Ramai pencinta kucing atau 'cat lover' di luar sana. Rasa sayang pada kucing dipanggil Ailurofobia. Orang amat menyayangi haiwan comel ini kerana gebu, cute, lucu, manja, nakal. Itulah telatah si kucing yang amat mencuit hati.
Kucing juga adalah haiwan kesayangan Nabi s.a.w. Tahukah anda bahawa terdapat tanda-tanda yang menunjukkan kucing anda menyayangi anda sebagai pemiliknya.
Berikut ini 6 tanda-tanda kucing menyayangi anda :
1. Grooming/Menjilati Tubuh
Kucing menghabiskan banyak waktu menjaga kebersihan dengan menjilati tubuhnya.
Namun tidak hanya selalu menjilati tubuhnya sendiri, seringkali juga kucing akan menjilati tubuh anaknya, temannya atau bahkan anda! Jadi, ketika kucing menjilati anda itu bermakna dia menyayangi anda.
2. Mata Berkedip Lambat
Adakah anda pernah melihat kucing menatap anda dengan mata dan kemudian berkedip perlahan?
Itu adalah isyarat yang dia hendak sampaikan bahawa dia menyayangi anda selaku orang yang memilikinya. Ramai orang yang tidak menyedari hal ini.
3. Menggosokkan Kepala
Adakah anda sering melihat kucing berusaha untuk menggosokkan kepalanya ke tubuh atau muka anda?
Itu adalah tanda sayang yang nyata! Muka kucing memiliki feromon dan jika digosokkan ke badan anda itu tandanya kucing berasa selesa berada dekat anda.
6 tanda atau isyarat yang menunjukkan rasa sayang kucing kepada tuannya
4. Suka Mengikuti
Anda mungkin berasa rimas dengan perilaku kucing anda yang selalu mengikuti kemana saja anda bergerak, sampaikan ke tandas pun dia ikut!
Ketahuilah, sebenarnya kucing anda sedang menunjukkan rasa sayangnya kepada anda yang kadang-kala buat anda jadi rimas.
5. Membawakan Hadiah
Apakah 'cat lover' sering terkejut apabila tiba-tiba kucing kesayangan membawa bangkai tikus, burung, atau anak ular?
Jangan terburu-buru memarahi kucing anda. Kucing sebenarnya menganggap barang yang dia bawa itu sangat berharga. Dia membawakan anda hadiah istimewa yang dia berusaha keras mendapatkannya.
6. Memasrahkan Perutnya
Seekor kucing yang berguling dan menunjukkan perutnya, itu menandakan dia percaya kepada anda.
Di alam liar, kucing tidak pernah melakukan perkara itu kerana akan memudahkan dirinya diserang. Jika kucing anda melakukan hal sedemikian, itu bermakna dia hendak menunjukkan kepada anda bahawa anda penting baginya.