5 Makanan Paling Popular Bagi Orang Bujang


Zaman ketika hidup sebagai orang bujang lebih-lebih lagi ketika awal-awal mula bekerja, duduk di bandar pula dengan kos sara hidup yang tinggi kadangkala mana sempat nak menyimpan duit. Nak merasa makan sedap kena tunggu hujung bulan. Dengan gaji basic RM900-1200 duduk di KL pula mana tahan.

Tidak ketinggalan juga ketika masih lagi bergelar pelajar universiti atau kolej. Ya! rutin harian apabila sudah lapar, santap megi, lapar lagi santap roti gardenia dengan jem sekaya, lapar lagi santap pula nasi bujang RM1.50.

Berikut adalah 5 makanan yang kerap kali orang bujang makan :

1. Mi segera

Makanan ini memang 'legend'. Walau sejauh mana zaman berubah. Walau sudah berkahwin pun memang mi segera kena simpan dalam rumah. Cuma bila sudah kahwin, kekerapan makanan mi segera berkurangan sikit sebab sudah ada tukang masak kan? Bagi duit poket bulan-bulan, pandailah dia masak untuk kita.


2. Biskut kering 4 sagi cicah milo

Makanan ini tak semestinya orang bujang, ada juga orang yang sudah kahwin makan macam ini. Cuma yang bezanya adalah kekerapan dalam sehari. Kalau masa bujang tak kisah kalau makan menu ini dari sarapan, makan tengah hari dengan makan malam.


3. Nasi putih, telur dan kicap

Ini pun salah satu makanan yang 'glamour' bagi orang bujang. Nak masak beraneka macam malas sangat. Malas satu hal, nak jimat duit kumpul nak kahwin. Jadinya masak nasi, goreng telur letak kicap. Kalau nak sayur sangat, hiris saja timun. Sudah lengkap hidangan sepinggan.


4. Roti kosong dengan kaya

Makanan ini pun tak adalah nak dihairankan sangat, cuma bezanya kekerapan kita makan menu ini. Tak kisahlah seminggu pun makan menu yang sama. Roti kosong disapu sekaya atau pun mentega kacang dari pagi, tengah hari dan malam.


5. Nasi bujang

Zaman kami dulu harga RM1.50. Nasi putih, telur dadar dan sup kosong, kalau tuan kedai itu baik hati dapatlah merasa sup kaki ayam. Tapi zaman sekarang tak pasti berapa harga bagi satu set nasi bujang ini. Hidangannya dari dulu sampai sekarang tetap sama.

Kenyang? Bolehlah sebagai mengisi perut ketika dompet tengah tak berisi lagi. Paling popular dikalangan student, malah menu ini juga sesuai bagi yang ikat perut sebab tengah kumpul duit nak kahwin.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: