5 Kesan Buruk Akibat Menengking Anak


Sebahagian ibu bapa mampu menahan amarah dan tidak melakukan tindak kekerasan kepada anak-anak yang dianggap telah melakukan kesalahan atau bertindak nakal. Namun, jarang ibu bapa mampu menahan suara agar tidak membentak anak untuk menzahirkan kekesalan atau kemarahannya.

Perbuatan menengking, membentak atau pun berteriak kepada anak merupakan hal spontan yang biasa dilakukan ibu bapa untuk menunjukkan 'kuasanya' dan untuk menarik perhatian anak agar mendengarkan percakapannya.

Namun, tahukah ibu bapa bahawa membentak yang merupakan gelombang suara ini, bila disertai dengan gelombang emosi yang dihasilkan oleh otak kiri akan berkolaborasi menghasilkan gelombang baru dengan efek negatif. Efek ini bersifat destruktif terhadap sel-sel otak, terutama bagi anak yang menjadi sasaran bentakan tersebut.

Berikut kesan buruk serta merta dan jangka masa panjang akibat menengking anak :

1. Kesan serta merta kepada otak anak

Dari beberapa artikel dan kajian disebutkan bahawa, satu tengkingan mampu merosak berjuta sel-sel otak anak. Menurut hasil kajian Lise Gliot, membuat kesimpulan bahawa bagi anak yang masih dalam proses pertumbuhan otaknya iaitu dalam usia 2 - 3 tahun pertama (golden age), suara keras atau menengking yang keluar dari mulut ibu bapanya dapat merosakkan sel-sel otak yang sedang dalam proses tumbuh.

2. Kurang percaya diri

Kesan jangka masa panjang pula, anak akan menjadi seorang penakut, suka menyendiri dan tidak terbuka dalam pergaulan bersama orang lain atau masyarakat.

3. Fikiran lembab dan negatif

Anak-anak golongan ini biasanya mudah meluapkan emosi negatif seperti marah, panik atau sedih. Mereka biasanya seringkali mengalami stress dalam hidup kerana sukar memahami pola-pola masalah yang mereka hadapi. Semuanya adalah kerana akibat dari sel-sel otaknya yang aktif lebih sedikit dari yang sepatutnya (kerana banyak yang telah rosak).

4. Mengganggu kesihatan pendengaran dan jantung

Suara marah dan tengkingan yang terlalu kerap boleh mengakibatkan anak mempunyai gangguan pendengaran dan sukar menjadi seorang pendengar yang baik. Ini kerana anak tidak berkembang di dalam persekitaran yang positif dan membina.

Bentakan atau tengkingan yang berlaku tanpa henti/kerap dan bertahun-tahun juga boleh mengakibatkan jantung anak lelah kerana setiap kali bentakan jantung akan berdegup lebih laju.

5. Anak meniru sifat yang sama

Dalam aktiviti seharian, pergaulan bersama rakan-rakan, adik-beradik bahkan komunikasi terhadap ibu bapa juga mengalami kesan buruk. Anak berpotensi besar suka menjerit-jerit dan berkelakuan kasar dalam pergaulannya. Mudah marah dan sukar mengawal emosi.

Ibu bapa lazimnya akan bersyukur dan gembira dengan kelahiran anak mereka setelah sekian lama mengandungkan dan menahan sakit melahirkannya, namun tanpa sedar ibu bapa sendiri pula yang merosakkan jiwa, fikiran dan keperibadian anak-anak mereka dengan perbuatan suka menengking kepada anak.

Oleh itu, mulai sekarang mari kita (ibu bapa) berusaha memberikan yang terbaik pada buah hati (anak-anak) dengan mengurangkan amarah dan mengelakkan dari menenking atau membentak kepada anak. Gantikanlah ia dengan memohon doa yang baik-baik kepada anak dan pelukan kasih sayang.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: