Membuat perkiraan yang betul mengenai berapa banyak kos yang diperlukan ketika membeli rumah sangat perlu diketahui oleh semua orang. Hal ini untuk memastikan anda dapat menyediakan jumlah wang yang cukup sebelum membuat keputusan membeli rumah. Namun begitu, tidak semua orang tahu bagaimana untuk membuat kira-kira atau aspek mana yang memerlukan penggunaan duit yang tinggi, sama ada bayaran deposit atau bayaran peguam.
Anda mesti tahu memastikan kos yang perlu dikeluarkan adalah mencukupi untuk membolehkan anda menyelesaikan urusan jual beli rumah dengan lancar. Berdasarkan perkongsian daripada laman, Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM), terdapat 5 aspek yang perlu diambil kira ketika mengeluarkan kos membeli rumah.
Berikut 5 kos yang perlu anda ambil tahu sebelum membeli rumah :
1. Deposit
Kebiasaannya anda perlu menyediakan 10% daripada harga jualan. Ini kerana margin pinjaman hanya 90% daripada harga jualan atau nilai semasa (pilih mana lebih rendah antara keduanya). Contohnya; harga jualan RM250k dan Deposit 10% = RM25k.
Bagi kes bank yang memberi pakej 100% pinjaman, secara kasarnya deposit tidak perlu dikeluarkan. Jika anda masih mengeluarkan deposit, anda akan dapat semula wang anda apabila proses jual beli telah selesai.
2. Bayaran undang-undang dan duti setem
Contoh : Harga jualan RM250k.
RM150k pertama : RM150k x 1.0% = RM1500.
RM100k seterusnya : RM100k x 0.7% = RM700.
Total : RM1500 + RM700 = RM2200.
Nota : Perlu diingatkan, terdapat kos lain yang akan peguam sertakan dalam sebut harga (quotation), seperti kaveat, pendaftaran pejabat tanah, pengangkutan, faks, telefon, fotostat, pencarian tanah dan lain-lain.
Contoh : Harga jualan RM250k.
RM100k pertama : RM100k x 1.0% = RM1000.
RM150k seterusnya : RM150k x 2% = RM3000.
Total : RM1000 + RM3000 = RM4000.
Nota : Untuk pembelian rumah pertama, anda layak untuk mendapatkan diskaun stamp duty sebanyak 50%.
3. Pinjaman guaman dan duti setem
Untuk contoh pengiraan, anda boleh terus layari di laman web - lowpartners.com.
Nota : Pinjaman guaman dan duti setem biasanya termasuk sekali dalam pakej yang diberi oleh pihak bank.
4. Yuran penilaian
Contoh : Harga jualan RM250k
RM100k pertama : RM100k x 0.25% = RM250
RM150k seterusnya : RM150k x 0.2% = RM300
Jumlah Keseluruhan : RM250 + RM300 = RM500
Nota : Perlu diingatkan, terdapat kos pembayaran yang akan penilai sertakan dalam sebut harga (quotation). Yuran penilaian biasanya termasuk sekali dalam pakej pinjaman yang diberi oleh pihak bank.
5. Insurans perumahan
Insurans biasanya termasuk sekali dalam pekej pinjaman yang diberi oleh pihak bank.
Baca : 9 Sebab Kenapa Wanita Sekarang Kahwin Lambat
Bolehlah dirumuskan bahawa deposit tunai dan bayaran undang-undang adalah kos paling utama yang perlu diberi perhatian. Bayaran undang-undang, yuran penilaian dan insurans kebiasaannya termasuk dalam pakej pinjaman yang diberi oleh pihak bank. Jalan paling selamat adalah anda menyediakan duit tunai antara 13% hingga 15% daripada harga jualan. Semoga artikal di atas dapat membantu anda.
- Daku Amat