Memaparkan catatan dengan label Santai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Santai. Papar semua catatan

14 Perkara Perlu Anda Tahu Sebelum Menyewa Rumah


Mencari rumah sewa bukan perkara yang mudah. Ia memerlukan pencarian yang teliti dan sebaik sahaja anda mendapat rumah yang diimpikan, jangan terlalu cepat membuat keputusan untuk menyewa tanpa melakukan pemeriksaan yang teliti pada rumah tersebut. Beberapa perkara di bawah ini perlu anda tahu sebelum menyewa rumah.

Berikut 14 perkara perlu anda tahu sebelum menyewa rumah :

1. Periksa bilangan suis


Periksa bilangan suis dan beri perhatian kepada berapa banyak suis untuk peralatan yang terdapat di dalam rumah. Pastikan ia berada di dalam setiap bilik. Jika tidak, anda terpaksa menggunakan wayar sambungan dan itu akan membuatkan rumah anda bersepah. Periksa juga sama ada suis itu dapat menerima jumlah voltan yang anda perlukan. Apa yang perlu anda lakukan adalah menghidupkan cerek dan gelombang mikro pada masa yang sama. Jika keduanya berfungsi seperti biasa maka itu bererti suis tersebut boleh menahan beban voltan yang tinggi.

2. Pastikan kabel internet dan televisyen disambung


Tidak ramai yang boleh tinggal di rumah untuk masa yang lama tanpa ada internet dan TV. Sebelum anda mengambil keputusan untuk menyewa, pastikan rumah tersebut dilengkapi dengan kemudahan yang menghubungkan anda dengan dunia luar seperti internet dan televisyen. Sekiranya tuan rumah memberikan tindak balas negatif mengenai hal ini maka tanyakan kepada tuan rumah sekiranya anda boleh menyelesaikan masalah ini sendiri dan sama ada pemilik rumah itu bersedia untuk memotong kos yang berkaitan daripada sewa anda.

3. Pastikan dinding rumah tidak berkulat


Dinding berkulat di dalam rumah yang ingin disewa adalah satu perkara yang tidak menyenangkan. Ia adalah punca bau busuk dan membuatkan rumah itu kelihatan tidak menarik serta ia sukar untuk dibersihkan. Pada masa yang sama, bernafas di dalam persekitaran berkulat adalah sangat berbahaya kepada kesihatan terutama warga tua dan kanak-kanak. Oleh itu, ia adalah idea yang baik jika anda memeriksa rumah yang ingin disewa bebas daripada kehadiran kulat. Selalunya kulat terbentuk di tempat yang mempunyai tahap kelembapan yang tinggi seperti bilik mandi, dapur dan juga tingkap.

4. Tanya jika terdapat meter untuk utiliti


Tuan rumah kadang kala tidak memasukkan bayaran bil utiliti di dalam sewa anda. Ini bermakna anda perlu membayar sendiri. Dalam kes ini, adalah lebih baik jika terdapat meter dalam rumah sewa supaya anda boleh mengawal perbelanjaan anda sendiri.

5. Fikirkan tentang tempat letak kereta


Jika anda mempunyai kereta, anda memerlukan tempat untuk meletakkannya. Tanya kepada pemilik rumah sekiranya ada tempat letak kereta yang disediakan untuk penyewa. Sekiranya tidak ada, ambil masa untuk berfikir sambil berjalan untuk mencari tempat yang sesuai untuk meletakkan kenderaan anda. Bagaimanapun, hal ini cuma akan berlaku sekiranya anda ingin menyewa rumah pangsapuri atau kondominium.

6. Lihat luar tingkap


Ini sama sekali tidak punya kaitan dengan pemandangan yang indah tetapi anda perlu memeriksa jika terdapat tempat dengan tanda yang bercahaya di hadapan tingkap rumah. Jika anda tidak memberi perhatian tentang hal ini, sinar lampu neon akan menganggu tidur anda. Pastikan rumah anda tidak terletak berdekatan dengan jalan utama atau kelab malam kerana ia boleh menjadi faktor kepada insomnia yang berpanjangan.

7. Tanya jika terdapat haiwan peliharaan di dalam rumah sebelum ini


Perkara ini adalah relevan untuk anda yang alah kepada bulu haiwan. Jika anda mengalami alahan, pastikan rumah yang ingin anda sewa bebas dari bulu haiwan sama ada di permaidani atau di sudut rumah anda.

8. Tingkap boleh dibuka, pintu boleh ditutup


Pastikan pintu rumah anda boleh dikunci dengan selamat. Percayalah, anda pasti tidak mahu untuk sentiasa berasa bimbang tentang harta benda anda. Adalah lebih baik jika anda periksa sama ada tingkap rumah anda boleh dibuka dan ditutup. Jika ia tidak boleh dibuka maka anda tidak boleh memberikan udara masuk pada bilik anda dan ada juga kemungkinan yang anda akan mengalami kesesakan pada musim panas.

9. Tuliskan harta yang masih tinggal


Dengan bantuan dari pemilik rumah, buatkan senarai terperinci harta atau perabot yang ada di dalam rumah untuk anda gunakan dan lampirkan ia ke dalam kontrak. Ia adalah wajar bagi anda memeriksa setiap barangan untuk memastikan jika ada barangan yang rosak. Ini perlu dilakukan agar pemilik rumah tidak menuduh anda di kemudian hari.

10. Periksa jika rumah ini untuk dijual


Selalunya pemilik rumah tidak akan memberitahu jika rumah yang anda sewa itu sebenarnya adalah untuk dijual. Dalam kes ini, pemilik rumah sudah bersedia untuk menyingkirkan penyewa sebaik sahaja mereka sudah dapat mencari pembeli. Sudah tentu, anda akan dikenakan penalti kerana ditamatkan kontrak lebih awal dan pemilik perlu membayarnya tetapi ia lebih baik daripada anda dipaksa untuk meninggalkan rumah secepat yang mungkin begitu saja. Oleh itu, cuba lindungi diri anda dari kejutan yang tidak menyenangkan dan pastikan anda menyewa rumah yang bukan untuk dijual.

11. Apa akan terjadi jika ada barang pecah?


Pastikan ia dinyatakan di dalam kontrak siapa yang akan bertanggungjawab jika ada barangan dalam rumah yang pecah dan ia bukan salah anda. Tanya kepada pemilik rumah sama ada dia bersedia menanggung perbelanjaan ini dan mereka menolak daripada sewa bulanan. Jika pemilik rumah meminta anda mengendalikan sendiri kerja pembaikan maka mereka juga mesti bersedia untuk menampung semua kos.

12. Berapa kali ia akan diperiksa?


Jangan lupa untuk tanyakan kepada pemilik rumah berapa kerap mereka akan memeriksa rumah sewa semasa anda tinggal di sana. Ini kerana terdapat beberapa pemilik rumah yang suka melampaui batasan dan cuba untuk mengawal penyewanya. Satu cara untuk melindungi diri anda adalah dengan menetapkan berapa kali pemilik rumah akan melakukan pemeriksaan di dalam kontrak. Ia adalah lebih baik jika pemilik rumah datang memeriksa tidak lebih daripada sekali sebulan sekali dan pada masa yang telah dipersetujui. Lawatan ini juga boleh digabungkan dengan hari membayar sewa.

13. Menetapkan had untuk ketamakan


Pastikan juga kontrak sewa rumah anda mengandungi kekerapan dan berapa banyak pemilik sewa ingin menaikkan sewa rumah. Jika anda tidak mempunyai fakta ini maka tidak lama lagi, tuan rumah akan menuntut jumlah yang tidak realistik dan tidak dapat anda jangkakan yang berkemungkinan anda tidak mampu untuk membayarnya.

14. Beri perhatian kepada kebersihan rumah sewa


Jika anda mendapati diri anda melihat ke sebuah rumah yang kotor, jangan tergesa-gesa untuk menandatangani kontrak. Mungkin banyak lagi kelemahan lain yang terdapat di dalam rumah tersebut. Anda boleh meminta pemilik rumah untuk membersihkannya tetapi bersedia untuk kehilangan rumah itu. Jika ia hanya kotoran yang menyebabkan anda berasa ragu dengan rumah itu, jangan tergesa-gesa untuk melepaskannya. Periksa rumah itu dengan teliti dan lihat sama ada anda boleh membersihkannya sendirian.

      Baca : 9 Zon Jerawat Di Wajah Ini Mewakili Kesihatan Dalaman Anda

ADVERTISEMENT

Kesimpulan


Masalah kontrak sewa seharusnya menjadi perbincangan wajib bagi anda yang ingin menyewa rumah. Ini kerana kontrak sewa tersebut dapat menjadi pegangan anda selama tinggal di rumah sewaan. Kesepakatan-kesepakatan dalam surat perjanjian itu menjamin anda dari sikap sewenang-wenang yang mungkin dilakukan oleh pemilik rumah.

Sebagai penyewa yang bijak, anda sebaiknya mengetahui terlebih dahulu mengenai hak dan kewajiban anda. Dengan mengetahui aturan-aturan tersebut, anda lebih mudah melakukan tandatangan kontrak sewa. Hal ini juga guna menghindari anda dari masalah yang mungkin saja timbul akibat isi kontrak sewa yang merugikan salah satu pihak.

- Daku Amat

7 Tip Mudah Hilangkan Bau Rokok Dalam Kereta


Suami anda suka merokok dalam kereta dan anda tidak tahan dengan bau asap yang tinggal? Ataupun anda merupakan seorang perokok dan isteri selalu berleter kereta berbau busuk? Anda sudah letak pewangi dan sembur air freshener tapi lagi pening jadinya sebab bau bercampur-campur. Ini disebabkan asap telah diserap ke dalam kerusi fabrik dan kulit yang membuatkan bau rokok itu susah hendak hilang.

Kadang-kadang perokok sendiri pun tidak tahan dengan bau kereta, apatah lagi orang lain yang menjadi penumpang. Cubalah beberapa tip penyahbau DIY ini untuk menghilangkan bau 'kepam' asap rokok dalam kereta. Namun perlu diingatkan, ada kereta yang sudah bau serupa azab yang amat, jadi cara-cara ini mungkin akan memakan sedikit masa. Sebelum kita mulakan, pastikan anda buang terlebih dahulu dan bersihkan segala puntung rokok yang ada dalam kereta.

Berikut 7 tip mudah menghilangkan bau rokok dalam kereta :

1. Serbuk kopi

Letakkan semangkuk serbuk kopi di dalam kereta. Biarkan semalaman dengan tingkap bertutup dan serbuk kopi ini akan menyerap bau asap rokok. Anda akan bau wangi aroma kopi semasa dalam perjalanan nak ke pejabat berbanding bau kepam asap rokok. Ulang dan gantikan serbuk kopi ini beberapa kali sehingga bau rokok betul-betul hilang.

2. Cuka

Ini petua tradisional yang memang sering digunakan oleh orang tua-tua. Tuangkan cuka ke dalam sebuah gelas atau mangkuk dan letakkan di bahagian di tengah-tengah kereta. Biarkan semalaman dan cuka akan menghilangkan bau asap rokok dalam kereta anda. Kalau nak dapatkan bau yang lebih segar, boleh perahkan sedikit lemon ke dalam larutan.

3. Kayu Manis

Sekiranya anda nak menggantikan bau busuk asap itu dengan bau yang lebih manis, cubalah gunakan kulit kayu manis. Rebus 2-3 batang kulit kayu manis dan tuangkan air rebusan ke dalam satu cawan. Letakkan cawan berisi air rebusan itu di dalam kereta dengan tingkap bertutup sehingga suhu airnya menurun kepada suhu bilik.

4. Arang

Ada sesetengah orang tidak suka menambah bau wangi untuk menutupi bau busuk. Sekiranya anda mahukan bau yang neutral, gunakan ketulan arang. Simpan satu beg kecil berisi arang di bahagian belakang tempat letak kaki. Arang memang terkenal sebagai 'ejen' penyerap bau. Jangan buang pula arang itu lepas digunakan, anda boleh sambung buat BBQ pula pada malam hari.

5. Surat khabar

Kadang-kadang anda tidak merokok pun. Anda tumpangkan seorang kawan, tiba-tiba dia nyalakan api. Nak tegur, takut sentap sampai putus hubungan silaturahim. Walaupun dia sudah turunkan tingkap kereta, namun anda tidak tahan dengan bau asap peninggalan kawan anda itu. Rileks, merokok sekali dua taklah membuatkan kereta anda bau kepam teruk sangat. Anda cuma perlu renyukkan beberapa keping surat khabar dan biarkan semalaman di dalam kereta untuk menyerap bau itu.

6. Pasir kumbahan kucing

Anda ada membela kucing? Pasir kumbahan kucing sebenarnya baik untuk menyerap bau. Ambil sedikit pasir yang belum digunakan dan letak ke dalam sebuah mangkuk. Biarkan mangkuk itu di dalam kereta sehingga bau asap meresap ke dalam pasir kumbahan. Sebagai bonus, pasir kumbahan ini akan mengelakkan tingkap kereta anda menjadi berkabus pada waktu pagi atau selepas hujan! Lepas bau kereta sudah hilang, anda masih boleh gunakan semula pasir ini untuk kucing comel anda.

7. Kulit buah-buahan sitrus

Kalau anda penggemar bau sitrus, anda boleh kitar semula kulit buah-buahan tersebut. Kupas kulit buah oren, lemon, limau nipis atau apa sahaja buah sitrus kegemaran anda dan kumpulkan kulit ini dalam sebuah cawan. Tinggalkan cawan berisi kulit sitrus ini di dalam kereta untuk menyerap segala bau-bauan kurang enak. Pada masa yang sama, kereta pun akan berbau wangi.

      Baca : 14 Petua Supaya Dihindari Sakit Tua

ADVERTISEMENT
Kesimpulan

Anda tidak perlu berhabis duit membeli produk-produk mahal atau menghantar cuci sampai kena tanggalkan sarung kusyen kereta. Gunakanlah segala sumber dan bahan semula jadi yang ada di rumah untuk menyingkirkan bau kurang enak dalam kereta anda.

Lagipun, anda juga menjadi seorang pencinta alam yang "hijau" dengan menggunakan semula bahan-bahan terbuang seperti kulit sitrus dan surat khabar. Apapun, sebenarnya paling baik adalah sekiranya anda boleh menghormati orang lain (terutamanya keluarga) dengan tidak merokok dalam kereta.

- Daku Amat

5 Bahan Mudah Diperolehi Di Dapur Untuk Hilangkan Parut Jerawat


Segelintir orang beranggapan bahawa jerawat itu merupakan proses untuk meningkat matang. Benarkah anggapan itu? Sebenarnya jerawat muncul berkaitan dengan faktor kesihatan dalaman dan luaran. Tidak boleh salahkan proses matang atau tidak. Tetapi jangan risau, ada petua untuk menghilangkan parut hitam dek kerana jerawat anda itu.

Apa yang paling menarik dan lebih penting anda tidak perlu pun bazir duit beli produk mahal-mahal. Cuma perlu guna bahan-bahan yang mudah didapati di dapur sahaja.

Berikut 5 bahan mudah diperolehi di dapur untuk hilangkan parut jerawat :

1. Madu asli

Ambil sedikit madu dan campurkan dengan bedak sejuk. Letakkan bedak sejuk yang bercampur madu itu pada kawasan yang ada jerawat. Lakukan 2 kali sehari untuk melihat hasil yang cepat.

2. Timun

Hiris timun segar, dan tampalkan pada kulit muka yang berparut. Biarkan setengah jam, kemudian bilas dengan air sejuk. Amalkan setiap hari sehingga parut hilang.

3. Lidah buaya

Ambil daun lidah buaya (Aloe Vera) dan belah dua supaya lendirnya keluar. Kemudian ambil lendir tersebut dan sapukan pada kawasan berparut. Lakukan 3 kali seminggu.

4. Asam jawa

Ambil sedikit asam jawa dan ramas dengan air. Jangan terlalu cair! Sapukan ramuan asam jawa itu pada kulit yang berparut. Biarkan sehingga kering dan bilas dengan air. Nak lagi elok kalau anda sapu sebelum tidur.

5. Baking soda

Campurkan 2 sudu teh baking soda dengan sedikit air, jangan terlalu cair. Lumurkan campuran ini ke bahagian muka yang paling banyak parut. Pastikan anda cuci muka menggunakan moisturizer selepas basuh baking soda. Amalkan setiap 2 hari sekali.

      Baca : 10 Petua Untuk Hilangkan Parut Jerawat Pada Wajah

ADVERTISEMENT
Kesimpulan

Selepas selesai mengamalkan petua di atas, jangan sesekali gatal tangan nak kopek-kopek parut jerawat yang sudah kering itu. Sudah elok-elok parut nak cepat hilang, nanti terus makin banyak pula jerawat tumbuh di muka.

- Daku Amat

8 Langkah Awal Sebelum Anda Membeli Kereta


Jika dilihat pada masa kini, banyak keluaran kereta-kereta baharu mula memasuki pasaran. Tidak kiralah kereta jenama antarabangsa, mahu pun kereta buatan Malaysia sendiri. Ramai di antara kita sudah membuat kira-kira untuk membeli kereta baharu kerana tertarik dengan sesebuah kereta tersebut.

Persediaan awal atau pengetahuan awal tentang sesebuah kereta perlu di ambil kira. Ini kerana kereta juga merupakan salah satu pelaburan jangka masa panjang. Membeli kereta baharu adalah masa yang dinantikan tetapi bagi yang tidak bersedia, kesulitan mungkin akan dihadapi.

Berikut 8 langkah awal sebelum anda membeli kereta :

1. Tahu hak anda

Membeli melalui seorang jurujual yang diiktiraf, anda dapat mengetahui perlindungan apakah yang ada dan tidak ada jika anda membeli sesebuah kereta.

Namun begitu, jika anda sudah membuat pilihan tetapi ingin menukarnya kembali, anda perlu mengikut peraturan yang tertentu dan ia mungkin akan menyebabkan anda mengeluarkan sejumlah wang yang lebih. Jadi anda haruslah tahu hak anda terlebih dahulu.

2. Pandu uji

Sungguh mengagumkan jika ada yang membeli kereta tanpa memandu uji kereta tersebut terlebih dahulu. Tetapi, masing-masing mempunyai cara tersendiri.

Namun begitu, walaupun anda sudah membuat 'review', membaca 'flyers' dan mendengar maklumat dari jurujual, sebaiknya anda perlulah memandu uji kereta itu sendiri. Anda boleh lihat sendiri saiz kereta, tempat simpanan barang dan juga minyak yang diperlukan.

3. Servis

Bertanyalah mengenai kos yang akan dikenakan bagi sesebuah kereta untuk tempoh sepanjang pemilikan kereta tersebut. Ketahui juga waranti yang ada dan sebab-sebab sesuatu waranti itu tidak boleh diguna pakai.

Terdapat juga di mana, sesebuah pengeluar yang menawarkan servis percuma selama tiga tahun atau mengikut kilometer. Tetapi harus diingat, selagi servis itu dilakukan mengikut apa yang tertulis di dalam buku servis dan menggunakan alat ganti yang tulen, tidak mengapa jika dikenakan bayaran tertentu.

4. Bajet

Amat mudah untuk terbawa-bawa bajet yang banyak apabila membeli sebuah kereta baharu. Jadi, tentukan sendiri bajet anda. Jangan terpengaruh dengan, "ia hanya akan tambah beberapa ringgit sahaja untuk bayaran bulanan". Anda harus uruskan sendiri perbelanjaan anda dan bukan jurujual yang tawarkan perjanjian kewangan kepada anda.

Ambil kira semua kos pemilikan, bukan sahaja harga pembelian atau pembayaran balik bulanan. Kalau boleh, jangan terikat dengan pakej perlindungan yang tidak berapa penting, seperti cat, pembaikan karat mahupun apa sahaja. Atau jika anda perlukan juga, anda boleh membuatnya sendiri kemudian.

5. Pilih hari pembelian

Jurujual akan sentiasa terbuka untuk tawar-menawar. Jadi, gunakan peluang ini sebaik mungkin, pastikan anda dapat yang terbaik. Pastikan juga anda membeli kereta pada awal bulan dan pada hari-hari tertentu.

Ini kerana selalunya akan terdapat potongan harga yang tinggi, misalnya pada musim perayaan. Tetapi berhati-hati dengan tawaran tahun baru kerana harga untuk 'resale' akan mengikut tahun pembuatan.

6. Survey

Pastikan anda membuat 'survey' dengan setiap pengeluar yang ada. Anda boleh ke 'dealer' atau pun anda juga boleh membuat secara atas talian dengan melihat tawaran yang ada.

7. Trade-in

Trade-in juga boleh dijadikan sebagai salah satu proses jual beli. Pastikan anda tahu nilai sebenar dalam membuat 'trade-in' ini. Jika anda membuat trade in dengan kedai dan tidak mendapat harga yang berpatutan, anda boleh mempertimbangkan untuk menjual secara persendirian.

8. Insuran dan penghantaran

Jika anda berniat agar kereta anda dihantar ke rumah, pastikan anda telah membuat insuran terlebih dahulu untuk kereta tersebut. Ini kerana kita tidak tahu sama ada kereta itu selamat tiba atau tidak. Jika sesuatu terjadi semasa dalam penghantaran masih ada insuran yang boleh digunakan.

Kesimpulan

Mencari sesebuah kereta untuk dibeli juga mempunyai langkah yang perlu diikuti. Anda harus tahu panduan dan langkah yang perlu bagi memudahkan proses pencarian untuk membeli dan seterusnya memiliki sesebuah kereta.

5 Kebiasaan Ini Boleh Merosakkan Kereta Anda


Selalunya pegawai perubatan menyarankan kepada kita agar membuat pemeriksaan kesihatan setiap enam bulan sekali bagi menentukan tahap kesihatan tubuh badan.

Seperti itu, kenderaan juga memerlukan servis untuk membuatnya agar dalam keadaan tip-top. Namun, seandai kurangnya pengetahuan seseorang berkaitan kenderaan khususnya kereta dan hanya tahu menggunakannya sahaja maka ia boleh mengalami kerosakan dengan kadar cepat.

Berikut 5 kesalahan biasa dilakukan yang boleh merosakkan kereta anda :

1. Mengabaikan peringatan automatik kenderaan

Sebenarnya beberapa kereta ketika ini sudah memiliki tambahan yang dapat mengenalpasti adanya masalah dalaman. Biasanya akan diberikan peringatan dari kenderaan itu sendiri. Namun, kebanyakkan pemilik kereta kurang peka dengan peringatan tersebut sehingga mengabaikannya dan membiarkannya semakin parah.

2. Kurang perhatian pada tayar

Kurang perhatian ke atas tayar juga adalah sesuatu yang tidak baik. Ini kerana jika sedang berada di jalan licin, kereta akan sukar dikendalikan dan boleh juga meningkatkan lagi kos bahan bakar kenderaan anda.

3. Mengubah gear secara sembarangan

Perubahan gear atau transmisi tidak boleh dilakukan dengan sembarangan. Seperti mengubah gear dengan penginjak gandingan (coupling) atau lainnya. Ini boleh merosakkan lagi kereta dengan lebih cepat. Justeru itu, lakukanlah dengan benar dan tepat.

4. Jarang melakukan servis

Jarang melakukan servis adalah kebiasaan yang boleh merosakkan kereta dengan cepat. Menunda waktu servis boleh membuat kereta berjalan dengan keadaan terpaksa. Untuk itu rutinkanlah melakukan servis agar dapat diketahui sebarang kerosakan dari kereta jika ada dan dapat segera diatasi.

5. Sering menggunakan brek mendadak

Sering menggunakan brek secara mendadak juga tidak baik untuk kereta anda, kerana boleh membuat brek cepat haus. Selain itu, sering menancap gear terus tinggi juga tidak baik kerana dapat meningkatkan lagi kos bahan bakar.

Kesimpulan

Memiliki kenderaan sendiri seperti kereta sudah menjadi suatu kemestian bagi setiap orang pada zaman ini. Namun memiliki kenderaan sendiri saja belum mencukupi, aspek penjagaan kenderaan yang betul juga mestilah seiring agar kenderaan kita berfungsi dengan baik demi keselamatan kita sebagai pemandu juga.

9 Senarai Kereta Paling Jimat Minyak Di Malaysia

Penjimatan minyak kini dianggap sebagai salah satu faktor utama oleh pengguna untuk membeli kereta. Bagi memenuhi kehendak pengguna, syarikat-syarikat pengeluar kereta telah mengeluarkan beberapa jenis kereta yang tergolong dalam kategori efisyen dalam pembakaran minyak.

Di bawah ini beberapa kereta yang mempunyai kadar pembakaran minyak yang efisyen supaya dapat menjadi rujukan bagi mereka yang ingin membeli kereta baharu pada harga dibawah RM100 ribu.

Berikut 9 senarai kereta paling jimat di Malaysia :

1. Perodua Axia

21.6 Km/L
100KM = RM 8.80

Selain dinobatkan kereta termurah di Malaysia, Perodua Axia juga terus menyelamatkan dompet pemiliknya dengan menawarkan penggunaan minyak yang efisyen. Dengan enjin berkapasiti 1.0cc, kereta keluaran Perodua ini boleh bergerak sejauh 21.6 km bagi setiap liter minyak bagi transmisi manual. Bagi transmisi auto pula, setiap liter minyak membolehkan kereta ini bergerak sejauh 20.6 km.

2. Mitsubishi Mirage

21 Km/L
100KM = RM 9.10

Kereta kompak keluaran Mitsubishi ini dilihat sebagai saingan kepada kereta popular keluaran Perodua, MyVi. Dengan berbekalkan enjin 1.2 DOHC, kereta ini boleh bergerak sejauh 21 Km bagi setiap liter minyak. Selain dari penjimatan minyak, kereta ini juga turut dicipta untuk keselesaan.

3. Mitsubishi Attrage

21 Km/L
100KM = RM 9.10

Attrage adalah satu lagi kereta keluaran Mitsubishi yang dicipta untuk penjimatan minyak. Attrage turut menggunakan enjin berkapasiti 1.2cc, menyerupai adik beradiknya, Mirage. Selain dari penjimatan minyak, kereta ini juga turut menawarkan ciri-ciri lain seperti keyless operation system.

4. Hyundai i10

18.9 Km/L
100KM = RM 10.10

Kereta keluaran Hyundai ini menggunakan enjin yang berkapasiti 1.0cc yang boleh menggerakkan kereta sejauh 18.9 km bagi setiap liter.

5. Honda City 2014

17 Km/L
100KM = RM 11.20

Biarpun dilengkapkan dengan enjin 1.5cc, kereta keluaran Honda ini mempunyai kuasa penjimatan minyak yang boleh dikatakan menakjubkan. Kereta ini boleh digerakkan sejauh 17 Km bagi setiap liter minyak anda.

6. Perodua Myvi 1.3

17 Km/L
100KM = RM 11.20

Kereta yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia ini bukan sahaja mempunyai reka bentuk yang menarik, tetapi turut juga menawarkan penjimatan minyak. Tetapi jika dibandingkan dengan Honda City, kereta ini mempunyai enjin yang lebih rendah iaitu 1.3cc sahaja. Sama seperti Honda City, seliter minyak boleh menggerakkan kereta ini sejauh 17Km.

7. Peugeot 208

16 Km/L
100KM = RM 11.90

Didatangkan dengan enjin 1.6cc, kereta ini dijual pada harga RM83,480. Dengan kekuatan enjin tersebut, kereta ini boleh digerakkan sejauh 16 km bagi setiap liter minyak. Bagaimanapun, kekurangan kereta ini adalah tangki minyaknya cuma boleh menerima 50 liter minyak sahaja.

8. Volkswagen Polo Sedan

15.4 Km/L
100KM = RM 12.30

Kereta keluaran Volkswagen ini didatangkan bersama enjin 1.6cc dan ia boleh mencapai kelajuan tertinggi sehingga 183 Km/jam. Kereta ini menggunakan 6.5L minyak bagi 100km perjalanan. Ini bermakna anda akan menghabiskan RM 12.50 untuk minyak bagi perjalanan sejauh 100km.

9. Proton Iriz

14.5 Km/L
100KM = RM 13.20

Tergolong dalam golongan kereta kompak, Iriz adalah kereta kompak pertama yang dikeluarkan oleh Proton. Kereta yang dilengkapi dengan enjin 1.6cc ini menggunakan seliter minyak bagi perjalanan sejauh 14.5km.

Kesimpulan

Melalui senarai di atas, bolehlah dijadikan rujukan awal untuk memilih kereta yang paling ekonomi dan menjimatkan di Malaysia. Namun ia bukanlah satu-satunya kriteria pemilihan untuk keputusan muktamat. Banyak faktor lain yang perlu dipertimbangkan. Hanya anda yang tahu akan keperluan yang diinginkan maka buatlah pilihan yang terbaik dan bijak.

Data penggunaan minyak di atas mungkin berbeza atau berubah mengikut model variant, spesifikasi, eksesori serta maintenance kereta tersebut. Ia juga akan berubah mengikut kapasiti muatan, penggunaan dan cara pemanduan. Maka jangan sekadar melihat data yang tertera kerana ianya pasti tidak akan sama apabila pemanduan secara realiti.

5 Kos Yang Anda Perlu Ambil Tahu Sebelum Membeli Rumah


Membuat perkiraan yang betul mengenai berapa banyak kos yang diperlukan ketika membeli rumah sangat perlu diketahui oleh semua orang. Hal ini untuk memastikan anda dapat menyediakan jumlah wang yang cukup sebelum membuat keputusan membeli rumah. Namun begitu, tidak semua orang tahu bagaimana untuk membuat kira-kira atau aspek mana yang memerlukan penggunaan duit yang tinggi, sama ada bayaran deposit atau bayaran peguam.

Anda mesti tahu memastikan kos yang perlu dikeluarkan adalah mencukupi untuk membolehkan anda menyelesaikan urusan jual beli rumah dengan lancar. Berdasarkan perkongsian daripada laman, Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM), terdapat 5 aspek yang perlu diambil kira ketika mengeluarkan kos membeli rumah.

Berikut 5 kos yang perlu anda ambil tahu sebelum membeli rumah :

1. Deposit

Kebiasaannya anda perlu menyediakan 10% daripada harga jualan. Ini kerana margin pinjaman hanya 90% daripada harga jualan atau nilai semasa (pilih mana lebih rendah antara keduanya). Contohnya; harga jualan RM250k dan Deposit 10% = RM25k.

Bagi kes bank yang memberi pakej 100% pinjaman, secara kasarnya deposit tidak perlu dikeluarkan. Jika anda masih mengeluarkan deposit, anda akan dapat semula wang anda apabila proses jual beli telah selesai.

2. Bayaran undang-undang dan duti setem


Contoh : Harga jualan RM250k.

RM150k pertama : RM150k x 1.0% = RM1500.

RM100k seterusnya : RM100k x 0.7% = RM700.

Total : RM1500 + RM700 = RM2200.

Nota : Perlu diingatkan, terdapat kos lain yang akan peguam sertakan dalam sebut harga (quotation), seperti kaveat, pendaftaran pejabat tanah, pengangkutan, faks, telefon, fotostat, pencarian tanah dan lain-lain.


Contoh : Harga jualan RM250k.

RM100k pertama : RM100k x 1.0% = RM1000.

RM150k seterusnya : RM150k x 2% = RM3000.

Total : RM1000 + RM3000 = RM4000.

Nota : Untuk pembelian rumah pertama, anda layak untuk mendapatkan diskaun stamp duty sebanyak 50%.

3. Pinjaman guaman dan duti setem

Untuk contoh pengiraan, anda boleh terus layari di laman web - lowpartners.com.

Nota : Pinjaman guaman dan duti setem biasanya termasuk sekali dalam pakej yang diberi oleh pihak bank.

4. Yuran penilaian


Contoh : Harga jualan RM250k

RM100k pertama : RM100k x 0.25% = RM250

RM150k seterusnya : RM150k x 0.2% = RM300

Jumlah Keseluruhan : RM250 + RM300 = RM500

Nota : Perlu diingatkan, terdapat kos pembayaran yang akan penilai sertakan dalam sebut harga (quotation). Yuran penilaian biasanya termasuk sekali dalam pakej pinjaman yang diberi oleh pihak bank.

5. Insurans perumahan

Insurans biasanya termasuk sekali dalam pekej pinjaman yang diberi oleh pihak bank.

      Baca : 9 Sebab Kenapa Wanita Sekarang Kahwin Lambat

ADVERTISEMENT
Kesimpulan

Bolehlah dirumuskan bahawa deposit tunai dan bayaran undang-undang adalah kos paling utama yang perlu diberi perhatian. Bayaran undang-undang, yuran penilaian dan insurans kebiasaannya termasuk dalam pakej pinjaman yang diberi oleh pihak bank. Jalan paling selamat adalah anda menyediakan duit tunai antara 13% hingga 15% daripada harga jualan. Semoga artikal di atas dapat membantu anda.

- Daku Amat

3 Cara Dapatkan Nombor Akaun Kad Maybank


Terlupa nombor akaun Maybank mungkin pernah terjadi dalam hidup anda. Sebagai akibatnya anda terkial-kial hendak mendapatkan semula nombor akaun Maybank tersebut. Jadi, apa yang harus anda buat untuk dapatkan balik nombor akaun tersebut?

Buat makluman semua, proses buka akaun Maybank zaman sekarang ini mudah, yang mana buku bank sudah tidak perlu cuma perlu buat kad sahaja. Nanti pihak bank hanya akan bagi kad serta detail akaun yang dikepilkan pada satu kertas.

Apa tujuan buka akaun Maybank?

Sejujurnya, dengan adanya kad ATM yang dilengkapi pula debit visa membolehkan anda mendapatkan barang kegemaran secara online sama ada di dalam ataupun di luar negara.

Membeli barang luar negara memang 'favourite' ramai daripada rakyat Malaysia sekarang ini. Di samping itu boleh juga berniaga secara online sama ada sebagai hobi ataupun sebagai usaha untuk menambah pendapatan anda.

Sebelum memulakan hasrat itu segala persiapan berkenaan untuk cara pembayaran dan pembelian untuk barang yang bakal diniagakan itu mestilah dikemaskinikan terlebih dahulu. Tetapi, masalah akan timbul jika anda terlupa no akaun Maybank. Segala urusan dan proses urusniga akan tergendala kalau maklumat perbankan anda tidak lengkap.

Selain mencari sehingga anda mungkin letih dan berputus asa. Anda sebenarnya boleh buat keputusan untuk menelefon 'customer services' Maybank untuk bertanyakan pasal nombor akaun Maybank yang anda terlupa itu.

Selepas menelefon 'customer service', segala pertanyaan tentang cara untuk mendapatkan semula nombor akaun Maybank akan terjawab. Kepada sesiapa di luar sana yang mengalami masalah terlupa nombor akaun Maybank bolehlah merujuk 3 cara di bawah ini :

1. Check di mesin ATM

1. ● Masukkan kad ATM.
2. ● Pilih menu 'Pilihan Lain-lain'.
3. ● Pilih 'Mini Statement'.
4. ● Print 'Mini Statement' tersebut.
5. ● Boleh rujuk pada slip tersebut ada terpapar no akaun Maybank anda.

2. Check guna Maybank2U

1. ● Login Maybank2u.
2. ● Check bahagian 'Account Detail'.
3. ● Kalau tiada Maybank2U, anda boleh terus buat dan automatik bank akan beri nombor akaun anda.

3. Tanya di kaunter

1. ● Bank akan beri satu borang.
2. ● Isi borang itu dan bank akan beri detail akaun anda.

Sebagai maklumat tambahan, nombor akaun kad Maybank anda tidak boleh diberi melalui phone. Ini kerana nombor akaun setiap individu ada privatetynya. Tidak boleh beri sebarangan, oleh itu anda perlu guna cara di atas.

Kesimpulan

Apa sahaja hal yang berkaitan dengan perbankan sama ada dari segi maklumat dan lain-lain yang anda rasakan penting buat anda hendaklah anda 'alert' dan simpan di tempat yang betul. Ini kerana boleh jadi ia penting untuk anda jadikan rujukan sekiranya ada hal-hal mustahak melibatkan institusi perbankan.

5 Langkah Semulajadi Dapatkan Lesung Pipit


Kata orang, mereka yang ada lesung pipit ini nampak muda dan comel. Pasti ramai yang cemburu dengan mereka yang berlesung pipit. Wajah tampak lebih manis, comel dan nampak muda. Setiap kali mereka senyum, ramai terpesona melihatnya.

Berikut caranya dapatkan lesung pipit secara semulajadi dengan melakukan 5 langkah atau senaman mudah ini :

1. Muncungkan bibir dan hisap pipi anda ke dalam

Jangan rapatkan gigi, kerana dengan demikian anda tidak akan dapat menghisap pipi, selain itu bibir anda harus menutup.

2. Tekan dan tahan lekukan pipi

Tentukan kawasan pipi yang ada lekukkan paling dalam. Tekan bahagian tersebut secara perlahan-lahan dengan jari telunjuk. Tekan terus bahagian tersebut dengan jari telunjuk dan mula gerakkan mulut anda.

3. Terusan senyum dan luncurkan jari bila perlu

Ketika melakukan senaman ke-2, lakukan ekpresi senyum dan jangan gerakkan jari anda dari kedudukannya. Buka mulut anda dengan lebar saat tersenyum kerana lesung pipit yang natural akan kelihatan apabila anda tersenyum dengan lebar.

Jika sudah terbentuk lesung pipit, segera lepaskan jari anda. Ambillah gambar jika anda mahu. Ingat, lesung pipit akan hilang setelah anda merehatkan mulut anda.

4. Teruskan tekan selama 30 minit atau lebih

Untuk melatih pipi agar membentuk lesung pipit dengan lebih lama, anda perlu tekan lekukan tersebut sekurang-kurangnya 30 minit. Semakin lama anda tekan “lesung pipit”, semakin lama lekukan akan kekal.

5. Ulang setiap hari

Lakukan latihan wajah untuk membentuk lesung pipit ini selama 30 minit setiap hari selama beberapa minggu. Lepas sebulan, namun masih tidak nampak lagi lesung pipit, itu bermakna anda tidak bernasib baik. Tapi, tak salah kalau nak mencuba?

Memakai Tongkat Adalah Sunnah Para Nabi


Memakai tongkat merupakan sunnah Baginda Habibuna s.a.w dan sunnah para Anbiya a.s. Mungkin segelintir masyarakat memikirkan memakai tongkat ini tanda keuzuran dan melambangkan usia sudah tua lanjut.

Oleh itu ia merasa malu untuk memakai tongkat sedangkan memakai tongkat merupakan sunnah para Anbiya a.s dan tanda orang beriman yang mengamalkan sunnah penghulu segala Anbiya iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Antara jenis tongkat Baginda s.a.w ialah Mikhsharah, Kadhib dan al 'Anazah.

Di dalam Kitab Bustanul Arifin karangan Imam Nawawi rahmatullah 'alaih menceritakan Imam Syafie rahmatullah 'alaih, apabila masuk umur 40 tahun beliau telah memakai tongkat. Orang ramai bertanya; "Apakah tuan imam ada sakit?" "Tidak!" Jawab Imam Syafie.

Orang ramai pun bertanya lagi; "kenapa tuan imam memakai tongkat?" Imam Syafie menjawab; "saya memakai tongkat untuk ingatkan saya, perjalanan saya sudah hampir tamat."

Ada ketika juga di waktu yang lain Imam Syafie, apabila ditanya hal yang sama beliau akan menjawab; "Biarlah aku sentiasa ingat yang aku kini sedang berjalan menuju akhirat." Subhanallah!

Umur kita semakin meningkat sedang berjalan menuju akhirat, namun kita masih leka dari membuat persiapan. Tidak mahu memikirkan kehidupan akhirat sedangkan alim ulama kita setiap saat memikirkan akhirat.

Ulama menganjurkan memakai tongkat pada usia menjelang 40 tahun agar semakin ingat dengan akhirat. Supaya bertambah rendah diri dan hilang kesombongan dan kemegahan diri seperti yang dicontohkan oleh Imam Syafie.

Semoga kita semua dapat mencontohi keperibadian Nabi kita Baginda Muhammad s.a.w. Janganlah kita merasa malu memakai tongkat bila menjelang usia 40 tahun kerana dengan mengamalkan amalan sunnah memakai tongkat maka akan bertambah kerisauan kita pada akhirat.

Wallahu 'alam.

Kisah Tentang Maulana Ilyas Buat Usaha Agama Ke Atas Penduduk Mewat


Di dalam salah satu misi dakwahnya, Maulana Muhammad Ilyas Al-Khandalawi rahmatullah 'alaih (1885-1944) telah membelai bahu seorang lelaki Mewat dengan penuh rasa persaudaraan Islam. Dengan tidak semena-mena, lelaki tersebut melenting kemarahan lalu memakinya dengan kata-kata,

“Kalau kamu sentuh aku lagi dengan tanganmu, akan ku belasah kamu!”

Dengan tenang dan sabar, Maulana Ilyas pun membongkok ke kakinya seraya berkata,

“Akan tetapi, kamu tidak melarang saya menyentuh kakimu?”

Dalam kisah yang lain, Maulana Ilyas telah pergi kepada seorang petani Mewat untuk mendakwahkan kepada lelaki itu tentang kepentingan kehidupan beragama. Lelaki tersebut langsung tidak menghiraukan kata-kata Maulana. Sebaliknya pula, beliau dengan tidak semena-mena telah melepaskan satu tumbukan yang kuat kepada Maulana.

Maulana yang berbadan kecil dan sememangnya lemah itu telah terhumban dan jatuh ke bumi. Seketika menahan kesakitan, Maulana pun segera berdiri lalu memegang bahu lelaki tersebut, seraya berkata,

“Sekarang kamu telah selesaikan kehendakmu. Dengarlah apa yang hendak ku perkatakan!”

Demikianlah hidup seorang daie yang tiada mengenal dendam kesumat. Sebaliknya beliau hanya meminta untuk didengar dengan penuh kesabaran. Lalu tersentuhlah hati kecil lelaki Mewat itu.

Tiba-tiba ia melutut seraya berkata memohon keampunan dari Maulana dengan mengatakan bahawa sekiranya ia tidak diampunkan maka ia akan dilaknat buat selama-lamanya.

Salah seorang rakan seperjuangan Maulana Ilyas datang menziarahi rumahnya untuk mengucapkan takziah di hari kematian Maulana. Rakannya telah menyampaikan pesan kepada isteri Maulana sambil memintanya menceritakan sesuatu mengenai Maulana.

Berikut ialah jawapan isteri Maulana Ilyas :

“Setelah daku mengahwininya, aku telah datang untuk tinggal bersama-sama denganya. Aku dapati Maulana jarang-jarang sekali tidur malam. Aku dapat mendengarnya mengerang-ngerang di atas pembaringannya. Pada suatu hari, aku menanya sebab tidurnya sering terganggu. Beliau menghela nafas yang panjang seraya menjawab;

“Sekiranya kamu mengetahui akan penderitaanku dan berkongsi dengan kerungsinganku nescaya aku tidak keseorangan lagi. Dan kedua-dua kita akan berjaga sepanjang malam...”

Pada bulan September 1929, seorang Sheikh telah membuat satu lawatan ke Mewat untuk menyaksikan sendiri arus kebangkitan Islam yang menjadi bualan ramai.

Di dalam perjalanannya, beliau telah terserempak dengan satu jemaah dari Mewat yang sedang dalam perjalanan untuk bertabligh. Beliau mengisyaratkan agar mereka berhenti dan bertanya;

“Apakah maksud semua ini?” Jawab orang Mewat tersebut;

“Ada suatu ketika di dalam hidup kami di mana kami tidak mengenali akan Tuhan mahupun Nabi kami sendiri. Semoga Allah merahmati Maulana yang telah menunjukkan kami kepada jalan yang benar. kini kami hanya mahu menyampaikan perutusan yang baik ini kepada semua orang."

Semangat Maulana Ilyas yang keras membolehkan Maulana melepasi setiap rintangan yang dihadapi. Maulana sering berjalan kaki merentas liku-liku lembah Mewat sejauh 25 batu tanpa berhenti untuk berihat, minum atau pun makan. Maulana tidak ada masa untuk menjaga kesihatannya sendiri kerana sibuk dengan usaha dakwah.

Seringkali Maulana meninggalkan Nizamuddin pada hari Jumaat selepas makan tengahari dan makan makanan berikutnya pada hari Ahad. Di malam hari Maulana akan berjaga sepanjang malam. Di siang hari mendaki gunung ganang serta merentasi dataran mewat yang kering kontang. Melihatkan rakan-rakan yang keletihan, Maulana memberi targhib;

“ Tiadalah Tuhan itu melainkan disebalik gunung Mujahadah. Barangsiapa ingin menemui-Nya, akan mendapati-Nya di sana...”

Berkat mujahadah dan usaha maulana yang tidak mengenal penat lelah, ijtimak yang pertama telah diadakan di Mewat pada bulan November 1941 dan telah Berjaya menghimpunkan 25,000 orang. Kebanyakan dari mereka telah berjalan kaki sehingga ada yang berjalan sejauh 50 batu semata-mata untuk menghadiri ijtimak tersebut.

Kejahilan orang-orang Mewat yang amat menyedihkan dapat dinilai dari tindak balas yang diterima oleh Maulana ketika menggesa salah seorang dari kaum Mewat untuk berusaha atas Tabligh.

Maka menjawab orang Mewat itu; "Tablid? Apa Tablid?”

beliau tidak berupaya untuk menyebut perkataan yang betul sekalipun. Namun mereka inilah yang pada mulanya jahil tentang istilah Tabligh itu sendiri telah bertukar menjadi pendakwah yang hebat membawa (menghidupkan kembali) kerja Nabi ini ke seluruh pelusuk alam.

Pernah seorang karkun lama Mewat diminta supaya menceritakan suatu peristiwa atau Kalkuzari di dalam pengalamannya berdakwah di jalan Allah.

Kata beliau;

“Pernah sekali, Maulana menghantar satu jemaah yang terdiri daripada tiga orang Mewat untuk pergi ke Moradabad. Saya merupakan salah seorang dari mereka. Setelah sampai di bandar tersebut, maka kami pun telah pergi ke masjid dan beriktikaf di sana.

Selepas solah Maghrib, suatu pengumuman atau iklan telah dibuat agar ahli qariyah tersebut dapat menunggu sebentar selepas solat (sunat ba'diyah Maghrib) untuk membincangkan tentang sesuatu isu agama. Dengan tidak di sangka-sangka, tiada seorang pun yang duduk untuk majlis itu. Maka kami pun menanti keesokan harinya.

Pada ketika yang sama, kami pun memberi pengumuman yang sama. Sekali lagi usaha ini menemui kegagalan. Kesemua ahli masjid telah bangun meninggalkan kami tanpa menunjukkan sebarang minat. Peristiwa ini telah mengingatkanku tentang apa yang biasa dilakukan oleh Maulana.

Beliau telah mengambil janji-setia atau bai’ah dari kami bahawa di saat-saat kesukaran, kami akan mengasingkan diri dari manusia untuk berkhalwah di tempat-tempat yang sunyi dan mengadap pada Allah untuk mendapatkan bantuan-Nya.

Oleh itu, kami telah bermalam satu malam lagi di masjid tersebut dan sebaik saja matahari naik, ketiga-tiga kami telah keluar dari kawasan penempatan itu untuk bermunajat kepada Allah.

Sepanjang-panjang hari itu kami telah bersolat dan berdoa ke Hadrat Allah dan pada lewat petangnya, kami pun kembali ke masjid tadi. Selepas solat maghrib, pengumuman yang sama telah dibuat. Sampai di sini, orang mewat itu tiba-tiba terdiam, seolah-olah ia hendak mendedahkan suatu misteri.

Dan sememangnya ia merupakan suatu misteri. Beliau meneruskan, “kesemua ahli jemaah orang tempatan seolah-olah terpaku di tempat masing-masing. Tidak ada seorang pun yang berdiri umtuk meninggalkan majlis. Wahai rakan-rakanku, beginilah caranya usaha kita akan diteruskan, iaitu dengan Nusrah (bantuan) Allah.”

Sekali pernah sanak saudara Maulana datang dari kampung halamannya iaitu Kandhla. Mereka menziarahinya untuk bertanya khabar tentang kesihatannya. Mengetahui tujuan mereka Maulana berkata;

“Kamu telah mengembara dengan jauh semata-mata untuk bertanya perihal seseorang yang sememangnya dilahirkan untuk mati. Sedangkan agama Nabimu yang kekal abadi itu sedang yatim piatu tidak pula kamu menunjukkan sedikit pun kerisauan mengenainya.”

Ketika maulana sakit tenat, para doktor menasihati maulana agar jangan bercakap-cakap. Tetapi Maulana berkata;

“Aku lebih suka mati ketika mendakwahkan manusia ke Jalan Allah daripada berehat-rehat semata-mata untuk kerehatan diriku sendiri.”

Pada hari Maulana Ilyas rahmatullah 'alaih kembali menemui Rabbnya selepas jenazahnya dimandikan dan sedang disapukan dengan wangi-wangian maka salah seorang dari sahabat akrabnya telah berkata;

“Sapulah baik-baik dahinya dengan wangi-wangian kerana ianya sering berada dalam kedudukan sujud selama berjam-jam lamanya.”

‘Aye Musalmano Musalman Bano’
‘Wahai orang Islam, jadilah orang Islam’ - Maulana Ilyas rah.


Ringkasan tentang Mewat dan penduduknya serta awal usaha Maulana Ilyas

Mewat, suatu dataran tinggi Gangetic di India Utara. Meliputi di tiga kawasan - Nuh, Firozpur Jhirka dan Punhana di jalan Delhi-Alwar. Hari ini penduduk Mewat adalah 75% Muslim kebanyakannya petani. Wilayah itu didiami oleh suku Rajput yang dikenal juga sebagai bangsa Meo.

Kegiatan dakwah yang dikenali Jemaah Tabligh itu lahir dari keprihatinan Maulana Muhammad Ilyas akan 'kerosakan' agama umat Islam di wilayah itu. Ketika itu, iman dan amal umat Islam begitu teruk. Masjid-masjid kosong, tidak lagi disinggahi umat. Tidak hanya itu, Ibadah-ibadah wajib juga telah ditinggalkan oleh kebanyakan umat Islam. Tidak sedikit orang yang mengaku Islam, namun sebenarnya mereka sudah terjatuh ke lembah kemusyrikan.

Maulana Ilyas berpendapat, tiada jalan buat memperbaiki keadaan umat yang sudah demikian parah, kecuali kembali terhadap cara yang dilakukan Rasulullah s.a.w ke atas para sahabat r.hum.

Maulana Ilyas mulai berdakwah dan memimpin suatu aktiviti buat menyeru umat supaya kembali ke jalan Allah s.w.t melalui kegiatan tabligh dengan niat untuk memperbaiki diri, memperbaiki keluarga dan memperbaiki umat di seluruh dunia.

Maulana Ilyas mengawali kegiatan keagamaannya di Mewat, yang mana rata-rata orang Meo adalah Muslim tetapi cuma pada namanya saja. Dalam kehidupan sehari-hari, orang Meo ini lebih banyak menjalankan praktikal sosial-agama menurut kepercayaan Hindu.

Tidak sedikit di antara mereka yang konsisten mempertahankan nama lama Hindu mereka. Malah menyembah dewa-dewa dalam kepercayaan Hindu dan mereka juga merayakan perayaan-perayaan keagamaan Hindu.

Bahkan, biasanya orang Meo tidak dapat mengucapkan kalimah syahadat dengan betul. Apatah lagi dapat melafalkan doa-doa harian. Di samping itu, teramat sedikit kampung di Mewat yang mempunyai tempat ibadah atau madrasah. Program ritual buat kelahiran, perkahwinan dan kematian berasimilasi kepada kebiasaan-kebiasaan Hindu.

Berusaha memperbaiki keadaan umat Islam di Mewat, Maulana Ilyas membina sebuah jaringan sekolah-sekolah agama berbasis tempat ibadah. Tujuannya untuk membina kaum Muslim setempat mengenai keimanan dan amalan Islam yang sebenar.

Dalam waktu yang relatif singkat, beliau berjaya mendirikan lebih dari 100 sekolah agama di wilayah Mewat. Tetapi kejayaan tersebut, justeru mendatangkan kekecewaan dalam diri Maulana Ilyas. Ini kerana maktab yang didirikannya cuma membuahkan apa yang disebutnya sebagai “fungsionaris agama”, bukan melahirkan daie yang ingin mahu mendatangi orang untuk mengingatkan orang tentang tugas-tugas keagamaan mereka.

Selanjutnya, Maulana Ilyas memutuskan buat meninggalkan kedudukannya sebagai pengajar di Madrasah Mazharul ‘Ulum di Saharanpur dan pindah ke Basti Nizamuddin di kota Delhi untuk mengawali misi dakwahnya.

Kegiatan tabligh lewat khutbah keliling itu pun dimulai diluncurkan dengan cara resmi pada tahun 1926 dari wilayah Basti Nizamuddin. Nanti, di wilayah itulah pusat global Jemaah Tabligh berdiri di masjid Bangla Wali, New Delhi sebagai markasnya.

Dakwah Awal Orang Mewat Mengubah Segalanya


Sebuah artikel tentang cerita Dakwah Tabligh di peringkat awalnya pada 1926, ianya sangat-sangat bagus untuk dibaca. Kini Dakwah Tabligh berkembang di lebih 150 buah negara seluruh dunia. Ia kini dilihat sebuah pergerakan Islam global bersifat sederhana namun paling cepat berkembang dan berpengaruh di dunia.

Ketika sedang mengedit biografi Maulana al-Tahanwi rahmatullah 'alaih, terjumpa satu risalah kecil bertajuk - Tablighi Jamaat aur Hazrat Tahanwi.

Masya Allah, apabila membacanya, banyak sejarah awal Jemaah Tabligh diceritakan di dalamnya.

Umpamanya kisah kerisauan Maulana al-Tahanwi terhadap jemaah orang Mewat. Beliau mendapat tahu bahawasanya Maulana Ilyas rahmatullah 'alaih sudah mula menyuruh orang Mewat keluar berdakwah.

Perkara ini telah mengejutkan Maulana al-Tahanwi kerana beliau berpendapat akan muncul satu fitnah baru kepada agama kerana pada ketika itu masyarakat tidak lagi mendengar kata-kata ulama, jadi macam mana masyarakat mahu mendengar kata-kata orang yang tidak berpelajaran seperti orang Mewat?

Apa reaksi Maulana Ilyas, beliau segera mengumpulkan 250 orang Mewat di masjid Jami', Delhi. Beliau telah mengundang Maulana al-Madani rahmatullah 'alaih untuk memberikan bayan hidayah kepada mereka.

Maulana al-Madani di dalam bayan hidayah beliau telah memesan perkara-perkara yang perlu diperbuatkan dan perkara-perkara yang tidak perlu diperbuatkan sepanjang berada di jalan Allah (khuruj fi sabillillah).

Bayan hidayah ini telah diakhiri dengan doa yang panjang oleh Maulana al-Madani. Mereka telah dipecah kepada 3 jemaah dan telah diputuskan kawasan untuk melakukan usaha dakwah.

1. Panipat.
2. Sekitar Saharanfur.
3. Sekitar Kandhala.

Setelah selesai jemaah dibentuk dan telah dihantar ke kawasan tasykil (kawasan yang dibuat keputusan untuk melakukan dakwah), Maulana Ilyas telah memberi nasihat kepada mereka. Jemaah yang telah dihantar ke Kandhala perlu berjumpa dengan beliau di sana.

Maulana Ilyas berkata beliau akan meminta pendududuk Kandhala memberi layanan sewajarnya kerana Kandhala merupakan kampung beliau (tempat kelahiran beliau).

Maulana Ilyas berkata kepada jemaah yang dihantar ke Kandhala, “kamu semua seramai 6 orang, bawakan pada saya 7-8 orang lelaki baru supaya mereka dapat melapangkan masa 8 hingga 10 hari di jalan Allah. Mereka mestilah disediakan supaya mereka bersedia dihantar ke mana-mana tempat yang saya akan menghantar mereka.”

3 jemaah yang pada asal dihantar ke kawasan yang berbeza selama 2 bulan, setiap mereka mempunyai keinginan untuk pulang ke rumah masing-masing selepas 2 hari berada di jalan Allah.

Apabila mendapat tahu mengenai perkhabaran mengenai jemaah-jemaah ini, Maulana Ilyas dan Maulana Ihtisham al-Hasan telah bergerak menziarah setiap jemaah ini, mereka memberikan semangat dan motivasi kepada setiap ahli jemaah ini supaya mereka tidak pulang ke rumah masing-masing dan terus membuat pengorbanan berada di jalan Allah.

Selepas 3 hari menyiapkan risalah ini, datang seorang remaja lelaki dari Mewat bernama Miyanjī Munshi Muhammad Isa kepada Maulana Ilyas dan menyatakan keinginan untuk membantu dakwah Maulana Ilyas.

Maulana Ilyas sangat gembira dengan kedatangan Miyanjī ini lalu telah memeluk beliau beliau dan berkata kepada orang ramai supaya mencontohi remaja ini. Selepas itu, Miyanjī Munshī Muhammad Isa telah membawa beberapa orang lagi untuk bersama-sama beliau. Antara orang tersebut ialah :

1. Numbardar Mehrāb Khan dari Firozpur.
2. Munshī Nusrullāh dari Nuh.
3. Hafiz ‘Abd Rahmān dari Firozpur.
4. Hājī Sadullāh dari Rēnah.
5. Maulānā Ibrahīm dari Shama.
6. ‘Abdullāh Saqqah dari Firozpur.
7. Hasan Khan dari Firozpur.

Mereka inilah antara pelopor usaha dakwah Jemaah Tabligh di pada peringkat awalnya. Semoga Allah menerima pengorbanan mereka mengembalikan usaha cara Nabi s.a.w.

Peristiwa 9 September 2001 Dan Kisah Jemaah Dakwah Tabligh


11 September 2001 - 2016...15 tahun telah berlalu.

Teringat masa keluar di Bangladesh pada bulan Februari 2004. Pada hari-hari akhir semasa di markas Kakrail, Dhaka, seorang tanggungjawab markas datang kepada kami jemaah Malaysia dan beri targhib dalam bahasa Inggeris.

Di akhir targhibnya beliau cerita tentang pengalamannya keluar di New York, USA pada masa Twin Tower dilanggar kapal terbang.

Pada masa itu beliau merupakan amir kepada jemaah yang terdiri dari 7 orang. Mereka buat usaha di sebuah masjid yang berdekatan dengan Twin Tower. Pada malam itu beliau telah mendapat mimpi yang meminta jemaah ini kena pindah ke tempat lain seawal pagi esoknya.

Jadi, keesokkan harinya, awal-awal pagi jemaah ini berkemas dan pindah dengan menyewa teksi. Pemandu teksi itu tak habis-habis cerita tentang kehebatan dan kemahsyuran Twin Tower tersebut.

Amir Bangladesh ini kata; "Ini bangunan sekarang ada dan bila-bila boleh tak ada. Allah kuasa, makhluk tak ada kuasa."

Selang beberapa minit, tepat seperti yang dikata, dua biji kapal terbang dah langgar Twin Tower itu menyebabkan ianya roboh. Maka dipendekkan cerita semua ahli jemaah kena tangkap dengan pihak berkuasa yang lengkap bersenjata.

Mereka dibawa ke satu tempat dan disoal siasat bertubi-tubi. Sebelum itu amir jemaah sudah pesan, apapun yang mereka tanya, kita cakap 6 perkara saja. Jangan cakap perkara-perkara lain. Akhirnya yang tukang soal itu pun jadi bosan.

Tak lama kemudian, seorang ketua pegawai yang senior datang untuk soal siasat. Masa dia tengah bercakap dengan amir jemaah, si amir ini menyeluk poketnya untuk ambil sesuatu. Apalagi, pihak berkuasa yang ramai-ramai itu angkat senjata mereka dan hala kepada jemaah.

Ketua pegawai itu suruh orang-orangnya check poket amir itu dan sebatang kayu sepanjang 1½ jengkal dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam bekas plastik.

Setelah pemeriksaan dibuat, ketua pegawai itu tanya, ini kayu apa? Jadi, amir jemaah jawab itu KAYU SUGI yang kami guna untuk berus gigi mengikut sunah Nabi kami.

Lepas itu, ketua pegawai tersebut berkata kepada orang-orangnya, mereka ini nak berus gigi pun guna kayu, takkanlah nak buat rancangan runtuhkan Twin Tower. Tak masuk akal langsung. Satu surat dikeluarkan mengatakan jemaah itu bebas dan diberi kebenaran duduk kat US sebulan lagi.

Kesimpulannya

1. Bantuan Allah dalam kerja dakwah.

2. Dalam sunnah ada kejayaan dunia dan akhirat.

3. Kerja dakwah ini kerja kita (umat Muhammad s.a.w), jadi kita buat saja. Nak ubah keadaan, itu hak Allah. Tak payah kita nak mengamuk dan tunjuk perasaan sana sini.

Sekarang ini Allah sudah mudahkan jemaah-jemaah dari Malaysia untuk ke USA. Kalau kita bersyukur, Allah akan tambah nikmat. Jadi, jangan tunggu-tunggu lagi keluarlah di jalan Allah dengan diri dan harta sendiri. Sesungguhnya Allah sudah beli diri dan harta orang mukmin dengan syurga! (Al-Quran : At-Taubah - 111).

Rujukan Perkataan :

Targhib - Mendorong atau memotivasi diri untuk tingkatkan usaha dan tambah korban dalam usaha agama/dakwah kerana Allah taala.

Enam Sifat - Rumusan daripada sifat para sahabat Nabi s.a.w secara umumnya mereka memiliki 6 sifat yang unggul :
1. Hakikat kalimah La Ilahaillallah Muhammadurrasulullah.
2. Hakikat Solat yang Khuyuk dan Khuduq.
3. Hakikat Ilmu dan Zikir.
4. Hakikat Ikram muslimin.
5. Hakikat Ikhlas Niat (betulkan niat kerana Allah semata).
6. Hakikat Khuruj Fi Sabilillah.

9 Tips Mengambil Komposisi Foto Yang Sempurna


Mengambil gambar adalah salah satu cara untuk kita menyimpan sesuatu moment dan memori indah. Aplikasi seperti Instagram dan Tumblr menyemarakkan lagi aktiviti fotografi di kalangan manusia hari ini.

Tidak ramai daripada kita yang belajar teknik yang betul tentang seni fotografi. Jadi apa nak dihairankan kalau gambar kita tidak secantik gambar-gambar jurugambar professional, bukan?

Disini dikongsikan 9 Tips tentang teknik pengambilan gambar yang betul oleh Steve McCurry. Mungkin tidaklah terperinci seperti kelas jurusan fotografi, tetapi teknik-teknik yang dikongsikan ini sangat mudah untuk difahami dan dipraktikkan.


Jadikan gambar-gambar kenangan anda lebih professional dan menarik! Sudah tentu hasilnya akan memberi kepuasan kepada anda sebagai photografer walaupun hanya sekadar amatur. Dan hanya sekadar untuk suka-suka memenuhi hobi di masa lapang.

6 Tips Ambil Foto Amatur Dengan Hasil Bagai Pro


Anda tidak lahir terus pandai ambil gambar. Anda juga tidak lahir terus kaya untuk beli ‘smartphone’ dengan kamera cantik atau kamera yang berkualiti tinggi.

Selain itu, anda juga tak pergi ke mana-mana kelas fotografi. Sebagai amatur, berdasarkan pengalaman ambil foto travel selama bertahun-tahun dengan menggunakan pelbagai jenis kamera seperti kamera iPhone, kamera digital Canon, kamera SLR kompak/mirrorless Olympus, dan GoPro.

Kalau minat dan tidak mudah putus asa, pasti hasil yang cantik akan keluar walaupun anda bukanlah jurugambar pro!

Berikut 6 tips ambil foto amatur namun dengan hasil bagai pro :

1. Ambil gambar setiap hari

Cari sudut kegemaran anda sendiri. Eksperimentasi sangat penting. Jangan hiraukan teknik orang lain. Cuba banyak kali sampai jumpa teknik anda sendiri, bukan sekali ambil gambar hasil tak cantik terus putus asa.

Jangan segan ambil gambar guna handphone saja. Bakat itu boleh diasah asalkan mahu hasil yang baik. Rajin-rajin keluar ambil gambar. Jadi kreatif. Cari sudut dan teknik sendiri. Rajin-rajin baca buku yang patut.

2. Jiwai aktiviti ambil gambar

Orang yang pandai ambil gambar ini biasanya betul minat untuk ambil gambar. Kalau cuma minat gambar cantik tapi tak minat nak menjiwai fotografi itu sendiri, hasil gambar juga akan menunjukkan betapa anda tak menjiwai fotografi.

Macamana nak menjiwai? Keluar ambil gambar dan banyakkan baca tips dari jurugambar yang lebih professional, bukan banyakkan beli kamera (melainkan sudah pro).

3. Perhatikan di mana sumber pencahayaan

Ini sangat penting. Kalau matahari di belakang subjek dalam gambar, subjek akan kelihatan gelap. Sebaliknya, kalau menghadap sumber cahaya tak kira semulajadi atau tak, gambar akan jadi terang dan jelas.

Pendek kata, jangan membelakangkan cahaya, melainkan anda memang nak gambar anda penuh bayang-bayang dan kegelapan, sedangkan ambil gambar waktu malam pun kita nak guna ‘flash’ ataupun cari sedikit sumber cahaya.

Kadang-kadang berdiri di tepi 'frame' adalah lebih baik. Juga, edit itu perlu, tapi tak perlu berlebihan hingga lari dari gambar asal yang kita tangkap.

4. Praktikkan peraturan pertiga atau Rule of Thirds

Iaitu meletakkan orang atau apa saja subjek dalam gambar atas 2 garisan tegak dan 2 melintang imaginasi dalam “frame” kamera telefon anda. Contoh: Tengok gambar di bawah, subjek berdiri bukan tengah-tengah tapi tepi. Kiranya bahagikan gambar ke 3 bahagian, dan letakkan orang atau subjek dalam bahagian ketiga tak kira kiri atau kanan, asalkan bukan di tengah-tengah.


Orang atau subjek dalam gambar akan kelihatan tidak ‘center’ tapi tak semestinya tidak cantik. Biasanya kita nak berdiri ditengah-tengah dalam gambar, tapi bila kita gunakan Rule of Thirds, gambar tak ‘balance’ pun boleh jadi cantik, terutama bila ada subjek lain seperti cahaya matahari itu seperti dalam gambar di atas.

5. Edit itu perlu

Contohnya, gambar kita senget, garisan ufuk tak tegak, maka kita “rotate” gambar sampai garisan ufuk itu tegak. Sedangkan jurugambar pro pun edit gambar inikan pula yang amatur, tapi ada caranya supaya hasil pun sama dengan yang pro walaupun amatur!

Edit untuk hampir menyamakan gambar dengan apa yang kita lihat dengan mata kita, bukan untuk terus jadikan gambar itu lain terus dari yang kita tangkap. Kadangkala 'less is more'. Kebanyakan kita suka guna edit HDR secara berlebihan sehingga hilang kecantikan gambar asal. Pendek kata, edit berpada-pada banyak baiknya.

6. Bersabar dan jangan berhenti eksperimentasi

Kita tengok gambar orang lain cantik memanjang tapi bila kita keluar ambil gambar, semua tak menjadi. Eksperimentasi itu penting! Ambillah gambar apa saja, sama ada dari jauh atau sangat dekat, sambil aplikasikan Peraturan Pertiga tadi.

Setiap yang berjaya pasti melalui kegagalan terlebih dahulu. Jangan takut buat silap bila ambil gambar. Percayalah, bila anda selalu cuba, seratus atau seribu keping gambar kemudian, pasti anda dapat lihat hasilnya yang memuaskan hati.

9 Tips Ambil Foto Dengan Kamera Smartphone Untuk Hasil Seperti DSLR


Penggunaan kamera pada telefon pintar telah menjadi satu kebiasaan buat masa ini dan perkembangan teknologi pada kamera yang dibekalkan bersama-sama telefon pintar telah menyebabkan pengurangan penggunaan kamera profesional. Walaupun kamera pada telefon pintar adalah senang dan mudah digunakan, tidak ramai yang tahu untuk memaksimumkan potensi pada kamera ini.

Selain itu, kebanyakkan telefon pintar telah ditetapkan dengan tetapan yang tidak memaksimumkan kualiti kamera yang dibekalkan. Oleh itu, berikut dikongsikan dengan anda beberapa tips berguna mengenai fotografi melalui telefon pintar. Artikel ini sesuai untuk semua pengguna telefon pintar termasuk pengguna Galaxy S5, Note 4, iPhone 5s/6, Lumia 1020 dan banyak lagi.

Berikut 9 tips dan trick fotografi untuk smartphone :

1. Pastikan anda memilih tempat yang banyak cahaya

Jika anda mengambil gambar dalam lingkungan cahaya yang rendah, smartphone anda pasti tahu untuk menyesuaikan diri untuk mengubah ke arah eksposure yang lebih rendah untuk membiarkan cahaya masuk lebih banyak dan ini akan menyebabkan hasil bidikan anda menjadi noise (gambar ada bintik-bintik halus jika dilihat dari jarak dekat).

