11 Haiwan Paling Berbahaya Di Dunia

Di dunia ini, terdapat banyak haiwan yang boleh menyebabkan kematian dan dikira berbahaya kepada manusia kerana sifat dan cara binatang-binatang ini bertindak. Di sini, dikongsikan haiwan-haiwan yang berbahaya. Kebanyakan daripada haiwan ini sebenarnya tidak berbahaya sekiranya tidak diganggu.

Namun begitu, ada satu haiwan yang memang akan memburu manusia tidak kira tempat dan haiwan ini diletakkan di ranking pertama, sebab memang terbukti haiwan inilah sebenarnya paling berbahaya dan menjadi penyebab kematian yang banyak di dunia.

Berikut 11 haiwan paling berbahaya di dunia :


10. Kerbau Afrika

Kerbau Afrika atau Cape Buffalo dikenali sebagai spesies haiwan yang hidup berkelompok dan berhijrah dari satu tempat ke satu tempat untuk makan dan minum dengan mencari padang ragut dan sungai. Haiwan ini tidak dianggap berbahaya sekiranya tidak diancam namun akan bertindak sebaliknya apabila nyawanya atau anaknya dalam bahaya.

Hal ini boleh dilihat menerusi pelbagai video yang menunjukkan kehebatan haiwan ini bertarung dengan singa afrika. Kerbau Afrika ini diberi jolokan nama "Black Death" disebabkan sifatnya yang garang yang mampu membunuh ketika diancam.

Ini dibuktikan apabila haiwan ini membunuh lebih banyak pemburu berbanding dengan haiwan lain dengan strategi yang hebat. Kerbau ini akan melihat, mengepung dan akan merempuh mangsanya tanpa rasa takut walaupun mereka sudah cedera. Kerbau Afrika ini juga akan menyerang kenderaan yang bergerak.


9. Kala Jengking Deathstalker

Kala Jengking Deathstalker dikenali sebagai spesies yang memiliki racun paling mematikan. Racunnya merupakan campuran dari berbagai racun neurotoxin yang sangat kuat dan dapat menyebabkan rasa sakit yang tidak tertahankan, demam, kejang-kejang, kelumpuhan diikuti dengan koma dan yang dapat menyebabkan kematian.

Tercatat ada sekitar 75% kematian yang diakibatkan oleh Deathstalker, mencatat namanya sebagai kala jengking paling berbisa. Kala jengking ini boleh ditemukan di Afrika Utara dan Timur Tengah.


9. Siput Kon

Dijumpai di tempat-tempat air laut yang suam dan beriklim khatulistiwa. Haiwan cantik ini dikenali kerana cengkerang mereka yang seakan-akan marmar putih dan coklat merupakan cengkerang haiwan yang bernilai tinggi. Siput Kon atau Cone Snail ini boleh ditemui di pantai yang airnya cetek, terumbu karang dan di bawah pasir di pantai.

Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan tidak mengambil atau memegang siput kon ini dengan tangan kerana pada cengkerang mereka terdapat duri tajam yang mengandungi racun toksik yang kuat iaitu "conotoxin". Menjadikan mereka siput paling berbisa di dunia. Setitis racun siput kon dikatakan cukup untuk membunuh 20 lelaki.

Sekiranya anda terkena racun siput ini, segeralah ke hospital di bilik kecemasan. Conotoxin ini akan memberhentikan sel-sel saraf daripada berhubung antara satu sama lain yang akhirnya akan menyebabkan terjadi kelumpuhan badan dengan pantas.


8. Katak Emas Beracun

Katak beracun ini hidup di Amerika Selatan dan yang paling berbahaya adalah Katak Emas Beracun atau Golden Poison Dart Frog. Katak ini boleh membesar sehingga 2 inci dan ditemui tinggal di pesisiran pantai Colombia, Belize serta beberapa negara Amerika Selatan lain.

Racun di badan katak ini iaitu di kulitnya dinamakan "batrachotoxin" adalah sangat merbahaya kerana seekor katak ini mengandungi lebih kurang 2 microgram toksik batrachotoxin yang boleh membunuh sehingga 10 orang dewasa.

Apa yang memburukkan lagi keadaan adalah sekiranya manusia atau haiwan menyentuh kulitnya sahaja pun sudah akan terkena dengan racun. Katak beracun di Amerika Selatan terkenal digunakan oleh penduduk setempat sebagai racun untuk diletakkan pada anak panah ketika memburu.


7. Obor-obor Kotak Australia

Obor-obor kotak Australia atau Australian Box Jellyfish ditemui berenang di Laut Indo-Pacific di utara Australia. Haiwan lutsinar ini adalah haiwan laut paling berbisa di dunia dan ini diakui oleh National Oceanic and Atmospheric Administration.

Obor-obor ini mempunyai 15 sesungut di badannya dan boleh memanjang sehingga 10 kaki panjang yang dipenuhi dengan sel suntikan yang dikenali dengan "nematocytes". Iaitu sejenis bahan toksik yang sekaligus menyerang sistem saraf, jantung dan kulit.

Walaupun ada antidot, racun obor-obor ini sungguh kuat sehinggakan kebanyakan mangsa yang terkena boleh strok dan lemas atau kegagalan jantung untuk berfungsi. Walaupun mangsa sempat ke hospital dan menerima antidot, kesan sakit boleh lagi dirasai selama berminggu-minggu selepas itu ditambah dengan parut akibat sengatan obor-obor berbisa ini.


6. Ikan Buntal

Ikan Buntal atau Puffer Fish memang terkenal di kalangan masyarakat Malaysia kerana ikan ini terkenal makan umpan pancing. Ikan ini ditemui kebanyakannya di laut tropikal seperti Malaysia, Filipina, China dan menjadi menu istimewa di Jepun. Walaupun dianggap haiwan vertebrata kedua paling berbisa di dunia selepas Katak Emas Beracun.

Neurotoxinnya yang dikenali sebagai "tetrodoxin" terdapat pada kulit, otot, hati dan organ dalaman ikan ini perlu dielak. Hal ini kerana tetrodoxin adalah 1200 kali lebih beracun daripada "cyanide" dan boleh menyebabkan pening-pening, muntah, sukar bernafas, lumpuh otot dan sekiranya tidak dirawat dengan cepat boleh menyebabkan kematian.

      Baca : 4 Saranan Bagi Mereka Yang Dilantik Menjadi Imam

ADVERTISEMENT


5. Ular Black Mamba

Walaupun Ular Tedung ataupun ular daripada keluarga Kapak amat beracun namun Ular Black Mamba adalah lebih berbahaya kerana kepantasannya bertindak balas. Terdapat di kawasan savana dan berbukit di Selatan dan Timur Afrika. Spesies ini yang boleh membesar sehingga 14 kaki panjang adalah ular paling pantas, ia boleh bertindak balas sehingga 12.5 miles per hour ataupun 20.12 km per hour!

Tetapi haiwan ini hanya akan menyerang apabila diganggu dan sekiranya diganggu ular ini akan mematuk berkali-kali yang racunnya itu boleh membunuh 10 orang. Mangsa akan mengalami pendarahan dalaman yang sekiranya tidak diberi antidot dalam tempoh 20 minit akan menyebabkan kematian.


4. Buaya Laut Masin

Buaya terkenal dengan sifatnya yang garang, agresif dan senang marah sekiranya terdapat sesuatu di dalam kawasannya. Antara kebanyakan spesies di dunia, buaya laut masin atau Saltwater Crocodile yang paling besar dan paling berbahaya di dunia.

Banyak terdapat di kawasan Indo-Pasific bermula di India, Asia Tenggara dan sehingga ke Selatan Australia. Buaya ini boleh membesar sehingga 23 kaki panjang dan mempunyai berat lebih 1 tan dan terkenal kerana telah membunuh ratusan manusia setiap tahun. Buaya laut masin ini boleh menyerang dengan kekuatan gigitan sehingga 3700 psi. Manusia hanya mengigit dengan kekuatan 200 psi. Bayangkan?


3. Gajah

Terkenal sebagai haiwan darat terbesar di dunia. Haiwan ini banyak ditemui di kawasan taman negara di Afrika dan juga terdapat di hutan tropika seperti di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Berdasarkan artikel daripada National Geographic, lebih kurang 500 orang mati setiap tahun akibat serangan gajah.


2. Badak Air

Badak air atau Hippopotamus Amphibious terkenal tinggal di sumber-sumber air seperti sungai, tasik atau lopak air yang dalam. bagi menyejukkan badannya dan banyak ditemui di Afrika. Walaupun badak air adalah haiwan herbivor, haiwan ini sudah lama dianggap haiwan paling berbahaya di Afrika kerana sifatnya yang sangat agresif terhadap manusia.

Ada juga berita yang mengatakan badak air telah menenggelamkan bot dan merosakkan kenderaan manusia kerana sifatnya itu. Haiwan ini telah direkodkan menyebabkan kematian 500 orang setiap tahun.


1. Nyamuk

Daripada haiwan paling besar sehinggalah kepada antara haiwan paling kecil di dunia. Nyamuk yang terdapat di setiap benua di dunia kecuali Antartika merupakan serangga yang amat diperkatakan oleh manusia kerana penyakit berbahaya yang dibawanya.

Nyamuk Aedes, Anopheles dan Culex adalah punca utama kepada penyakit malaria, chikungunya, encephalitis, elephantiasis, demam kuning, demam denggi dan paling terbaru Virus Zika yang secara kolektifnya telah membunuh 2 hingga 3 juta orang setiap tahun. Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization telah mengatakan separuh populasi manusia terdedah kepada risiko penyakit bawaan nyamuk ini.

Nyamuk amat tertarik dengan suhu badan dan karbon dioksida yang dihasilkan oleh manusia dan cara mencegah haiwan ini adalah menggunakan ubat nyamuk serta paling penting adalah dengan menjaga kebersihan kawasan dipersekitaran tempat tinggal kita.

      Baca : 8 Tip Mudah Menghafal Al-Quran Bagi Orang Awam (Bukan Pelajar Madrasah)

ADVERTISEMENT
Kesimpulan

Kadang-kala haiwan yang memiliki penampilan menarik belum tentu jinak dan dapat dipelihara. Faktanya, banyak spesies haiwan yang memiliki penampilan yang cantik namun sebenarnya membahayakan bahkan dapat membunuh manusia.

- Daku Amat
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: