6 Tip Penjagaan Peti Sejuk Supaya Tahan Lama Dan Tidak Berbau


Peti sejuk merupakan perkakas rumah yang sering membantu dalam memastikan kesegaran sesuatu barang untuk bertahan lama. Peti sejuk juga menjadi tempat penyimpanan bahan masakan, khususnya barang mentah atau yang mudah rosak.

Bukan itu sahaja, peti sejuk juga merupakan perkakas yang sering digunakan oleh semua orang. Setiap kali melangkah masuk ke dapur, sudah pasti anda akan membuka peti sejuk, walaupun tidak berniat sekali pun untuk mengambil makanan darinya.

Mungkin kerana kekurangan ilmu atau tidak mengetahui penjagaan peti sejuk yang betul, kebanyakan dari kita mempunyai masalah berkaitan dengan peti sejuk. Di mana sering membaiki peti sejuk atau menggantikannya dengan yang baru kerana peti sejuk cepat rosak.

Bagi mengelakkan perkara itu berlaku, berikut dikongsikan bagaimana caranya untuk memastikan peti sejuk bertahan lama. Macam mana nak pastikan peti sejuk kita tidak berbau busuk dan tahan lebih lama?

Berikut 6 tip penjagaan peti sejuk supaya tahan lama dan tidak berbau :

1. Jangan dibiar terbuka lama

Jangan kerap kali membuka atau membiarkan pintu peti sejuk terbuka dalam tempoh yang lama. Ini akan menyebabkan suhunya berubah dan meningkatkan bekalan eletrik.

2. Beli yang mempunyai dua pintu

Pastikan anda membeli peti sejuk yang mempunyai 2 pintu yang mengasingkan ruangan sejuk dan sejuk beku. Ini kerana kita lebih kerap membuka ruangan sejuk berbanding sejuk beku.

3. Jangan terlalu dipenuhkan

Jangan penuhkan peti sejuk terlalu padat dengan barang makanan sehingga ruang udara di dalam peti sejuk tidak dapat bergerak dengan baik.

4. Jangan masukkan makanan panas

Pastikan anda tidak memasukkan makanan atau pun minuman yang masih panas ke dalam peti sejuk anda.

5. Kerap periksa saluran udara

Sentiasa memeriksa saluran udara keluar di bahagian sejuk beku supaya tiada barang yang menghalang pengudaraan dalam peti sejuk.

6. Kerap membersihkan

Sentiasa membersihkan peti sejuk dan memastikan barang yang disimpan di dalamnya tidak berada di luar tarikh luput.

Selain itu, untuk memastikan peti sejuk anda sentiasa berbau segar, anda boleh juga memasukkan daun pandan yang telah disimpul rapi atau menggunakan hirisan lemon. Selain itu, dengan menggunakan potongan kayu arang di dalam peti sejuk juga, ia dapat memerangkap bau dan mengembalikan kesegaran peti sejuk anda.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: