13 Cara Membuat Bekas Kekasih Cemburu

Tidak kisah apa pun alasan disebalik putusnya sebuah hubungan cinta dan siapa yang memutuskan terlebih dahulu, tentu ada masa di mana anda masih mengingati dirinya. Ya, bekas kekasih yang pernah berkongsi hati dan emosi bersamamu.

Jika motivasi di sebalik itu adalah satu dendam, ini adalah keadaan yang bahaya. Namun jika rasa tersebut muncul kerana ingin mengait hubungan kembali kerana dalam hati masih ada cinta, ada banyak caranya. Salah satunya adalah dengan membuat si dia jadi cemburu. Ada rasa kepuasan tersendiri ketika membuat bekas kekasih jadi cemburu.


Rasa cemburu yang ditunjukkan oleh bekas kekasih boleh menjadi isyarat bahawa dia masih menyimpan perasaan terhadap kamu. Ini merupakan petanda yang positif, sebuah petunjuk bahawa peluang untuk kembali dengannya masih terbuka lebar. Bagaimana caranya agar bekas kekasih boleh cemburu?

Berikut 13 cara membuat bekas kekasih cemburu :

1. Jangan menghubungi

Peraturan pertama adalah dengan memberi rehat kira-kira 2 minggu hingga 1 bulan sebelum memutuskan untuk melakukan kontak dengannya. Jika anda menghubungi dia seawal mungkin, maka akan meninggalkan kesan bahawa andalah yang sebenarnya masih mahukan dia.

Selain itu, terlalu cepat melakukan kontak dengan bekas boleh membuat anda kehilangan kesempatan untuk dirindukan. Ini kerana sama sekali dia tidak merasakan kehilangan dirimu.

2. Jangan mengangkat telefon

Untuk minggu-minggu awal selepas putus cinta, sebaiknya tidak mengangkat telefon atau membalas chat darinya. Mungkin dia menghubungi anda beberapa hari selang putus cinta sebagai usaha untuk mencari justifikasi dan membantu mengurangkan rasa sakit yang dirasakannya.

Namun jika anda ingin dia benar-benar merindukan dirimu, maka panjangkanlah tempoh menunggu baginya sehingga perasaan nostalgia itu boleh terbentuk dengan lebih kuat.

3. Percutian

Cara membuat bekas cemburu selanjutnya adalah dengan pergi bercuti ke tempat yang jauh. Satu perkara yang secara automatik juga akan memutuskan hubungan.

Ini membantu untuk menghindarkan anda dari keadaan pertemuan yang tidak disengajakan. Di sisi lain, percutian juga boleh memberi anda masa untuk berehat dan menenangkan fikiran.

Muatnaik foto-foto percutian anda di instagram atau sosial media. Dengan begitu teman-teman dan bekas kekasih tahu bahawa anda memang menikmati keadaan anda yang sekarang.

4. Luangkan masa

Alasan utama mengapa anda perlu memutuskan semua kontak dengannya adalah agar anda mempunyai masa untuk memulihkan diri. Tubuh dan fikiran anda tentu menjadi kacau selepas mengakhiri hubungan cinta.

Oleh itu, luangkan masa anda untuk menilai kesalahan-kesalahan yang pernah dibuat, khususnya jika anda memang mempunyai niat untuk kembali dengannya. Nikmati masa anda di luar rumah dan lakukanlah kegiatan yang anda sukai, baik sendirian atau bersama rakan-rakan.

Nikmatilah kembali hidup anda sebagai seorang bujang yang bebas. Pada ketika anda menjadi lebih sihat dan bahagia, dengan sendirinya bekas kekasih akan rasa cemburu dan semakin merindukan kehadiran anda.

5. Jangan menunjukkan kesedihan

Cara membuat bekas cemburu yang juga patut anda cuba adalah dengan tidak menunjukkan kesedihan, terutama di media sosial. Jika boleh, jangan membincangkan perihal cinta di media sosial sama sekali.

Sebabnya, ini akan membuat anda kelihatan sangat kasihan, sehingga bekas kekasih anda berada pada kedudukan yang lebih tinggi. Sebaliknya, jika anda kelihatan lebih ceria, maka dia akan semakin merindukan anda. Besar kemungkinan dia cemburu dengan kehidupan anda yang ternyata menjadi lebih baik setelah berpisah dengannya.

      Baca : 7 Tip Jaga Solat Bagi Ibu Ada Anak Kecil

ADVERTISEMENT

6. Jangan mengekori

Jika kamu terus menerus mengekori dirinya, itu ertinya anda tidak memberikan ruang yang dia perlukan. Semakin parah jika dia tahu, anda akan dilihat sebagai seorang yang desperate, dan ini akan merosakkan citra anda.

Besar kemungkinan kebiasaan dan ugutan bekas akan mendorong dirinya semakin jauh, berlawanan dengan tujuan utama anda untuk membuatnya cemburu dan rindu. Ugutan yang dimaksud berlaku di dunia nyata seperti muncul di depan rumahnya atapun di dunia maya seperti taksub dengan foto-foto yang dimuatnaik di media sosial.

7. Cari rakan-rakan baru

Teman-teman yang baru sangat membantu anda agar boleh rasa lebih kuat dan percaya diri, serta memberikan ruang bagi diri anda untuk boleh berkembang dan berubah ke arah yang lebih baik.

Di sisi lain, bekas kekasih akan melihat anda sebagai seorang yang mampu mencipta kehidupan sosial baru sekalipun tanpa kehadiran dirinya. Jika persekitaran sosial yang anda miliki masih didominasi oleh teman-teman lama yang juga masih teman dari bekas kekasih anda, besar kemungkinan dia akan melaporkan segala kesedihan yang anda tunjukkan.

8. Membuka hati

Membuka hati untuk cinta yang baru adalah cara membuat bekas kekasih cemburu yang sangat berkesan. Ingat, ketika ini anda mempunyai hak untuk menjalin hubungan dengan siapa pun, jadi bukalah hati anda.

Bayangkan jika anda sedang menjalin hubungan dengan orang yang baru dan maklumat tersebut sampai di telinga bekas kekasih, tentu akan membuatnya sangat cemburu. Sangat besar kemungkinan dia akan tersedar bahawa dia sangat merindukan kehadiran anda.

9. Hobi baru

Pada masa ini, anda harus rasa bahagia untuk menjalani kehidupan sebagai seorang bujang. Semakin anda rasa bahagia, akan semakin menarik kesan yang hadir. Apabila bekas kekasih boleh melihat anda menjalani kehidupan seperti ini, terutama ketika melakukan hal-hal baru, besar kemungkinan dia akan semakin merindukan anda.

Teknik seperti ini akan membuat bekas kekasih rasa cemburu melihat kenyataan bahawa anda masih boleh bersenang-senang walaupun dengan tanpa kehadirannya.

10. Cuba penampilan baru

Anda tidak perlu merubah penampilan, hanya dengan melakukan perubahan kecil seperti potong rambut atau mengenakan model pakaian berbeza dari yang biasa anda kenakan.

Penampilan yang baru dijamin akan membuat bekas kekasih cemburu, di samping membuat anda rasa lebih percaya diri. Kuncinya adalah jangan merubah penampilan secara berlebihan, kerana mengisyaratkan bahawa anda sedang putus asa dan tidak mempunyai pegangan lagi.

11. Menunjukkan sikap sopan

Cara membuat bekas cemburu ini wajib anda lakukan ketika dipertemukan kembali. Cuba untuk senyum dan bercakap dengan bersemangat.

Hal seperti ini akan membuat dirinya teringat akan sisi diri anda yang terbaik sekaligus menunjukkan bahawa putus cinta ternyata tidak menjejaskan kehidupan peribadi anda. Pada akhirnya, dia akan menyedari betapa tergesa-gesa dirinya meninggalkan anda.

12. Menjadi diri yang lama

Ketika bertemu kembali, mungkin tanpa sedar anda akan menunjukkan sikap yang berbeza seperti ketika masih menjalin hubungan dengannya. Sebaiknya, cubalah menjadi diri anda seperti dulu, seperti ketika anda mampu membuatnya jatuh cinta.

Dalam erti kata lain, cubalah untuk memercikkan isyarat-isyarat cinta dengan menunjukkan siapa diri anda yang sebenarnya. Biarkan dia cemburu dan menyedari bahawa sikap ceria dan menyeronokkan yang anda miliki itu tidak hilang hanya kerana putus cinta.

13. Jangan mengemis perhatian

Rasa cemburu memang boleh memberikan keuntungan jika anda melakukannya secara benar. Tetapi biasanya, usaha untuk membuatnya cemburu kelihatan sangat jelas sehingga tidak memberikan kesan apa-apa baginya.

Apabila anda melakukan sesuatu hanya agar dia dapat melihat diri anda, besar kemungkinan anda akan meninggalkan kesan yang menyedihkan. Misalnya, jangan cuba mendekati temannya hanya untuk membuatnya rasa cemburu.

      Baca : 10 Perbuatan Ibu Bapa Yang Meninggalkan Kesan Panjang Dalam Ingatan Anak

ADVERTISEMENT
Kesimpulan

Tidak salah merindukan kembali hubungan yang sudah kandas, asalkan dalam hati msih ada rasa cinta padanya. Ini kerana besar kemungkinan anda boleh belajar dan memperbaiki diri masing-masing sehingga boleh mendapatkan pelajaran yang berharga untuk ke hadapan.

Semoga cara membuat bekas cemburu di atas boleh membantu anda untuk kembali mendapat perhatian darinya, sehingga peluang untuk kembali tetap terbuka. Selamat mencuba!

- Daku Amat
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: