Memaparkan catatan dengan label Keluarga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keluarga. Papar semua catatan

5 Kebaikan Bergelar Ibu Pada Usia 20-an


Sekiranya pada usia 20-an anda sudah memiliki kerja yang baik dan sudah bergelar seorang ibu, bersyukurlah. Anda sebenar tergolong dalam kalangan wanita bertuah. Tidak semua wanita dapat memiliki dua perkara yang diidam-idamkan oleh para wanita ini. Terutama sekali perihal rezeki menjadi ibu.

Meski pun ada yang berkata belum puas menikmati masa muda tetapi sebenarnya ada banyak kelebihan yang dianugerahkan kepada anda atas pengorbanan itu.

Berikut 5 kebaikan jika bergelar ibu pada usia 20-an :

1. Ada tujuan hidup

Ramai saja rakan kita yang pada usia ini menjalani hidup yang membosankan. Tetapi buat mereka yang telah bergelar ibu pada usia ini, ia mungkin tidak akan dirasai. Ini kerana pada usia semuda ini anda sudah ada tanggungjawab dan peranan besar yang sekaligus memastikan punya tujuan hidup yang jelas.

Kita akan sanggup bekerja lebih keras semata-mata untuk memberi kehidupan yang terbaik untuk keluarga kecil yang kita miliki. Ibarat kata, bersusah-susah dahulu barulah bersenang-senang kemudian. Mungkin pada usia muda ini banyak kebebasan yang telah dikorbankan selepas kehadiran si kecil tapi percayalah semua ini terbayar bila mereka sudah besar.

Sesudah membesarkan mereka pada zaman muda maka selepas anak mampu berdikari anda akan lebih menikmati hari-hari dengan lebih relaks dan santai. Pada waktu itu kita akan rasa kelebihan mempunyai keluarga pada usia muda.

2. Sudah punya keluarga kecil

Keluar dengan rakan, window shopping, bebas bercuti memang perkara yang akan dilakukan pada usia 20-an. Tetapi jika sudah ada keluarga kecil, walaupun anda rasa rindu melakukan semua ini namun ia tidak setanding dengan anugerah luar biasa mempunyai si kecil yang akan memenuhi masa anda seharian.

3. Masih bertenaga

Hamil, bersalin dan membesarkan bayi memerlukan usaha dan tenaga yang bukan sedikit. Tetapi jika itu semua dilalui pada usia 20-an kita tidak akan cepat letih kerana masih bertenaga untuk melakukannya. Tanyalah pada rakan yang melahirkan pada usia lewat 30-an mereka akan mengakui perkara ini. Cepat penat ketika hamil apatah lagi menguruskan anak.

4. Lebih bertanggungjawab

Bila kahwin awal dan bergelar ibu di usia muda, anda akan lebih tahu erti tanggungjawab dan akan memikul segala masalah dalam rumah tangga.

5. Lebih banyak masa untuk berseronok

Siapa cakap bergelar ibu muda tidak boleh berseronok? Bila sudah berkahwin boleh saja berseronok dengan suami. Pergi ke mana anda suka berdua bersama suami. Bila sudah ada anak, lagi rasa seronok nak berkongsi momen indah bersama keluarga kecil anda.

      Baca : 5 Tanda Anda Jatuh Cinta Pada Orang Yang Salah

Kesimpulan

Setiap wanita mempunyai pilihan dan jalan hidupnya masing-masing. Bersyukur saja atas semua yang kita ada ketika ini. Itulah point utamanya iaitu bersyukur dan semuanya akan jadi indah kemudiannya.

- Daku Amat

10 Tanda Suami Tiada Duit


Tiada ribut dan angin, tiba-tiba sikapnya berubah. Daripada seorang periang terus menjadi pendiam. Apa yang cuba dilakukannya hanyalah ingin menemani kamu, mengajak menikmati makan malam di gerai murah. Lebih gemar mendiamkan diri dan tidak lagi bergayut panjang melalui telefon bimbit.

Persoalannya, adakah si dia poket sudah kering, tetapi malu untuk memberitahu? atau apa yang harus kamu lakukan sekiranya dia langsung tidak mahu berterus-terang?

Bagi lelaki, antara perkara paling sensitif dalam hidup mereka adalah apabila disentuh soal kewangan. Jadi, mereka tidak akan sesekali memberitahu kepada kamu tentang masalah berkaitan wang ringgit. Sebagai pasangannya, kamu seharusnya memahami situasi yang dihadapi dan jangan menambahkan lagi kekusutan fikirannya.

Berikut 10 tanda suami berhadapan dengan masalah kewangan :

1. Menghabiskan masa di rumah

Setiap kali tibanya hujung minggu, suami lebih gemar menghabiskan masa bersama ahli keluarganya di rumah daripada keluar bersama kawan-kawannya. Daripada keluar tidak berduit, lebih baik menghabiskan waktu untuk tidur dan bersantai di rumah. Keputusan yang dibuatnya itu atas alasan ingin bebas daripada beban kewangan.

2. Menonton movie online di rumah

Ketika poket kering, menonton movie online atau bermain video game di rumah lebih memberi keuntungan daripada keluar bersiar-siar atau menonton wayang. Alasannya, hanya perlu menonton beberapa movie sambil menikmati makanan ringan, ringkas dan praktis.

3. Makan di gerai murah

Sebelum ini, suami sering mengajak kamu menikmati hidangan di restoran-restoran eksklusif dan mewah. Tetapi kali ini, dia mengambil keputusan membawa kamu ke gerai murah sahaja.

4. Pulang awal

Selepas menjemput kamu dari pejabat, suami terus membawa kamu pulang ke rumah. Padahal, kebiasaannya dia selalu membawa kamu keluar makan bersama. Alasannya, memang dia berhajat untuk membawa kamu keluar bersama tetapi disebabkan badan terasa lemah, apa kata kita pulang rumah saja.

5. Tiada hadiah ulang tahun

Selama ini, suami tidak pernah ketinggalan memberi hadiah menjelang ulang tahun kamu berdua atau menjelang hari-hari istimewa. Tetapi kali ini, dia hanya memberikan ucapan tanpa pemberian sebarang hadiah. Alasannya dia belum menemui sebarang hadiah yang sesuai buat kamu.

6. Hindari ajakan ke pusat beli-belah

Suami kelihatan tidak tenang apabila kamu mengajaknya ke pusat beli-belah. Mungkin dia takut apabila kamu memintanya membelikan sesuatu untuk kamu. Alasannya, lain kali sahajalah kita pergi.

7. Destinasi legenda jadi pilihan

Tidak seperti biasa, dia mengajak kamu mengunjungi ke tempat-tempat peninggalan sejarah lampau seperti muzium ataupun zoo. Alasannya, ia merupakan destinasi yang aman dan tenang untuk kita berdua.

8. Hanya menemani

“Maaf, saya sudahpun makan di rumah, saya temankan kamu makan saja ya?” Itulah jawapannya ketika kamu mengajaknya makan di luar. Dengan kata ‘menemani’, ia bererti tiada keperluan untuknya membelanja kamu.

9. Whatsapp sahaja

Kebiasaannya, setiap saat dan minit suami rajin menelefon kamu, tetapi kali ini dia lebih gemar menghantar mesej menerusi khidmat pesanan ringkas atau Whatsapp. Alasannya, apa kata kita berWhatsapp sahaja, ia lebih murah dan berbaloi.

10. Kereta kerap rosak

Tanpa kamu bertanya, suami menceritakan perihal berkaitan keretanya yang selalu meragam. Selalunya elok sahaja tetapi sejak kebelakangan ini enjin kerap meragam!

Kesimpulan

Begitulah alasannya. Suami mungkin sukar berterus-terang kepada kamu tentang masalah kewangannya dan dia mengharapkan kamu faham keadaan itu melalui perubahan tingkah lakunya mahupun daripada bahasa percakapannya.

6 Perkara Yang Menantu Pendam Dalam Hati


Mahu rapat dengan mentua tetapi ada menantu perempuan ‘tidak ngam’ dengan mentua. Agaknya walau di wajah tersenyum manis tetapi di dalam hati masih ada duri yang tersusuk, siapa tahu?

Menantu perempuan selalunya sangat susah untuk meluahkan pandangan walau hati tidak setuju tentang sesuatu yang dilakukan mentua. Takut dan rasa hormat seringkali dijadikan alasan yang akhirnya akan mempengaruhi suasana di dalam keluarga tersebut.

Kalaulah menantu mampu meluah, pasti kata-kata berikut ini selalu akan muncul dalam kepala seorang menantu, terutama sekali menantu perempuan.

Berikut 6 perkara yang menantu pendam dalam hati :

1. “Saya juga tahu cara didik anak”

Cara menjaga anak selalu berbeza. Ya, ibu marah anak kerana mahu mendisiplinkan si kecil, tetapi mentua pula akan muncul sebagai ‘hakim’ dengan menegur perbuatan yang dilakukan menantu pada cucunya adalah salah. Sudahlah begitu ditegur pula depan anak-anak sendiri.

Alahai, mesti wujud sedikit rasa kekok dalam diri, bukan? Timbul pula isu membandingkan cara mentua jaga anak-anak suatu ketika dulu tidak seperti menantu buat sekarang ini.

2. “Janganlah tiba-tiba datang mengejut ke rumah”

Menantu mungkin rasa terganggu dengan kehadiran mentua secara tiba-tiba ke rumah kerana belum sempat kemas dan masak. Takut juga tiba-tiba rumah berselerak, mentua fikir menantunya pemalas.

Dalam kes ini si suami boleh jernihkan keadaan dengan meminta si ibu agar menghubungi terlebih dahulu sebelum datang menziarahi rumah anda. Beri alasan risau ketika itu tiada di rumah. Senang, bukan?

3. “Jangan tegur cara kemas rumah”

Kekadang semasa mak mentua datang ke rumah, perabot yang ada dialihkan. Baju yang belum sidai, mak mentua sudah selesaikan. Anda mesti rasa terkilan. Sebenarnya ibu mentua berniat mahu membantu, tetapi anda sendiri fikir negatif merasakan gagal menguruskan rumah. Sesekali kalau mentua tolong buat, apa salahnya.

4. “Jangan bandingkan saya dengan perempuan lain”

Ada juga mentua yang bersikap dingin dengan menantu hanya disebabkan layanan menantu tidak begitu sempurna pada suami anda. Wajarlah jika anda tidak suka dibanding dengan perempuan yang pernah hadir dalam hidup suami.

Tambahan pula jika dibanding-bandingkan dengan bekas tunang atau isteri, konon pandai masak menu kegemaran anaknya atau apa sahaja yang berkaitan. Tetapi jika anda yakin dengan cinta suami anda, abaikan saja apa yang didengar.

5. “Jangan timbulkan isu isteri bekerja tiada masa untuk anak dan suami”

Sesetengah mentua lebih suka jika menantunya jadi suri rumah uruskan hal anak dan cucu dengan sempurna. Tetapi mungkin kewangan kurang mencukupi, jadi anda terpaksa bekerja. Jangan melawan apa yang mentua buat, cuba kongsikan rasa dengan suami untuk jelaskan keadaan.

6. “Jangan buat suamiku macam anak kecil”

Anda mungkin cemburu melihat ibu mentua anda selalu masak makanan kegemaran untuk suami. Baru niat hendak buatkan air, tengok-tengok semua sudah terhidang di atas meja. Kadang-kadang rasa seolah-olah mentua ambil alih tugas di rumah hanya kerana anda bekerja.

Sebenarnya anda boleh berfikir positif, seorang ibu pastilah sayangkan anaknya. Bukan mahu ‘merampas’ tugas anda sebagai isteri, mungkin cuma hendak membantu apa yang mampu.

Kesimpulan

Para isteri di luar sana, adakah betul anda ingin sangat meluah dan berkata seperti di atas kepada mentua? Nampaknya suami juga perlu tahu apa yang terbuku di hati seorang wanita sebagai menantu.

Untuk elak keadaan jadi lebih keruh, seeloknya suami kena pandai ambil peranan menjaga dua hati insan tersayang. Kena pandai tutup kekurangan dan kena bijak cari alasan demi mendamaikan suasana dalam rumah tangga.

10 Cara Bagaimana Hendak Berhenti Menengking Anak

Bahaya jika ibu bapa menengking anak-anak kerana boleh memusnahkan sel otak anak. Satu tengkingan dengan perkataan yang kasar (kesat) dapat membunuh lebih dari satu juta sel otak anak pada ketika itu juga.

Bahkan sebuah pukulan atau cubitan yang disertai dengan tengkingan akan membunuh lebih dari berjuta-juta sel otak anak pada ketika itu juga.

Akan tetapi sebaliknya, dengan satu pujian, kehangatan pelukan penuh kasih sayang akan menaikkan dan meningkatkan kecerdasan seseorang anak. Ini kerana pujian mampu membuat perkembangan otak anak-anak menjadi sangat cepat.

Ibu bapa mana yang tak pernah tengking anak? Rasanya kalau sudah bergelar ibu bapa, sekurang-kurangnya mesti ada sekali anda akan 'tengking' anak walaupun dalam hati sudah berazam tak mahu lagi jerit dan tengking anak.

Bagaimanapun ibu bapa akan seboleh mungkin memperbaiki dirinya supaya menjadi ibu bapa yang terbaik kepada anak-anak. Biasanya lepas tengking atau marah anak, ibu bapa akan menyesal atas keterlanjurannya. Kalau sudah terpukul anak, ada juga yang bukan sahaja rasa menyesal tetapi senyap-senyap menangis kerana rasa bersalah.

Untuk semua ibu bapa yang berhati mulia, berusahalah untuk hilangkan rasa kesal dan bersalah selepas anda menengking anak kerana sebenarnya tidak ada ibu bapa yang mahu berbuat demikian terhadap anak sendiri, tetapi kebanyakan ibu bapa melakukannya kerana mahu yang terbaik buat si anak.

Berikut 10 cara bagaimana hendak berhenti menengking anak :


1. Tanamkan azam untuk tidak marah anak bila bangun dari tidur

Sebelum tidur sentiasa sematkan dalam diri anda untuk menjadi ibu yang lebih baik hari esok berbanding hari ini. Sebaik bangun tidur, cakap pada diri sendiri yang hari ini anda nak jadi ibu bapa yang paling baik dan tidak marah anak. Permulaan yang baik di pagi hari akan mengurangkan risiko anda cepat 'naik angin.'

2. Tanya diri sendiri, "Seronok ke jerit anak depan orang lain"?

Ia memang agak memalukan diri sendiri kalau kita hilang kawalan diri dan naik angin depan orang lain. Bayangkan ada orang lain dalam bilik bersama anda dan anak, ini membantu meredakan kemarahan anda.

3. Tahu had sempadan anda

Tetapkan had sempadan pada diri sendiri supaya anda tidak menengking anak. Bila anda menghampiri garisan had itu cepat-cepat ingatkan diri sendiri dengan cara beredar dari situasi tersebut. Seminit dua 'keluar' dari zon marah membantu anda mengelakkan tingkah laku yang hanya akan membuatkan anda menyesal selepas itu.

4. Fikir, "Berbaloikah menjadi perengus dan pemarah?"

Kalau asyik marah dan menjerit saja, mesti kita rasa cepat letih. Jadi memang tidak berbaloi kalau asyik nak marah anak-anak sahaja. Kalau anda boleh kawal marah sebelum ia muncul, sudah tentu anda boleh 'selamatkan' hari anda, menjadi lebih tenang dan bermakna.

5. Minta bantuan suami atau isteri

Menguruskan hal anak-anak bukan hanya tugas ibu atau bapa sahaja. Jangan lupa libatkan sekali teman hidup anda! Beritahu suami atau isteri anda supaya segera mengambil alih urusan anak-anak bila anda sudah bertukar menjadi 'singa lapar'.

Ia sangat membantu! Ibu yang sedang naik angin memang cenderung menengking dan mungkin naik tangan pada anak-anak. Buat juga perkara yang sama jika suami anda sedang marahkan anak-anak.

6. Penuhkan hari dengan perkara positif

Mulakan hari dengan solat dan doa. Sentiasa mohon kepada Tuhan agar memberikan anda kesabaran dan kekuatan untuk berhadapan dengan kerenah anak-anak. Semoga perjalanan kita seharian membesarkan anak dipermudahkan oleh Allah s.w.t.

7. Bayangkan perkara buruk

Sentiasa bayangkan benda buruk kalau anda jenis ibu bapa yang selalu menjerit dan menengking anak bila marah. Risiko untuk anda hilang kawalan diri ketika marah lalu akan pukul anak sampai lembik atau hingga cedera. Memang minta dijauhkan. Bila fikir perkara buruk sudah tentu anda tak mahu jadi ibu bapa yang kuat menengking.

8. Jadilah seperti guru dengan murid

Memang geram kalau kena ulang cakap perkara yang sama banyak kali. Tapi, sentiasa ingat yang anak anda adalah insan kecil yang sedang belajar tentang kehidupan dan menjadi insan yang baik satu hari nanti. Jadi jangan harapkan mereka boleh jadi sempurna dalam masa sehari dua.

Bila anda anggap mereka sedang dalam proses belajar maka terasalah seperti seorang guru sedang mengajar anak murid dan bukan ibu bapa yang keletihan berhadapan dengan anak yang nakal.

9. Dengar perkara yang menenangkan

Bila rasa marah, orang kata dengarlah bunyi-bunyian yang mampu memberi ketenangan seperti alunan muzik, zikir, bacaan al-Quran. Ia mampu memberikan magis kepada diri anda yang sedang menahan kemarahan.

10. Banyakkan berzikir dan beristighfar

Bagi orang muslim, eloklah banyakkan berzikir dan beristighfar apabila anda terasa hendak marah dan menengking anak.

Kesimpulan

Paling penting, jangan hilang sabar dengan diri sendiri. Sama seperti anak anda, proses ini juga satu pengalaman belajar bagi diri anda sebagai ibu bapa.

10 Tip Kenali Wanita Baik Untuk Dibuat Calon Isteri


Tip memilih isteri yang baik dan tepat perlu diketahui kaum Adam untuk membina rumah tangga yang bahagia dunia akhirat. Kebanyakkan lelaki cenderung lebih menyukai wanita berwajah cantik, namun tidak selamanya faktor fizikal membuat lelaki menjadikan seorang wanita sebagai pasangan hidupnya.

Atau boleh jadi, faktor fizikal tetap menjadi pertimbangan namun bukanlah prioriti utama. Ada beberapa faktor lain yang lebih penting untuk didahulukan oleh kaum Adam.

Berikut 10 tip kenali wanita baik untuk dibuat calon isteri :

1. Menjaga tutur bahasa

Seorang wanita yang baik akan sentiasa menjaga tutur bahasanya. Jika sebelum berkahwin lagi dia sudah boleh ber 'sial babi' kan kamu, sebaiknya kamu tidak perlu fikir jauh untuk pergi ke tahap yang lebih serius dengannya.

Ataupun yang jenis cakap ada virgin tak ada virgin sama saja. Better kamu back off. Wanita yang menjaga tutur bahasa ialah wanita yang menghormati dirinya. Hanya wanita yang mampu menghormati dirinya sahaja yang akan tahu menghormati suaminya setelah berumah tangga.

2. Tidak mengongkong

Dia tak pernah meminta untuk memegang atau memeriksa barang-barang peribadi kamu seperti handphone, beg duit ataupun beg galas. Dia sentiasa menghormati ruang, kawan-kawan, hobi, citarasa muzik, filem dan sesuatu yang kamu minati.

3. Mudah dibentuk

Apabila kamu mencadangkan sesuatu perkara yang berkaitan dengan sesuatu perubahan, dia mudah untuk dibawa berbincang dan mudah menerima. Dia bukan jenis kaki bangkang ataupun seseorang yang sentiasa merasakan dia yang paling betul.

4. Bersederhana

Tidak keterlaluan di dalam melakukan sesuatu perkara. Seorang wanita yang bersederhana lebih disenangi. Ia boleh dilihat daripada cara berfesyen, solekan dan penjagaan diri.

Kalau kamu jenis lelaki yang boleh bersabar dapat seorang isteri atau bakal ibu kepada anak-anak kamu yang memerlukan masa 3 jam untuk bersolek hanya untuk keluar makan maka kamu bolehlah teruskan. Tetapi kalau kamu rasa tidak mampu bersabar, lebih baik lupakan saja dia.

5. Menghormati ibu ayah

Seorang wanita yang baik boleh dilihat daripada hubungannya dengan ibu dan ayahnya. Seseorang wanita yang menyayangi serta menghormati ibu ayahnya pasti akan mampu menghormati seorang lelaki yang bernama suami. Kalau kamu tengok cara dia layan ibu ayahnya kurang ajar semacam saja, kamu bolehlah fikir banyak kali untuk ambil dia jadi isteri dan ibu kepada anak-anak keturunan kamu.

6. Bijak

Seorang wanita yang bijak bukanlah semestinya memiliki ijazah atau diploma daripada universiti. Wanita yang bijak dapat dilihat daripada cara mereka melihat dunia dan apa yang berlaku disekelilingnya.

Seorang wanita yang bijak mampu melakukan sesuatu perubahan. Wanita yang bijak juga mampu melihat masa hadapan. Lelaki yang memiliki seorang wanita yang bijak sebagai isteri akan mampu mengatasi cabaran dan halangan kehidupan.

7. Rajin

Mempunyai seorang isteri yang pemalas adalah satu tragedi di dalam rumah tangga. Seorang lelaki yang mengemudi sebuah rumah tangga samalah seperti seorang nakhoda yang mengemudi sebuah bahtera. Cuba kamu bayangkan apa akan berlaku kepada sebuah bahtera jika co-kapten dan anak-anak kapalnya pemalas? Akan karamlah bahtera itu dan tidak mungkin akan sampai ke destinasinya.

Macam itulah juga dengan sesebuah rumah tangga. Hendak kenal wanita itu rajin atau tidak mudah saja, kamu perhatikan dia selalu bangun tidur pukul berapa. Kalau yang jenis bangun tidur pukul 12.30 tengah hari, baik kamu lupakan saja.

8. Penyabar

Perempuan sebenarnya adalah lebih penyabar daripada lelaki. Sebab itu Allah berikan kelebihan mengandung dan melahirkan anak itu kepada orang perempuan. Orang perempuan lebih sabar menahan kesakitan yang panjang. Orang perempuan lebih sabar menahan dugaan.

Oleh itu, jika kamu mahu rumah tangga sentiasa bahagia, kamu kena pastikan kamu memiliki seorang isteri yang lebih penyabar daripada kamu kerana kamu tidak akan mampu bersabar apabila hidup bersama dengan seorang perempuan yang tidak penyabar.

9. Kreatif dan inovatif

Hidup ini bukan selamanya kita senang dan bukan selamanya kita susah. Seorang wanita yang kreatif dan inovatif akan mampu membantu kamu menghadapi saat-saat kamu berada di bawah mahu pun di atas roda kehidupan. Wanita yang kreatif dan inovatif bukan sahaja akan menyokong setiap usaha yang kamu buat malah dia akan berkongsi memberikan idea untuk kamu menjayakan sesuatu usaha itu.

Sebagaimana kisah Ummul Mukminin, Siti Khadijah radhiallahu 'anha menyokong dan memberi idea kepada Rasullullah s.a.w untuk menjalankan kerja-kerja dakwah Baginda di peringkat awal di kota Mekah.

10. Beragama

Seorang wanita yang baik ialah seorang wanita yang beragama dan menghormati ajaran agamanya. Kalau seorang wanita islam kamu boleh lihat pada bagaimana dia menjaga solatnya. Kalau yang bukan islam kamu lihat kepada ketaatannya mematuhi kod-kod disiplin dan ajaran agamanya.

Kesimpulan

Apa yang paling penting ialah niat kamu. Jika niat kamu betul-betul hendak mencari seorang isteri supaya kamu dapat membentuk sebuah kehidupan dan mengamal sunnah Nabi s.a.w, Insya Allah tidak sukar untuk kamu jumpa wanita baik yang dicari. Tetapi jika niat kamu cuma nak suka-suka atau nak test drive, sampai bila pun kamu takkan jumpa wanita yang baik, sebab kamu sendiri pun bukan seorang lelaki yang baik.

9 Tip Kenali Lelaki Baik Untuk Dibuat Calon Suami


Ada seorang wanita merungut katanya lelaki baik sudah pupus! Before you say there’s no good man, please think whether you’re a good woman first. Good man is not attracted to bad woman.

Berikut 9 tip kenali lelaki baik untuk dibuat calon suami :

1. Orangnya jaga solat

Jangan cari suami yang tidak solat. Diulang sekali lagi, jangan cari suami yang tidak solat. Sebabnya kalau dengan Tuhan yang maha penyayang pun dia tidak amanah dan tidak setia, macam mana anda hendak harapkan dia amanah dengan anda?

Kena cari yang jaga solat. Solat berjemaah macam yang Nabi s.a.w pesan. Kita jaga solat, solat jaga kita. Sesungguhnya solat itu mencegah daripada benda keji dan mungkar.

2. Hormati anda

Kalau lelaki itu jenis suka menengking atau merendahkan anda, eloklah cari orang lain saja. Kalaupun anda kerja kilang dan tak berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti, itu bukan green light untuk dia hina anda. Seorang lelaki yang baik akan terima seadanya, dia takkan merendah-rendahkan anda.

3. Tidak suka menyalahkan orang lain

Lelaki tulen berani menerima tanggungjawab dan mengaku salah. Memang sifat insan ada buat salah silap, tapi lelaki tulen kenalah sanggup responsible. Jangan cari orang yang sentiasa mengkritik dan menyalahkan orang lain.

4. Bercinta lepas kahwin

Barangsiapa memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah dan menikah kerana Allah, maka sempurnalah imannya.

Bimbang dikatakan buang tabiat? Ketepikan kebimbangan tersebut! Lakukan saja dan jika benar perkataan tersebut keluar dari mulut pasangan anda, jawablah dengan penuh kasih sayang dan suara menggoda. Anda lakukan semua itu sebab rasa cinta dan rindu yang amat sangat kepada pasangan anda.

5. Menghargai lebih daripada fizikal

Hati-hati dengan orang yang suka memuji fizikal anda. Kalau lelaki itu obses dan asyik puji fizikal anda sahaja, itu petanda bahaya. Seorang lelaki yang baik akan menghargai kepandaian anda, karakter dan peribadi anda. Kalau tumpuan dan pujiannya senada hanya tertumpu pada fizikal maka berhati-hatilah.

Ini kerana semua orang akan jadi tua juga. Kalau fokusnya hanya pada fizikal, jenis inilah yang bila orang sudah tua, dia sibuk mencari yang lain, yang lebih muda. The right man will love all the things about you that the wrong man was intimidated by.

Kalau boyfriend anda suka anda pakai seksi, itu tanda dia lelaki yang salah untuk anda. By the way, tak payah couple. Ruang maksiat semua itu, jadi kesukaan syaitan.

6. Orangnya ada cita-cita

Kalau lelaki itu obses dengan anda dan langsung tiada ambisi dan cita-cita, itu bukanlah petanda yang baik. Seorang lelaki yang baik harus ada impian dan cita-cita hendak menyumbang dan menjadikan dunia lebih baik.

Orangnya patut berfikiran jauh dan merancang masa depan. Takkan hal anak-anak semua nak tolak kepada isteri saja. Carilah yang matang dan serius dalam percintaan. Tapi jangan obses kepada duit. Janganlah kerana lelaki itu kerjanya jual burger, anda hina dan rendahkan dia pula. Berniaga itu sunnah Nabi.

7. Rajin

Allah suka hamba-Nya yang bila buat sesuatu, dia buat dengan sebaik-baiknya. Jangan cari lelaki pemalas yang siang malam asyik main game. Sesekali main Dota dan Clash of the Clans itu tidak mengapalah untuk merehatkan minda. Tetapi kalau obses siang malam, eloklah cari yang lain.

8. Jangan cari playboy

Sekalipun lelaki itu abam sado, kalau dia jenis bawak anak gadis orang ke hotel, lupakan sajalah dia itu. Allah mengingatkan kita supaya jangan mendekati zina kerana sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.

9. Berani

Carilah yang berani dan sanggup bela dan protect anda. Jangan cari pondan. Lelaki yang lemah lembut bukan pondan. Tetapi jangan cari lelaki yang suka pakai pakaian perempuan dan sebagainya. Sebab Allah melaknat lelaki yang suka pakai pakaian perempuan. Tak kiralah apa yang hakim mahkamah itu cakap, ingat bahawa Allah laknat lelaki yang berpakaian dengan pakaian perempuan.

Kesimpulan

Sayyidina Abdullah Ibnu Mas’ud Radhiyallaahu ‘anhu berkata, Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda pada kami: “Wahai generasi muda, barangsiapa di antara kamu telah mampu berkeluarga hendaknya ia kahwin, kerana ia dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Barangsiapa belum mampu hendaknya berpuasa, sebab ia dapat mengendalikanmu.” Muttafaqun 'Alaih.

When you finally found a good man, don’t go looking for someone better.

8 Cara Suami Isteri Kena Goda Pasangan Untuk Elak Cerai


Kebanyakan pasangan yang bercerai adalah perkahwinan atas pilihan sendiri. Cinta sudah wujud dan sudah saling kenal sejak awal. Tetapi macam mana cinta itu boleh hilang?

Baik suami atau isteri, anda boleh guna beberapa panduan di bawah ini bagi mengekalkan cinta agar kasih sayang kekal bersemarak hingga ke akhir hayat.

Berikut 8 cara suami isteri kena goda pasangan untuk elak cerai :

1. Buang syak wasangka

Perkara paling utama untuk mengukuhkan cinta yang sedia ada ialah menjauhkan diri daripada syak wasangka terhadap pasangan. Ada banyak sebab yang memungkinkan hubungan jadi hambar dan tidak semestinya berpunca daripada orang ketiga. Kesilapan anda terlalu mudah menaruh syak kepada pasangan boleh menyebabkan kasih sayang lama-kelamaan menjadi hambar dan pudar.

2. Betulkan mana yang silap

Sebagai suami atau isteri, anda juga perlu sentiasa betulkan diri. Tidak cukup dengan menyelidik diri sendiri tetapi anda perlu berbincang dan berterus terang dengan pasangan. Cari masa yang sesuai kemudian berundinglah. Jangan terkejut jika pasangan tidak mahu berbincang. Cuba dan cuba lagi tetapi jangan pula setiap hari! Berikan pasangan anda masa.

3. Luah apa yang dirasa

Senaraikan kelemahan yang anda rasai sendiri. Jika terasa salah sendiri, berusaha untuk mengatasi kesilapan tersebut. Jangan bangga diri mengatakan diri sendiri tidak bersalah. Sebagai manusia, kita semua tidak sempurna. Kita miliki kelebihan dan dalam masa yang sama, kita juga mempunyai kelemahan.

4. Pukau pasangan dengan kasih sayang

Kasih sayang bak benih tanaman. Jika benih tersebut sentiasa disiram dan dibaja, ia akan tumbuh subur. Sebaliknya jika dibiarkan tanpa siraman dan dibaja, ia akan layu dan mati. Anda perlu gunakan luahan sayang dan belaian mesra. Luahkanlah rasa kasih anda dalam nada yang amat romantis dan menggoda, ciumlah pasangan anda dengan penuh rasa cinta.

Bimbang dikatakan buang tabiat? Ketepikan kebimbangan tersebut! Lakukan saja dan jika benar perkataan tersebut keluar dari mulut pasangan anda, jawablah dengan penuh kasih sayang dan suara menggoda. Anda lakukan semua itu sebab rasa cinta dan rindu yang amat sangat kepada pasangan anda.

5. Buat kejutan

Sebagai contoh, jika selama ini harijadi suami atau isteri atau majlis ulang tahun perkahwinan hanya disambut biasa, sekadar ucapan, kad dan hadiah, tukarlah kebiasaan tersebut kepada satu majlis harijadi agak luar biasa. Tidak perlu besar, cukup disambut dengan bersama pasangan dan anak-anak tetapi dalam suasana yang berbeza daripada sebelum ini.

6. Imbangi antara kerjaya dan rumah tangga

Keseimbangan wujud apabila anda berjaya memberikan tumpuan tidak berbelah bahagi kepada rumah tangga dan kerjaya. Tumpuan 100% kepada kedua-duanya dapat dilakukan bila anda mampu membahagikan masa sebaiknya. Elakkan bekerja lebih masa tanpa perancangan sebelumnya.

Kalau tidak boleh dielakkan juga, bawalah kerja balik ke rumah tetapi pastikan pasangan dan anak-anak diberikan perhatian lebih dulu. Maklumkan kesibukan tiba-tiba anda kepada pasangan agar pasangan tidak ternanti-nanti hingga boleh menimbul kekeliruan dan salah faham.

7. Kualiti masa bersama

Pastikan anda mempunyai masa untuk pasangan. Biasakan anak-anak tidur cepat dalam anggaran jam 9 malam atau paling lewat 10 malam sebagai masa sebaiknya untuk kanak-kanak tidur. Dengan ini, anda mempunyai antara satu hingga dua jam untuk diluangkan bersama suami isteri melakukan aktiviti berdua.

Anda boleh melakukan aktiviti seperti menonton televisyen bersama, bergurau senda, berbual dan paling penting untuk berbincang tentang segala perkara berkaitan hubungan dan perkahwinan.

Wujudkan satu sesi perbincangan keluarga (mesyuarat harian keluarga) melibatkan suami isteri dan anak-anak. Peruntukkan juga satu hari penuh daripada masa seminggu anda untuk melakukan pelbagai aktiviti bersama suami dan anak-anak.

8. Doa

Sentiasa berdoa agar kasih sayang suami isteri sentiasa utuh, kekal dan mekar hingga ke akhir hayat. Tidak perlu tunggu waktu selepas solat sahaja sebaliknya berdoalah setiap waktu kecuali ketika berada di tempat-tempat seperti bilik air atau ketika qada hajat buang air kecil atau besar.

Kesimpulan

Insya Allah, dengan segala ikhtiar, usaha dan doa yang berterusan anda kepada-Nya, kasih sayang antara suami isteri akan kembali bersemarak dan kekal hingga keakhirnya.

6 Jenis Isteri Penyebab Rumah Tangga Musnah


Membina sebuah keluarga yang penuh sakinah, belas ehsan dan kasih sayang menjadi dambaan semua pasangan yang mendirikan rumah tangga. Sebenarnya itu jugalah antara matlamat sebuah perkahwinan. Namun semua impian indah tersebut hancur gara-gara sikap isteri yang menjadi penyebab rumah tangga yang dibina musnah.

Berikut 6 jenis isteri penyebab rumah tangga musnah :

1. Sukar membuat keputusan

Si isteri tidak berusaha untuk membantu suami menyelesaikan hal-hal seperti anak-anak berkelahi, membeli barang dapur pun tidak pandai, jika diajak berbincang sering mengelak dengan menyerahkan semua perkara kepada suami. Hal ini boleh menyebabkan semangat dan motivasi suami merundum kerana kurang mendapat kerjasama daripada isteri yang sepatutnya bertindak sebagai pendokong bila diperlukan.

Kepada para isteri, jadilah isteri yang menyejukkan hati suami dan sentiasa menyokong usahanya tidak mengira sama ada kecil atau pun besar sesuatu yang diusahakan oleh suami anda itu.

2. Suka berleter dan bersungut

Apa sahaja yang dilakukan oleh suami sentiasa tidak kena dimatanya. Ada sahaja yang tidak betul dan sering menceritakan perkara yang tidak baik tentang suaminya. Kadangkala leteran itu berpanjangan hingga 1 atau 2 jam. Jika beginilah sikap anda lebih baik anda berubah sekarang.

Wanita yang suka berleter tidak tentu pasal memang menjadi perosak dalam institusi rumah tangga yang dibina. Para suami sukakan persekitaran yang tenang dan damai di dalam rumah mereka kerana telah cukup tekanan yang diterima di tempat kerjanya.

3. Gilakan kuasa

Isteri jenis ini dipanggil 'Queen Control'. Segalanya hal rumah tangga seperti membuat keputusan yang penting tentang suami dan anak-anaknya hanya dia sahaja yang membuat keputusan. Segalanya di bawah kawalan sang isteri seperti wang gaji suami, duit perbelanjaan rumah dan kadang-kadang bertindak sebagai penyiasat persendirian yang ingin tahu apa yang dilakukan oleh suami di luar rumah sehingga suami jadi tidak ada masa untuk jadi diri sendiri.

Sikap isteri sebegini memang menjadi perosak rumah tangga kerana orang lelaki ada ego masing-masing. Jika isteri berterusan gila kuasa macam ini, suami dan anak-anak akan berasa rendah diri dan lemah untuk melakukan segala-galanya. Untuk membuat keputusan yang kecil pun mereka tidak berani!

4. Suka menyibuk

Jangan jadi seorang isteri yang suka menyibuk. Contohnya ialah apabila suami mempunyai kerja yang sedang dilaksanakannya di pejabat, biarlah dia menyelesaikannya dengan cara sendiri. Tidak perlu mengampu bos suami untuk mempercepatkan kenaikan pangkat suami ataupun supaya bos memberikan projek yang bernilai tinggi.

Orang lelaki tidak suka wanita atau isteri mencampuri urusan kerja yang tiada kena mengena dengan si isteri. Lain halnya jika suami meminta pendapat anda maka barulah isteri memberikan pandangan dan buah fikiran yang diperlukan suami.

5. Tidak pandai berjimat

Isteri yang tidak pandai berjimat cermat tidak disukai suami. Apatah lagi suami hanya berpendapatan sederhana, jadi memang patut dia berjimat cermat. Terutama jika hanya suami seorang sahaja yang bekerja.

Jangan mudah terpengaruh dengan promosi di laman sesawang atau terikut-ikut gaya kawan wanita anda. Berbelanjalah mengikut kemampuan. Mungkin sekali sekala jika suami mendapat bonus, bolehlah minta dia membelikan pakaian yang anda mahukan.

6. Tabiat suka bersosial

Jika seorang isteri terlalu suka bersosial, ini akan menyebabkan suami dan rumah tangga tidak terurus. Jika telah penat bersosial mana sempat untuk menyiapkan kelengkapan suami untuk ke tempat kerja. Akhirnya imej suami juga yang terjejas di mata rakan-rakannya.

Bila sudah bersosial tentu sedikit sebanyak isteri akan membanding-bandingkan kemewahan suami rakan dengan suaminya. Itu sebabnya isteri yang suka bersosial boleh menyebabkan rumah tangga porak peranda. Isteri merasakan dia telah tersilap memilih pasangan sedangkan perkara seperti ini boleh dielakkan jika isteri tahu menjaga diri dan bertindak mengikut akal fikiran yang waras.

Kesimpulan

Semoga dengan perkongsian di atas dapat dijadikan iktibar kepada kita semua terutamanya wanita atau isteri yang tidak bekerja. Institusi rumah tangga tidak boleh dikendalikan oleh seorang sahaja tetapi ia memerlukan komitmen dan kerjasama yang erat antara dua orang yang dipanggil suami dan isteri.

13 Tip Ketika Melayari Bahtera Rumah Tangga


Mengekalkan kebahagiaan rumah tangga tidak semudah yang disangka sekiranya pasangan tidak mengetahui asas kepada kebahagiaan sesebuah perkahwinan. Setiap orang yang berkahwin tentulah mahukan yang baik-baik dan indah sahaja sepanjang bersama pasangan, sehingga akhir hayat.

Namun, ramai berpendapat hanya di awal perkahwinan sahaja indah, bila usia perkahwinan menjangkau 10 tahun, mulalah segala masalah bermula. Mungkin ada betulnya ini kerana meskipun sudah 8 tahun menyulam cinta sebelum berkahwin, belum tentu semua perangai pasangan sudah anda kenal betul-betul.

Berikut 13 tip ketika melayari bahtera rumah tangga :

1. Ketika Mencari Calon

Janganlah mencari isteri, tetapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tetapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. Ketika Melamar

Anda bukan sedang meminta kepada orang tua atau wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah s.w.t melalui orang tua atau wali si gadis.

3. Ketika Akad Nikah

Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. Ketika Resepsi Pernikahan

Catat dan hitung semua tetamu yang datang untuk mendoakan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk 'bercerai' kerana menyia-nyiakan doa mereka.

5. Ketika Malam Pertama

Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. Selama Menempuh Hidup Berkeluarga

Sedarilah bahawa jalan yang dilalui tidak selamanya melalui jalan bertabur bunga, tetapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. Ketika Rumah Tangga Goyah

Jangan saling berlepas tangan, tetapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.

8. Ketika Belum Memiliki Anak

Cintailah isteri atau suami kamu '300%'.

9. Ketika Telah Memiliki Anak

Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak kamu masing-masing 100%.

10. Ketika Ekonomi Keluarga Merudum

Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar selaras dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11. Ketika Ekonomi Berkembang

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa derita.

12. Ketika Anda Adalah Suami

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. Ketika Anda Adalah Isteri

Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

7 Kelengkapan Persekolahan Yang Perlu Disediakan Ibu Bapa Untuk Anak Mereka Yang Bakal Ke Sekolah


Tentunya bila tiba hujung tahun, ibu bapa akan sibuk untuk menyiapkan keperluan sekolah buat anak mereka. Ramai ibu bapa yang akan membelikan barangan keperluan persekolahan yang baharu buat anak mereka. Namun, ada juga yang hanya menggunakan kelengkapan lama dengan alasan ianya masih elok dan boleh digunakan lagi.

Sama ada kelengkapan baru atau lama, anak-anak ada ketikanya tidak kisah dengan semua itu. Ini kerana mereka sudah cukup gembira untuk kembali ke sekolah dapat bertemu dengan rakan mereka yang telah lama tidak berjumpa. Sudah menjadi kebiasaan buat mereka untuk beramah mesra pada hari pertama persekolahan.

Tetapi, bagi ibu bapa yang baru kali pertama mempunyai anak melangkah ke alam persekolahan, mungkin akan mengalami sedikit persoalan, apa kelengkapan persekolahan yang mana perlu dibelikan untuk anak-anak? Serta berapa banyak yang mereka perlu ada untuk sepanjang tahun persekolahan?

Berikut 7 kelengkapan persekolahan yang perlu disediakan ibu bapa untuk anak mereka yang bakal ke sekolah :

1. Uniform sekolah

Belilah 3 pasang kain yang berkualiti. Kain jenis cotton berkualiti, warna putih nila, tebal dan tak panas. Dalam bilik darjah tak ada aircond, menggeletik panas kalau tengahari rembang. Kalau beli kain yang ada campuran polyester, selepas rehat, baunya azab untuk cikgu dan rakan-rakan. Anak pun sudah tidak selesa nak belajar bila peluh merecik-merecik dalam baju.

2. Kasut sekolah

Cari jenis kain penuh dan sarung terus, tak perlu bertali atau 'velcro tape'. Beli 2 pasang, seminggu sepasang kasut. Wajib tulis nama anak kat tepi kasut. Ya, bukan dalam atau bawah tapi di tepi kasut. Bayangkan kalau kasut hilang, cikgu kena belek 1000 pasang kasut?

Di sekolah, anak akan masuk pusat sumber, bilik jqaf, surau, bilik pemulihan dan sebagainya. Semua tempat itu selalunya kena tanggalkan kasut. Bila kasut jenis sarung, anak tidak perlu duduk atas lantai koridor untuk pakai kasut dan ikat tali kasut. Uniform pun tak kotor.

3. Tudung sekolah

Beli yang awning lembut, putih nila, 3 pasang. Harga RM10 sehelai. Inner snowcap putih. Kalau tercabut keronsang pun tudung masih elok lagi dipakai di kepala. Tapi disyorkan, jahitkan cangkuk pada ruang muka, ganti keronsang macam shawl Cakenis itu.

Kalau tudung lain, cikgu tengok pun kesian. Betul, anak-anak ini kalau pakai elok-elok nanti di sekolah pun perangai bagus. Tidaklah nanti dia 'low self esteem'. Tak percaya, cuba tanya cikgu lain.

4. Beg sekolah

Beli yang padded straps. Serius. Tak kiralah harga berapa (ikut kemampuan masing-masing) tapi carilah yang 'padded straps'. Beg sekolah berat. Sebelum beli beg yang ada roda, periksa dulu kelas anak di mana. Kalau kelas bangunan bertingkat, tak payahlah troli tu. Kalau sekolah jenis banyak tangga (biasa sekolah terletak di bukit banyak tangga) tak payahlah.

Beg sekolah sekurang-kurangnya cari yang ada 2 compartment. Bukan yang ada satu ruang dan lembik. Kalau boleh, elakkan beli beg troli kalau anak bersekolah di sekolah ramai murid. Tak muat nak letak atas kerusi anak, nanti anak duduk tak selesa. Sipi-sipi saja bontot atas kerusi. Letak di tepi meja, risiko disepak atau tersepak oleh murid lain tinggi sebab ruang kelas sempit.

5. Botol air

Ya, betul. wajib ajar anak bawa bekal air. Belikan botol air yang 750ml ke atas untuk anak. paling-paling koman pun, beli saja air mineral yang jenis sport cap itu. Bukan bagi air 'kaler-kaler' ya.

6. Seluar dalam

Ramai anak pergi sekolah tak pakai spender. Tolong wajibkan anak pakai spender. 5 helai seminggu. Kalau yang perempuan, belikan seluar panjang cotton warna hitam atau blue black 3 helai. Kalau yang pakai pinafore, boleh belikan seluar paras peha kaler hitam, macam cycling pants.

7. Stoking

Minimum 3 pasang, dwiwarna. Lagi bagus kalau 5 pasang, sepasang sehari (ikut bajet masing-masing). Tapak hitam. Kain cotton elok, bukan cotton mix poly, sebab bila banyak bergerak dan panas, kaki cepat berpeluh.

Kalau stoking bukan cotton nanti kaki anak jadi gatal dan bau kepam. Sebab itu ada anak yang buka kasut dalam kelas, tergaru-garu sepanjang belajar. Pilih yang panjangnya paras buku lali sahaja, tidaklah merenyam betis bila panas berpeluh.

9 Persediaan Lelaki Daripada Bujang Menjadi Suami


Sudah bersediakah anda menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami? Justeru bagi bakal pengantin, persediaan asas yang merangkumi fizikal dan mental perlu ada sebaik sahaja anda menukar status daripada bujang menjadi suami.

Berikut 9 persediaan menjadi suami :

1. Sihat tubuh badan

Sebelum bergelar suami, pastikan tubuh badan berada dalam keadaan sihat. Seelok-eloknya buatlah pemeriksaan menyeluruh bagi mengenal pasti jika ada sebarang masalah.

Ini penting kerana selepas berkahwin, anda bukan sahaja perlu menjaga diri sendiri bahkan isteri dan anak-anak yang bakal lahir. Bagaimana ingin menjaga dan menyara keluarga jika anda sendiri tidak dalam keadaan sihat?

2. Kekuatan mental

Kekuatan mental paling penting dalam membina institusi kekeluargaan. Ia perlu berada di tahap terbaik bagi melancarkan kebahagiaan berumah tangga yang bakal dibina.

Selepas berkahwin, pasti akan datang pelbagai ujian dan dugaan dalam rumah tangga. Masalah ini mungkin datang daripada suami isteri itu sendiri ataupun orang luar. Jika mental tidak kuat, rumah tangga yang dibina boleh hancur dalam sekelip mata.

3. Menambah pengetahuan

Banyakkan membaca buku untuk membina pengetahuan bagi menjadi suami terbaik. Atau mungkin boleh bertanya terus kepada mereka yang berpengalaman. Sebagai seorang ketua keluarga,suami harus bijak menangani apa jua situasi agar tiada pihak yang tersinggung.

Perkahwinan bukanlah perkara suka-suka sebaliknya suami bakal memikul tanggungjawab yang lebih berat. Sebagai persediaan, seseorang lelaki harus mempelajari ilmu agama untuk dijadikan tiang kebahagiaan hidup berumah tangga.

4. Menyara anak isteri

Memang betul mengumpul wang adalah tanggungjawab suami dan tidak salah jika isteri membantu setelah mendapat keizinan suami. Namun sebagai suami, ada nafkah zahir kepada isteri yang dituntut dalam agama.

Jika masa bujang, lelaki hanya menyediakan bajet untuk diri sendiri, tetapi kini tidak lagi. Selain perlu menyara isteri, suami juga perlu membuat persediaan bagi menyambut zuriat yang bakal dikurniakan.

5. Perubahan sikap negatif ke positif

Setelah berumah tangga, lelaki harus terbuka melakukan perubahan sikap dari negatif ke positif. Singkirkan sikap yang boleh menghancurkan diri sendiri dan juga keluarga tercinta terutamanya sikap ego melampau.

Belajarlah untuk menjadi anak yang terbaik buat ibu, suami yang terbaik buat isteri, ayah yang terbaik buat anak-anak dan menantu yang baik untuk ibu bapa mertua.

6. Kemahiran buat isteri rasa istimewa

Lelaki juga harus mengetahui cara untuk membuatkan isteri rasa istimewa. Justeru suami perlulah bijak menyelami perasaan isteri agar kasih sayang sentiasa berpanjangan.

Dengar pendapat isteri dalam perhubungan, sering bertukar-tukar pendapat dan pandangan. Jika ada masalah rumah tangga yang mahu dibincangkan, mulakan dengan isu-isu semasa yang boleh dijadikan ‘ice-breaking’. Kemudian, barulah dimasukkan isu lain yang mahu disentuh.

7. Beri pujian kepada isteri

Beri pujian kepada isteri. Luahkan sahaja apabila dia kelihatan cantik dan bergaya. Puji-pujian ini dapat memberi semangat kepadanya untuk terus berkhidmat kepada anda.

8. Ingat tarikh penting

Sesiapa sahaja pasti gembira apabila dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah apatah lagi daripada orang yang tersayang. Tarikh-tarikh yang penting seperti hari jadi, hari ulang tahun perkahwinan merupakan hari yang paling penting dalam kehidupan wanita. Tidak perlu memberi hadiah-hadiah yang mahal cukup sebagai tanda ingatan.

9. Bijak memilih perkara yang dihajati isteri

Bukan semua hajat mereka perlu anda penuhi. Misalnya mereka berhajat mahu bercuti di luar negara tetapi anda tidak dapat memenuhinya. Cukuplah jika anda membawanya bercuti dalam negara seperti ke pulau atau tempat-tempat peranginan.

Walaupun hajatnya tidak dipenuhi, tetapi mereka masih gembira kerana masih berpeluang keluar melancong bersama anda, suami kesayangannya.

7 Tips Untuk Dapatkan 'Gentle Birth' Kurangkan Rasa Sakit Semasa Bersalin


Sudah pasti ramai bakal ibu buat pertama kali di luar sana rasa agak takut untuk bersalin. Macam-macam perkara mereka fikirkan. Memang proses melahirkan anak memang sakit tetapi kepuasan melihat wajah anak yang dikandung ke sana sini selama lebih sembilan bulan, sudah pasti membuatkan sakit yang ditanggung seolah-olah lenyap begitu saja.

Ada pertanyaan yang bermain di minda bakal ibu kali pertama, ada ke cara hendak kurangkan rasa sakit ini selain bantuan ubatan? Khabar baik, sebenarnya ada cara untuk kurangkan rasa sakit dengan mengamalkan teknik-teknik tertentu.

Seorang ibu yang baru melahirkan anak ketiganya telah berkongsikan bagaimana untuk mendapatkan 'gentle birth' iaitu teknik yang memudahkan proses bersalin. Ibu melahirkan anak dengan tenang, selamat dan kurangkan rasa sakit di mana beliau telah mencuba untuk kandungan kedua dan ketiga ternyata berjaya.

Apa itu Gentle Birth?

Gentle birth adalah satu teknik bersalin dengan mudah, tenang, selamat serta mengurangkan rasa sakit sebelum, semasa dan selepas bersalin.

Menakjubkan bukan? Memang menakjubkan kalau kita tahu cara dan teknik untuk memanipulasi minda separa sedar terhadap sakit yang dirasai kepada perkara yang indah-indah sekaligus mengurangkan ataupun menghilangkan rasa sakit.

Berikut 7 tips untuk dapatkan 'Gentle Birth' kurangkan rasa sakit bersalin :

1. Teknik pernafasan yang betul

'Contraction' adalah saat yang sakit bagi ibu-ibu yang hampir melahirkan. Ada yang cakap sakit seperti nak patah pinggang, sakit berkali ganda dari senggugut atau sakit macam nak putus urat. Semua itu hanya gambaran dan istilah sahaja. Percaya tak, sakit yang digambarkan itu sebenarnya boleh hilang atau dikurangkan dengan teknik pernafasan yang betul.

Bagaimana caranya? Di saat 'contraction' datang, siap sedia tarik nafas sedalam yang boleh kemudian lepaskan perlahan melalui mulut tanpa mengeluarkan suara. Ulang sebanyak 3-5 kali. Insya Allah sakit tadi akan berkurangan. Teknik pernafasan ini bukan sahaja membantu mengurangkan rasa sakit tersebut tetapi ia juga membuat bakal ibu lebih tenang.

Nota : Teknik pernafasan yang lain boleh baca buku, 'Hypnobirthing, the mongan method'.

2. Aktifkan minda separa sedar

Minda separa sedar tidak berfungsi secara logik tapi ia lebih kepada imaginasi, rasa hati dan emosi. Contohnya :

Minda Sedar : "Aku nak bersalin normal."
Minda Separa Sedar : "Boleh ke normal? Bersalin anak sulung ni, macam susah je.." (ini yang perlu kita tukar).

Minda separa sedar adalah 90% dalam diri kita. Jadi, dengan menguasainya, kita mampu mencapai apa saja yang dihajati. Inilah kekuatan luar biasa yang tidak terjangkau oleh akal fikiran manusia.

Bagaimana hendak aktifkan minda separa sedar ini?

Kita boleh aktifkan di saat dalam keadaan tenang dengan suasana yang tenang. Paling senang adalah saat kita hendak tidur. Berbicara dengan diri sendiri apa yang kita nak lakukan esok dan berdoalah meminta pada Allah s.w.t. Ulang dan terus ulang.

Semasa 'preggy' anak sulung, kedua dan seterusnya, setiap masa dan setiap hari sentiasa cakap dalam hati :

● "Baby bersalin 38 minggu."
● "Mudah bersalin."
● "Bersalin normal."
● "Lepas bersalin tak sakit-sakit dah."
● "Dalam labour room setengah jam je."
● "Kembali berat asal."

Alhamdulillah, semua yang di atas berjaya! Cuma yang berat saja tak tahu lagi. Anak kedua berjaya, yang ketiga tidak tahu lagi. Petuanya hanya aktifkan minda separa sedar semasa di awal kehamilan sehinggalah saat-saat nak bersalin. Alhamdulillah berhasil!

3. Positif

Amalan positif ini memang sentiasa perlu dipraktikkan. Sebab bila kita positif, kita akan tarik perkara-perkara positif di sekeliling kita. Sebab itulah kepada orang terdekat, jangan buat ibu-ibu sedang hamil bersedih!

Saat hendak bersalin adalah sangat penting untuk bakal ibu set dalam minda dengan kata-kata positif seperti :

● "Ummi kuat!"
● "Baby mesti keluar dengan selamat!
● "Ummi boleh!"
● "Allah bantu!"

Contoh kata-kata di atas akan memberi semangat pada diri sendiri. Insya Allah ia sangat membantu memudahkan proses kelahiran!

4. Lama dalam sujud

Ini adalah salah satu teknik mempercepatkan bukaan rahim. Posisi sujud juga mampu menghilangkan rasa sakit 'contraction'. Bagi ibu-ibu yang mengetahui bahawa kandungannya sonsang, cara ini mampu membetulkan kedudukan bayi.

5. Tukar sakit kepada nikmat

Saat contraction datang, cuba 'imagine' perkara-perkara yang indah. Ketika berada dalam labour room, saat contraction makin tinggi, terus tukar rasa sakit tadi dengan 'imagine' baby sudah selamat, baby sihat, baby comel, suami azankan baby.

Para bakal ibu boleh terus 'create' cerita yang indah-indah dan 'what you guess?' Sakit itu hilang! Alhamdulillah.

6. Zikir dan doa Nabi Yunus

Antara perkara yang mampu buat kita lebih tenang ialah berzikir. Saat sakit datang, berzikirlah untuk ingat akan kebesaran Allah s.w.t. Semua itu dapat kurangkan rasa sakit.

Lepas tu baca doa Nabi Yunus a.s : "Lailahaila anta subhanaka inni kuntum minaz zolimin" Insya Allah sakit tadi akan hilang.

7. Makan kurma dan air Zam-zam

Kurma dan air zam-zam sangat berkhasiat dan mampu memberi tenaga segera pada badan. Terutama ketika masuk labour room, kalau sempat jangan tinggalkan dua benda ini. Insya Allah ia juga dapat membantu memudahkan proses kelahiran serta memberi tenaga yang luar biasa.

Kesimpulan

Semoga perkongsian yang kecil ini dapat memberi manfaat kepada para bakal ibu di luar sana. Insya Allah. Akhir sekali, buat ibu-ibu yang bakal melahirkan anak pertama, jangan takut. Melahirkan bayi adalah perjalanan yang sangat menakjubkan. Rasai kehebatan dan kekuasaan yang Allah beri buat anda insan-insan terpilih. Go go fighting!

5 Sebab Untung Bernikah Di Usia 30-an


Rata-rata masyarakat kita mengganggap usia 30-an adalah usia yang telah terlewat untuk berkahwin. Bagi wanita, mereka akan lebih merasakan tekanannya apabila sering ditanya soal perkahwinan.

Bak kata orang, jodoh dan pertemuan adalah urusan Allah. Adakalanya jodoh ditemukan dengan pantas dan ada kalanya ianya terlewat. Ingatlah perancangan Allah adalah yang terbaik untuk kita.

Jika anda telah mengenali seseorang yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidup, jangan memaksa pasangan anda untuk berkahwin sekiranya salah seorang dari anda masih belum bersedia.

Jangan sesekali takut pada usia yang meningkat sekaligus memaksa anda untuk mempercepat mendirikan rumah tangga. Semakin meningkat usia semakin matang diri kita dalam menghadapi ujian-ujian hidup lebih-lebih lagi pada zaman yang serba mencabar kini.

Berikut 5 kebaikan dan keuntungan berkahwin pada usia 30-an :

1. Pemikiran lebih matang dan emosi lebih stabil

Menurut kajian, pada usia 30-an, setiap individu akan lebih tenang dalam menghadapi pelbagai situasi. Pada usia ini, perasaan individu untuk menghargai cinta dan menghargai diri seseorang akan lebih fokus.

2. Tidak lagi mengejar keseronokan dunia

Pada usia begini, rata-rata individu sudah puas berseronok. Pelbagai kejayaan telah dikecapi baik di peringkat akademik dan mungkin di bidang professional.

Jadi, bercinta dan berkahwin pada usia begini pasti akan lebih bahagia kerana masing-masing tidak lagi mengejar cita-cita individu, tetapi mencapai kebahagaian bersama di alam rumah tangga.

3. Pembentukkan jati diri lebih kuat

Pada usia sematang ini, mereka yang telah berumur 30-an telah membina jati diri yang kuat. Mempunyai karisma dan mempunyai matlamat yang ampuh. Mereka yang mempunyai jati diri yang tinggi kebiasaannya dapat memimpin diri dan pasangan ke jalan yang lebih diredhai.

4. Memiliki ekonomi yang kukuh

Kebanyakkan individu pada usia sebegini telah mempunyai kerjaya yang tetap dan bagus. Mungkin ada di antaranya telah memiliki kediaman sendiri dan mampu untuk menempuhi keadaan ekonomi yang mencabar. Oleh itu, rumah tangga akan lebih bahagia sekiranya masalah-masalah kewangan dapat di atasi.

5. Matang sebagai ibu dan bapa

Sekiranya dikurniakan rezeki cahaya mata, mereka yang berusia 30-an ini pasti mampu menjadi ayah dan ibu yang baik. Kematangan dan kesabaran yang tinggi akan menjadikan mereka ibu bapa yang mampu memberi kasih sayang yang terbaik kepada anak-anak.

5 Perkara Isteri Jangan Amalkan Kalau Sayang Suami


Sibuk dengan kerjaya atau kehadiran anak-anak dan kerja-kerja rumah menjadi alasan utama ramai wanita mengabaikan hubungan intim. Tapi ada yang memenuhi keperluan ini pun bagai melepaskan ‘batuk di tangga’ saja.

Tambahan pula hidup zaman IT yang dijamu dengan pelbagai kemudahan teknologi siber sehingga waktu senggang sebelum tidur dipenuhi dengan aktiviti WhatApps atau Facebook. Tanpa disedari kebiasaan ini boleh menghancurkan rutin 'bermanja' anda bersama pasangan.

Percaya atau tidak, perkara di bawah ini adalah antara kebiasaan yang sering para isteri lakukan sama ada mereka sedar atau tanpa sedar.

Berikut 5 perkara yang isteri jangan amalkan jika sayangkan suami :

1. Sibuk dengan gajet

Taksub sangat dengan kemudahan gajet boleh ganggu hubungan manja dengan pasangan. Kalau dah setiap jam sibuk dengan media sosial seperti Facebook, WhatApps, Instagram mahupun YouTube, memanglah pasangan boleh hilang mood.

Ya, mungkin juga anda berdua-dua mempunyai tabiat sama tapi alangkah ruginya. Rugi kesempatan bersama itu tidak digunakan untuk menikmati hubungan intim.

2. Lewat atau banyak makan

Ramai isteri mengatakan stres dan jadual padat menyebabkan mereka makan pada lewat waktu malam. Bukan hanya tidak sihat malah boleh buat anda tidak selesa masuk ke bilik tidur, sedangkan suami sudah menunggu di kamar.

Ubah tabiat ini dan tukar persepsi dengan menjadikan 'hubungan manja' sebagai hidangan akhir anda nikmati sebelum tidur. Jangan terlalu banyak makan dan makan lebih awal agar anda ada lebih tenaga untuk melayani pasangan.

3. Baju tidur ikut selesa

Jangan tutup selera suami anda dengan pakaian besar. Pakaian tidur sangat mempengaruhi keinginan anda dan pasangan. Baju tidur yang seksi boleh bangkitkan sensual yang lebih hangat sehingga sang suami tak sabar menunggu anda memberikan reaksi.

4. Tak hargai tubuh sendiri

Selalu mengeluh depan cermin? Jangan begitu, buangkan prasangka negatif dan banggalah dengan susuk tubuh sendiri. Semua ini bukan penentu kepuasan tapi bergantung kepada keyakinan dan kreativiti anda berkomunikasi dan layanan sepanjang aktiviti seksual bersama pasangan.

5. Masa bersama selalu berubah

Cuba tetapkan sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk anda dan pasangan menikmati hubungan 'manja' dan keintiman sebagai pasangan suami isteri. Curi masa atau tetapkan rutin seks sebagai salah satu kerja yang perlu anda lakukan seperti mana pekerjaan lain.

Manusia perlukan perhatian, kerelaan dan keikhlasan kerana hanya anda dan pasangan sahaja dapat tafsirkan kenikmatan batin pasangan yang bergelar suami isteri.

Kesimpulan

Mudah bukankan nak bahagia? Bukan pada harta saja, tetapi kalau lima perkara di atas dijaga, insya Allah, anda dan pasangan pasti lebih harmoni sekaligus boleh tepis tekanan hidup setiap hari.

10 Tips Menjadi Suami Terbaik Di Mata Isteri


Lelaki yang layak digelar suami terbaik adalah seorang suami yang selalu memuliakan isterinya. Dia selalu menampakkan senyum di depan isterinya. Seorang suami yang menjadi pemimpin dan pelindung bagi keluarganya.

Dia juga berjuang mencarikan nafkah yang halal untuk isteri dan anak-anaknya. Seorang suami yang tak pernah lelah untuk bersikap lemah lembut mengingatkan, membimbing serta memaafkan kesalahan isterinya. Menjadi seorang nahkoda dalam keluarga untuk mengharungi samudera kehidupan agar selamat sampai menuju pelabuhan hakiki iaitu syurga-Nya.

Dia tidak hanya menuntut isterinya agar menjadi seperti yang ada dalam fikirannya. Akan tetapi ia lebih banyak memberi contoh yang baik dalam rumah tangganya. Ia tidak hanya menuntut isterinya agar menjadi seorang wanita yang bertakwa kepada Allah akan tetapi dia terlebih dahulu mencontohkan dirinya sebagai seorang suami yang bertakwa.

Ia tidak hanya menuntut isterinya agar menjadi wanita yang penuh hormat kepadanya akan tetapi ia terlebih dahulu menjadikan dirinya sebagai seorang suami yang selalu menghargai isterinya.

Berikut 10 tips menjadi suami terbaik di mata isteri :

1. Ambil tahu tanggungjawab isteri

Isteri anda bekerja di luar ataupun hanya seorang surirumah, adakah anda para suami, benar-benar tahu apakah tugasan harian isterimu? Kalau tak tahu bertanyalah!

To-do List’ harian seorang isteri boleh jadi terlalu banyak sehingga tidak terdaya kudrat dan kehabisan masa untuk melaksanakannya. Oleh itu penuhilah keperluan isterimu dan hargailah pengorbanannya.

2. Bantu urusan isteri sebelum terlambat!

Masa terbaik untuk membantu isteri anda melakukan tugasan hariannya adalah sekarang! Jangan tunggu isteri anda kepenatan baru anda datang offer bantuan.

3. Jadilah pasangan yang proaktif

Orang putih cakap; “It takes two to parent. It takes two to make a marriage work out.” Oleh itu, jangan biarkan isteri anda yang menguruskan segala urusan dalam rumah tangga. Sebuah keluarga terdiri daripada suami, isteri dan anak-anak.

Kalau anda tak berperanan sebagai suami dan ayah adakah keluarga yang ada di rumah anda? Bekerja memang memenatkan, tapi ia bukan alasan untuk anda melepaskan diri dari tanggung jawab di rumah.

4. Jangan cuba menyelesaikan masalahnya

Ini satu perkara yang sangat penting bila berhadapan dengan wanita. Apabila mereka menceritakan masalah mereka, apa yang mereka maksudkan adalah mereka mahukan anda menjadi pendengar yang baik. Bukan pandai-pandai nak selesaikan masalah mereka. Lainlah kalau mereka minta.

5. Berikan masa kualiti bersamanya

Kesibukan kerja di pejabat dan tugasan-tugasan di rumah kadangkala membuatkan ‘quality time’ suami isteri terkorban. Oleh itu, peruntukkanlah masa yang berkualiti untuk anda berdua sahaja.

Sekiranya ada anak, cubalah minta tolong adik-beradik atau sesiapa untuk menjaga mereka sebentar. Gunakan masa berkualiti ini sebaiknya. Tak perlu lama tapi mesti konsisten berkala.

6. Biarkan dia bercakap selagi mana yang dia mahukan

Isteri atau wanita ini, memang suka bercakap. Atau bahasa lain mungkin orang panggil berleter. Biarkan, jangan ditegah. Itu salah satu terapi buat para isteri. Kita tidak tahu tekanan yang dihadapinya setiap hari dengan rumah dan anak-anak. Dengar dan cuba tunjukkan minat walaupun anda terpaksa berpura-pura suka.

7. Berikan ‘cuti’ pada isteri

Seorang suami bekerja 5-6 hari sehari. Bermula jam 9 pagi hingga 5 petang. Bayangkan si isteri, berapa harikah dia bekerja setiap minggu? berapa jam setiap hari? Setahun 365 hari isteri bekerja tanpa cuti.

Jadi, berikanlah masa untuk isteri bercuti. Bercuti dari segala jenis kerja rumah. Hantar isteri ke spa, massage kalau perlu. Hari itu, cuba suami selesaikan semua tugasan rumah. Baru tahu penangannya.

8. Jangan tunggu disuruh!

Masalah suami ni bukannya pemalas, tetapi mahu tunggu disuruh baru nak tolong. Mana tak isteri berleter. Jadi para suami, perhatikan keadaan rumah anda. Lihat apa yang boleh anda lakukan untuk meringankan beban isteri.

Mungkin ada pinggan mangkuk dalam singki yang belum dibasuh. Kipas yang sudah tebal habuknya. Baju di ampaian yang tidak sempat diangkat oleh isteri. Oleh itu, jangan tunggu disuruh!

9. Tanya isteri apa yang boleh ditolong

Ada isteri yang jenis tak suka suami membantu pekerjaannya yang akan lebih menyusahkannya. Sebagai contoh, anda ternampak kain dalam bakul yang belum berlipat, jadi anda mahu membantu dengan melipatnya. Sudahnya isteri anda berleter juga kerana cara lipatan anda yang tidak kemas dan menyusahkannya kerana perlu lipat semula. Jadi tanya dulu, apa yang boleh dibantu. Dan isteri anda akan sangat menghargai pertanyaan anda tersebut.

10. Berdoa untuk isteri

Ini yang paling penting dan utama. Doa. Hakikatnya Allah sahaja yang memegang hati-hati hamba-Nya. Oleh itu jangan pernah tinggalkan doa. Selalu ingat pada-Nya dengan amal-amal soleh yang anda lakukan semata-mata kerana Allah.

Kenapa Ramai Yang Bercerai Ustaz?


Seorang murid bertanya kepada gurunya seorang alim mengenai 13 orang bercerai dalam seminggu. Mereka minta nasihat. Murid itu minta nasihat guru alim ini kenapa jadi begini? Dia sangat sedih.

Jawab guru alim itu; "ramai orang baik tapi tidak pandai menzahirkan kebaikannya. Ramai orang saling mencintai tapi tidak pandai menzahirkan cintanya."

Sehingga keduanya bersedih dan menangis dan meraung kerana terpisah. Saling mencintai teramat namun cinta bertukar menjadi benci dan begitu benci sehingga tidak nampak walaupun satu kebaikan lagi.

Hal ini berpunca dari tidak mencintai Nabi s.a.w dengan sebenarnya. Orang yang teramat cinta Nabi s.a.w kehidupannya sentiasa mencontohi Nabi s.a.w.

Nabi s.a.w orang paling baik kepada keluarganya. Nabi s.a.w buat segala kerja rumah saat Baginda berada di rumah. Nabi orang paling rajin saat berada di rumah. Sehingga baju dan kasut yang koyak pun beliau jahit sendiri.

Nabi s.a.w sentiasa makan berjemaah. Minum dari tempat isterinya minum. Makan sebekas dan sehingga licin. Sangat menghargai makanan. Gembiranya orang yang masak. Tidak pernah complain atau keji makanan. Pernah rambut jatuh dalam makanan tetap berbual kebaikan di sebaliknya.

Isteri jatuhkan makanan dengan sengaja di depan sahabah Nabi s.a.w kutip makanan dan langsung tidak marah kerana Baginda s.a.w besarkan Allah dan utamakan akhirat.

Nabi s.a.w saat isterinya membuatnya marah tetap baginda s.a.w boleh sebut kebaikan isterinya, diam, mendoakan dan memanggil isterinya dengan panggilan yang mulia dan disukai isterinya.

Nabi s.a.w boleh menerima kekurangan pada isterinya walaupun baginda s.a.w manusia paling sempurna dan tiada manusia sepertinya. Sentiasa memaafkan. Nabi s.a.w menggunakan kelebihan yang ada pada isterinya untuk kerja dakwah dan kerja agama. dalam mendakwahkan wanita-wanita.

Nabi s.a.w tetap baring atas riba, tidur satu selimut ketika haid dan membersihkan darah haid isteri yang menitik. Ini benar-benar membuatkan isteri rasa benar-benar dihargai.

Nabi s.a.w membiarkan isterinya yang tertidur dan baring atas bahunya. Meminta maaf kepada isterinya walaupun tak salah dan menerangkan sebab tindakannya walaupun sebenarnya tidak perlu kerana Baginda seorang Rasul.

Nabi s.a.w selalu memberikan hadiah dan penghargaan kepada kebaikan isterinya. Pernah Nabi s.a.w kata, Wahai Juwaiyah kamu duduk beribadah dari sebelum subuh dan tidak bangun sehingga waktu dhuha ini. Pujian yang sangat hebat. Kemudian Nabi s.a.w hadiahkan zikir khusus padanya.

Nabi s.a.w memuji Abu Bakr di depan Aisyah r.ha Menghargai ayah mentuanya. Nabi s.a.w sangat baik dan merupakan sahabat pada mentuanya, disayangi dan dicintai bukan sahaja oleh isteri malah oleh mentuanya.

Nabi s.a.w dukung isterinya dan kenakan pipinya saat dukung isterinya dengan kasih sayang. Nabi s.a.w selalu pegang tangan dan gosok-gosok tangan atau peha isterinya walaupun bukan saat bersama. Itu membuat wanita rasa dihargai.

Nabi s.a.w sentiasa mendoakan isterinya dan kadang-kadang didengari dan diketahui isterinya. Nabi s.a.w pernah mandi bersama-sama dan bergurau ketika mandi bersama.

Nabi s.a.w Tahajud dan menangis di waktu malam. Isteri baginda s.a.w selalu ikut solat dibelakang Nabi s.a.w, saat pengabdian Nabi s.a.w di waktu malam.

Nabi s.a.w pernah kata ini salah saya kepada isterinya walaupun Baginda s.a.w tidak salah.

Nabi s.a.w pernah pesan jangan bersama isteri seperti binatang. Juga pernah pesan jangan menolak suami walaupun atas unta (kenderaan tertutup dalam perjalanan). Maksudnya Nabi s.a.w ajar supaya bergurau senda, menggoda isteri dan benar-benar bersama yakni saling menggembirakan saat membuat hubungan intim. Keduanya mencapai apa yang dinginkan. Memahami kehendak pasangan masing-masing.

Nabi s.a.w tidak pernah kata kenapa macam ini? kenapa tak macam ini? tapi saat berlaku Nabi s.a.w kata apa yang berlaku telah ditakdir oleh Allah. Nabi s.a.w tunjuk satu-satu seperti menunjuk orang buta. Pegang tangan pimpin sampai destinasi. Bukan tahu mengarah saja tapi sama-sama buat.

Baginda s.a.w sangat menyayangi anak-anak. Selalu dukung cucunya. Bermain dan mendidik dengan perkataan yang baik. Jagalah Allah, Allah jaga kamu. Baginda s.a.w sentiasa senyum. Abdullah ibnu haris kata aku tidak pernah lihat seseoang yang lebih banyak senyum dari Nabi s.a.w.

Nabi s.a.w penuh dengan akhlak yang mulia. Hormat orang tua, sayang kanak-kanak, suka melayan tetamu yang datang. Suka memberi makan dan suka beri salam.

Nabi s.a.w saat bersalam atau pegang tangan tidak akan tarik tangan sehingga orang itu lepaskan. Tidak akan alihkan telinga sehingga orang itu habis bercakap yakni mendengar dengan teramat baik dan tidak biarkan orang itu berlalu tanpa membantu menyesaikannya.

Begitu juga isteri Nabi s.a.w dan anak perempuan Nabi s.a.w turut mempunyai sifat seperti Nabi s.a.w. Suami isteri saling berlumba menunaikan hak dan memaafkan hak yang tak tertunai. Berlumba buat baik sehingga sama-sama masuk syurga dan paling utama mendapat redha Allah.

9 Ungkapan Ini Jangan Sebut Bila Bergaduh Dengan Pasangan


Lumrah apabila hidup berumah tangga mesti ada berlaku selisih faham, seperti kata orang tua-tua, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.

Walaupun lumrah, namun ada beberapa perkara yang perlu dielakkan oleh suami isteri apabila berdepan dengan konflik perselisihan faham. Semoga ianya bermanfaat untuk anda melayari bahtera perkahwinan bersama pasangan tercinta.

Berikut 9 perkataan jangan disebut ketika bergaduh dengan pasangan :

1. Ceraikan Saya!

Ini adalah perkataan 'keramat' yang selalu dilepaskan para isteri ketika berhadapan dengan pertelingkahan teruk dengan si suami. Seeloknya, moleklah jika bertenang, menarik nafas sedalamnya agar emosi yang dipendam itu lenyap seketika. Ingat! kerana satu perkataan ini apabila dilafazkan mampu membuatkan anda menyesal seumur hidup.

2. Saya Tak Marah

Selalunya perkataan yang keluar dari mulut adalah tidak sama dengan kelakuan dan gerak geri kita. Jika mulut mengatakan tidak marah pada pasangan, mengapa menghempas pintu dengan kuat sekali? Jangan nafikan apa yang anda rasai, sebolehnya katakanlah anda sedang marah terhadap pasangan agar dia tahu.

3. Awak ini macam ayah/mak awak juga

Elakkan untuk memperlekehkan atau mempertikaikan pasangan anda dengan menyatakan dia seperti ibu atau bapanya. Amat dibimbangi kata-kata ini akan membuatkan pasangan berasa 'down' tertekan dan lebih teruk lagi pasangan anda akan mengadu pada ibu bapanya.

4. Awak ni..(diikuti kata-kata kutukan)

Memang dalam kehidupan berumah tangga, pasti ada pasangan yang masih lagi terbawa-bawa sikapnya ketika bujang dahulu. Ini sering kali berlaku pada golongan suami kerana masih lagi mempunyai sifat malas seperti lewat bangun tidur, tidak letakkan baju kotor di tempat sepatutnya pastinya mengundang rasa tidak puas hati si isteri.

Ada sesetengah isteri yang kerap membanding-bandingkan suami orang lain dengan suami mereka. Memuji suami rakan yang jauh lebih baik dari suami mereka mengundang rasa tidak selesa dikalangan suami. "Awak ni tak macam suami liza tu..."

Bukan sahaja menyakitkan hati si suami, malah suami berasa tidak dihargai. Atasilah dengan komunikasi yang baik, bagi perhatian dan teguran secara berhemah. Jangan mulakan dengan membandingkan suami dengan orang lain.

5. Tengok anak-anak dah nangis

Seringkali menyalahkan pasangan dengan menuduh suamilah punca perbalahan hingga anak-anak yang melihat takut dan menangis. Amaran! Jangan sesekali bergaduh di depan anak-anak. Elakkan perkara ini berlaku.

6. Awak selalu saja lambat, tak pernah nak tolong

Kata-kata ini menggambarkan bahawa anda sama sekali tidak yakin dengan kemampuan isteri atau suami dalam segala hal. Sering kali merendah-rendah kemampuan yang pasangan ingin tunjukkan dan langsung tidak memberi semngat kepadanya untuk berubah menjadi lebih baik.

Ubah persepsi ini, sabar dan menerima kekurangan pasangan, jadikanlah kelemahan yang ada pada pasangan sebagai kekuatan untuk dirinya lebih berusaha untuk berubah ke arah kebaikan.

7. Semua ini salah awak!

Apabila pertelagahn berlaku, seringkali kita lihat suami atau isteri akan menyalahkan pasangan masing-masing. Daripada kita sibuk menyalahkan kesalahan pasangan, apakah lebih baik kaji dan lihat sendiri kesalahan diri. Kadangkala sikap seringkali tidak mengaku kesalahan diri adalah punca utama konflik rumah tangga.

8. Awak tak sayangkan saya lagi

Situasi ini kerap berlaku pada si isteri. Merasakan diri tidak dihargai dan seringkali berasa suami tidak lagi endahkan dirinya. Jangan begitu, jangan menuduh suami dengan ungkapan sedemikian.

Mungkin cara suami menunjukkan rasa sayang terhadap isteri adalah dengan cara yang kita seringkali tidak sedar, tidak nampak atau terlepas pandang.

9. Patutlah orang asyik ingatkan saya pasal ini tentang awak

Setelah anda melafazkan untuk menerima pasangan anda sebagai isteri atau suami dalam hidup anda, jangan sesekali merasa menyesal diatas pilihan itu. Itulah jodoh anda yang telah ditetapkan oleh-Nya. Terimalah segala kekurangan yang ada pada pasangan.

Mengapa perlu lagi dengar cakap-cakap orang tentang pasangan anda. Dan jangan tunjukkan kekesalan memilih dirinya sebagai pasangan hidup. Mengapa perlu libatkan orang lain dalam konflik rumahtangga anda?

Seeloknya berbincanglah dengan rasional, jangan bawa emosi ketika berbincang. Jika terlalu marah moleklah jika suami keluar terlebih dahulu kerana dengan cara itu si isteri akan berasa lebih tenang.

Ingat semula segala pengorbanan, penghargaan dan penerimaan yang dilakukan oleh pasangan kita. Jika berjauhan walau seketika dengan pasangan anda, pasti akan timbul bibit-bibit kerinduan terhadap pasangan.

10 Perkara Wanita Tak Jangka Semasa Mengandung


Ucapan tahniah dan dan naik seri muka adalah antara yang biasa kita dengar apabila orang keliling dapat tahu kita mengandung. Tetapi, tidak ramai yang kongsikan masalah atau kesukaran yang terpaksa dilalui semasa mengandung. Mungkin ramai beranggapan kalau kita bercerita pengalaman buruk semasa mengandung akan boleh membawa kesan negatif kepada si ibu.

Sebenarnya, ada banyak perkara yang berlaku sepanjang tempoh tersebut dan ia biasanya berlaku di luar jangkaan. Emosi tak stabil, pengurusan masa jadi kelam-kabut dan pelbagai lagi masalah itu dan ini. Stres juga jadinya.

Berikut 10 perkara yang ramai wanita tak jangkakan semasa mengandung :

1. Kerap Bergaduh Dengan Suami

Sebelum anda mengandung, anda berdua sangat romantik. Pergi mana-mana bersama, berpegangan tangan, cakap pun lemah-lembut. Tetapi, semasa mengandung ada saja perkara yang tak puas hati. Walaupun ia bukanlah perang besar, namun ada kalanya ia boleh berlarutan dan menjadikan ibu hamil rasa seperti dipulaukan.

Namun, ini semua normal dan sebahagian besarnya adalah berpunca daripada paras hormon yang turun naik dalam tubuh wanita. Seperkara lagi, hubungan seksual anda juga mungkin akan terjejas disebabkan semua perubahan ini.

2. Taksub Dengan Tips Ibu Hamil

Sejak mengandung, Dr Google akan mula jadi kawan karib kita. Walaupun ia sedikit sebanyak boleh membantu, namun kadangkala ia boleh menjadikan kita risau tak tentu pasal.

Tidak cukup dengan itu, ramai yang asyik mencari macam-macam tips ibu hamil. Segala buku, majalah dan bahan bacaan tentang ibu hamil dan bayi pasti akan dibeli. Bukanlah teruja tak tentu pasal, cuma perasaan ingin tahu memang sedang memuncak-muncak dalam diri.

3. Ruginya Tak Tidur Puas-puas!

Ketika belum ada anak, tak pernah terfikir yang kita akan sentiasa tak cukup tidur. Ingatkan, kalau anak tak boleh tidur pun dalam 1-2 minggu pertama saja. Tapi, hakikatnya seorang ibu memang akan menghadapi 'kemarau' tidur buat masa yang panjang, lebih-lebih lagi yang menyusu badan. Rasa rugi pula sebab tak tidur sepuas-puasnya masa mengandung dulu!

4. Tak Konfiden Dengan Bentuk Badan

Bila tengok majalah keibubapaan, rasa kagum dengan ibu-ibu mengandung yang gigih dan serba boleh. Ada yang jahit baju anak sendiri, ada yang masih kerja overtime, ada yang pergi outstation ke luar negara, ada yang konsisten buat senaman, semuanya nampak cantik dan berseri-seri macam tak ada masalah langsung.

Kalau dibandingkan dengan kita, perut membesar macam belon. Lepas itu, mulalah rasa insecure dan rendah diri tak tentu pasal. Sepatutnya, kita perlu konfiden dan menghargai diri sendiri. Buang masa saja kalau rasa tertekan dengan perkara-perkara remeh seperti ini.

5. Tempoh Berpantang Bukannya Dapat Berehat

Tempoh cuti berpantang, taska anak, pengasuh, alatan penyusuan dan penjagaan berpantang seeloknya dirancang lebih awal. Kita selalu menangguh hingga ke saat-saat akhir atau tarikh due. Sedangkan, kita mungkin akan bersalin lebih awal daripada tarikh tersebut. Kalau nak harapkan masa berpantang, memang susah nak merancang apa-apa lagi. Suami pula bukannya cuti lama.

Kita mesti rasa malu nak minta tolong daripada ibu bapa atau sesiapa yang menjaga kita semasa berpantang. Jadi, eloklah sediakan apa yang patut, survey siap-siap taska yang sesuai dan pergi melawat untuk melihat keadaannya. Penting!

6. Elak Makan Sesuka Hati

Selalu kita dengar orang kata, "tak apalah makan lebih sikit, kau kan mengandung." Jangan terpedaya. Ini semua boleh menjadi tabiat buruk yang sukar dikikis lepas bersalin nanti. Sebenarnya, kita hanya perlu makan macam biasa, cuma perlu tambahan kalori sekitar 300 kalori sehari. Nak tahu 300 kalori ini bersamaan dengan apa?

Menurut tips ibu hamil oleh Panduan Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia, 1 keping kecil roti canai bersamaan dengan 250 kalori manakala 1 mangkuk mi kari boleh mencecah 460 kalori.

7. Tak Perlu Beli Banyak Baju Saiz Newborn

Bagi anda yang belum tahu, seeloknya tak perlu berbelanja banyak untuk beli baju bayi, terutamanya yang bersaiz newborn. Memang nampak comel, tapi bayi amat cepat membesar. Tambahan pula, anda akan menerima begitu banyak hadiah daripada saudara-mara dan teman pejabat yang kebanyakannya adalah baju!

8. Susah Nak Dengar Nasihat Orang

Ramai yang akan mula memberi tips ibu hamil dan kongsikan pengalaman dengan anda. Sukar nak dipastikan sama ada komen-komen yang diberikan oleh orang sekeliling sememangnya agak negatif, atau kita yang terlalu emosi ataupun kita memang keras kepala?

Kadangkala, kita boleh menangis apabila hanya mendengar pendapat seseorang (yang mungkin kita sendiri tak kenal) tentang bayi yang bakal kita lahirkan. Naluri ibu-ibu sudah mula 'kick in' rasanya!

9. Terlebih Manja Dengan Suami

Kalau perlukan apa-apa, berterus-terang saja dengan suami. Inilah masanya untuk anda bermanja dengan mereka walaupun sebelum ini anda seorang yang independent. Tak perlu malu dan rasa bersalah. Kita bukannya malas atau mengada-ngada kalau ada permintaan tertentu. Melalui cara ini juga, sebenarnya dapat melatih para suami untuk lebih involved dan semakin bersedia menjadi bapa.

10. Tak Semua Ibu Rasa Excited

Selalunya kita tengok ibu-ibu suka betul bila tahu mereka mengandung. Ada yang selalu bercakap dengan bayi, asyik bercerita tentang bayi. Tetapi anda? Emosi anda mungkin sekejap gembira, sedih, marah, murung, malu, risau atau takut. Sampaikan ketika bayi lahir pun, kita masih rasa kekok dan tak tahu nak melayan bayi.

Ia mungkin mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri, tapi lihat sajalah nanti. Anda sendiri tak tahu perasaan cinta anda boleh membuak sebegitu tebal untuk si kecil. Malah, ada banyak pula kelebihan dan kebolehan serta bakat terpendam yang tak pernah anda ketahui. Contohnya, anda mampu lakukan banyak perkara dengan sebelah tangan!

Kesimpulan

Jangan risau, anda akan melaluinya dengan sempurna. Kebanyakan ibu akan lupa semua kepayahan yang ditempuhi sepanjang 40 minggu mengandungkan si jantung hati. Nampak saja bayi lahir, semua beban akan terasa ringan, dan setiap kali mencium bau bayi, segala stres dan penat lelah terus hilang!

8 Cara Pikat Hati Mentua Yang Berkesan


Kebahagiaan hidup berumah tangga bukan hanya melalui kehidupan bersama pasangan semata, malah juga dengan keluarga baru anda. Lebih-lebih lagi mentua. Jangan tersilap langkah dalam mengambil hati mentua.

Berikut 8 tip bagaimana memikat hati mentua dan keluarga baru anda :

1. First Impression

Ingat bagaimana kali pertama anda bertemu dengan bakal suami dulu? Macam itu jugalah persiapan untuk bertemu dengan bakal mentua. Fizikal harus kemas dan sopan.

Tidak semestinya perlu lengkap berbaju kurung atau dengan gaya kasual sekalipun, asalkan kemas dan tidak mendedahkan bahagian tubuh seksi sudah memadai.

2. Tutur

Seharusnya anda merendahkan suara dan ringan mulut. Orang tua kalau kena cara dilayan mereka akan cepat dekat dengan diri kita. Komunikasi berkesan tentu sahaja mampu membuatkan hubungan anda dengan mentua lebih cepat erat.

Tawan hati mereka dengan tutur kata yang lembut dan penting untuk anda sentiasa mendengar apa pun cerita yang mereka ingin kongsikan. Jika mereka sudah mula mahu bercerita dengan anda maknanya mereka sudah percaya akan chemistry yang tercipta.

3. Kenali Rentak Ibu Mentua

Risiklah apa yang perlu daripada pasangan anda. Contohnya seperti minat mereka. Jika ibu pasangan anda minat memasak, cuba luangkan masa anda untuk mencuri berbual tips masakan bersama ibu pasangan anda.

Jika minatnya pula lebih kepada membeli-belah, luangkan masa anda bersama-sama membeli-belah ataupun boleh juga jika anda berbicara tentang jenama yang ibu mentua anda minati.

4. Jadi Diri Sendiri

Susah untuk jadi diri sendiri depan mentua? Kuncinya mudah sahaja. Anda hanya perlu faham cara mereka. Apa yang mereka suka dan apa yang mereka tidak suka.

Jika anda betul-betul faham akan kehendak mereka, jadi tiada masalah untuk anda menjadi diri sendiri dan secara perlahan-lahan mentua akan melihat dan menerima siapa diri anda sebenarnya.

5. Ringankan Tangan Menolong

Jika anda menziarahi mereka rajinkan tangan menolong seperti mencuci pinggan dan sebagainya. Atau paling ringkas yang anda boleh lakukan adalah belikan sesuatu jika anda mengunjungi mereka. Seperti buah-buahan, kuih-muih, kek dan sebagainya. Mudah bukan?

Bukan perlu berbelanja besar, cukuplah sekadar membeli apa yang patut. Terapkan nilai murni, adab menziarahi dalam diri, mudah-mudahan lembut hati mentua anda yang melihatkan keperibadian anda yang tidak berkira.

6. Sense Of Humor

Fakta yang perlu anda tahu adalah orang tua suka jika diusik kalau isu yang dibangkitkan berkaitan dengan apa yang mereka suka. Jika perbualan yang dikongsi membosankan, ‘twist’ cerita mereka dalam nada bergurau tetapi jangan sampai berlebihan dan kalau boleh berpakat dengan pasangan bagi meyakinkan setiap jenaka yang cuba dijual untuk memikat hati mereka.

7. Berkelakuan Sopan Dan Bertanya Khabar

Tunjukkan rasa hormat anda terhadap mentua dengan bersikap sopan dengan mereka. Ringankan mulut anda hubungi mentua anda dan tanyakan khabar mereka. Jika anda memerlukan pandangan dan pendapat, kongsikan serta tanyakanlah pada mereka supaya mertua anda merasakan diri mereka diperlukan.

8. Bangun Awal

Sesekali bila pulang ke rumah mentua jangan bangun lambat. Rajinkan diri untuk bangun awal setiap pagi. Bunyinya mungkin sukar tapi ini merupakan satu cara terbaik untuk anda menjadi isteri atau suami dan menantu yang faham akan maksud tanggungjawab.

Lama-kelamaan perkara ini akan menjadi rutin yang berguna terutama apabila sudah sampai masa anda menimang cahaya mata nanti.
You might like these as well: