Penggunaan kamera pada telefon pintar telah menjadi satu kebiasaan buat masa ini dan perkembangan teknologi pada kamera yang dibekalkan bersama-sama telefon pintar telah menyebabkan pengurangan penggunaan kamera profesional. Walaupun kamera pada telefon pintar adalah senang dan mudah digunakan, tidak ramai yang tahu untuk memaksimumkan potensi pada kamera ini.
Selain itu, kebanyakkan telefon pintar telah ditetapkan dengan tetapan yang tidak memaksimumkan kualiti kamera yang dibekalkan. Oleh itu, berikut dikongsikan dengan anda beberapa tips berguna mengenai fotografi melalui telefon pintar. Artikel ini sesuai untuk semua pengguna telefon pintar termasuk pengguna Galaxy S5, Note 4, iPhone 5s/6, Lumia 1020 dan banyak lagi.
Berikut 9 tips dan trick fotografi untuk smartphone :
1. Pastikan anda memilih tempat yang banyak cahaya
Jika anda mengambil gambar dalam lingkungan cahaya yang rendah, smartphone anda pasti tahu untuk menyesuaikan diri untuk mengubah ke arah eksposure yang lebih rendah untuk membiarkan cahaya masuk lebih banyak dan ini akan menyebabkan hasil bidikan anda menjadi noise (gambar ada bintik-bintik halus jika dilihat dari jarak dekat).
Disarankan lebih baik anda pergi ke ruang lebih terbuka seperti di luar rumah jika anda sedang beriadah bersama keluarga. Misalnya halaman rumah kerana cahaya di situ amatlah terang berbanding dengan cahaya di dalam rumah, pejabat, kelas, dewan dan sebagainya.
2. Pegang smartphone dengan lebih stabil
Anda harus memastikan bahawa anda memegang smartphone dengan baik ketika mengambil foto. Cubalah untuk tidak bergerak sama sekali ketika mengambil gambar kerana jika tangan anda bergoyang ia akan menyebabkan foto menjadi kabur.
Ini terutama jika kamera anda tidak memiliki kemampuan menstabilkan gambar optik atau digital. Anda juga harus bersikap lembut ketika menekan tombol shutter.
Camera : Iphone 5s
Lokasi : Bawah Offices Ana Muslim
Talent : Kucing Jalanan
Untuk dapatkan hasil yang details seperti ini anda di sarankan tidak menggunakan ZOOM di smartphone anda, lebih baik anda dekatkan smartphone anda ke objek yang hendak dicapture dan tekan tombol dengan perlahan-lahan namun tangan anda haruslah steady supaya hasilnya tidak kabur (blur).
3. Elakkan penggunaan Zoom Digital
Yang ini WAJIB atau perkataan lain HARUS dielakkan kerana pembesar imej digital ini akan mengurangkan kualiti gambar, lebih banyak zoom yang anda lakukan lebih teruk kualiti gambar yang terhasil.
Jika anda mahu gambar yang baik anda boleh ‘crop’ gambar anda selepas mengambilnya memandangkan kesemua telefon pintar pasti hadir dengan beberapa kebolehan untuk mengedit gambar yang diambil. Selain itu, anda juga boleh mengambil gambar dari jarak yang lebih dekat.
4. Bersihkan lensa kamera anda
Sebuah lensa kamera smartphone sangat mudah kotor, oleh sebab itu anda harus meluangkan masa untuk membersihkan dari waktu ke waktu. Gilaplah lensa kamera smartphone anda dengan menggunakan kain atau tisu yang lembut agar tidak mencalarkan lensa kamera.
Tekan titik fokus dengan tepat. Jika anda merasa foto milik anda tidak fokus, tekan pada subjek anda. Kamera pada kebanyakan smartphone dikonfigurasi untuk mengatur fokus dan eksposure berdasarkan frame yang anda tekan.
5. Rule of Thirds atau aturan satu pertiga
Aturan satu pertiga adalah trick yang sederhana dan mudah yang dapat anda gunakan saat mengambil gambar. Bayangkan bahawa frame dibahagi menjadi tiga bahagian yang sama secara vertikal dan horizontal, seperti yang digambarkan.
Tempatkan subjek anda sepanjang salah satu garis vertikal, atau di mana garis-garis horizontal dan vertikal berpotongan. Kemudian tempatkan langit atau awan sepanjang salah satu garis horizontal.
6. Pelajari cara menggunakan mode kamera
Kebanyakan smartphone datang dengan aplikasi kamera pelbagai. Beberapa di antaranya digunakan untuk menghapus objek yang bergerak dalam bingkai atau menambahkan kesan mutunya. Dengan kata lain yang dimaksudkan untuk mengambil foto dengan mode subjek yang bergerak cepat atau panorama atau untuk mengambil gambar di malam hari (low light).
7. Cubalah aplikasi kamera alternatif
Sistem operasi Android, iOS, dan Windows Phone menawarkan sejumlah aplikasi alternatif untuk kamera smartphone anda. Kamera FV-5 untuk Android dan KitKam untuk iOS adalah 2 contoh bagus dari aplikasi pengganti kamera yang dibuat dengan baik. Hal ini dilakukan jika anda menemukan smartphone yang anda gunakan kurang baik dalam pengaturan kamera canggih dan manual untuk mencubanya.
8. Ambil beberapa foto
Pernakah anda pernah mengambil foto hanya untuk melihatnya kemudian dan menyedari selepas itu bahawa ada foto seseorang yang telah mata berkedip (mata pejam), kurang jelas atau tidak sesuai dengan keadaan.
Oleh itu sebaiknya anda disarankan tidak mengambil satu gambar tetapi mengambil beberapa gambar sebagai langkah berjaga-jaga. Setelah itu anda bolehlah membuat keputusan untuk delete gambar yang tidak diperlukan.
9. Mengedit foto tapi jangan berlebihan
Ketika foto diambil dengan tepat (sharp), filter foto dapat mengubah foto yang kusam menjadi lebih mempunyai nilai seni. Namun, anda harus menghindari edit foto secara berlebihan.
Cuba untuk memanipulasi foto anda dengan moderasi pada setiap gambar anda. Selain itu anda boleh mengatur saturation dan kecerahan gambar, serta frames yang tersedia.