8 Spesies Ikan Paling Berbahaya Di Dunia


Jika anda seorang yang meminati aktiviti memancing, anda mungkin lebih mengetahui mengenai pelbagai jenis spesies ikan yang terdapat di dalam laut dan sungai. Biasanya, kebanyakan daripada kita hanya mengetahui spesies ikan yang kita makan dalam kehidupan seharian sahaja, tidak lebih daripada itu. Para saintis menjelaskan bahawa sehingga tahun 2010, terdapat lebih daripada 2 juta spesies hidupan laut, yang mana 15,304 daripadanya adalah ikan.

Dan di antara spesies ikan ini, terdapat ikan yang sangat merbahaya dan berpotensi membunuh, antaranya adalah ikan jerung. Namun, masih terdapat banyak lagi spesies ikan yang sangat merbahaya di dalam laut yang tidak kita ketahui. Di bawah ini diberkongsikan 8 spesies ikan yang paling merbahaya di dalam lautan dan sungai.

Berikut 8 spesies ikan paling berbahaya di dunia :

8. Dragonfish



Cerita horor laut dalam masih berlanjut, dan ikan Dragonfish cukup terkenal kerana mulutnya yang oversized dan giginya mirip taring yang menakutkan. Kepalanya saja semuanya seperti hanya diisi dengan rahang dan mata. Ikan ini mengeluarkan cahaya yang indah untuk menarik bakal mangsanya, sama seperti kail pancing Anglerfish. Ikan ini tergolong predator buas yang menakutkan dan seharusnya dihindari.

7. Blowfish



Kebanyakan daripada kita mengenali ikan Buntal atau Blowfish ini. Ia merupakan ikan karnivor yang bukan sahaja boleh dijumpai di perairan tropika dan subtropika tetapi juga di air tawar dan paya. Ciri pertahanan diri yang ada pada ikan buntal daripada pemangsa adalah keupayaan untuk mengembangkan badan, dan ini dapat menakutkan ikan lain.

Dipercayai merupakan vertebrata kedua paling beracun di dunia selepas katak racun emas. Walaupun kelihatan comel, kulit dan juga duri-duri ikan ini mengandungi racun 1200 kali ganda daripada cyanide ketika mengembang yang boleh membunuh sehingga 30 manusia, membuatkan ia termasuk dalam senarai ikan paling berbahaya di dunia.

6. Viperfish



Sekali pandang pun memang dah nampak keganasan dan bahaya pada ikan ini, namun memang sukar untuk ditemui kerana ia biasanya tinggal di kawasan yang sangat dalam sedalam 2800 meter. Walaupun bersaiz kecil, maksima 30 sentimeter namun ia amat berbahaya dan agresif kerana rahangnya mempunyai taring yang sangat tajam. Menurut saintis, ia merupakan satu daripada empat populasi hidupan laut. Jika anda berpeluang untuk berhadapan dengan ikan ini, risiko untuk anda diserang adalah sangat tinggi.

5. Stonefish



Merupakan sejenis ikan yang agak pemalu, namun antara yang paling beracun di dunia. Biasanya hidup di laut Pasifik dan laut India, ia mendapat namanya disebabkan rupa bentuknya yang menyerupai batu. Sirip-siripnya yang berduri mempunyai racun yang sangat kuat dan boleh membunuh manusia yang menyentuhnya. Apa yang lebih bahaya adalah rupanya yang sukar untuk dilihat itu membuatkan anda boleh terpijak haiwan ini dan menyebabkan anda disengat.

4. Anglerfish



Spesies yang biasanya dijumpai di laut dalam Atlantik dan Antartik ini bukan sahaja antara ikan yang paling berbahaya di dunia tetapi juga paling hodoh di dunia. Namanya "angler fish" digelar oleh kerana cara ikan ini yang amat bijak untuk mengumpan mangsanya dengan menarik perhatian mereka oleh cahaya yang dipancarkan daripada bahagian atas kepalanya. Ia mempunyai kebolehan untuk membuka mulutnya dengan besar untuk memakan haiwan lain yang lebih besar daripadanya. Walaupun merbahaya di lautan, ia amat digemari oleh orang Korea dan Jepun dalam menu makanan mereka.

3. Barracuda



Ikan yang bertaring sangat tajam dan boleh membesar sepanjang 45 sentimeter ini biasanya dijumpai di laut tropika terutamanya Laut Carribean. Tergolong dalam karnivor laut dalam, apa yang membuatkan ikan ini bahaya adalah kebolehannya untuk memecut dengan kelajuan 90 kilometer sejam dengan hanya menggerakkan ekornya dan memangsa haiwan laut lain dengan pantas. Ia masih berbahaya kepada manusia dan akan menyerang manusia walaupun tidak masuk dalam makanan ikan ini.

2. The Goliath tigerfish



Ikan ini mempunyai rahang menyerupai buaya dan sangat kuat serta boleh mencapai satu setengah meter dengan berat 54 kilogram. Jika dilihat pada rupanya sahaja anda sudah boleh tahu akan bahayanya ikan ini, dan namanya diberi gelaran "tiger" kerana ikan ini merupakan spesies yang sangat ganas dan menakutkan. Merupakan jenis terbesar dalam keluarga tigerfish. Walaupun sangat berbahaya tetapi ia amat jarang dijumpai membuatkan ia tidak berada pada nombor pertama dalam senarai ini.

1. Piranha



Spesies ikan yang memang sudah diketahui seluruh pelusuk dunia mengenai keganasannya iaitu ikan Piranha. Tiada siapa yang boleh menyangkal kedudukan ikan ini untuk berada di tangga pertama ikan paling berbahaya di dunia. Mempunyai di antara 40 hingga 60 spesies. Walaupun bertubuh kecil sebesar tapak tangan, dengan gigi yang sangat tajam, rahang yang sangat kuat serta pergerakan yang terlalu pantas, 300 ekor Piranha boleh melenyapkan segala isi pada tubuh manusia seberat 80 kilogram hanya dalam masa 5 minit. Ia boleh dijumpai dalam sungai air tawar di sekitar sungai Amerika Selatan seperti Amazon, Bolivia, Colombia dan beberapa lagi negara Amerika Selatan.

      Baca : 5 Tip Untuk Membuatkan Pasangan Mudah Mendengar Kata-Kata Anda

ADVERTISEMENT

Kesimpulan


Ikan merupakan makanan yang biasa dimakan sehari-hari. Dari berbagai macam jenis ikan di dunia ini terdapat juga beberapa spesies ikan yang paling mematikan dan ganas.

- Daku Amat

Tags : ikan air tawar ikan laut dalam spesies ikan memancing ikan pengetahuan
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: