5 Tabiat Buruk Yang Menyebabkan Petrol Dalam Tangki Kenderaan Cepat Kering


Dikala harga minyak semakin naik, bermacam-macam cara dan tips dikongsi untuk menjimatkan petrol ketika memandu. Di bawah ini, 5 tabiat buruk yang sering dilakukan oleh pemandu yang mana boleh menyebabkan petrol dalam tangki lebih cepat kering.

Berikut 5 tabiat buruk yang boleh menyebabkan petrol cepat kering :

1. Mengira untuk mengisi penuh tangki kereta

Ruang kosong di dalam tangki kereta boleh memberi ruang kepada proses evaporasi untuk berlaku, yang seterusnya akan menyebabkan berlakunya pembaziran petrol kerana wap-wap gas dalam tangki boleh terkeluar dari kereta.

2. Selalu mengabaikan pemeriksaan tekanan angin tayar

Tekanan tayar yang sempurna boleh memberikan lebih kilometer untuk setiap titisan petrol anda. Tekanan tayar yang tidak sempurna boleh menyebabkan kereta memerlukan lebih tenaga untuk bergerak. Pengguna dinasihatkan agar memeriksa tekanan angin sebulan sekali.

3. Selalu tekan pedal minyak sampai ke lantai

Lebih kuat anda tekan pedal minyak, lebih cepat petrol habis. Jadi untuk menjimatkan petrol, biarkan kereta anda memecut secara natural.

RPM yang terbaik untuk penjimatan adalah antara 2,000 - 2,500. Jika lebih, ia mungkin boleh menyebabkan pembaziran tenaga.

4. Buka tingkap ketika memandu lebih 80+km/j

Menurut jurnalis automotif, Christopher Neiger, memandu pada kelajuan 88km/j sambil membuka tingkap boleh menyebabkan penurunan 20% atau lebih terhadap keefisyenan pembakaran petrol. Jadi, gunakan pendingin hawa ketika memandu pada kelajuan ini.

5. Selalu letak kenderaan di bawah terik matahari

Apabila kereta diletakkan dibawah sinaran terik matahari, akan berlaku proses evaporasi di dalam tangki petrol sehingga menyebabkan hawa gas petrol terkeluar dari kereta.

Selain itu, pastikan juga penutup petrol diputar sehingga kemas supaya gas petrol tidak terkeluar dari tangkinya.

Satu lagi, pastikan kereta diservis pada jadual yang ditetapkan. Minyak hitam dan penapis udara yang kotor juga boleh menyebabkan petrol lebih cepat habis.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: