8 Perkara Lelaki Yang Matang Tidak Akan Lakukan Dalam Sebuah Hubungan

Ada sesetengah lelaki akan matang bila umur mereka mencecah 15 atau 16 tahun, ada juga lelaki yang tidak pernah matang walaupun mereka telah mencecah umur 30-an.

Lelaki yang matang mempunyai karakter dan emosi tersendiri berbanding lelaki yang tidak matang. Berikut kami kongsikan 8 karakter yang membezakan mereka. Percayalah, umur tiada kena mengena dengan faktor kematangan seseorang.

Berikut 8 perkara lelaki yang matang tidak akan lakukan dalam sebuah hubungan :

1. Tidak mengkritik penampilan anda

"Kenapa pakai tudung macam ni?, "kalau boleh saya nak tengok awak slim sikit!" Seorang lelaki yang anda cintai tidak akan bercakap tentang penampilan anda dengan cara begitu.

Ini kerana dia sedar perbuatan itu akan menjatuhkan keyakinan diri anda dan hanya akan menjauhkan diri anda daripada dia. Seorang lelaki yang matang tidak akan menjatuhkan diri anda semata-mata untuk memuaskan diri sendiri.

2. Tidak akan kacau ruang peribadi anda

Jika anda mempunyai hubungan yang baik bersama rakan-rakan yang lain, dia akan faham dan menghormati nilai persahabatan anda itu.

Dia juga tidak akan cuba untuk meminta telefon anda untuk siasat dengan siapa anda berkawan. Jika dia berbuat demikian, dia sebenarnya menunjukkan seorang yang ragu-ragu terhadap anda dan tidak menghormati anda.

3. Dia tidak akan lari dari masalah

Dulu ketika masih remaja, apabila hadapi masalah, salah satu cara untuk kita selesaikannya adalah dengan lari daripadanya. Lelaki yang matang, dia tahu cara yang terbaik untuk selesaikannya, tidak kiralah sama ada masalah peribadi, keluarga mahupun masalah kerja, dia tidak akan lari daripadanya.

Namun, ini tidak bermakna dia suka cari masalah untuk diselesaikan. Dia tahu, bila perlu dia selesaikan masalah dan bila perlu dia lari daripada menimbulkan masalah.

4. Tidak beranggapan emosi itu satu kelemahan

Seorang lelaki yang matang, tidak bermakna dia seorang yang sentiasa bersabar atau seorang yang tabah dalam segalanya. Dia tidak takut untuk terima sebarang kritikan apabila dia menunjukkan sudut dirinya yang berlemah lembut dan romantik terhadap seseorang yang dicintainya.

Dia tahu dengan berbuat demikian tidak menjejaskan sedikitpun reputasi terhadap dirinya, malah dia tahu dengan berbuat demikian akan lebih menguatkan lagi hubungan.


5. Dia bukan seorang berfikiran pendek

Sesetengah lelaki dengan mudahnya akan membelanjakan duit yang ada untuk apa sahaja yang dia suka tanpa fikir akibatnya pada masa depan.

Mereka yang matang akan berfikiran jauh dalam setiap tindakan yang dia lakukan. Bagaimanapun, ini tidak bermakna hidup mereka sangat bosan dan tidak spontan.

6. Tidak akan buat anda rasa terabai disamping rakannya

Setiap lelaki juga perlukan ruang untuk mereka meluang masa bersama rakannya. Namun, lelaki yang bijak tidak akan abaikan wanita yang dicintainya demi rakan yang lain.

Lelaki yang sentiasa mendengar kata-kata daripada rakannya berbanding menerima kata daripada wanita yang dicintainya mungkin mempunyai masalah psikologi. Kerana, mereka yang berbuat demikian menunjukkan sikap terlalu kebudakan dan tidak matang.

7. Dia sangat akrab dengan ibunya

Lelaki yang matang akan sentiasa luangkan masa untuk kedua-dua insan yang tersayang, ibu bapanya. Dia tahu, dengan menjaga orang yang pernah menjaga dia ketika kecil dahulu adalah sangat penting. Itulah satu cara baginya untuk menunjukkan penghargaan kepada mereka.

8. Dia menghormati dan tidak akan sentuh anda

Ini termasuk bukan sahaja dalam bentuk fizikal tetapi juga psikologi anda. Jika dia pernah melakukan apa-apa jenis keganasan terhadap anda, jadi berhentilah beralasan yang dia adalah satu-satu lelaki yang anda nantikan.

Dia tidak akan berubah. Ini kerana lelaki yang matang tidak akan melakukan keganasan terhadap wanita atau sesiapa pun tidak kira sejauh mana tahap kemarahannya.

Kesimpulan

Cara seseorang lelaki melayan wanita tidak hanya bergantung pada personaliti dirinya tetapi juga mengambil kira tingkah laku wanita itu sendiri. Hubungan yang baik perlukan kerjasama kedua-dua belah pihak. Pihak wanita juga perlu mengelakkan kesilapan tertentu untuk hidup bahagia bersama pasangannya.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: