9 Jenis Wanita Di Malaysia Yang Lelaki Perlu Kenali


Lelaki di luar sana yang sedang mencari jodoh, anda perlu mengenali dan tahu jenis-jenis wanita yang ada di Malaysia ini. Jangan harapkan rupa saja cantik tetapi perangai tak cantik! Wanita sekarang tidak sama dengan wanita zaman dahulu. Memang berbeza sangat. Jadi, apa sebenarnya jenis-jenis wanita di Malaysia yang lelaki perlu kenali?

Berikut 7 jenis wanita di Malaysia yang lelaki perlu kenali :

1. Jenis kaki shopping

Wanita jenis macam ini adalah yang paling ditakuti oleh lelaki, lebih-lebih lagi lelaki yang bergaji di bawah RM3,000 kerana lelaki yang bergaji bawah RM3,000 di Kuala Lumpur ditaksir sebagai golongan miskin.

Perempuan jenis ini memang sangat up-to-date dengan berita terkini tentang produk import yang akan dipasarkan di Malaysia. Mereka juga mempunyai maklumat terperinci tentang sales di shopping complex, bila mula dan bila berakhir kempen sales tersebut.

Jenis teman lelaki pilihan perempuan kaki shopping adalah lelaki yang memandu kereta import yang bernilai RM100,000 ke atas. Namun pilihan paling utama ialah lelaki dari golongan anak Dato', anak Tan Sri atau anak ahli politik tanpa mengira apa parti si ayah.

Kalau gaji kamu jenis cukup makan, lupakanlah niat untuk mendapatkan teman wanita seperti ini. Kelak kamu terpaksa menggadaikan tanah pusaka dan menjadi anak derhaka selepas berkahwin dengan si dia nanti.

2. Jenis gedik tak kira waktu

Gedik dan manja merupakan dua definasi yang berbeza. Manja biasanya mempunyai sifat yang lebih terpimpin berbanding gedik. Perempuan gedik biasanya mempunyai sifat manja tahap melampau sehinggakan mereka tidak mampu berdikari dan menimbulkan perasaan annoying di hati orang lain.

Selain itu, perempuan gedik sukakan perhatian dari orang lain atau attention whore. Profile picture mereka di laman sosial biasanya merupakan gambar yang diambil mereka sendiri di dalam bilik tidur atau di dalam bilik air sambil sebelah tangan membuat tanda "peace" dan mulut membuat "duck face".

Mereka suka mencairkan hati lelaki, tidak kiralah siapa pun lelaki tersebut sama ada teman lelaki, kawan satu office ataupun pak guard. Nada lenggok suara yang manja dan sedikit mengada-ngada adalah senjata utama untuk mencairkan hati lelaki. Selain itu, mereka juga sering rasa mereka hot stuff. Mereka sangat peka dengan perkembangan fesyen dan sering mengenakan fesyen terkini sehingga kekadang menjadi fashion victim.

Perempuan gedik juga sentiasa happy-go-lucky dan jarang bersedih. Kalau sedih pun, mereka akan menterjemahkan kepada kegedikan. Kebanyakan lelaki memandang sinis kepada perempuan gedik. Namun, perempuan gedik adalah perempuan yang paling memahami lelaki, sangat caring kepada suami dan anak-anak dan setia kepada suami selepas berkahwin.

3. Jenis perempuan lasak

Jenis perempuan lasak mempunyai tahap fizikal yang kuat, berhati keras dan mempunyai sedikit kelakuan menyerupai lelaki. Dan kadang-kala tingkah laku mereka juga keras seperti seorang lelaki. Perempuan lasak biasanya aktif bersukan dan sekurang-kurangnya pernah mewakili sekolah dalam acara sukan. Aktiviti panjat gunung, bercamping, wall climbing dan berfutsal adalah aktiviti kegemaran mereka.

Biasanya perempuan lasak mempunyai gaya percakapan dan tingkah laku seperti seorang lelaki. Setakat duduk sambil letak kaki atas meja adalah fenomena biasa bagi mereka. Tetapi, sekeras-keras mereka, mereka masih seorang wanita. Dalam hati mereka masih mempunyai sifat kewanitaan yang mengharap layanan romantik dari seorang lelaki. Sekeras kerak nasi, kena air lembutlah jugak kan?

Ada dua jenis lelaki yang menjadi pilihan perempuan lasak. Pertama, lelaki yang sama-sama lasak dan aktif sepertinya. Ini kerana mereka mempunyai minat yang sama dan boleh menjalankan aktiviti yang sama. Tempat mereka berdating bukan terhad di shopping complex, tetapi juga di tasik untuk berjogging dan juga gym. Jangan terkejut kalau mendengar mereka berbual perkara romantik sambil wall climbing.

Jenis kedua pula ialah lelaki yang pasif ataupun lelaki golongan nerd. Kenapa sangat kontra lelaki pilihan mereka? Mungkin mereka cuba mencari kelainan dan tidak mahu perasaan seperti bercinta dengan diri sendiri.

4. Jenis pakai tudung labuh

Perempuan tudung labuh atau berpurdah, mereka biasanya dibesarkan dalam keluarga yang mempunyai pegangan agama yang kuat. Pandai mengaji dan hebat ilmu agamanya. Memang sangat susah untuk mendengar suara mereka kerana mereka jarang bercakap. Mereka hanya bercakap bila perlu. Kalau berbual dengan kawan perempuan mereka pun, mereka berbual dengan nada yang perlahan.

Muzik pilihan hati mereka ialah muzik Nasyid. Artis kegemaran mereka ialah Raihan, Rabbani, Hijjaz, In-Team, Mirwarna dan Maher Zain. Tetapi jangan terkejut kalau ada di antara mereka juga meminati K-Pop. Well, girls will be girls.

Hendak menambat hati perempuan mereka bukannya mudah. Kalau setakat baca doa qunut pun merangkak, jangan mimpilah. Sila jangan samakan awek-awek hijabster atau hijabnista dengan perempuan tudung labuh. Perempuan tudung labuh akan berkata yang tudung yang dipakai oleh awek-awek hijabster atau hijabnista tidak memenuhi syariat dan tidak sama dengan mereka.

5. Jenis perempuan Melayu terakhir

Macam permata! Ini adalah jenis wanita yang dicari-cari oleh para lelaki Melayu, sama ada lelaki Melayu yang baik budi pekertinya, tinggi amalnya dan tidak pernah tinggal sembahyang, sehinggalah lelaki perangai jahat mengalahkan syaitonirrojim. Biasalah, sejahat-jahat orang mesti dia inginkan pasangan yang baikkan?

Perempuan jenis ini biasanya baik budi pekertinya, sopan santun, lembut pertuturan, lemah gemalai pergerakan badan, hebat dalam membuat kerja-kerja rumah, pandai memasak dan sentiasa ayu memakai baju kurung. Baju kurung adalah pakaian wajib bagi mereka. Beruntung lelaki yang berjaya memikat hati wanita dalam golongan ini.

Tetapi, mana mahu jumpa perempuan seperti ini lagi? Ada lagi ke perempuan yang menjadikan baju kurung pakaian harian mereka? Setakat pergi kerja pakai baju kurung, itu tak dikira. Kena pakai baju kurung tersebut dengan hati yang ikhlas. Memang susah nak jumpa perempuan jenis ini. Kalau kamu jumpa, jagalah baik-baik. This type of girl is kind a good catch.

6. Jenis ratu air mata

Perempuan jenis "Ratu air mata" ialah perempuan yang mudah berlinangan air mata. Mereka mudah dipengaruhi emosi dalam apa jua keadaan. Mereka akan menangis bila menonton filem Hindustan atau drama Korea. Mereka akan menangis kalau mendapat result yang baik dalam peperiksaan ataupun result yang teruk yang biasanya akan disusuli dengan tangisan ibu bapa mereka sekali.

Mereka akan menitiskan air mata jika teman lelaki membuat benda-benda romantik kepada mereka. Dan jumlah air mata akan meningkat tiga kali ganda isipadunya bila teman lelaki mereka meninggalkan mereka. Mereka juga boleh menangis jika mendengar lawak yang kelakar.

Perempuan seperti ini biasanya mempunyai hati tisu dan jiwa yang sensitif. Lelaki perlu ekstra sensitif supaya tidak sesekali melakukan perbuatan yang boleh menumpahkan air mata perempuan tersebut. Sekali perempuan jenis ini sudah menangis, memang sukar untuk menghentikan tangisan tersebut.

7. Jenis valley girl

Valley Girl adalah cara hidup yang berasal dari California dan wujud pada sekitar tahun 80'an. Valley Girl adalah jenis perempuan stereotype yang biasanya bercakap dalam bahasa Inggeris, sama ada fluent, broken atau campur dengan bahasa Melayu, bercakap dengan slanga orang putih, metarealistik, egosentrik (mementingkan keperluan sendiri tanpa mengendahkan keperluan orang lain), lebih mudah bergaul dengan orang dan senang didekati tapi kadang-kadang ada yang bersifat jinak-jinak merpati.

Satu lagi sifat Valley Girl, mereka ialah Mall Rat. Mall Rat ialah orang yang suka melepak di shopping complex, bukan untuk bershopping tetapi hanya window shopping. Melainkan mereka berjaya mendapatkan lelaki kaya, barulah mereka bershopping tak ingat dunia dan menambah status mereka kepada jenis perempuan kaki shopping.

Valley Girl juga mempunyai bahasa atau slanga tersendiri. Ayat-ayat atau perkataan yang biasa mereka gunakan ialah; as if, bitchin', whatever!, fer shur, totally, seriously, are you serious? dan yang paling popular dan sering digunakan sekarang, OMG! Biasanya mereka akan menyebut perkataan-perkataan tersebut berserta ekspresi muka, lenggok badan dan nada yang tertentu untuk menyampai maksud perkataan tersebut.

Lelaki yang mempunyai teman wanita bersifat Valley Girl memang mencabar. Lelaki perlulah bersabar dengan sikap Valley Girl yang memang mengada-ada dan suka mengikut perasaan sendiri tanpa mengendahkan perasaan orang lain. Nama lain bagi gelaran Valley Girl ialah Val Gal, D4 (Ireland), Rózsadomb dan Pasarét (Hungary) dan Freha di Israel. Ya, jangan sangka tiada Valley Girl versi yahudi.

8. Jenis diva!

Apa beza perempuan Diva dengan Valley Girl? Diva biasanya lebih kejam dari Valley Girl (Val Gal). Satu perbezaan nyata antara Diva dan Val Gal ialah biasanya perempuan Diva lebih sombong dan jenis tak layan orang sangat. Mereka sukar bergaul dengan orang lain berbanding Val Gal yang mudah bergaul. Perempuan jenis Diva biasanya hanya akan bergaul dengan perempuan yang mempunyai kelas ekonomi yang sama dengan mereka.

Mereka biasanya duduk dalam kumpulan. Diva tak akan wujud jika berseorangan. Val Gal boleh wujud dengan seorang individu sahaja. Dalam sekumpulan Diva, pasti ada seorang ketua. Ketua tersebut bertindak sebagai perencana rancangan dan juga trend setter dalam kumpulan tersebut. Tugas anak buah dalam kumpulan tersebut adalah sentiasa memuji si ketua Diva untuk ego boost beliau.

Perempuan Diva biasanya perempuan yang datang dari keluarga yang berada. Teman lelaki idaman mereka ialah lelaki yang paling kacak dan hot di sekolah, kolej, universiti atau tempat kerja mereka. Seperti juga Val Gal, mereka juga bersifat materealistik. Produk dari Uptown Shah Alam atau kedai Bundle adalah sesuatu yang hina bagi mereka.

Perempuan Diva bisanya memandang rendah dan suka membuli perempuan lemah, yang biasanya perempuan dalam golongan nerd dan geek (Val Gal tak membuli orang lain). Perempuan Diva biasanya merasakan diri mereka yang paling hebat, cantik dan hot di sekolah, kolej, universiti atau tempat kerja mereka. Mereka akan rasa tercabar dengan perempuan lain yang lebih hot dari mereka. Mereka juga tidak suka berkawan dengan perempuan yang lebih hot dari mereka. Mereka akan menunjukkan rasa benci dan permusuhan secara terang-terangan kepada perempuan yang lebih hot dari mereka itu.

9. Jenis perasan Korea

Trend ini bermula pada awal era 2000 apabila drama Korean Winter Sonata menerjah kaca televisyen rakyat Malaysia. Maka, mulalah demam drama, filem dan lagu-lagu jiwang Korea bermula. Dan pada tahun 2009 bermulalah pula era demam K-Pop.

Kebanyakan para perempuan yang taksub dengan K-Pop. Mereka mula mendengar lagu-lagu K-Pop yang bergenre dance dan sanggup belajar bahasa Korea sampai fasih walaupun bahasa Korea tiada dalam silibus pelajaran dan bahasa Inggeris pula semuanya gagal melantun. Selepas menghafal lirik lagu dan belajar bahasa Korea, mereka mula belajar pula dance step kumpulan K-Pop ini.

Mereka juga mengimpikan lelaki yang mempunyai rambut berwarna-warni dan rambut tersebut mestilah menutup sebelah mata, berkulit putih, bermuka jambu dan kelihatan seperti seorang wanita sehingga kita sendiri keliru sama ada itu lelaki atau perempuan.

      Baca : 7 Cara Ajar Pasangan Menguruskan Kewangan Dengan Bijak

ADVERTISEMENT
Kesimpulan

Demikianlah jenis-jenis wanita di Malaysia yang mungkin anda sendiri sebagai lelaki pernah berjumpa dengan salah satu di antaranya. Mungkin juga selain dari jenis di atas terdapat lagi beberapa jenis lain yang tidak disenaraikan. Apapun wanita tetap wanita walau jenis apapun dia. Jika betul didikan anda sebagai suaminya kelak, insya Allah kekal bahagia sehingga ke jannah jua.

- Daku Amat
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: