare stock suka-suka.
4. Panas baran
Paling wanita tidak suka adalah lelaki sikap panas baran. Bila ada masalah mesti nak mengamuk. Macam manalah kalau lepas nikah nanti. Api tidak boleh lawan api. Kena carilah penyejuk.
5. Suka maki hamun
Asal bergaduh saja semua perkataan kesat keluar. Wanita akan fikir, jika sebelum nikah sudah pandai memaki hamun, mesti lepas nikah sekali kaki tangan naik.
6. Terlalu ego
Lelaki memang ego tetapi kalau sampai tidak boleh bertolak-ansur dan tidak boleh fikir positif-negatif payah jugakan. Jenis ikut kepala otak sendiri saja yang betul.
7. Tidak pandai pujuk
Nampak remeh tetapi punyai impak besar tahu! Kalau bergaduh buat hal sendiri. Masing-masing diamkan diri. Wanita memang suka merajuk tetapi jika rajuk tidak dipujuk maka terpaksalah pujuk diri sendiri. Lama-lama memang hati makin keraslah. Bak kata orang, "antibiotik dah tak berfungsi dah". Jadi, fikir-fikirlah sendiri.
8. Tidak serius dalam hubungan
Konon hubungan sudah lama tetapi tanda-tanda serius itu tidak ada. Nak ajak bertunang pun tidak, inikan pula nak ajak kahwin. Tetapi ada pula yang berjanji manis bagai gula tapi habuk pun tak ada. Don’t trust words, trust actions.
9. Tidak tetap pendirian
Hari ini cakap macam ini, esok cakap macam itu pula. Bak kata orang, "jenis tak boleh pakai punya orang!". Anda sendiri tidak pasti dengan apa yang anda lakukan dan sering bertukar-tukar keputusan.
10. Kurang memahami
Kesefahaman berdua itu penting tetapi jika anda sahaja ingin dirinya memahami anda tapi sebaliknya anda langsung tidak mahu memahami si dia. Adilkah?
11. Suka kongkong dan memaksa
Kongkong boleh tetapi ada batasnya, jangan cemburu buta. Anda suka dia jadi orang macam yang anda mahukan, bukan kamu terima dia seada dirinya.
12. Tidak percaya
Semua benda nak siasat. Nak wanita percaya anda tapi anda langsung tidak percaya pada wanita itu. Apabila berlaku krisis sikit, mulalah tuduh macam-macam. Serkap jarang sana sini.
13. Kedekut dan berkira
Kalau apa-apa perkara kamu sangat kedekut dan berkira tidak kira tenaga atau wang. Siapa boleh tahan?
14. Suka pinjam wang perempuan
Makin bagi muka makin naik lemak, lastly pijak kepala. Kalau sudah wanita kena tanggung anda, baik jangan jadi lelaki. Kalau lelaki itu bermaruah dia tidak akan pinjam duit wanita untuk kepentingan diri sendiri. Tambah-tambah lagi lelaki yang jenis buat wanita macam mesin ATM.
15. Tidak ikhlas
Niat asal anda untuk memulakan hubungan dengan perempuan tersebut ada 'udang di sebalik batu'. Mungkin sebab wanita tersebut berduit, berpangkat tinggi atau apa-apa kepentingan untuk kamu gunakan.
Jika wanita itu bijak dan perasan niat anda yang cuma nak jadi parasit sahaja lebih baik dia cepat-cepat cantas 'parasit' tersebut. Kerana tidak perlu hendak tanggung 'biawak hidup' yang memang menyusahkan.
16. Diabaikan
Orang lelaki masa mula-mula hendak mengorat wanita bukan main lagi bersungguh. Bagi ayat manis tahap 'diabetes'. Tiap-tiap hari mesej dan call pujuk rayu itu dan ini. Tetapi bila sudah dapat, hati wanita itu anda buat tidak tahu pula.
Sejujurnya, wanita tidak suka diabaikan. Bila dia commit dengan anda maknanya memang dia gilakan perhatian anda. Jadi, hargailah orang yang masih bersama dengan kita semasa susah atau senang.