Disarankan lebih baik anda pergi ke ruang lebih terbuka seperti di luar rumah jika anda sedang beriadah bersama keluarga. Misalnya halaman rumah kerana cahaya di situ amatlah terang berbanding dengan cahaya di dalam rumah, pejabat, kelas, dewan dan sebagainya.

2. Pegang smartphone dengan lebih stabil

Anda harus memastikan bahawa anda memegang smartphone dengan baik ketika mengambil foto. Cubalah untuk tidak bergerak sama sekali ketika mengambil gambar kerana jika tangan anda bergoyang ia akan menyebabkan foto menjadi kabur.

Ini terutama jika kamera anda tidak memiliki kemampuan menstabilkan gambar optik atau digital. Anda juga harus bersikap lembut ketika menekan tombol shutter.


Camera : Iphone 5s
Lokasi : Bawah Offices Ana Muslim
Talent : Kucing Jalanan

Untuk dapatkan hasil yang details seperti ini anda di sarankan tidak menggunakan ZOOM di smartphone anda, lebih baik anda dekatkan smartphone anda ke objek yang hendak dicapture dan tekan tombol dengan perlahan-lahan namun tangan anda haruslah steady supaya hasilnya tidak kabur (blur).

3. Elakkan penggunaan Zoom Digital

Yang ini WAJIB atau perkataan lain HARUS dielakkan kerana pembesar imej digital ini akan mengurangkan kualiti gambar, lebih banyak zoom yang anda lakukan lebih teruk kualiti gambar yang terhasil.

Jika anda mahu gambar yang baik anda boleh ‘crop’ gambar anda selepas mengambilnya memandangkan kesemua telefon pintar pasti hadir dengan beberapa kebolehan untuk mengedit gambar yang diambil. Selain itu, anda juga boleh mengambil gambar dari jarak yang lebih dekat.

4. Bersihkan lensa kamera anda

Sebuah lensa kamera smartphone sangat mudah kotor, oleh sebab itu anda harus meluangkan masa untuk membersihkan dari waktu ke waktu. Gilaplah lensa kamera smartphone anda dengan menggunakan kain atau tisu yang lembut agar tidak mencalarkan lensa kamera.

Tekan titik fokus dengan tepat. Jika anda merasa foto milik anda tidak fokus, tekan pada subjek anda. Kamera pada kebanyakan smartphone dikonfigurasi untuk mengatur fokus dan eksposure berdasarkan frame yang anda tekan.

5. Rule of Thirds atau aturan satu pertiga

Aturan satu pertiga adalah trick yang sederhana dan mudah yang dapat anda gunakan saat mengambil gambar. Bayangkan bahawa frame dibahagi menjadi tiga bahagian yang sama secara vertikal dan horizontal, seperti yang digambarkan.

Tempatkan subjek anda sepanjang salah satu garis vertikal, atau di mana garis-garis horizontal dan vertikal berpotongan. Kemudian tempatkan langit atau awan sepanjang salah satu garis horizontal.

6. Pelajari cara menggunakan mode kamera

Kebanyakan smartphone datang dengan aplikasi kamera pelbagai. Beberapa di antaranya digunakan untuk menghapus objek yang bergerak dalam bingkai atau menambahkan kesan mutunya. Dengan kata lain yang dimaksudkan untuk mengambil foto dengan mode subjek yang bergerak cepat atau panorama atau untuk mengambil gambar di malam hari (low light).

7. Cubalah aplikasi kamera alternatif

Sistem operasi Android, iOS, dan Windows Phone menawarkan sejumlah aplikasi alternatif untuk kamera smartphone anda. Kamera FV-5 untuk Android dan KitKam untuk iOS adalah 2 contoh bagus dari aplikasi pengganti kamera yang dibuat dengan baik. Hal ini dilakukan jika anda menemukan smartphone yang anda gunakan kurang baik dalam pengaturan kamera canggih dan manual untuk mencubanya.

8. Ambil beberapa foto

Pernakah anda pernah mengambil foto hanya untuk melihatnya kemudian dan menyedari selepas itu bahawa ada foto seseorang yang telah mata berkedip (mata pejam), kurang jelas atau tidak sesuai dengan keadaan.

Oleh itu sebaiknya anda disarankan tidak mengambil satu gambar tetapi mengambil beberapa gambar sebagai langkah berjaga-jaga. Setelah itu anda bolehlah membuat keputusan untuk delete gambar yang tidak diperlukan.

9. Mengedit foto tapi jangan berlebihan

Ketika foto diambil dengan tepat (sharp), filter foto dapat mengubah foto yang kusam menjadi lebih mempunyai nilai seni. Namun, anda harus menghindari edit foto secara berlebihan.

Cuba untuk memanipulasi foto anda dengan moderasi pada setiap gambar anda. Selain itu anda boleh mengatur saturation dan kecerahan gambar, serta frames yang tersedia.

13 Tips Beli Durian Dengan Isi Terbaik


Panduan memilih durian yang terbaik. Tips ini sesuai untuk mereka yang tidak tahu nak pilih durian (kalau nak beli durian di tepi jalan). Bila ada pengetahuan tentang durian, tidaklah sampai tertipu dengan jenis durian yang dijual. Kena tengok betul betul.

Berikut 13 tips bermanfaat ketika hendak beli buah durian :

1. Pastikan durian tersebut tak merekah

Elakkan beli durian yang merekah sebab durian yang sudah merekah dikhuatiri telah lama, mungkin sudah sehari lebih. Jadi, sudah tidak fresh. Lagi pun, gas dari durian itu sudah hilang, jadi bila makan nanti, ‘uummpphhh’ dia sudah tidak ada.

Retak atau pecah pada bahagian kulit durian akan membuatkan isi di dalamnya bercampur dengan udara bebas dan mengakibatkan rasa buah menjadi masam atau tawar.

Selain itu, pastikan kulit luarannya tidak cacat. Jika ada cacat pada kulitnya (misalnya busuk atau ada lubang ulat) kemungkinan isi di dalamnya busuk dan tidak dapat dimakan.

2. Jangan beli durian tangkai yang kecut

Sebab tangkai yang kecut atau gelap selalunya buah yang lama (sudah lama jatuh dari pokok), mungkin sudah 2 hari. Kalau berlendir dan masih cerah, ia segar dan baru jatuh dari pohon. Tangkai yang tahan lasak dan liat mempunyai rasa yang sedap.

3. Bau terlebih dulu di buntut durian

Kalau bau sedap, lemak, elok ambil saja. Tetap kalau bau tidak berapa ada, cuba pilih yang lain dulu. Pilihlah buah yang belum merekah di punggungnya kerana ia membawa petanda ia masih segar lagi. Jika sudah merekah dan kehitaman pula warnanya, sahlah buah itu sudah lama dan bau busuk.

Durian yang matang akan mengeluarkan aroma yang kuat dan harum. Sebelum membeli durian, ambil baunya dengan cara merapatkan sedikit hidung ke kulit durian. Jika kurang bau, ini bermakna durian tersebut tidak sempurna matangnya dan berkemungkinan diperam.

4. Goncang durian terlebih dulu sebelum beli

Goncang dulu, baru pilih. Sebab selalunya isi yang tidak ‘mangkaq’ atau keras, kita akan dengar bunyi bergoncang.

5. Suruh taukeh durian tebuk dulu durian

Ini untuk memastikan durian itu confirm sudah masak, tidak keras dan coleklah sedikit untuk rasa. Biar puas hati baru beli.

6. Pastikan duri durian itu keras

Cuba rasa duri pada buah durian itu. Tekan dengan jari. Kalau buah itu lama, durinya akan lembut. Kalau masih baru lagi akan keras.

Selain itu, pilih durian yang memiliki duri yang jarang, besar dan agak tumpul kerana biasanya durian jenis ini memiliki isi yang bagus, kering dan manis. Selain itu, duri yang agak tumpul akan lebih mudah dibuka.

7. Tanya dulu durian itu dari mana

Saja-saja test taukeh durian itu, betul ke durian itu durian setempat. Kot-kot lah durian siam. Sesetengah orang tidak suka durian siam. Tapi kalau test ok, sebat saja lah. Durian dari Batu Kurau dan Balik Pulau is the best.

8. Tanya taukeh kalau buah tak masak boleh tukar tak?

Kalau taukeh yang jujur, nak pelanggan dia datang lagi beli durian, dia akan bertanggungjawab ganti balik durian itu kalau buruk atau keras. Sebab kita jual durian nak bagi orang makan. Ini beli mahal-mahal, nak makan tak boleh, akhirnya dapat sumpah seranah costumer.

Belum lagi costumer datang lempar durian mangkaq depan kedai. Penjual selalunya berlapang dada tukar buah yang tak elok. Costumer kena jaga hati juga.

9. Saya nak buah isi kuning!

Kalau anda hendak buah durian yang isi kuning, bagitahu saja taukeh itu. Kalau dia berpengalaman, senang saja dia pilih. Kalau dia kata tidak tahu, nasiblah.

Anda suruh dia potong sikit tangkai buah durian itu. Ada nampak urat-urat di tengah-tengah tangkai, kalau warna kuning sikit, insya Allah isi durian di dalamnya kuning. Kalau tidak, mungkin putih.

10. Jangan takut nak ambik buah yang ada getah di bawah buah

Sebenarnya, taukeh durian letak getah sebab nak mengelakkan durian itu merekah.

11. Pilih buah yang bentuk macam jantung

Selalunya buah durian yang bentuk jantung ini, isi dia memang elok. Susah nak jumpa yang problem. Durian yang memiliki bentuk unik dan tidak bulat biasanya memiliki isi tebal, manis dan biji kecil.

12. Pilih buah yang berduri halus tajam atau duri besar tumpul

Selalunya buah durian jenis ini tak pernah mengecewakan.

13. Pilih buah yang bertangkai panjang

Pilih durian jenis ini, selalunya buah durian yang bertangkai panjang sentiasa memberikan kejutan pada kita (ini serius).
You might like these as well: