Asid Dalam Badan Punca Pelbagai Penyakit


Kepekatan asid yang terlalu tinggi dalam badan menyebabkan ketidakseimbangan PH cecair badan. Kepekatan asid dalam badan yang normal adalah dalam lingkungan 3.6 mg/dl – 8.3 mg/dl . Manakala nilai PH yang baik dalam badan adalah antara 6.8 – 7.2.

Mengikut amalan pemakanan, kita perlu mengambil sekurang-kurangnya 80% makanan beralkali dan 20% makanan yang berasid supaya nilai PH cecair dalam badan kekal stabil untuk mengelakkan sebarang penyakit, meningkatkan sistem imuniti badan dan menguatkan kadar metabolisma badan.

Namun, kebanyakan individu mengamalkan diet pemakanan yang sebaliknya, sehingga menyebabkan kandungan cecair dalam badan terlalu berasid. Makanan yang berasid diambil melebihi kadar yang diperlukan.

Untuk mencapai kestabilan asid cecair di dalam badan, metabolisma badan perlu meneutralkan lebihan asid dalam badan dengan cara mengeluarkannya melalui perkumuhan.

Dukacitanya, kadar asid yang terlalu tinggi dalam badan menyebabkan metabolisma badan menurun dan menyebabkan organ-organ lain kekurangan zat yang diperlukan.

Hasil daripada pemakanan yang tidak seimbang menyebabkan organ badan menjadi lemah dan kurang bekerja. Akibatnya, sistem daya ketahanan badan menurun dan menyebabkan individu berisiko mendapat pelbagai penyakit seperti hipertensi, alzheimer, penyakit jantung, diabetes dan gout.

Bagi individu yang mengalami simptom penyakit kronik seperti arthritis, kencing manis, emphysema, arteriosclerosis atau kanser, kadar metabolisma badan mereka telah berkurangan kerana asid dari organ-organ badan mereka yang lain telah dibawa ke organ tubuh yang lain untuk proses peneutralan.

Asidosis iaitu kepekatan asid yang terlalu tinggi dalam badan sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan segera.

Keadaan ini berlaku apabila seseorang individu mengalami tekanan emosi(stress), kurang bersenam, merokok dan mengamalkan pemakanan yang tidak seimbang.

Kajian WHO menyatakan bahawa individu yang menghidapi asidosis berisiko tinggi mengalami pereputan tulang pada usia yang muda. Pakar-pakar perubatan juga percaya kebanyakan kes individu yang mengalami asidosis mengalami tindakan metabolisma yang lambat kerana mempunyai gaya hidup yang tidak sihat terutamanya dalam pemakanan.

Bahagian badan yang paling berasid ialah perut. Perut menghasilkan banyak asid hidroklorik untuk mencerna makanan. Amalan pemakanan makanan yang berasid seperti ayam, daging, produk dalam tin dan sebagainya boleh menjejaskan aktiviti pencernaan lalu meningkatkan kadar penyerapan asid dalam badan.

Lebihan asid yang banyak tidak dapat dirembes oleh ginjal (buah pinggang) dan bertakung di dalam salur pencernaan (salur kencing). Keadaan ini menyebabkan kegagalan ginjal untuk berfungsi dan menyebabkan pembentukan kristal di dalam salur pencernaan.

Kristal yang terbentuk dikenali sebagai batu karang dan menyebabkan individu mengalami penyakit batu karang. Keadaan ini akan berterusan dan akan menyebabkan tahap keasidan dalam badan semakin meningkat lalu mengakibatkan pelbagai penyakit dan membawa kepada kematian.

Satu kajian telah menemukan cara yang terbaik untuk membuang lebihan asid dalam badan dengan mudah dan melancarkan perjalanan metabolisma badan. Penyelesaiannya adalah mengamalkan pemakanan produk yang beralkali.

Produk beralkali terbukti berkesan meneutralkan asid dalam badan. Penggunaan yang berterusan mampu mengawal kestabilan nilai PH cecair dalam badan.

Individu yang berisiko atau telah mendapat penyakit asidosis berupaya untuk menikmati makanan yang berasid dalam kadar yang diperlukan dan pengambilan makanan beralkali setiap kali selepas makan mampu mengawal tahap keasidan badan. Seterusnya mengembalikan kesihatan yang berkualiti.

Beberapa jenis makanan beralkali tinggi yang patut diambil untuk sihat

Ada beberapa jenis makanan beralkali tinggi yang patut diambil setiap hari untuk hidup lebih sihat dan bertenaga. Namun jika anda mengambil makanan bersifat asid dengan banyak, anda juga harus memilih makanan bersifat alkali dengan kadar yang tinggi supaya diet anda kelihatan lebih semula jadi.

Contoh makanan bersifat alkali yang boleh dipertimbangkan dalam diet anda seperti :

1. Sayur-sayuran jenis ubi contohnya lobak merah dan keledek. Mengikut tradisi Cina, tumbuh-tumbuhan jenis ubi mempunyai sifat penyembuhan terbaik dan mengandungi lebih mineral berbanding sayur-sayuran lain.

2. Sayur-sayuran hijau seperti kubis putih, bunga kubis, brokoli dan kubis hijau bukan saja beralkali tetapi sedap dan mempunyai antioksidan yang tinggi. Ia juga bagus sebagai makanan antikanser terbaik.

3. Bawang putih sememangnya banyak memberi kesan kepada kesihatan secara menyeluruh.

4. Bayam kaya vitamin K dan kandungan folat yang tinggi. Sayuran hijau ini juga penuh dengan vitamin, mineral, fitokimia, antioksidan dan serat. Ia membantu untuk meningkatkan pencernaan dan penglihatan.

5. Lemon, sejenis makanan beralkali yang paling bagus. Ia membantu untuk merancakkan fungsi hati dan membantu dari segi pembuangan toksin dengan lebih baik.

6. Cili merah mengandungi enzim penting untuk fungsi endokrin. Ia dikenali kerana ciri-ciri antibakteria dan makanan beralkali yang kaya dengan vitamin A, menjadikannya ejen membantu dalam melawan radikal bebas yang berbahaya yang membawa kepada tekanan dan penyakit.

7. Semua buah-buahan segar atau kering termasuk buah-buahan sitrus (limau, lemon).

Mungkin ada yang keliru bahawa makanan berasid mengandungi asid, namun sebenarnya makanan berasid terhasil daripada proses pencernaan makanan dan asimilasi. Contohnya lemon, pada awalnya lemon mempunyai asid namun selepas proses pencernaan makanan, ia menghasilkan alkali.

Namun ini hanya terjadi sekiranya lemon dipetik ketika sudah masak. Sekiranya buah itu belum masak (hijau) dan bertukar kepada warna kuning kerana rosak, buah ini akan menjadi berasid selepas proses pencernaan.

Secara fakta, ia tidak hanya terjadi kepada lemon saja tetapi buah-buahan lain seperti nanas, mangga, pic dan epal. Untuk itu, pastikan anda membeli buah yang sudah masak dan bukannya rosak.

Beberapa jenis makanan berasid yang perlu dikurangkan kerana bawa mudarat

Kajian menunjukkan bahawa individu yang mempunyai kandungan asid yang tinggi di dalam badan mempunyai kadar penyembuhan yang lebih rendah jika diserang penyakit berbanding mereka yang mempunyai kandungan asid lebih rendah dalam badan.

Badan yang mempunyai kandungan asid berlebihan akan mempercepatkan proses penuaan, merendahkan imuniti seterusnya menjadi penyebab kemerosotan sistem badan.

Antara makanan berasid yang elok dikurangkan, adalah :

1 - Semua makanan yang berasal daripada haiwan seperti ayam, lembu, kambing, telur dan ikan.

2 - Produk tenusu dan susu pasteur, keju, keju lembut dan mentega.

3 - Semua bijirin dan kekacang termasuk gandum, jagung dan beras.

4 - Roti putih, biskut dan produk bakeri.

5 - Teh, kopi, alkohol, tembakau dan minuman ringan.

6 - Semua lemak dan minyak.

7 - Semua makanan goreng dan pedas.

8 - Semua makanan bergula.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: