9 Ciri-Ciri Suami Yang Awesome


Semua wanita ingin menikah dengan lelaki yang tepat. Lelaki yang akan menjadi suami 'awesome' dan menjadi ayah yang baik. Tetapi bagaimana melihat potensi itu pada kebanyakan lelaki disekitar anda? Ada ramai lelaki dengan sifat dan karakter yang berbeza, siapa di antara mereka yang paling berpotensi menjadikan anda wanita hebat?

Berikut 9 ciri-ciri suami yang 'awesome' :

1. Imam solat


Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adaah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya. Mampu menjadi imam dalam solat adalah tanda bahawa suami mampu memimpin isteri dan ahli keluarganya kejalan yang lebih baik dalam agama. Inilah cara menjadi suami yang hebat di dunia dan akhirat. Isteri akan lebih menghormati suaminya kerana mampu menjadi pemimpin keluarga.

2. Mengajarkan ilmu-ilmu agama


Seorang isteri hanya inginkan kebahagiaan bersama lelaki yang menjadi suaminya. Bukanlah harta yang diimpikan tetapi ilmu-ilmu agama yang dimahukan. Apatah lagi apabila mempunyai anak, ilmu agama sangat penting bagi menjamin keluarga bahagia. Jika tidak pandai hal agama, maka berusahlah mencari guru-guru agama untuk belajar.

3. Suami yang matang


Suami perlu matang dalam berfikir dan membuat keputusan. Ini kerana isteri akan sentiasa meminta nasihat ataupun memerlukan anda untuk melakukan keputusan. Jika jiwa anda masih keanak-anakan, cuba ubah sikap supaya menjadi lelaki yang lebih matang, isteri akan lebih senang meluahkan perasaan seandainya anda lebih serius mendengar dan memberi pandangan.

4. Pandai memasak


Walaupun dikatakan masak di dapur adalah tanggungjawab seorang isteri, tetapi suami juga harus rajin menolong isteri di dapur. Barulah ikatan suami isteri terjalin lebih mesra.

5. Suami yang 'independent'


Suami yang pandai menguruskan diri adalah seorang suami yang sangat romantik. Mana tidaknya, segala persiapa dilakukam sendiri. Dari membasuh baju, melipat baju dan seterika baju. Bukanlah si isteri pemalas, tetapi ringan-ringankanlah tulang untuk membantu isteri, barulah nampak romantikkan?

6. Mempunyai prinsip dan pendirian


Suami tidak boleh kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan mengikut sahaja pandangan ahli keluarga sekiranya berlaku masalah dalam keluarganya. Pendirian ini akan menunjukkan bahawa ahli keluarga hanyalah pembimbing bukanlah pembuat keputusan kepada masalah keluarga anda sendiri.

7. Menjaga anak-anak bersama isteri


Banyak berlaku di kalangan kita, isteri ditatang bagai minyak yang penuh ketika mengandung, tetapi setelah selamat bersalin suami hanya menyerahkan penjagaan anak kepada isteri sepenuhnya. Lebih-lebih lagi jika anak yang dilahirkan bukan anak sulung.

Isteri mengalami kepenatan menguruskan rumah tangga dua kali ganda selepas melahirkan anak. Sepatutnya tanggungjawab ini juga perlu dirasai oleh suami. Bersamalah bangun malam ketika anak menangis kehausan. Pastinya isteri akan lebih menghargai kerjasama yang anda berikan.

8. Suami serba tahu


Suami yang serba boleh dengan erti kata mempunyai pengetahuan yang serba-serbi. Isteri amat terasa kagum apabila suami mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang. Baik dari selok-belok perniagaan, rumah tangga, utiliti, ekonomi dan sebagainya. Suami yang sebegini bukan sahaja disayangi isteri bahkan juga disayangi mertua.

9. Mencintai isteri luar dan dalam


Wajah anda boleh saja cantik ketika ini, tetapi anda tidak selamanya cantik, akan sampai masanya wajah anda dipenuhi kedut. Maka lihatlah lelaki itu, apakah dia mencintai anda kerana penampilan luaran yang cantik saja atau dia sudah dapat melihat hati dan sifat dalaman anda yang cantik? Suami yang hebat selalu dapat melihat potensi dari dalam isterinya, tidak hanya penampilan luaran saja.

      Baca : 6 Ucapan Ini Jika Dilontarkan Ketika Marah Akan Buat Anak Benci

ADVERTISEMENT

Kesimpulan


Mungkin dia tidak setampan bintang filem, tetapi seorang lelaki seharusnya percaya diri dengan potensi dalam dirinya. Mempunyai keperibadian yang menyenangkan dan percaya diri akan membuatnya mudah melalui berbagai hambatan apapun dalam hidupnya. Ketika dia ada di sisi anda, dia selesa menjadi dirinya sendiri, itu lebih bagus daripada meniru artis lelaki yang anda sukai demi menarik perhatian anda.

- Daku Amat

Tags : relationship ciri-ciri suami hebat lelaki wanita lelaki yang tepat jodoh karakter lelaki lelaki idaman wanita imam solat
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: