Bila Anak Jadi Saksi Aksi Intim Ibu Bapa


Memang ramai sebenarnya ibu bapa yang mengalami situasi terkantoi apabila anak menyaksikan aksi intim suami isteri di kamar tidur. Itulah siapa suruh tak berhati-hati.

Kalau anak sudah terlanjur melihat adegan 18 SX ini apa yang perlu suami isteri lakukan?

Tip ini mungkin boleh suami isteri praktikkan selain taktik bertanya; "semalam adik ada nampak apa-apa tak?"

Sebaiknya anda berdua bertenang dan tidak panik. Jangan memarahi atau menjerit minta si kecil keluar dari bilik. Apa yang dilihat sudah cukup membingungkan dirinya jadi jangan tambahkan kebingungan anak dengan jeritan dan kemarahan.

Sekiranya anak sudah remaja, tegurlah secara lembut dan minta dia menunggu di luar. Jika anak masih lagi kecil atau masih sekolah rendah, sebaiknya hentikan segera kegiatan anda. Berpakaianlah dengan pantas dan tenangkan dirinya.

Jika anak anda belum berusia satu tahun, apa yang dilihat masih belum memberi kesan buat dirinya. Meskipun begitu, sebaiknya temani anak agar kembali tidur jika anda berhajat meneruskan acara anda.

Kalau perlu ajak anak yang masih kecil berbicara mengenai apa yang telah dilihat. Ketika ini ibu bapa perlu beri penerangan dengan bahasa yang mudah difahami. Terangkan bahawa apa yang anda lakukan bersama suami adalah ekspresi kasih sayang yang biasa dilakukan oleh pasangan berkahwin.

Langkah-Langkah Pencegahan

Bagi mengelakkan si kecil melihat ‘aksi intim’ untuk sekian kali, sebaiknya ibu bapa perlu lebih berhati-hati sebelum memulakan aktiviti hubungan intim.

Bolehlah diamalkan 4 langkah pencegahan berikut ini :

1. Pastikan pintu bilik berkunci setiap kali anda bermesraan bersama suami untuk mengelakkan anak memasuki bilik tanpa sengaja.

2. Sekiranya anda tidur bersama si kecil pastikan anak benar-benar tidur lena. Paling selamat lakukan aktiviti intim suami isteri selepas jam 10 malam ketika situasi sudah pun aman.

3. Langkah berjaga-jaga, sediakan selimut atau pakaian berhampiran anda.

4. Usahakan agar anak tidur berasingan.

Semoga selepas ini adegan intim suami isteri tidak lagi dilihat anak.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: