Bila anda sudah mula rasa sakit hendak bersalin, doktor akan periksa berapa CM bukaan anda. Selagi tak cecah 6 CM, anda tidak akan dibawa masuk ke labor room.
Sesetengah orang sekejap saja sakit sudah bersalin. Ada orang menderita berhari-hari sakit tapi bukaan tetap sama, tak bergerak. Padahal punyalah sakit. Allah saja yang tahu.
Berikut dikongsikan 8 cara cepatkan bukaan rahim supaya mudah bersalin :
1. Banyakkan berjalan
Ya, memang sakit. Tapi kalau kita duduk lagi lambat pintu rahim akan terbuka. Tiap kali buat pemeriksaan, bacaan masih sama. Jadi banyakkan berjalan. Minta suami pimpinkan kalau takut terjatuh.
2. Jangan minum air selusuh terlalu awal
Biasanya bila hendak bersalin, ramai yang sibuk cari air selusuh. Tahukah anda? Kalau minum air selusuh terlalu awal, anda akan mengalami sakit yang teramat sangat sebab baby sudah sedia nak keluar. Tapi bukaan masih kecil.
Banyak juga kes rahim pecah, sebab ibu sudah meneran terlalu awal sebab tak tahan sakit akibat minum air selusuh. Oleh itu, elakkan minum air selusuh awal-awal. Bila bukaan sudah mencecah 6 CM dan anda dibawa masuk ke 'labor room', baru boleh minta kebenaran doktor untuk minum.
3. Doa Nabi Yunus dalam perut ikan
"tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim." (Sebahagian Surah Al-Anbiya' ayat 87)Jangan putus baca doa ini. Minta pertolongan dari Allah. Minta dipermudahkan urusan kita bersalin. Minta supaya kita dan bayi selamat, Allah Maha Mendengar. Jangan lupa juga untuk banyakkan berzikir dan selawat ke atas nabi s.a.w.
4. Minta maaf dengan ibu bapa dan suami
Yang ini 'part' paling syahdu. Dekat-dekat hendak bersalin minta maaf dengan ibu bapa, lebih-lebih lagi suami. Minta mereka doakan supaya kita mudah bersalin.
Minta juga mereka doakan agar kita dan baby selamat. Lagi bagus kalau kita minta maaf dengan semua orang. Manalah tahu jika ditakdirkan kita syahid sewaktu melahirkan, 'at least' kita sudah sempat minta maaf.
5. Baring mengiring sebelah kiri
Bila sudah penat berjalan, ketuk ketampi dan jalan itik mesti kita nak berehatkan? Bila baring atas katil pastikan kita baring mengiring sebelah kiri dan bengkokkan kedua kaki sikit. Bukan terlentang.
Tangan kanan letak di celah punggung kanan dan tarik ke atas (lakukan bila ada contraction sahaja). Buat berulang-ulang kali semasa 'contraction' sedang berlaku sampai doktor kata bukaan sudah 8-10 CM (ini adalah mood stanby).
'Final' bila masa nak teran, posisi masih dalam keadaan mengiring sebelah kiri. Tarik celah punggung ke atas sekuat hati sambil teran seperti nak berak (jangan angkat kaki) sampai kepala baby keluar. Bila sudah keluar kepala, terus tukar posisi terlentang. 'Push' macam biasa kerana kepala baby sudah keluar, nurse tinggal nak tarik badan saja lagi.
6. Makan kurma 3 atau 7 biji sehari
Buah kurma adalah pilihan yang sangat baik untuk makanan ibu mengandung, ibu yang hendak melahirkan dan bagi ibu yang baru saja melahirkan. Ini adalah fakta ilmiah yang diterima secara meluas.
7. Minum air kelapa muda
Selain memudahkan proses bersalin, ia juga membersihkan kepala bayi yang keluar dari pintu rahim. Kulit pun cantik dan rambut sihat.
8. Banyakkan bersujud
Posisi bersujud akan membantu mempercepatkan bukaan jalan untuk kita bersalin. Ia juga boleh mengurangkan sakit bersalin yang kita alami.
Itulah dia 8 cara cepatkan bukaan rahim supaya mudah bersalin yang boleh anda amalkan. Semoga supaya anda melalui proses bersalin yang mudah tanpa sebarang komplikasi dan semoga anda dan baby selamat.