8 Langkah Awal Sebelum Anda Membeli Kereta


Jika dilihat pada masa kini, banyak keluaran kereta-kereta baharu mula memasuki pasaran. Tidak kiralah kereta jenama antarabangsa, mahu pun kereta buatan Malaysia sendiri. Ramai di antara kita sudah membuat kira-kira untuk membeli kereta baharu kerana tertarik dengan sesebuah kereta tersebut.

Persediaan awal atau pengetahuan awal tentang sesebuah kereta perlu di ambil kira. Ini kerana kereta juga merupakan salah satu pelaburan jangka masa panjang. Membeli kereta baharu adalah masa yang dinantikan tetapi bagi yang tidak bersedia, kesulitan mungkin akan dihadapi.

Berikut 8 langkah awal sebelum anda membeli kereta :

1. Tahu hak anda

Membeli melalui seorang jurujual yang diiktiraf, anda dapat mengetahui perlindungan apakah yang ada dan tidak ada jika anda membeli sesebuah kereta.

Namun begitu, jika anda sudah membuat pilihan tetapi ingin menukarnya kembali, anda perlu mengikut peraturan yang tertentu dan ia mungkin akan menyebabkan anda mengeluarkan sejumlah wang yang lebih. Jadi anda haruslah tahu hak anda terlebih dahulu.

2. Pandu uji

Sungguh mengagumkan jika ada yang membeli kereta tanpa memandu uji kereta tersebut terlebih dahulu. Tetapi, masing-masing mempunyai cara tersendiri.

Namun begitu, walaupun anda sudah membuat 'review', membaca 'flyers' dan mendengar maklumat dari jurujual, sebaiknya anda perlulah memandu uji kereta itu sendiri. Anda boleh lihat sendiri saiz kereta, tempat simpanan barang dan juga minyak yang diperlukan.

3. Servis

Bertanyalah mengenai kos yang akan dikenakan bagi sesebuah kereta untuk tempoh sepanjang pemilikan kereta tersebut. Ketahui juga waranti yang ada dan sebab-sebab sesuatu waranti itu tidak boleh diguna pakai.

Terdapat juga di mana, sesebuah pengeluar yang menawarkan servis percuma selama tiga tahun atau mengikut kilometer. Tetapi harus diingat, selagi servis itu dilakukan mengikut apa yang tertulis di dalam buku servis dan menggunakan alat ganti yang tulen, tidak mengapa jika dikenakan bayaran tertentu.

4. Bajet

Amat mudah untuk terbawa-bawa bajet yang banyak apabila membeli sebuah kereta baharu. Jadi, tentukan sendiri bajet anda. Jangan terpengaruh dengan, "ia hanya akan tambah beberapa ringgit sahaja untuk bayaran bulanan". Anda harus uruskan sendiri perbelanjaan anda dan bukan jurujual yang tawarkan perjanjian kewangan kepada anda.

Ambil kira semua kos pemilikan, bukan sahaja harga pembelian atau pembayaran balik bulanan. Kalau boleh, jangan terikat dengan pakej perlindungan yang tidak berapa penting, seperti cat, pembaikan karat mahupun apa sahaja. Atau jika anda perlukan juga, anda boleh membuatnya sendiri kemudian.

5. Pilih hari pembelian

Jurujual akan sentiasa terbuka untuk tawar-menawar. Jadi, gunakan peluang ini sebaik mungkin, pastikan anda dapat yang terbaik. Pastikan juga anda membeli kereta pada awal bulan dan pada hari-hari tertentu.

Ini kerana selalunya akan terdapat potongan harga yang tinggi, misalnya pada musim perayaan. Tetapi berhati-hati dengan tawaran tahun baru kerana harga untuk 'resale' akan mengikut tahun pembuatan.

6. Survey

Pastikan anda membuat 'survey' dengan setiap pengeluar yang ada. Anda boleh ke 'dealer' atau pun anda juga boleh membuat secara atas talian dengan melihat tawaran yang ada.

7. Trade-in

Trade-in juga boleh dijadikan sebagai salah satu proses jual beli. Pastikan anda tahu nilai sebenar dalam membuat 'trade-in' ini. Jika anda membuat trade in dengan kedai dan tidak mendapat harga yang berpatutan, anda boleh mempertimbangkan untuk menjual secara persendirian.

8. Insuran dan penghantaran

Jika anda berniat agar kereta anda dihantar ke rumah, pastikan anda telah membuat insuran terlebih dahulu untuk kereta tersebut. Ini kerana kita tidak tahu sama ada kereta itu selamat tiba atau tidak. Jika sesuatu terjadi semasa dalam penghantaran masih ada insuran yang boleh digunakan.

Kesimpulan

Mencari sesebuah kereta untuk dibeli juga mempunyai langkah yang perlu diikuti. Anda harus tahu panduan dan langkah yang perlu bagi memudahkan proses pencarian untuk membeli dan seterusnya memiliki sesebuah kereta.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: