Selalunya pegawai perubatan menyarankan kepada kita agar membuat pemeriksaan kesihatan setiap enam bulan sekali bagi menentukan tahap kesihatan tubuh badan.
Seperti itu, kenderaan juga memerlukan servis untuk membuatnya agar dalam keadaan tip-top. Namun, seandai kurangnya pengetahuan seseorang berkaitan kenderaan khususnya kereta dan hanya tahu menggunakannya sahaja maka ia boleh mengalami kerosakan dengan kadar cepat.
Berikut 5 kesalahan biasa dilakukan yang boleh merosakkan kereta anda :
1. Mengabaikan peringatan automatik kenderaan
Sebenarnya beberapa kereta ketika ini sudah memiliki tambahan yang dapat mengenalpasti adanya masalah dalaman. Biasanya akan diberikan peringatan dari kenderaan itu sendiri. Namun, kebanyakkan pemilik kereta kurang peka dengan peringatan tersebut sehingga mengabaikannya dan membiarkannya semakin parah.
2. Kurang perhatian pada tayar
Kurang perhatian ke atas tayar juga adalah sesuatu yang tidak baik. Ini kerana jika sedang berada di jalan licin, kereta akan sukar dikendalikan dan boleh juga meningkatkan lagi kos bahan bakar kenderaan anda.
3. Mengubah gear secara sembarangan
Perubahan gear atau transmisi tidak boleh dilakukan dengan sembarangan. Seperti mengubah gear dengan penginjak gandingan (coupling) atau lainnya. Ini boleh merosakkan lagi kereta dengan lebih cepat. Justeru itu, lakukanlah dengan benar dan tepat.
4. Jarang melakukan servis
Jarang melakukan servis adalah kebiasaan yang boleh merosakkan kereta dengan cepat. Menunda waktu servis boleh membuat kereta berjalan dengan keadaan terpaksa. Untuk itu rutinkanlah melakukan servis agar dapat diketahui sebarang kerosakan dari kereta jika ada dan dapat segera diatasi.
5. Sering menggunakan brek mendadak
Sering menggunakan brek secara mendadak juga tidak baik untuk kereta anda, kerana boleh membuat brek cepat haus. Selain itu, sering menancap gear terus tinggi juga tidak baik kerana dapat meningkatkan lagi kos bahan bakar.
Memiliki kenderaan sendiri seperti kereta sudah menjadi suatu kemestian bagi setiap orang pada zaman ini. Namun memiliki kenderaan sendiri saja belum mencukupi, aspek penjagaan kenderaan yang betul juga mestilah seiring agar kenderaan kita berfungsi dengan baik demi keselamatan kita sebagai pemandu juga.