7 Cara Pengambilan Diet Bila Usia Wanita Masuk 40an


Mengawal berat badan dan kesihatan tubuh tidak hanya tertumpu pada wanita muda. Wanita yang mula masuk 40-an juga perlu mengambil berat terhadap penjagaan kesihatan dan tubuh mereka.

Tambah pula, wanita cenderung menambah berat bila mereka masuk usia 40-an dan 50-an. Ramai yang menyalahkan hormon. Tetapi hakikatnya lebih kepada kurangnya aktiviti yang dilakukan.

Namun begitu perubahan hormon boleh mengubah komposisi tubuh. Jadi, sebarang berat yang ditambah cenderung untuk berada pada bahagian perut. Macam mana nak kekal kurus dan sihat bila usia makin bertambah?

Berikut ini 7 cara pengambilan diet apabila usia wanita masuk 40-an :

1. Makan ikan

Risiko penyakit jantung berkemungkinan akan meningkat selepas menopaus. Anda seharusnya cuba makan sekurang-kurangnya dua hidangan ikan seminggu.

Anda mungkin perlu mencuba mengambil suplemen minyak ikan jika mengalami masalah untuk makan ikan seminggu sekali. Minyak ikan mampu membantu mencegah kanser payu dara.

2. Kurangkan berat badan

Jika anda berlebihan berat badan, anda boleh meminimumkan simptom-simptom menopaus dan mengurangkan risiko jangka panjang penurunan hormon dengan cara mengurangkan berat badan.

Ini juga mampu membantu wanita mengurangkan yang obes atau berat badan berlebihan untuk mengurangkan ‘hot flashes’.

3. Tambah kalsium

Keperluan kalsium meningkat selepas umur 50 tahun. Kurangnya estrogen menyebabkan tulang tidak dapat menyerap kalsium dengan baik. Kalau anda mengambil secawan susu rendah lemak, secawan kopi latte atau 8 auns yogurt, anda mendapat lebih kurang 1,100 mg kalsium. Ini bermakna anda perlu menambah hanya 100 mg suplemen kalsium.

Jika anda mengambil tenusu, pilihan produk rendah lemak. Jumlahnya lebih kurang sama dengan kalsium yang penuh lemak tetapi kurang kalori.

4. Legakan rasa kembung

Majoriti wanita yang sedang mengalami menopaus mengadu diri mereka kembung dengan air. Penyebabnya tidak jelas. Apa yang boleh anda lakukan adalah mengurangkan jumlah garam dan karbohidrat yang telah diproses di dalam pemakanan.

Bahan-bahan ini boleh menyebabkan anda menyimpan air dalam tubuh. Tetapi jangan kurangkan pengambilan bijirin penuh yang kaya dengan serat untuk jantung sihat dan juga buah-buahan serta sayur-sayuran.

5. Cuba ambil soya

Soya mengandungi estrogen tumbuhan. Produk soya seperti tauhu, kacang soya dan susu soya boleh memberikan sedikit kelegaan daripada ‘hot flashes’ sederhana dan tidak meningkatkan risiko kanser payu dara.

6. Cuba minum teh ais berherba

Anda mungkin suka minum kopi atau teh panas setiap hari. Semasa menopaus amat tidak digalakkan untuk minum minuman panas ketika sarapan. Umumnya, minuman panas dikatakan mampu mencetus ‘hot flashes’. Cubalah untuk mengambil minuman sejuk dan tidak berkafein.

7. Cari diet yang sesuai

Cara mengambil kurang kalori yang dibakar pada jangka masa panjang, mungkin akan hilangkan berat badan. Sebarang diet seimbang boleh mengurangkan kalori.

Namun begitu, wanita selepas menopaus yang mengamalkan diet kurang lemak dan tinggi karbohidrat daripada sayuran, buah-buahan dan bijirin berkemungkinan kurang untuk menambah berat badan daripada wanita yang makan lebih banyak lemak.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: