Buah-buahan sitrus seperti limau, lemon dan lainnya tak hanya terasa segar, tetapi juga kaya dengan manfaat kepada kesihatan. Buah-buahan sitrus dikenali mengandung banyak vitamin, mineral dan serat, diet yang boleh meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan tingkat energi.
Manfaat dari buah-buahan sitrus tak mengenal usia. Jika anda berusia di atas 50 tahun, biasakan untuk mengambil buah-buahan sitrus. Buah sitrus seperti grapefruit, lemon, limau dan limau nipis memberikan banyak vitamin dan mineral yang bermanfaat untuk manusia.
Berikut adalah beberapa manfaat kesihatan lain yang boleh didapatkan dengan mengambil buah-buahan sitrus :
1. Mengawal berat badan
Buah-buahan sitrus selama ini diketahui sebagai buah yang baik untuk menurunkan berat badan. Ketika semakin tua, metabolisme tubuh akan semakin melambat dan membuat semakin banyak lemak berkumpul. Kerana itu, mengambil buah-buahan sitrus yang rendah kalori dan kaya akan serat diet sangat baik untuk mengawal berat badan manusia.
2. Meningkatkan sistem kekebalan tubuh
Vitamin C yang terdapat dalam buah sitrus sangat efektif untuk meningkatkan kekebalan tubuh. Dengan begitu, pengambilan buah sitrus akan menurunkan risiko penyakit seperti flu dan lainnya. Vitamin C juga mengandung banyak antioksidan yang membantu menyerap kalsium dan penting untuk fungsi sistem kekebalan tubuh.
3. Mencegah Penyakit kronik
Buah-buahan sitrus mengandung flavonoid yang boleh membantu merawat dan mencegah penyakit kronik seperti obesiti, penyakit jantung, diabetes dan kanser. Hesperidin, salah satu flavonoid penting dalam tubuh juga sangat efektif untuk mengawal tekanan darah, tingkat kolesterol dan pertumbuhan tumor. Tak hanya itu, naringin yang terdapat dalam grapefruit juga meningkatkan metabolisme lemak dan melindungi tubuh dari radikal bebas.
4. Menyihatkan sel
Ketika berusia 50 tahun, sudah banyak penurunan kesihatan yang dialami oleh manusia. Buah-buahan sitrus boleh membantu mencegahnya. Buah sitrus mengandung asid folat yang penting untuk menjaga kesihatan sel dan pertumbuhannya. Asid folat juga membantu anda tetap aktif dan merasa muda di usia 50 tahunan.
5. Menurunkan risiko serangan jantung
Terdapat kajian yang membuktikan efisiensi buah sitrus untuk menurunkan tekanan darah tinggi, serangan jantung, stroke dan lainnya. Hal ini kerana adanya potasium dalam buah sitrus.
Potasium penting untuk menjaga keseimbangan cairan dan elektrolit tubuh agar organ penting seperti jantung, ginjal (buah pinggang), saraf dan otot dapat berfungsi dengan baik. Ini salah satu alasan mengapa mengambil buah sitrus sangat penting bagi manusia.
Itulah beberapa manfaat kesihatan yang ditawarkan oleh buah-buahan sitrus kepada kesihatan manusia. Buah-buahan tersebut boleh membuat manusia tetap berenergi, aktif dan sihat di usia 50 tahun ke atas.