Memaparkan catatan dengan label Wanita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Wanita. Papar semua catatan

5 Makanan Paling Popular Bagi Orang Bujang


Zaman ketika hidup sebagai orang bujang lebih-lebih lagi ketika awal-awal mula bekerja, duduk di bandar pula dengan kos sara hidup yang tinggi kadangkala mana sempat nak menyimpan duit. Nak merasa makan sedap kena tunggu hujung bulan. Dengan gaji basic RM900-1200 duduk di KL pula mana tahan.

Tidak ketinggalan juga ketika masih lagi bergelar pelajar universiti atau kolej. Ya! rutin harian apabila sudah lapar, santap megi, lapar lagi santap roti gardenia dengan jem sekaya, lapar lagi santap pula nasi bujang RM1.50.

Berikut adalah 5 makanan yang kerap kali orang bujang makan :

1. Mi segera

Makanan ini memang 'legend'. Walau sejauh mana zaman berubah. Walau sudah berkahwin pun memang mi segera kena simpan dalam rumah. Cuma bila sudah kahwin, kekerapan makanan mi segera berkurangan sikit sebab sudah ada tukang masak kan? Bagi duit poket bulan-bulan, pandailah dia masak untuk kita.


2. Biskut kering 4 sagi cicah milo

Makanan ini tak semestinya orang bujang, ada juga orang yang sudah kahwin makan macam ini. Cuma yang bezanya adalah kekerapan dalam sehari. Kalau masa bujang tak kisah kalau makan menu ini dari sarapan, makan tengah hari dengan makan malam.


3. Nasi putih, telur dan kicap

Ini pun salah satu makanan yang 'glamour' bagi orang bujang. Nak masak beraneka macam malas sangat. Malas satu hal, nak jimat duit kumpul nak kahwin. Jadinya masak nasi, goreng telur letak kicap. Kalau nak sayur sangat, hiris saja timun. Sudah lengkap hidangan sepinggan.


4. Roti kosong dengan kaya

Makanan ini pun tak adalah nak dihairankan sangat, cuma bezanya kekerapan kita makan menu ini. Tak kisahlah seminggu pun makan menu yang sama. Roti kosong disapu sekaya atau pun mentega kacang dari pagi, tengah hari dan malam.


5. Nasi bujang

Zaman kami dulu harga RM1.50. Nasi putih, telur dadar dan sup kosong, kalau tuan kedai itu baik hati dapatlah merasa sup kaki ayam. Tapi zaman sekarang tak pasti berapa harga bagi satu set nasi bujang ini. Hidangannya dari dulu sampai sekarang tetap sama.

Kenyang? Bolehlah sebagai mengisi perut ketika dompet tengah tak berisi lagi. Paling popular dikalangan student, malah menu ini juga sesuai bagi yang ikat perut sebab tengah kumpul duit nak kahwin.

5 Kualiti Lelaki Yang Wanita Perlu Tahu


Jika seorang wanita inginkan seorang lelaki yang memiliki sifat-sifat yang baik, maka dia perlu mendapatkan lelaki sedemikian. Dan jangan dipengaruhi oleh rupa parasnya, egonya, keretanya, gaya dia berjalan atau kata-katanya.

Berikut 5 kualiti lelaki yang wanita perlu tahu :

1. Mudah untuk belajar daripada kesilapan

Kadang–kadang ada sesetengah lelaki yang susah untuk mengaku salah disebabkan ego yang tinggi. Seorang lelaki yang berkelakuan baik mudah untuk mengakui kesilapan dan bersifat terbuka untuk memohon maaf. Sifat ini bukan sahaja merujuk kepada hubungan cintanya tetapi juga dalam setiap aspek.

2. Mempunyai belas kasihan

Empati merupakan emosi yang paling penting sekali. Lelaki yang selalu mengambil berat dan memahami situasi dan masalah yang dilalui oleh orang lain merupakan lelaki yang bagus.

3. Pandai menguruskan masa

Sudah menjadi lumrah wanita memang sukakan kejutan, hadiah, barang kemas, bunga dan pelbagai lagi. Namun begitu barangan tersebut tidak dapat dibandingkan dengan masa yang dikorbankan oleh kekasih mereka. Lelaki yang pandai bahagikan masa mereka walaupun sesibuk mana pasti mampu membuat wanita bahagia.

4. Straight to the point

Cari lelaki yang sentiasa berterus terang dan sentiasa bermaksudkan apa yang telah dikatakan. Sebagai seorang wanita anda mesti tidak suka untuk berteka-teki di kepala sendiri bukan?

5. Sentiasa membuat anda ketawa

Sudah menjadi lumrah kehidupan kita pasti akan ditimpa masalah dan dugaan. Oleh itu cari pasangan yang sentiasa mampu menceriakan diri anda dan membuat anda tersenyum walau dalam apa jua keadaan yang menimpa.

10 Ciri-Ciri Lelaki Playboy Atau Kaki Perempuan


Bagaimana cara mengenali lelaki Playboy atau kaki perempuan ataupun lelaki kasanova? Secara dasarnya, Lelaki Playboy adalah lelaki yang mempunyai ramai teman wanita dan bagi mereka seorang teman wanita adalah tidak mencukupi buat mereka.

Lelaki Playboy tidak semestinya mempunyai rupa paras yang kacak atau macho. Rupa biasa-biasa sahaja pun boleh menjadi playboy asalkan mereka mempunyai ciri-ciri seorang Playboy. Lagilah kalau rupa kacak adalah satu bonus untuk mereka. Mereka juga sanggup mengenepikan sifat wanita yang dibenci lelaki untuk menjadi Playboy.

Berikut 10 ciri-ciri lelaki playboy yang perlu kaum perempuan tahu :

1. Sangat Mudah Mengungkapkan Kata Cinta

Lelaki Playboy sangat mudah untuk mengungkapkan kata cinta atau I Love U kepada wanita yang baru dikenalinya. Kalau ada lelaki yang mengungkapkan kata cinta beberapa hari sahaja selepas berkenalan, sila berhati-hati kerana hampir pasti lelaki itu seorang Playboy dan tidak serius dan cuma main-main sahaja.

2. Ramai Kawan Perempuan

Salah satu ciri-ciri wajib bagi lelaki playboy atau kaki perempuan ialah mempunyai banyak kawan perempuan. Oleh itu, jangan hairan kalau ada antara rakan-rakan anda kenal dengan dia.

3. Tidak Menjawab Panggilan Telefon/Whatsapp/SMS

Lelaki Playboy jarang mahu menjawab sebarang panggilan ketika bersama anda kerana kemungkinan wanita lain yang menelefonnya ketika itu. Kalau dia sudah kerap sangat tidak menjawab panggilan telefon, maka besar kemungkinan wanita lain yang menelefonnya.

Begitu juga dengan mesej dari Whatsapp, WeChat, Messenger, SMS dan lain-lain. Awas, kalau mereka ada menunjukkan yang mereka membalas panggilan atau message secara sembunyi-sembunyi.

4. Pandai Berkata-kata

Lelaki Playboy sangat pandai berkata-kata dalam perbualannya walaupun kebanyakannya cuma kata kosong atau temberang semata-mata. Mereka juga sangat pandai memujuk wanita dan membuatkan hati mereka cair.

5. Suka Berahsia Akan Aktivitinya

Mereka tidak akan suka menunjuk-nunjuk akan aktiviti sehariannya kerana takut kantoi dan orang akan tahu akan cintanya curang. Mereka juga akan hanya memberitahu akan aktiviti mereka apabila dianya bermulang kali dengan tidak berapa rela.

6. Mempunyai Lebih Daripada Satu Nombor Telefon

Lelaki playboy biasanya akan menggunakan nombor telefon yang berlainan untuk memikat wanita. Biasanya satu nombor memang untuk personal dan nombor-nombor yang lain digunakan untuk memikat wanita-wanita di luar sana. Lelaki Playboy ini juga kerap bertukar nombor telefon.

7. Pentingkan Privasi Sendiri

Mereka tidak suka dan tidak benarkan orang lain menggunakan dan membelek-belek kandungan dalam handphone mereka. Dan jika dia benarkan pun, pasti akan ada banyak access yang di lock seperti applikasi Whatsapp, WeChat, Facebook dan SMS bagi memastikan orang lain tidak dapat melihat kandungnnya.

8. Tidak Serius Dalam Perhubungan

Kalau dah namanya Playboy, memang serius dalam perhubungan tiada dalam hidup mereka. Oleh sebab itu, lelaki Playboy ini biasanya akan menunjukkan sikap seolah-olah dia serius dan mengambil berat pada awal perkenalan sahaja walaupun yang sebenarnya mereka tidak serius dalam relationship mereka. Sekejap sahaja mereka akan kembali ke sifat asal dan memberi banyak alasan.

9. Suka Bergaya dan Pentingkan Penampilan

Lelaki yang Playboy sangat pentingkan penampilan dan suka bergaya. Mereka juga tidak suka kelihatan selekeh jika keluar dari rumah. Melalui penampilan juga mereka akan cuba memikat wanita-wanita lain yang mereka minat.

10. Mudah Mesra Dengan Perempuan

Lagi ciri-ciri Lelaki Playboy ini biasanya mudah mesra dan ramah dengan kawan perempuan yang baru dikenali sebab mereka memang sudah masak dengan sikap perempuan. Tetapi, tidak semestinya semua lelaki yang mesra dan ramah dengan perempuan itu adalah Playboy.

5 Jenis Lelaki Yang Tidak Layak Jadi Suami


Sepanjang pengalaman wanita bercinta, pasti ada pernah jumpa pelbagai jenis lelaki. Ada yang romantik, ada yang setia dan sebagainya. Namun apa paling penting, adakah mereka layak untuk dijadikan suami?

Adakalanya mereka yang tidak kacak sesuai jadi suami berbanding mereka yang kacak, namun tidak layak dijadikan suami. Ketahui jenis lelaki yang tidak layak jadi suami.

Berikut 5 jenis lelaki yang tidak layak jadi suami :

1. Tiada pendapatan dan boros

Lelaki yang tidak mempunyai pendapatan tidak layak untuk dijadikan suami. Mereka tidak mampu untuk menyara hidup anda. Kalau ada pun di antara mereka yang punyai pendapatan, mereka boros dengan hasil pendapatan mereka. Mereka tidak pandai membahagikan hasil pendapatan mereka pada tempat yang sepatutnya.

2. Sentiasa bergantung pada orang lain

Apa mungkin seorang lelaki yang bakal memberi nafkah kepada anda, hidup dengan masih bergantung pada orang tuanya? Itukah calon yang sesuai untuk dijadikan suami? Silap haribulan, wang anda yang disapu habisnya nanti.

3. Pemalas ya amat

Pemalas disini difokuskan pada keadaan mereka menguruskan diri mereka sendiri. Lihat sahaja bagaimana mereka menguruskan katil tidur mereka sehingga tidak dapat membezakan pakaian kotor dan bersih. Mereka hanya anggap mengemas rumah hanya kerja wanita.

4. Berfikiran negatif dan membuat anda rasa buruk

Seorang lelaki loser sentiasa berfikiran negatif. Mereka menganggap apa yang mereka hendak lakukan semuanya tidak boleh. Hidup suka beri pelbagai alasan itu dan ini. Lelaki jenis ini juga suka memburuk-burukan keadaan atau menyalahkan orang lain.

5. Jahil agama dan miskin amal akhirat

Ini merupakan lelaki paling bahaya dan patut wanita jauhi dan hindari. Lelaki jenis ini akan menghalang anda dari keabdian dan ketaatan kepada Allah dan kehidupan yang hakiki iaitu kehidupan akhirat. Hal ini akan menyebabkan anda begitu tertekan.

9 Tips Menutup Aurat Supaya Kelihatan Cantik Di Sisi Allah


Wanita dengan kecantikan memang cukup sinonim bagai adik beradik kembar. Bagi wanita muslimah mempamerkan kecantikan tidak jadi kesalahan namun mestilah pada tempatnya yang berhak. Inilah indahnya ajaran Islam, letak sesuatu betul ditempatnya.

Berikut 9 tips menutup aurat supaya anda kelihatan cantik di sisi Allah :

1. Tahu

Langkah pertama ialah ilmu. Penting bagi Muslimah mengetahui batasan aurat, ciri-ciri pakaian yang menutup aurat, siapa mahram dan siapa ajnabi, hukum hakam berkenaan aurat dan sebagainya.

2. Sedar

Bahawa tuntutan syariah ini amat perlu dan penting untuk dilaksanakan sesempurna mungkin. Jangan sambil lewa dan acuh tak acuh. Soal halal haram adalah perkara besar.

3. Syiar

Setiap agama ada imejnya. Imej wanita Muslimah dapat dikenali melalui ciri-ciri pakaian yang menutup aurat.

4. Fungsi cermin

Sebelum melangkah keluar rumah dengan yakin, tanyalah cermin; “Wahai cermin, adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat?”

5. Asingkan

Asingkan pakaian kepada dua kriteria; sesuai atau tidak dipakai di hadapan ajnabi. Pakaian yang seksi misalnya masih boleh dipakai tetapi hanya apabila bersendirian atau di hadapan suami.

6. Malu

Wanita yang tidak biasa mendedahkan aurat di hadapan lelaki ajnabi akan berasa malu, takut, gelisah dan sebagainya walau sekadar bermimpi tidak bertudung.

7. Sahabat

Bersahabat dengan wanita yang solehah boleh menguatkan pendirian dan langkah seseorang wanita yang ingin berusaha mengubah penampilan.

8. Eksklusif

Semua wanita itu cantik. Jika tidak manakan wanita menjadi senjata iblis melemahkan kaum lelaki. Namun kecantikan dan keindahan tersebut Allah kurniakan sebagai milik eksklusif wanita itu dan suaminya sahaja. Jadi usah dipertontonkan aurat dan perhiasan secara percuma jika suami pun perlu membayar mahar untuk memilikinya.

9. Banyak manfaat

Wanita yang menutup aurat hakikatnya akan melangkah keluar rumah dengan selamat. Mereka tidak perlu risau pada mata liar Ibernafsu syahwat) yang memandang.

11 Perkara Buat Wanita Rindu Mahu Hamil Lagi


Kerap juga kita dengar banyak masalah yang dihadapi oleh wanita sewaktu hamil. Selalu rasa loya, sengal badan, tak selera makan dan susah tidur malam. Bukan itu saja, setelah bersalin terdapat macam-macam pantang larang yang perlu dijaga.

Namun, walau sakit dan ‘strict’ macam mana pun, kebanyakan wanita tentu mengakui ada perkara ‘keistimewaan’ dan kelebihan ibu mengandung yang hanya dapat dirasai dalam tempoh 40 minggu itu.

Ada banyak kelebihan ibu mengandung yang hanya akan dirasai oleh insan yang bergelar wanita. Perasaan inilah yang dapat membuat wanita rasa ‘rindu’ nak mengandung lagi. Tak kisah pun masalah-masalah lain!

Berikut 11 perkara membuat wanita rindu mahu hamil lagi :

1. Wajah Berseri

Ada fakta sains yang mengaitkan kenaikan hormon dan peredaran darah yang lebih banyak dalam badan kepada ‘seri’ wajah ibu mengandung ini.

Perasan tak, wajah kurang berjerawat dan tak ada lagi rasa senggugut kerana kita berhenti haid buat sementara. Selain itu, ia juga mempunyai hubungan dengan kesihatan ibu mengandung yang berasa lebih gembira sepanjang kehamilan.

2. Kurang Stres Tentang Berat Badan

Perut kita memang dijangkakan akan membesar, lebih-lebih lagi apabila menghampiri due date. Jadi, tentu kita rasa kurang stres jika ada lemak berlebihan berbanding semasa tidak mengandung dahulu.

Kalau orang cakap; “Eh, badan kau macam dah naik la,” kita ada alasan ‘mengandung’ dan perlu menjaga kesihatan bayi. Apa pun, makan untuk 2 orang sepanjang kehamilan adalah mitos! Secara umumnya wanita hamil hanya perlukan 300-500 kalori lebih berbanding hari-hari biasa.

3. Boleh Mengidam

Mengidam ini sebenarnya salah satu tanda kekurangan nutrisi dalam tubuh kita. Itulah yang dijelaskan secara saintifik oleh pakar pemakanan, Susan Kundrat, melalui laman web Fit Pregnancy. Selain itu, ia mungkin juga adalah salah satu penangan hormon yang turun naik.

Walaubagaimanapun, kita memang bertuah kerana Encik Suami sangat rajin melayan dan mendapatkan macam-macam makanan pelik yang kita nak makan sepanjang waktu mengandung. Kalau hari-hari biasa kita minta, nanti dikatakan ‘buang tebiat’ pula!

4. Sensasi Tendangan Bayi

Tendangan bayi dalam kandungan adalah salah satu cara paling ‘ajaib’ yang menghubungkan bayi dengan ibunya. Walaupun tanpa sebarang kata-kata, hati si ibu mesti bergetar setiap kali merasakan tendangan bayi.

Sebab itulah hubungan bayi dengan ibu sangat erat dan mudah terjalin walaupun bagi ibu yang baru pertama kali melahirkan.

5. Dapat Jadi VIP

Dalam tren, dalam bas, dalam pasaraya, atau dalam pejabat, kita akan dapat pas VIP. Alhamdulillah, syukurlah kerana budaya kita masih lagi mengutamakan wanita mengandung dalam kebanyakan hal.

Kalau kita ‘ter’buat salah pun, biasanya orang tak kisah dan mudah memaafkan dengan alasan kita sedang mengandung.

6. Rasa Lebih Disayangi

Apabila mengandung, Encik Suami akan rajin memberi perhatian lebih kepada isterinya. Bukan setakat itu, ibu ayah dan kawan-kawan pun akan lebih selalu bertanya khabar.

Anak-anak lain yang lebih besar pun biasanya lebih senang bekerjasama dan mudah mendengar cakap kerana kasihankan ibunya yang sarat mengandung.

7. Teruja Nak Jumpa Bayi

Setiap hari, saat berjumpa bayi semakin hampir akan ada rasa keterujaan setiap kali kita memegang perut sendiri. Kalau hari biasa, kita mesti akan rasa “Ish, dah buncit lah...”

8. Dapat Beli Barangan Bayi

Geram kan tengok barang-barang bayi yang makin lama makin banyak dijual di pasaran? Lebih-lebih lagi barangan ‘handmade’ yang sangat comel dan ekslusif! Seronok dapat ‘shopping’ barang bayi. Macam terapi pun ada juga.

9. Rasa Lebih Feminin

Mungkin juga disebabkan faktor hormon progesteron dan estrogen yang meningkat, kita akan berasa lebih feminin. Selain itu, ramai wanita kurang mengalami masalah keputihan, dan rasa lebih konfiden terhadap penampilan diri. Payudara juga akan bertambah besar tanpa menggunakan apa-apa rawatan mahupun senaman. Banggalah sekejap!

10. Rindu Bau Bayi

Bau bayi memang sukar untuk digambarkan. Nak kata wangi, mungkin juga. Tapi ada juga kombinasi bau susu, bau masam, dan bau badan dia. Tambahan pula yang montel dan ‘berketak-ketak’ tangan dan kakinya.

Memang menenangkan, sampai ada yang geram nak gomol-gomol bayi hingga mereka menangis! Apabila bayi semakin besar, bau ini akan semakin berkurang dan akhirnya hilang.

11. Dapat Kawan Baru

Setiap kali kita mengandung, secara tidak langsung kita akan dapat kawan baru. Biasanya kita akan berjumpa mereka ini sewaktu pergi ‘check-up’ di klinik.

Kesimpulan

Antara kelebihan ibu mengandung yang paling seronok, ramai yang ringan mulut menegur kita tempat awam, terutamanya ibu-ibu yang turut mengandung. Bila mula berbual, seolah-olah macam kawan lama. Seronok sangat walaupun hanya sebentar!

Sakit bersalin macamana pun tidak akan menggentarkan wanita untuk mengandung lagi. Lebih-lebih lagi apabila timbulnya 11 perkara di atas dalam hati mereka. Rasa rindu nak ada bayi dalam perut.

Inilah kelebihan ibu mengandung yang sangat unik dan istimewa. Kalau sudah rasa bersedia, memang sesuai sangatlah nak tambah lagi satu!

4 Tips Memakai Hijab Bagi Wanita Berwajah Bulat


Semakin ramai wanita muslimah menyedari akan kewajipan agama mengenakan hijab untuk menutup aurat. Walaupun dengan penampilan seorang muslimah namun tetap penuh gaya, sehinggakan hijab mempunyai fesyen tersendiri dan mampu menguasai pasaran.

Dalam mengenakan hijab anda juga harus memperhatikan bentuk wajah anda agar nampak menarik dan menyenangkan. Ramai wanita berhijab yang berasa rendah diri kerana mempunyai bentuk wajah bulat serta pipi yang chubby. Anda bagaimana pula?

Jika anda tersenarai dalam kategori mereka yang berwajah bulat dan berpipi chubby sudah pasti anda sering bingung tentang potongan atau rekaan hijab yang sesuai dan tepat untuk digayakan dengan betuk wajah yang dimiliki. Anda juga pasti berusaha untuk mencari rekaan hijab yang mampu menutupi pipi chubby dan wajah bulat anda itu.

Sebenarnya untuk mengatasi masalah pipi chubby memang memerlukan perhatian yang lebih kerana jika tersalah memilih material dan bentuk hijab, anda boleh kelihatan semakin membulat dan chubby.

Berikut 4 tips memakai hijab buat anda yang berwajah bulat dan berpipi chubby :

1. Pilih anak tudung yang sesuai

Anak tudung atau inner mempunyai pelbagai jenis rekaan dan ia tidak semestinya sesuai untuk digayakan ke semua jenis wajah. Anda yang memiliki wajah chubby, perhatikan ukuran anak tudung tersebut.

Jangan sampai anak tudung tersebut kecil saiznya, sehingga menekan pipi anda. Secara tidak langsung ia membuatkan pipi anda kelihatan semakin chubby.

Untuk wajah chubby, sebaiknya pilihlah inner neck jenis awning yang sedikit panjang. Ia akan memberikan kesan wajah yang kelihatan lebih lonjong sehingga anda boleh menyembunyikan pipi anda yang chubby itu.

2. Pastikan material dan rekaan hijab tepat

Si chubby atau si pipi tembam tidak boleh sembarangan dalam mengayakan hijab. Anda disarankan memilih rekaan hijab yang boleh memberikan kesan wajah yang nampak tirus. Untuk menyembunyikan kesan chubby, gayakan hijab tersebut hingga ke bahagian pipi.

Di samping itu, pilihlah material hijab yang ‘jatuh’ sehingga memberikan efek wajah tirus. Elakkan mengayakan hijab daripada material sutera yang ‘jatuh’ kerana ia boleh mempertegaskan wajah chubby anda itu.

Selain itu, untuk memberikan kesan tirus, anda disarankan memakai hijab dengan warna polos gelap. Hijab yang bermotif akan menampakkan lagi wajah bulat dan pipi anda yang chubby itu, jadi jangan pakai ya!

3. Hindari hijab yang berlapis

Selain menghindari hijab daripada material sutera yang ‘jatuh’, anda juga perlu elak daripada memakai hijab berlapis. Hijab yang berlapis akan menambah volume pada wajah anda sehingga wajah anda akan kelihatan semakin chubby dan berisi.

Anda juga tidak disyorkan memakai pashmina yang tebal. Sebaiknya, anda pilih pashmina atau hijab daripada material nipis, tetapi tidak jatuh.

4. Lebih selektif dalam memilih aksesori

Tidak semua aksesori boleh digayakan dengan wajah bulat dan pipi chubby. Oleh sebab itulah, anda yang perlu selektif dalam memilih aksesori yang akan dipakai.

Jangan menambah aksesori di bawah telinga kerana ia akan membuatkan wajah anda kelihatan semakin lebar. Selain itu, elakkan memakai aksesori yang terlalu besar.

8 Cara Besarkan Payudara Secara Semulajadi


Payudara yang kecil membuatkan wanita berasa kurang yakin dengan diri sendiri dan keayuannya tidak menyerlah. Ia juga menyebabkan kesukaran untuk memakai baju atau dress yang berfesyen.

Ada dua cara dalam membesarkan payudara secara semulajadi iaitu dengan cara senaman fizikal dan juga dengan cara pemakanan.

Cara Senaman Fizikal

1. Push Up

Ini cara besarkan payudara yang pertama. Untuk melakukan latihan ini posisikan tubuh anda seperti posisi push up yang sering dilakukan oleh orang lain. Jika push up seperti posisi yang dilakukan oleh lelaki terasa berat untuk anda, letakkan lutut anda pada lantai.

Dengan lutut diletakkan pada lantai, semua beban tubuh anda akan bertumpu pada lutut dan posisi ini akan memudahkan anda untuk mengangkat berat tubuh keatas. Bagi anda yang belum biasa melakukan push up, sebaiknya lakukan push up dengan latihan yang ringan terlebih dulu.

Lakukan 5-6 kali push up dalam seminggu pertama. Setelah memasuki minggu kedua sampai selajutnya, tambahkan latihan push up menjadi 7-10 kali dalam seminggu.

Jika push up ini dilakukan secara teratur dan terus menerus, otot dada dan juga bahu anda bukan hanya terlatih namun juga memiliki kekuatan dan kekencangan.

Keadaan otot dada dan bahu yang demikian akan memastikan ukuran payudara anda akan berubah lebih besar dari sebelumnya. Cara besarkan payudara dengan push up ini selain efektif, ia juga mudah dilakukan kerana tidak membawa kesan sampingan bagi kesihatan tubuh yang lain.

2. Cara Berenang

Cara besarkan payudara ini perlukan tenaga dan skil. Senaman yang mampu merangsang pembentukan otot dada dan bahu juga dapat dilakukan dengan berenang. Jika hobi anda adalah berenang, ini adalah hobi yang bagus.

Namun, tidak semua gaya berenang memberikan perubahan yang signifikan terhadap ukuran payudara anda. Hanya gaya kupu-kupu yang memberikan pengaruh besar terhadap perubahan ukuran payudara. Bagi perenang yang masih baru, gaya kupu-kupu sangat sukar dilakukan kerana perlukan latihan khusus.

Namun bagi yang sudah profesional, gaya kupu-kupu dapat jadikan alternatif sebagai cara besarkan payudara. Ukuran payudara anda boleh berubah menjadi lebih besar hanya dengan senaman.

Cara Pemakanan Dan Lain-lain

1. Kacang soya

Banyakkan memakan kacang soya. Kacang soya mempunyai kandungan estrogen semulajadi (genistein) yang terikat pada reseptor payudara perempuan. Zat ini mampu membantu mencegah pertumbuhan kanser payudara.

2. Jauhi arak

Tidak relevan untuk Muslim. Bagi non-Muslim, lebih baik elakkan minuman beralkohol. Minuman beralkohol dapat meningkatkan risiko terkena kanser payudara. Meminum 2 gelas minuman beralkohol dipercayai mempunyai risiko terkena kanser 21% lebih tinggi.

3. Sayur

Banyakkan memakan sayur; beberapa jenis sayuran seperti brokoli yang mengandungi sulforaphane dapat mencegah pembiakan sel-sel kanser.

4. Ikan

Banyakkan memakan ikan laut; ikan laut banyak mengandungi asid omega. Asid omega ini berfungsi untuk memperkuatkan sistem keimunan tubuh dan menghalang pengaruh tumor yang dapat berkembang menjadi kanser.

5. Bersihkan selalu

Bersihkan payudara secara rutin; Bersihkan payudara secara rutin dengan menggunakan kain lap yang dibasahi dengan air suam.

6. Guna masker

Cara besarkan payudara yang terakhirkan ialah dengan masker. Gunakan masker payudara; payudara boleh diberikan masker khas untuk menjaga keindahan, kepadatan, dan tidak kendur.

Beberapa bahan semulajadi yang boleh dijadikan masker payudara adalah :

1. Kacang panjang

Kisar kacang panjang hingga halus kemudian tambahkan sedikit air sehingga agak kental. Gunakan untuk menyelaputi seluruh bahagian payudara kecuali bahagian puting. Letakkan masker selama 15 minit lalu bilas dengan air suam. Masker dari kacang panjang ini dipercayai dapat membesarkan ukuran payudara.

2. Yogurt dan telur

Campur sesudu yogurt asli dan sebiji telur, boleh juga ditambahkan vitamin E. Sapukan secara rata di seluruh permukaan payudara, urut perlahan-lahan agar masker meresap. Setelah dibiarkan selama 20 minit, basuhlah dengan air hangat hingga bersih.

3. Epal dan susu

Dua buah epal dipotong kecil-kecil lalu dicampurkan dengan 1 liter susu. Didihkan di atas api hingga kental seperti pasta. Setelah dibiarkan sejuk sapukan ke seluruh permukaan payudara. Masker ini dapat membuat kulit payudara menjadi kencang dan berseri.

7 Petanda Si Dia Tidak Tertarik Dengan Anda


Pelbagai idea dan cara mungkin sudah anda lakukan untuk menarik perhatian si dia. Namun, belum juga si dia tertarik kepada anda.

Mungkin anda perlu tahu apa tanda-tanda seseorang itu memang langsung tidak minat dengan anda. Ini supaya masa anda tidak terbuang sia-sia semata-mata mahu menarik minat dia kepada anda. Lupakan saja dia dan berikan tumpuan dan masa anda kepada seseorang yang lain.

Berikut 7 petanda bahawa si dia langsung tidak tertarik pada anda :

1. Dia tidak mahu melihat

Dia tidak mahu melihat anda ketika anda cuba untuk menatap matanya. Dia sama sekali tidak ingin membalas tatapan anda malah mengelak pandangan mata. Ini adalah salah satu petanda dia tidak tertarik pada anda.

2. Dia tidak bertindak balas

Dia tidak mahu bertindak balas terhadap apa yang anda katakan atau tanyakan pada dirinya, baik soalan peribadi mahupun hal ringan yang lain. Jika dia tidak bertindak balas dengan baik apa pun yang anda katakan, itu ertinya dia tidak tertarik. Berhenti berharap padanya dan cuba untuk mencari yang lain.

3. Dia tidak berminat mencuba sesuatu bersama

Jika dia tidak tertarik pada anda, dia akan sentiasa mengelak daripada topik apa pun yang anda katakan. Dia tidak akan tertarik untuk mencuba perkara baru apa pun dengan anda, malah ketika bercakap.

Jika anda mengesan sikap ini ada pada dirinya terhadap anda, ini bermakna dia tidak berminat dengan anda.

4. Dia berteriak

Dia akan berteriak ketika anda cuba menggali hal lebih dalam soal dirinya. Lelaki cenderung merosakkan ketika mempunyai peluang untuk berbual dengan wanita pujaannya.

Jika dia menyukai anda, maka dia akan mendengar secara terperinci apa yang anda katakan. Sebaliknya, jika dia tidak menyukai maka dia tidak segan-segan berteriak dan seolah-olah menyuruh anda untuk menjauhi.

5. Dia berhenti membantu

Dia akan berhenti membantu jika dia tidak berminat untuk menjalani hubungan dengan anda. Malah, jika dia cenderung melakukan perkara yang tidak diingini, itu bererti dia tidak tertarik pada anda lagi.

6. Dia melihat ke arah lain apabila bercakap

Salah satu petanda dia tidak tertarik pada anda adalah jika dia selalu melihat ke arah lain apabila diajak berbicara. Jika dia melakukan hal itu, ertinya dia bosan atau tidak ingin berkaitan dengan anda.

7. Tidak mahu berbicara

Dia berbicara kepada siapa sahaja, kecuali berbicara dengan anda. Ini sangat jelas memberitahu kepada anda bahawa dia tidak berminat menjalinkan hubungan.

4 Sebab Kenapa Wanita Cantik Sukar Temu Jodoh


Mesti anda perasan, ramai juga wanita yang berparas cantik namun sukar temui jodoh atau masih lagi single. Rupa sudah ada, tak akan tidak ada siapa yang hendak? Sepatutnya tentu ramai lelaki yang beratur nak jadikan kekasih atau bakal isteri.

Menurut kajian mendapati, wanita yang cantik bukannya tidak ada siapa yang hendak, tapi sikap mereka yang terlalu memilih.

Berikut ini 4 sebab kenapa wanita cantik sukar ketemu jodoh :

1. Terlalu memilih pasangan

Kebanyakan wanita cantik inginkan pasangan yang sepadan dengan mereka. Kalau sudah cantik mestilah nak pasangan yang kacak, barulah secocok. Lelaki yang rupa biasa-biasa memang mereka tak pandang.

2. Gaji dan pangkat tinggi

Sudahlah cantik, gaji beribu-ribu sebulan. Memang betul, kebanyakan wanita cantik inginkan lelaki yang bergaji lebih besar dari mereka. Sebab itu lelaki tak berani nak mendekati wanita cantik, takut kena reject.

3. Serik nak bercinta

Siapa kata wanita cantik tak pernah putus cinta? Kebanyakan wanita cantik jadi mangsa lelaki buaya darat. Memang susah hendak dapatkan kepercayaan balik. Jadi, perkara biasa bila tengok wanita cantik stay single.

4. Tidak serius dalam perhubungan

Kebanyakan wanita cantik ini jenis tidak serius dalam hubungan. Disebabkan ada rupa yang cantik dan ramai lelaki sanggup beratur, mereka tidak serius pada yang satu. Bagi mereka, ada lagi lelaki yang jauh lebih baik.

7 Cara Pengambilan Diet Bila Usia Wanita Masuk 40an


Mengawal berat badan dan kesihatan tubuh tidak hanya tertumpu pada wanita muda. Wanita yang mula masuk 40-an juga perlu mengambil berat terhadap penjagaan kesihatan dan tubuh mereka.

Tambah pula, wanita cenderung menambah berat bila mereka masuk usia 40-an dan 50-an. Ramai yang menyalahkan hormon. Tetapi hakikatnya lebih kepada kurangnya aktiviti yang dilakukan.

Namun begitu perubahan hormon boleh mengubah komposisi tubuh. Jadi, sebarang berat yang ditambah cenderung untuk berada pada bahagian perut. Macam mana nak kekal kurus dan sihat bila usia makin bertambah?

Berikut ini 7 cara pengambilan diet apabila usia wanita masuk 40-an :

1. Makan ikan

Risiko penyakit jantung berkemungkinan akan meningkat selepas menopaus. Anda seharusnya cuba makan sekurang-kurangnya dua hidangan ikan seminggu.

Anda mungkin perlu mencuba mengambil suplemen minyak ikan jika mengalami masalah untuk makan ikan seminggu sekali. Minyak ikan mampu membantu mencegah kanser payu dara.

2. Kurangkan berat badan

Jika anda berlebihan berat badan, anda boleh meminimumkan simptom-simptom menopaus dan mengurangkan risiko jangka panjang penurunan hormon dengan cara mengurangkan berat badan.

Ini juga mampu membantu wanita mengurangkan yang obes atau berat badan berlebihan untuk mengurangkan ‘hot flashes’.

3. Tambah kalsium

Keperluan kalsium meningkat selepas umur 50 tahun. Kurangnya estrogen menyebabkan tulang tidak dapat menyerap kalsium dengan baik. Kalau anda mengambil secawan susu rendah lemak, secawan kopi latte atau 8 auns yogurt, anda mendapat lebih kurang 1,100 mg kalsium. Ini bermakna anda perlu menambah hanya 100 mg suplemen kalsium.

Jika anda mengambil tenusu, pilihan produk rendah lemak. Jumlahnya lebih kurang sama dengan kalsium yang penuh lemak tetapi kurang kalori.

4. Legakan rasa kembung

Majoriti wanita yang sedang mengalami menopaus mengadu diri mereka kembung dengan air. Penyebabnya tidak jelas. Apa yang boleh anda lakukan adalah mengurangkan jumlah garam dan karbohidrat yang telah diproses di dalam pemakanan.

Bahan-bahan ini boleh menyebabkan anda menyimpan air dalam tubuh. Tetapi jangan kurangkan pengambilan bijirin penuh yang kaya dengan serat untuk jantung sihat dan juga buah-buahan serta sayur-sayuran.

5. Cuba ambil soya

Soya mengandungi estrogen tumbuhan. Produk soya seperti tauhu, kacang soya dan susu soya boleh memberikan sedikit kelegaan daripada ‘hot flashes’ sederhana dan tidak meningkatkan risiko kanser payu dara.

6. Cuba minum teh ais berherba

Anda mungkin suka minum kopi atau teh panas setiap hari. Semasa menopaus amat tidak digalakkan untuk minum minuman panas ketika sarapan. Umumnya, minuman panas dikatakan mampu mencetus ‘hot flashes’. Cubalah untuk mengambil minuman sejuk dan tidak berkafein.

7. Cari diet yang sesuai

Cara mengambil kurang kalori yang dibakar pada jangka masa panjang, mungkin akan hilangkan berat badan. Sebarang diet seimbang boleh mengurangkan kalori.

Namun begitu, wanita selepas menopaus yang mengamalkan diet kurang lemak dan tinggi karbohidrat daripada sayuran, buah-buahan dan bijirin berkemungkinan kurang untuk menambah berat badan daripada wanita yang makan lebih banyak lemak.

8 Cara Cepatkan Bukaan Rahim Agar Mudah Bersalin


Bila anda sudah mula rasa sakit hendak bersalin, doktor akan periksa berapa CM bukaan anda. Selagi tak cecah 6 CM, anda tidak akan dibawa masuk ke labor room.

Sesetengah orang sekejap saja sakit sudah bersalin. Ada orang menderita berhari­-hari sakit tapi bukaan tetap sama, tak bergerak. Padahal punyalah sakit. Allah saja yang tahu.

Berikut dikongsikan 8 cara cepatkan bukaan rahim supaya mudah bersalin :

1. Banyakkan berjalan

Ya, memang sakit. Tapi kalau kita duduk lagi lambat pintu rahim akan terbuka. Tiap kali buat pemeriksaan, bacaan masih sama. Jadi banyakkan berjalan. Minta suami pimpinkan kalau takut terjatuh.

2. Jangan minum air selusuh terlalu awal

Biasanya bila hendak bersalin, ramai yang sibuk cari air selusuh. Tahukah anda? Kalau minum air selusuh terlalu awal, anda akan mengalami sakit yang teramat sangat sebab baby sudah sedia nak keluar. Tapi bukaan masih kecil.

Banyak juga kes rahim pecah, sebab ibu sudah meneran terlalu awal sebab tak tahan sakit akibat minum air selusuh. Oleh itu, elakkan minum air selusuh awal­-awal. Bila bukaan sudah mencecah 6 CM dan anda dibawa masuk ke 'labor room', baru boleh minta kebenaran doktor untuk minum.

3. Doa Nabi Yunus dalam perut ikan


"tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim." (Sebahagian Surah Al-Anbiya' ayat 87)
Jangan putus baca doa ini. Minta pertolongan dari Allah. Minta dipermudahkan urusan kita bersalin. Minta supaya kita dan bayi selamat, Allah Maha Mendengar. Jangan lupa juga untuk banyakkan berzikir dan selawat ke atas nabi s.a.w.

4. Minta maaf dengan ibu bapa dan suami

Yang ini 'part' paling syahdu. Dekat­-dekat hendak bersalin minta maaf dengan ibu bapa, lebih-­lebih lagi suami. Minta mereka doakan supaya kita mudah bersalin.

Minta juga mereka doakan agar kita dan baby selamat. Lagi bagus kalau kita minta maaf dengan semua orang. Manalah tahu jika ditakdirkan kita syahid sewaktu melahirkan, 'at least' kita sudah sempat minta maaf.

5. Baring mengiring sebelah kiri

Bila sudah penat berjalan, ketuk ketampi dan jalan itik mesti kita nak berehatkan? Bila baring atas katil pastikan kita baring mengiring sebelah kiri dan bengkokkan kedua kaki sikit. Bukan terlentang.

Tangan kanan letak di celah punggung kanan dan tarik ke atas (lakukan bila ada contraction sahaja). Buat berulang-ulang kali semasa 'contraction' sedang berlaku sampai doktor kata bukaan sudah 8-10 CM (ini adalah mood stanby).

'Final' bila masa nak teran, posisi masih dalam keadaan mengiring sebelah kiri. Tarik celah punggung ke atas sekuat hati sambil teran seperti nak berak (jangan angkat kaki) sampai kepala baby keluar. Bila sudah keluar kepala, terus tukar posisi terlentang. 'Push' macam biasa kerana kepala baby sudah keluar, nurse tinggal nak tarik badan saja lagi.

6. Makan kurma 3 atau 7 biji sehari

Buah kurma adalah pilihan yang sangat baik untuk makanan ibu mengandung, ibu yang hendak melahirkan dan bagi ibu yang baru saja melahirkan. Ini adalah fakta ilmiah yang diterima secara meluas.

7. Minum air kelapa muda

Selain memudahkan proses bersalin, ia juga membersihkan kepala bayi yang keluar dari pintu rahim. Kulit pun cantik dan rambut sihat.

8. Banyakkan bersujud

Posisi bersujud akan membantu mempercepatkan bukaan jalan untuk kita bersalin. Ia juga boleh mengurangkan sakit bersalin yang kita alami.

Itulah dia 8 cara cepatkan bukaan rahim supaya mudah bersalin yang boleh anda amalkan. Semoga supaya anda melalui proses bersalin yang mudah tanpa sebarang komplikasi dan semoga anda dan baby selamat.

7 Cara Wanita Haid Rebut Pahala Di Bulan Ramadhan


Ramai golongan wanita akan begitu gusar takut kehilangan pahala di bulan Ramadhan. Ini kerana dalam tempoh sebulan Ramadhan, wanita muslimat akan mengalami tempoh waktu yang tidak dibenarkan melakukan beberapa amalan kerana kedatangan haid.

La Tahzan. Seharusnya kaum wanita muslimat faham dan redha di atas ketentuan Allah ini. Ia adalah fitrah bagi seorang perempuan yang baligh. Ingat lagi kisah Aisyah yang menangis kerana kedatangan haid sewaktu ingin mengerjakan Haji Widak? Rasulullah menenangkan hati Aisyah dengan berkata;

“Sesungguhnya pekara ini (haid) adalah ketentuan Allah ke atas wanita.” Hadis riwayat Bukhari

Sebenarnya, banyak lagi amalan yang boleh dilakukan oleh wanita haid berbanding yang dilarang. Mana mungkin Allah mengabaikan kaum muslimat untuk mengumpul pahala seperti orang lain yang berpuasa. Jadi bagaimanakah caranya?

Berikut 7 cara wanita haid merebut pahala di bulan Ramadhan :

1. Tetap bangun bersahur walaupun tidak berpuasa

Dari Anas Bin Malik, Rasululullah s.a.w bersabda;

“Bersahurlah, kerana di dalamnya terdapat keberkatan.” Hadis riwayat Bukhari.

Bahkan, Ibnu Umar r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda;

“Allah s.w.t dan para malaikat-Nya menurunkan rahmat ke atas orang yang bersahur.”

2. Perbanyakan sedekah

Kita sedia tahu betapa hebatnya ganjaran yang Allah berikan kepada mereka yang suka bersedekah. Kehebatan itu bertambah sewaktu di bulan yang mulia ini seperti mana sabda Rasulullah s.a.w;

“Sedekah paling utama adalah sedekah di bulan Ramadhan.”

Menurut Ibnu Abbas, “Rasulullah adalah orang yang paling dermawan dan baginda lebih dermawan lagi pada Ramadan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya Al-Quran. Dan kedermawanan Rasulullah itu melebihi angin yang berhembus.” Hadis riwayat Bukhari.

3. Berzikir

Berzikir juga adalah dibenarkan bagi wanita haid. Jangan melepaskan pahala yang telah dijanjikan Allah dalam bulan Ramadhan dengan berkata perkara yang sia-sia.

Sebaliknya banyakkan membaca zikir mutlak (perlaksanaannya tidak dibatasi oleh waktu, jumlah dan tatacara tertentu) dan zikir muqayyad (perlaksanaannya dibatasi oleh waktu, benda, jumlah bacaan dan tempat tertentu).

Contoh zikir multak ialah membaca tasbih (Subhanallah), tahmid (Alhamdulillah), tahlil, (La ilaha illallah) dan takbir (Allahu Akbar).

Manakala contoh bagi zikir muqayyad ialah membaca ‘Bismikallahumma ahya wa amut’ ketika hendak tidur.

4. Beristighfar

Lazimi lidah kita dengan sentiasa beristighfar terutamanya pada waktu sahur. Allah telah berfirman :


"Iaitu) orang-orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari siksa neraka,"
"Iaitu) orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap taat, yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah), dan yang memohon ampun di waktu sahur." (Surah Ali Imran, Ayat 16-17)
5. Membaca Al-Quran

Terdapat perselisihan sama ada wanita haid dibenarkan atau tidak untuk membaca Al-Quran. Namun, pendapat yang kuat daripada Imam Malik, Imam Syafi’i dan Iman Ahmad menyatakan bahawa wanita haid adalah dibenarkan untuk membaca Al-Quran (yang dihafal) kerana tiada dalil yang mengharamkannya.

Namun, mereka dilarang untuk memegang atau menyentuh mushaf Al-Quran.

6. Menyediakan juadah berbuka untuk orang berpuasa

Dari Zaid bin Khalid Al-Juhani, Rasulullah s.a.w bersabda;

“Barangsiapa memberikan makanan untuk berbuka kepada yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun.” Hadis riwayat Tirmidzi.

7. Keluar melihat solat Hari Raya dan mendengar khutbah Raya

Ummu Athiyah berkata;

“Kami disuruh mengajak keluar wanita haid pada hari raya Aidil Fitri dan Aidil Adha, juga para gadis yang dikurung di dalam rumah. Mereka perlu menyaksikan kaum Muslimin dan doa mereka. Tetapi wanita haid perlu menjauhi tempat solat.” Hadis riwayat Bukhari

Kesimpulan

Cuti berpuasa tidak bererti cuti mengumpul pahala. Lakukan sebanyak mungkin kebaikan seperti senyum dan berwajah ceria kepada sesama insan, membantu orang yang memerlukan pertolongan, menyediakan pakaian bagi mereka yang mahu berterawih dan pelbagai lagi.

Semoga Allah menerima amalan para wanita muslimat di bulan Ramadhan dan memberi pahala seperti mereka yang berpuasa.

10 Tanda Orang Yang Betul-Betul Sayangkan Anda


Bagaimana hendak mengetahui tanda orang yang betul-betul sayangkan kita atau tidak? Apa tanda-tanda orang sayangkan kita yang boleh kita ketahui jika dia tidak mengungkapkannya?

Kita mungkin masih was-was sama ada dia betul-betul sayangkan kita ataupun dia mungkin kekasih tidak serius dalam perhubungan. lebih teruk lagi jika dia hanyalah seorang lelaki playboy atau perempuan playgirl.

Kadang-kadang, kita akan dapat mengetahui sama ada seseorang itu sayangkan kita atau tidak melalui tingkahlaku dan gerak-gerinya terhadap kita.

Berikut 10 tanda orang yang betul-betul sayangkan kita atau tidak :

1. Selalu Membuatkan Kita Gembira

Orang yang sayangkan kita akan sentiasa ada modal untuk membuatkan kita berasa gembira. Dia inginkan kita selalu happy supaya kita dapat melupakan masalah yang kita hadapi. Dia akan rasa sedih jika melihat kita sedih dan sentiasa mencari jalan untuk melakukan sesuatu yang dapat menggembirakan hati kita.

2. Terima Kita Seadanya

Orang yang sayangkan kita akan menerima kita seadanya tanpa mengira status, pekerjaan atau pangkat. Dia juga menerima segala kekurangan yang ada pada diri kita. Jia anda menemui orang yang sudi menerima segala kekurangan anda, jangan lepaskan dia sebab takut anda akan menyesal suatu hari nanti.

3. Ambil Berat dan Selalu Bertanya Tentang Kita

Si dia akan selalu bertanya mengenai diri kita dengan kerap. Dia juga akan sering bertanya jika kita ada apa-apa masalah dan dia akan sudi untuk mendengar masalah kita serta berusaha untuk selesaikannya. Dia juga akan selalu bertanya benda-benda yang mungkin dia sudah tahu tapi sengaja tanya untuk berbual-bual dengan kita.

4. Suka Pandang Kita

Orang yang sukakan kita memang suka pandang kita setiap masa. Jika kita pandang dia balik, biasanya dia akan senyum dengan kita. Dia juga suka pandang tepat kearah mata kita apabila bercakap dengan kita. ainlah kalau dia bencikan kita,jangankan hendak berbual, nak pandang kita pun mesti tak mahu kan.

5. Marah Bila Kita Buat Salah

Dia akan marah bila kita buat salah, bukan marah yang buatkan kita takut, tapi marah dengan tegur kita dengan nada seperti marah. Kadang-kadang, dia marah sambil senyum pada kita.

6. Suka Bermanja-manja

Orang yang sayangkan kita biasanya suka bersikap manja dengan kita. Itu juga merupakan cara dia menunjukan bahawa dia selesa bersama dengan kita dan wujud perasaan sayang pada diri kita.

7. Tidak Curang Dengan Kita

Lagi antara tanda orang betul-betul sayangkan kita sepenuh hati ialah dia tidak akan pernah memasang niat untuk curang dalam percintaan. Bagi mereka andalah segala-galanya dan mereka tidak akan terpikat dengan kekasih lain yang lebih hensem/cantik walaupun digoda.

8. Suka Usik Kita Terutama Bila Kita Bosan

Apabila kita berasa bosan, dia akan cuba banyak cara untuk menghilangkan rasa bosan kita seperti mengusik kita. Juga kita kita bosan, dia memang suka usik dan bergurau dengan kita dan kebosanan kita akan hilang dengan sendirinya.

9. Cemburu Bila Kita Dekat Dengan Orang Lain

Anda mesti pernah dengar orang kata cemburu tandanya sayang. Kalau tidak cemburu maknanya tidak sayang. Orang yang sayangkan kita mudah berasa cemburu apabila melihat kita mesra dengan orang lain, lebih-lebih lagi orang yang tidak dikenalinya. Cemburu itu tidak salah asalkan tidak berlebihan.

10. Meminta Maaf dan Memujuk Jika Dia Buat Silap

Orang yang betul-betul sayangkan kita akan meminta maaf dan cuba sedaya-upaya untuk memujuk kita jika dia melakukan kesilapan. Dia akan berasa sangat menyesal dan berusaha untuk memujuk kita sehingga kita memaafkannya atas kesalahan atau kesilapan yang dilakukannya.

5 Cara Mahu Menganggar Waktu Subur Isteri


Waktu subur ialah waktu berlakunya ovulasi. Oleh sebab jangka hayat ovum hanya 24 jam, maka amat penting untuk pasangan suami isteri menganggar dengan tepat waktu tersebut. Jika sedang berikhtiar untuk mengandung, adakan hubungan intim dalam tempoh seawal-awalnya 72 jam sebelum ovulasi ini kerana jangka hayat sperma puratanya ialah 72 jam.

Atau selewat-lewatnya sebelum tamat 24 jam jangka hayat ovum atau sebaik-baiknya setiap hari atau selang sehari dalam anggaran waktu subur. Contohnya jika waktu subur ialah pada 28hb, maka sasarkan hubungan pada 25hb, 26hb, 27hb dan 28hb.

Jika anda sebagai pasangan yang sah ingin mengelakkan kehamilan, elakkan hubungan intim atau guna metod pencegahan kehamilan yang lain pada waktu subur. Natural method sahaja biasanya tidak berapa efektif dan kebarangkalian berlakunya "kemalangan" adalah tinggi.

Berikut adalah 5 cara bagaimana mahu anggar waktu subur isteri :

1. Kalendar

Kaedah ini terpakai hanya untuk wanita yang mempunyai kitaran haid yang teratur. Caranya ialah anggarkan bila tarikh anda akan datang haid berikutnya (contohnya 11 Mei) dan tolak 12 hari (11 Mei - 12 hari = 29 April), dan tolak lagi dengan 5 hari (29 April - 5 hari = 24 April). Waktu subur anda ialah antara 24 April hingga 28 April.

2. Suhu badan basal

Ia merujuk kepada "Basal Body Temperature" iaitu suhu terendah dalam tempoh 24 jam. Apabila ovulasi berlaku, suhu badan (basal body temperature) akan meningkat sedikit daripada biasa. Jika diperhati, suhu meningkat selepas ovulasi. Maknanya anda mungkin terlepas saat ovulasi tersebut. Namun jangan bimbang, teruskan carta anda dan lihat pattern setiap bulan.

Lama-lama anda boleh agak bila waktu subur anda. Gunakan termometer basal temperature dan sukat suhu anda serta merta selepas bangun tidur pagi (pada masa yang sama setiap hari) sebelum melakukan apa-apa aktiviti termasuk berjalan ke bilik air.

3. Lendiran servik (cervical mucus)

Anda mungkin mengalami perubahan kepada sifat lendiran servik atau lelehan daripada kemaluan sepanjang kitaran haid. Lendiran ini sebenarnya menyediakan medium yang sesuai untuk pergerakan sperma pada waktu subur. Hebat, bukan?

Keadaan lendir yang paling baik (subur) ialah seperti putih telur (white egg) diikuti oleh berair (watery). Keadaan lendir yang tidak sesuai untuk sperma ialah seperti krim (creamy) dan melekit (sticky).

4. Sakit sebelah badan

Sesetengah wanita mungkin mengalami sakit (cramping) pada sebelah tubuh ketika ovulasi berlaku.

5. Kit komersial

Ovulation Predictor Kit. Kit ini akan memberitahu anda kebarangkalian anda sedang subur pada waktu itu dengan mengukur tahap hormon LH. Pada waktu subur, lapisan dinding rahim juga sangat baik untuk berlakunya penempelan (implantation) hasil persenyawaan antara ovum dan sperma.

Hebat sungguh kuasa Allah yang mengatur kondisi terbaik keadaan rahim, lendiran mukus, suhu badan dan lain-lain bagi mengoptimakan persenyawaan.

ADVERTISEMENT
Kesimpulan

Ini hanyalah tanda-tanda yang biasanya berlaku namun tidak semestinya ada pada setiap wanita. Teruskan doa dan berikhtiar agar Allah kurnia rezeki cahaya mata kepada anda.

- Daku Amat

7 Perkara Yang Tidak Boleh Dilakukan Selepas Putus Cinta


Apabila anda berhadapan dengan masalah putus cinta atau perpisahan, perasaan takut dan kekeliruan akan berlaku ke atas diri anda di awal-awal perpisahan.

Apabila kita sedang kecewa, kita akan lebih cenderung untuk membuat keputusan yang tidak tepat dan tidak rasional seperti keluar dengan orang yang tidak dikenali, menyalahkan diri sendiri, melukakan diri sendiri dan lebih bahaya lagi adalah mengambil keputusan untuk membalas dendam keatas bekas kekasih anda.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya kerana anda boleh mempelajari daripada kesilapan-kesilapan yang telah anda lalui agar hubungan seterusnya akan menjadi lebih baik dan lebih bermakna.

Walaupun setiap perpisahan itu amat perit untuk dihadapi oleh setiap individu, keperitan berpisah itu boleh dikurangkan bergantung kepada bagaimana cara anda mengendalikan masalah tersebut. Ini termasuklah perkara yang tidak patut dilakukan selepas berpisah.

Berikut 7 kesalahan yang tidak boleh anda lakukan selepas perpisahan :

1. Cuba untuk terus berhubung dengan bekas kekasih anda

Ada di antara anda yang akan memilih untuk bercakap dengan bekas kekasih seperti biasa. Mark Sharp, Ph.D., seorang ahli psikologi klinikal di Institut Perhubungan Aiki, memberi amaran kepada setiap individu bahawa, Walaupun terdapat potensi untuk kearah persahabatan selepas perpisahan, kebanyakan daripada mereka memerlukan tempoh masa untuk diri mereka sendiri sebelum mereka memulakan semula atas dasar persahabatan.

Walaupun seringkali dihimpit perasaan untuk menghantar mesej bertanyakan khabar kepada bekas kekasih anda tetapi jangan sesekali melakukannya kerana ia akan membuatkan keadaan menjadi lebih sukar kepada anda untuk melupakannya.

“Perasaan ingin untuk terus berhubung akan membawa kepada kekeliruan dan konflik yang amat kritikal ke dalam diri anda.” kata Dr. Sharp.

Jika perkara ini berlaku, ini bermakna anda telah melambatkan proses untuk melupakan bekas kekasih anda. Sebelum berfikir untuk terus berkawan dengan bekas kekasih anda, anda haruslah menangani kesedihan anda sendiri terlebih dahulu sebelum mempertimbangkan berkawan dengan bekas kekasih anda.

2. cuba untuk mendapatkan semula bekas kekasih anda

Kadang-kadang anda inginkan lebih daripada hubungan sebagai kawan dengan bekas kekasih anda dan mula berfikir untuk mendapatkan semula bekas kekasih anda.

Menurut Dr. Lieberman, Kebanyakan gadis-gadis akan melakukan kesilapan seperti mengejar lelaki yang memutuskan hubungan dengannya dengan berjanji mereka akan berubah untuk menjadi gadis impian yang diinginkan oleh bekas kekasihnya dan secara terang-terangan merayu dan menangis dihadapan bekas kekasihnya.

Tingkah laku terdesak seperti ini biasanya akan memakan diri dan akan menyakinkan lagi bekas kekasihnya bahawa keputusan memutuskan hubungan itu adalah tepat.

Jika anda memutuskan untuk memenangi semula hati bekas kekasih anda, satu-satunya cara adalah dengan menunjukkan kepadanya bahawa anda telah berubah kepada lebih baik dan mampu untuk mencapai kejayaan yang lebih besar dari sebelumnya.

Kata Dr. Lieberman; “Gunakan perpisahan ini sebagai panggilan untuk anda berubah daripada melakukan perkara yang tidak disukai dan menjauhkannya dari hidup anda”.

Jika bekas kekasih anda mahukan anda semula, itu adalah perkara yang baik. Jika tidak, itu bermakna hidup anda lebih baik tanpa dirinya.

3. Terlalu lama tenggelam dalam mengasihani diri anda sendiri

Dr. Lieberman mencadangkan bahawa jika anda masih terperangkap dalam masalah ini, jika anda masih di peringkat menangis selepas sebulan atau lebih, anda perlu mengambil rawatan terapi untuk membantu anda untuk memulihkan semula hati anda daripada terus berada didalam keadaan patah hati.

Apabila diimbas semula, anda akan merasakan seperti anda telah membuang masa dan berasa bersalah terhadap dirinya, apabila hubungannya dengan bekas kekasihnya tidak menjadi seperti yang diimpikan.

Jika anda mendapati diri anda didalam situasi ini, haruslah diingatkan bahawa, semakin banyak kesakitan yang anda alami, terdapat jumlah positif yang sama terhadap diri anda.

Ia adalah kata-kata Olver, konsultant dalam perhubungan dan penulis buku Secrets of Happy Couples: Loving Yourself, Your Partner, and Your Life. Jadikanlah pengajaran atau peluang kesukaran ini sebagai tahap ketahanan mental anda.

4. Melakukan sesuatu perkara secara berlebihan dan tidak terkawal

Dr. Sharp memberi amaran terhadap; “apa jua yang dilakukan secara berlebihan untuk menghilangkan kesakitan akan membuatkan anda menyesal di kemudian hari.”

Contohnya seperti minum atau makan terlalu banyak, membeli-belah bukan barang keperluan secara keterlaluan, dan lain-lain.

Sebaliknya, biarkan diri anda sembuh secara normal sedikit demi sedikit dan kemudiannya membina semula gaya hidup sihat anda seperti sebelumnya. Jangan biarkan karier atau kehidupan sosial anda menderita disebabkan cinta!

5. Cuba untuk “Rebound Relationship” dengan orang baru

Dr. Sharp telah melihat ramai gadis-gadis; “terlalu cepat untuk membina hubungan yang baru, atau tergesa-gesa membuat temujanji dengan mana-mana lelaki dengan beranggapan bahawa dengan cara ini mereka tidak lagi akan berasa sunyi dan rasa lebih selesa.”

Ia akan menyebabkan anda akan menjadi semakin rindukan bekas kekasih anda secara semulajadi terhadap kasih sayang yang telah pernah diberikan kepada anda. Dengan menggantikan tempatnya secara serta-merta adalah keputusan yang amat tidak tepat.

Anda akan merasakan kekasih baru anda adalah tidak sesuai untuk anda dan kekecewaan akan berlaku pula keatas orang lain. Fikirkanlah tentang perasaan kekasih baru anda, adakah anda juga turut inginkan kekasih baru anda mempunyai perasaan pada orang lain?

6. Berputus asa untuk perhubungan yang baru

Biasanya anda beranggapan akan kekal selama-lamanya dengan kekasih anda, tetapi jika berlaku perpisahan. Apakah yang perlu dilakukan oleh anda?

Kepercayaan bahawa tiada siapa yang akan menyintai anda lagi, atau anda tidak akan pernah untuk mencintai sesiapa lagi. Ini adalah sangat tidak benar kerana bukan hanya seorang lelaki atau perempuan sahaja di dunia ini untuk anda malah masih ada berjuta-juta lagi calon pilihan yang terbaik untuk anda.

Jika anda percaya anda akan terus hidup keseorangan, anda akan mula berhenti untuk mengambil berat tentang diri anda.

Sesetengah perempuan melakukan kesilapan dengan merasakan diri mereka telah berputus asa dengan lelaki. Mereka akan menggunakan makanan sebagai penenang untuk diri mereka, tidak memakai alat solek dan lebih cenderung menghabiskan masa didalam rumah kerana tidak mahu melihat dan berjumpa lelaki di dunia luar.

Dr.lieberman berkata berhati-hatilah dengan apa yang anda harapkan. Pada Suatu hari nanti, anda akan tersedar yang anda telah bersedia untuk berubah hati. Ingatlah bahawasanya orang lain akan melihat keindahan keatas diri anda apabila anda lebih menyayangi diri anda sendiri terlebih dahulu.

7. Memburukkan bekas kekasih anda kepada orang lain atau pada diri anda sendiri

Dengan memburuk-burukkan bekas kekasih anda dengan harapan dapat menyakitkan hatinya seperti mana si dia telah menyakitkan hati anda. Sikap ini boleh dikategorikan sebagai perilaku yang negatif dan ditolak sama sekali tindakan seperti ini.

Ini kerana perbuatan ini membuatkan bekas kekasih anda merasakan mulut anda adalah punca berlakunya perpisahan antara anda dengannya.

Apabila berlaku perpisahan, itu bukanlah bermaksud anda gagal atau kalah tetapi ia adalah peperangan anda dalam menuntut hak anda. Anda membenarkan anda bersedih seketika dan kembali bangkit dan menjadi lebih kuat dan bersedia untuk menghadapi dunia.

Cara yang terbaik adalah sentiasa menyayangi diri anda sendiri sebagai keutamaan dan membenarkan sesuatu hubungan itu masuk dan keluar dari hidup anda.

5 Tips Buat Si Dia Sentiasa Merindui Diri Anda


Ketika sedang hangat dilamun rasa cinta, rasa rindu pasti ada. Untuk menjaga rasa itu perlu dilakukan usaha, supaya hubungan terus konsisten. Tentunya juga anda harus tahu cara membuatkan si dia sentiasa merindui agar hubungan anda semakin hari semakin romantis.

Berikut 5 cara membuat si dia merindui dan tidak mudah bosan dengan anda :

1. Selalu Adakan Kejutan

Helah ini adalah satu helah yang mampu dilakukan dengan memberi hadiah-hadiah yang akan membuat dirinya terkejut. Tidak perlu hadiah mahal, cukup hanya dengan hadiah sederhana tapi bermakna, sisipkan ucapan kata sayang dan nyatakan bahawa anda rindu padanya. Cara ini akan membuatkan si dia terus merindukan anda.

2. Jangan Sering Berkomunikasi

Jangan terlalu sering berkomunikasi dengannya, sesekali lakukan percubaan supaya pasangan menghubungi anda terlebih dulu. Jangan sampai anda menunjukan kepada si dia, anda seperti selalu mengejarnya. Cara ini akan mengakibatkan pasangan anda akan merasa bosan dan menyampah kepada anda.

3. Berdikari

Tunjukan kepada si dia bahawa anda seorang yang berdikari, dalam erti kata hidup anda tidak akan selalu bergantung padanya. Anda juga harus meluangkan waktu untuk diri sendiri.

4. Berbual dan Mendengar

Anda harus mampu membuat si dia merindui anda dengan corak pemikiran anda. Tunjukkan kepadanya jika yang selama ini anda bualkan dengannya merupakan hal yang menarik dan membuat percakapan itu bermain-main difikirannya. Memberi suatu kepuasan kepadanya sama ada dari segi intelek, kejiwaannya dan seumpamanya.

5. Apa Yang Dia Sukai?

Cara ini akan turut membantu anda untuk mengerti dan memahami dengan mendalami hal diri pasangan. Cara ini juga akan menjadikan anda lebih mudah masuk ke dalam kehidupannya. Lelaki tidak akan meninggalkan wanita yang mudah beradaptasi dengan kehidupan mereka.

5 Perkara Negatif Ketika Anda Jatuh Cinta


Jatuh cinta adalah emosi menakjubkan yang boleh membuat hidup serasa sangat indah. Ketika menjalin percintaan dengan seseorang, anda bagaikan hidup dalam dunia anda sendiri.

Walaupun demikian, perkara indah ini tetap mempunyai kesan sampingannya. Semak 5 perkara negatif ketika jatuh cinta di bawah ini.

1. Kurang tidur

Salah satu perkara yang paling teruk ketika jatuh cinta adalah kurang tidur. Menghabiskan sepanjang malam memikirkan kekasih adalah penyebab utama insomnia.

2. Kehilangan destinasi

Apabila seseorang jatuh cinta, sangat biasa untuk seseorang kehilangan minat dalam banyak perkara lain. Inilah sebabnya seseorang yang sedang jatuh cinta tidak kisah dengan perkara yang berlaku di sekitarnya.

3. Membahas sepanjang masa

Ketika jatuh cinta, anda tak boleh menahan godaan untuk tidak bercakap mengenai dirinya kepada orang-orang terdekat. Ini akan membuat teman-teman anda jadi bosan.

4. Boros

Untuk menyenangkan orang tersayang, seseorang yang jatuh cinta tak segan menebuk lubang poket untuk membelikan barangan kesukaan atau mencipta suasana dating yang berkesan. Cinta berhubung kait secara langsung terhadap besarnya pengeluaran wang.

5. Melamun

Ketika bekerja, anda lebih banyak berkhayal sehingga dapat menurunkan produktiviti kerja. Perkara ini juga boleh menghalang perjalanan karier anda.

4 Panduan Membuat Wanita Ketawa


Lelaki perlu tahu bagaimana cara membuat wanita ketawa. Sebabnya? humor adalah salah satu faktor yang membuat wanita mencintai seorang lelaki.

Apabila lelaki terlalu serius dan tidak pandai membuat wanita ketawa, wanita mungkin menganggap lelaki tersebut kurang menarik walau sekacak mana pun.

Berikut ini dikongsikan 4 tips membuat wanita ketawa :

1. Situasi

Merupakan kesalahan kritikal jika mengajak wanita ketawa ketika suasana hati sedang marah. Tindakan ini malah memburukkan lagi keadaan. Jadi, pastikan bahawa suasana hatinya bersedia sebelum berjenaka.

2. Tidak berlebihan

Biasa-biasa sahaja dan janganlah melebih-lebih. Jenaka yang berlebihan boleh membuat wanita rasa kekok. Jenaka yang berkesan adalah yang spontan dan bersahaja bukan yang dibuat-buat supaya wanita ketawa.

3. Jangan menjadikannya bahan jenaka

Wanita adalah makhluk sensitif. Pastikan jangan tidak menggunakan penampilan atau sifatnya sebagai bahan jenaka. Alih-alih anda ketawa terbahak, dia malah akan membenci anda.

4. Romantis

Jenaka yang disisipkan dalam suasana romantis dapat meluluhkan suasana dingin, kekok dan berjaya membuatnya ketawa walaupun rasa malu-malu.

Wanita Sebaiknya Cukur Bulu Kemaluan Dua Hari Sebelum Hubungan Intim


Ramai kaum hawa memotong bulu kemaluannya sebelum bercinta. Tujuannya tidak lain adalah untuk membuat pasangannya makin ghairah di atas katil.

Jika pasangan anda termasuk salah satu yang melakukan hal tersebut, peringatkan dirinya agar tidak lagi mengulanginya! Kenapa?

Menurut penyelidikan, mencukur bulu kemaluan sebelum bercinta boleh datangkan bencana serius bagi kesihatan.

Saintis mendedahkan, memotong bulu kemaluan sebelum berhubungan intim adalah kesalahan yang merbahaya. “Perlu anda tahu, mencukur bulu faraj pada dasarnya akan membuat lapisan kulit luar menipis dan membuatnya jadi lebih sensitif,” terang Tsippora Shainhouse, Dermatologi dari Beverly Hills.

Tambah Shainhouse, aktiviti mencukur bulu kemaluan juga berpotensi besar menimbulkan rasa sakit di kawasan organ vital. Perkara tersebut disebabkan oleh lapisan kulit yang terluka akibat geseran.

“Kesan buruk mencukur bulu kemaluan tak berhenti sampai di situ. Kerana meninggalkan luka, aktiviti tersebut juga boleh mencetuskan terjadinya jangkitan, seperti herpes dan HPV, ” ringkas Shainhouse.

Bila masa terbaik bagi wanita mencukur bulu kemaluannya?

Disyorkan oleh Shainhouse, sebaiknya lakukan mencukur sekurang-kurangnya dua hari sebelum berhubungan intim. Dengan begitu, kulit ada masa untuk memulihkan dirinya dari iritasi.

Shainhouse juga menganjurkan agar para wanita memakai multi-blade razor untuk mengurangkan risiko iritasi dan memanfaatkan krim pencukur.

      Baca : 9 Perubahan Perwatakan Lelaki Disebabkan Faktor Peredaran Usia

ADVERTISEMENT
Kesimpulan

Sebagai wanita menjaga kebersihan diri sememang sangat dituntut sama ada bagi manfaat dirinya sendiri mahupun bagi kesenangan pasangannya.

- Daku Amat
You might like these as well: