Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan

Petua Sakit Lutut Dan Lenguh Sendi


Sakit lutut dan lenguh sendi adalah sakit di bahagian kaki yang biasanya dialami oleh lelaki atau perempuan terutama di kalangan mak ayah dan atok nenek kita.

Sebab itu orang yang selalu mencari ubat yang berkesan untuk merawat masalah sakit lutut, lenguh sendi dan masalah tulang selalunya kalangan mereka yang sudah berusia. Semakin meningkat usia memang kesihatan urat saraf dan sendi tulang akan terganggu.

Faktor-faktor lain penyumbang sakit lutut dan lenguh sendi ialah kerana berat badan berlebihan (obesiti), penggunaan sendi berlebihan misalnya atlit sukan, sejarah keluarga (faktor genetik) dan otot lemah yang boleh meningkatkan risiko kecederaan sendi akibat sokongan yang lemah.

Penyediaan bahan semulajadi yang mudah bagi merawat sakit lutut dan sendi

Berikut dikongsikan petua menggunakan bahan semulajadi yang mudah bagi merawat masalah sakit lutut dan lenguh-lenguh sendi. Semoga bermanfaat.

1. 2 biji epal hijau + 4 batang serai yang dipotong-potong (seperti dalam gambar). Kemudian masukkan air biar tenggelam bahan tersebut.

2. Masak sampai epal lembik kemudian minum airnya setiap hari sehingga sakit atau lenguh-lenguh di kaki atau lutut hilang.

3. Insya Allah sakit lutut akan sembuh (no injection, no pil, no stress).

4. Alhamdulillah, maklum balas dari orang yang mengamalkannya telah menunjukkan perubahan positif. Telah reda lenguh-lenguh di kaki dan lutut.

5. Amalkanlah untuk kebaikkan diri anda untuk memudahkan untuk menjalankan tanggungjawab seharian disamping beribadah.

Segala kebaikkan itu datang dari Allah dan bersyukurlah pada-Nya.

Petua Mengubati Resdung


Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung. Salah satu punca gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga disekelilingnya.

Resdung adalah sejenis penyakit yang mudah berjangkit dalam waktu yang singkat apabila daya tahan penyakit atau antibodi seseorang itu lemah dan tidak dapat menahan kuman resdung atau hama yang terus merebak dalam tubuh pesakit.

Percayakah anda resdung adalah penyakit yang berpunca dari parasit demodex atau apa yang dipanggil sebagai ulat resdung. Terdapat kira-kira 44 jenis resdung. Masalah resdung berpunca dari alahan terhadap habuk, debu, pemakanan, pencemaran dan lain-lain. Penyakit resdung juga boleh membawa maut!

Dianggarkan hampir 25% penduduk negara ini mengalami penyakit resdung yang serius. Di antara tanda-tanda resdung ialah :

1. Hidung tersumbat dan berair.
2. Kadang-kadang bahagian hidung dan mata gatal-gatal.
3. Lendir selalu keluar daripada hidung dan tekak.
4. Sakit tekak berpanjangan.
5. Deria bau juga terjejas.
6. Nafas jadi berbau.
7. Jerawat naik penuh di muka.
8. Kelemumur yang berterusan walaupun bermacam syampu telah digunakan.
9. Kadang-kadang mudah demam dan badan cepat lesu.

Penyakit resdung juga dikenali 'sinusitis'. Ramai yang tidak memandang serius tentang penyakit ini tapi sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya. Untuk kanak-kanak, ia boleh sebabkan jangkitan sellulitis dan merah pada bahagian mata. Akhirnya boleh menyebabkan buta.

Manakala untuk orang dewasa, ia boleh menyebabkan nanah daripada sinus frontal tidak dapat keluar daripada hidung dan akan masuk serta memenuhi ruang dalam otak. Ini akan menyebabkan dinding pemisah akan menjadi semakin tebal dan boleh mengakibatkan sinus mudah tersumbat.


Berikut petua bagi mengubati resdung terutama yang belum tahap kronik.

Bahan-bahan :

1. Limau nipis 8 biji.
2. Daun pandan 10 helai.

Cara-cara penggunaan :

1. Hiris daun pandan halus macam bunga rampai.
2. Perah limau nipis tadi dan gaulkan sehingga sebati.
3. Satu sebatian akan terhasil.
4. Sapukan pada muka. Insya Allah ramai yang elok.
5. Buat 3 kali seminggu. Elok dilakukan antara jam 10 pagi hingga 3 petang kerana waktu ini virus sedang aktif.
6. Campuran lebih boleh disimpan dalam peti ais tetapi yang masih baru lebih efektif.

Kalau bersesuaian, tidak sampai 5 minit ulat resdung akan keluar ikut kulit muka. Paling banyak akan keluar ikut kening.

Info tambahan

Resdung menurut istilah perubatan tradisional - Merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.

Resdung menurut istilah saintifik - Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.

Petua Buang Angin Dalam Perut


Angin yang tersekat di dalam badan akan menyebabkan diri rasa tidak selesa. Antara punca kenapa angin dalam badan anda susah hendak keluar adalah perut anda penuh dengan toksin sehinggakan sukar untuk angin bergerak keluar dan hanya bergerak di dalam perut.

Selain itu sikap sukar hendak redha akan sesuatu juga tanpa sedar badan anda akan berada dalam keadaan tegang dan badan yang tegang akan menyukarkan angin untuk bergerak keluar.

Tidak banyak bergerak juga menjadi faktor angin akan berkumpul pada satu tempat di dalam badan berbanding keluar dari badan anda.

Tanda-tanda angin banyak dalam badan :

1. Rasa lesu, letih dan tidak bertenaga.
2. Selalu rasa kebas, lenguh dan sengal-sengal.
3. Tapak tangan dan kaki berasa sejuk.
4. Selalu menguap atau mudah mengantuk.
5. Sukar bernafas atau nafas pendek.
6. Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang.
7. Kulit kering.
8. 'Muscle spasms' waktu tidur atau ketika jaga.
9. Perut berangin.
10. Sakit kepala (migraine).
11. Perasaan mudah marah.
12. Hilang selera makan.
13. Hilang atau kurang nafsu seks.
14. Dan rasa ketidakselesaan badan.

Cara dan Bahan-bahan :

1. 3 sudu halba direndamkan halba dalam air selama 2 minit dan toskan seketika.

2. 3 cm halia muda diparut.

3. 4 Ulas bawang putih.

4. 15 biji lada hitam.

Halba ditumbuk sehingga halus hancur dan kemudian dicampur halia, bawang putih. Akhir sekali masukkan lada hitam.

Tumbuk sampai hancur. Kemudian bahan-bahan tersebut digentel kecil seperti maajun. Boleh disimpan dalam peti sejuk letak satu bekas.

Jamu ini boleh diambil 2 biji pagi dan 2 biji malam. Jika diamalkan, perut akan kempis.

Tips cara makan ini :

Minum dengan air suam.

Insya Allah, badan akan ringan, angin akan keluar dan mengempiskan perut.

AMARAN : perempuan mengandung tidak sesuai diamalkan.

Selamat mencuba!

Ayat Al-Quran Untuk Rawatan Kanser


Di dalam kitab Al-Quran, ada ayat-ayat Al-Quran yang boleh kita amalkan bagi merawat penyakit kanser mahupun leukimia.

Secara umumnya, ayat-ayat Al-Quran yang berfungsi sebagai agen penyembuh kanser bermula dengan surah Al-Mukminun, ayat 91 hingga 100 dan surah Al-Hajj, bermula ayat 31 hingga 55. Untuk perubatan memadai baca ayat asal dalam bahasa Arab sahaja.

1. Surah Al-Mukminun ayat 91 - 100

2. Surah Al-Hajj ayat 31 - 55

3. Cara Rawatan :

a) Ayat-ayat dari surah Al-Mukminun dibaca pada waktu malam sebanyak tiga kali sama ada selepas Maghrib atau Isyak atau mana-mana masa yang sesuai pada waktu malam. Ataupun dibacakan di dalam sembahyang sama ada fardhu ataupun sewaktu Qiyammulail.

b) Ayat-ayat dari surah Al-Hajj pula adalah untuk bacaan siang sebanyak tiga kali sama ada selepas subuh, zohor atau asar.

Namun jika tiada kesempatan masa untuk baca ayat-ayat 31-55 surah Al-Hajj mengikut waktu yang dinyatakan tadi, maka bolehlah dibaca pada bila-bila masa di waktu siang. Kesimpulannya, tiada alasan sibuk atau tidak sempat untuk seseorang pesakit melakukan amalan ini.

c) Selepas kali membaca ayat ini, pesakit boleh berdoa kepada Allah agar sakit mereka sembuh. Berdoalah dengan penuh keyakinan bahawa Allah Maha berkuasa menyembuhkan setiap penyakit di dunia ini.

Kita telah pun berikhtiar dengan membaca ayat-ayat ini, lalu berdoa dan bertawakal kepada Allah, insya Allah, pesakit akan merasakan perbezaannya setelah beberapa hari.

d) Dua rangkaian ayat yang diberikan tadi, iaitu ayat dari surah Al Mukminun (91-100) dan Al-Hajj (31-55), hendaklah diamalkan selama empat hingga lima minggu.

Baca dengan seikhlas hati dan penuh keyakinan.

Setelah empat hingga lima minggu membaca ayat tadi, pesakit perlu pula membaca dua dari rangkaian ayat surah-surah di bawah ini.

4. Surah Rangkaian Ayat :

1. Surah Hud ayat 60 - 80 dan Surah Al-Anbiya ayat 38 - 50 atau

2. Surah Yunus ayat 55 - 70 dan Surah An-Nahl ayat 90 - 110 atau

3. Surah Ibrahim ayat 9 - 22 dan Surah Al-Qasas ayat 66 - 88 atau

4. Surah Yunus ayat 71 - 89 dan Surah Al-Kahfi ayat 38 - 60

60 rangkaian ayat suci Al-Quran yang merupakan ayat spesifik penyembuh penyakit kanser. Malah, ayat ini bersifat khusus untuk setiap tahap kanser dan spesifik untuk setiap jenis kanser yang dialami.

Cuba amalkan ayat-ayat di atas dan yakin dengan sepenuh hati bahawa yang akan menyembuhkan penyakit adalah Allah s.w.t.

Wallahu a’lam.

Cara Cepat Meninggikan Badan Di Usia Muda


Badan yang pendek atau tidak cukup tinggi boleh membuat sebahagian orang jadi kurang percaya diri. Apabila anda merupakan seorang lelaki sudah tentu akan malu seandainya tinggi badan anda jauh lebih rendah dari pasangan anda.

Begitu juga sebaliknya apabila terjadi pada wanita, tinggi badan sekarang ini menjadi antara syarat untuk memohon suatu pekerjaan misalnya polis ataupun pramugari.

Tinggi badan yang ideal akan sangat menentukan atau berpotensi dalam meraih kesempatan untuk bekerja di dalam bidang tertentu, baik swasta mahupun kerajaan. Kondisi badan yang tinggi juga harus seimbang dengan berat badan, iaitu jangan terlampau kurus ataupun terlampau gemuk.

Lalu bagaimana cara mudah dan alami meninggikan badan dengan ideal? Benarkah di usia muda paling ideal dan Kenapa?

Untuk mendapatkan tinggi badan banyak langkah yang perlu diusahakan seseorang, dari yang ringan sampai yang berat. Sama ada dengan bersukan, minum suplemen atau makanan yang dapat meninggikan badan.

Berikut ini cara-cara meninggikan badan dengan mudah yang idealnya dilakukan pada usia di bawah 21 tahun :

1. Lari cepat jarak pendek (sprint)

Latihan ini berguna menambah pelepasan hormon pertumbuhan. Penekanan pada otot kaki sepanjang latihan memberi impak pada pemanjangan tulang dan otot. Akan tetapi janganlah berterus-terusan mengerjakannya. Ini kerana boleh mengakibatkan pembengkakan pada otot serta tendon. Sprint disarankan pada permukaan alamiah seperti lantai, tanah atau rumput, bukan pada simen atau tar.

2. Menendang

Berdiri dengan kaki lebar dengan mengangkat satu kaki sesudah itu lakukanlah tendangan. Ulangilah minima 20 tendangan pada satu kaki serta berpindah ke kaki yang lain. Lakukan latihan ini sebanyak 20 kali. Latihan ini boleh memperpanjang tulang kering dan paha.

3. Lompat

Berdirilah di depan bangku atau tangga setinggi kaki. Untuk mengawali, lompat dengan satu kaki di dalam sepuluh hitungan. Kemudian, ulangilah dengan kaki lain. Lakukan gerakan melompat sampai tiga kali. Anda boleh beristirahat di sela latihan.

4. Berbasikal

Gerakan mengayuh basikal membuatkan jari kaki terus menggapai pedal. Ini adalah peregangan yang dapat membuat kaki lebih panjang. Lakukanlah selama lebih kurang 10-15 menit. Anda juga boleh menggunakan basikal statik atau stationary cycle di rumah.

5. Berenang

Berenang benar-benar sangat efisien untuk membuat tubuh fit serta lebih fleksibel. Lakukan renang gaya dada dan lakukan minima 20 minit.

Ketika usia masih muda peluang untuk meninggikan badan terbuka luas

6. Lompat tali

Latihan ini amat menyenangkan, lebih-lebih lagi bila anda sambil mendengarkan muzik menghentak. Lakukan sebanyak 300 kali di setiap hari.

7. Bergayut dan berayun

Pakai penahan atau ambang pintu yang tinggi. Anda boleh membelinya di kedai peralatan sukan. Di mulai dari posisi dengan berdiri kemudian biarkan tangan bergayut dan tubuh berayun. Posisi kaki sama ada lurus atau ditekuk, asal tubuh selesa. Lskukan latihan ini sekurang-kurangnya 10 kali dalam sehari.

8. Free hand

Berdiri tegak di ruangan yang luas serta tarik nafas dalam-dalam. Angkat tangan letakan di tingkat bahu, kemudian dorong tangan sejauh yang termampu serta lepaskan nafas. ulangilah 8-10 kali.

Tarik nafas serta tangan kembali ke posisi awal. Kemudian, angkat tumit sambil berdiri berjengket, hembuskan nafas, ulangilah 80-10 kali. Tarik nafas serta angkat lengan di atas kepala, kemudian ayunkan ke dalam dengan bentuk bulatan dan hembus nafas. Ulangilah 80-10 kali.

9. Perbanyakkan pengambilan protein dan karbohidrat

Pernahkah anda melakukan pengamatan terhadap orang-orang yang hidupnya serba cukup? biasanya mereka dan anak-anaknya memiliki postur tubuh yang tinggi melebihi tinggi badan rata-rata. Dan begitu juga sebaliknya, ada juga orang yang kehidupan ekonominya kurang dan berdampak pada tinggi badan tidak mencukupi tinggi badan rata-rata.

Rahsianya ada pada makanan mereka sehari-hari, orang yang banyak makan karbohidrat dan protein setiap hari akan memiliki pertumbuhan tinggi badan yang baik, selain itu otot-ototnya juga mudah berkembang walaupun tidak banyak berolahraga. Hal ini disebabkan kerana protein membantu pertumbuhan otot kita.

10. Perbanyakkan pengambilan kalsium

Kalsium berperanan penting dalam pertumbuhan tulang dan gigi. Semakin banyak kalsium di dalam tubuh maka semakin bagus pula pertumbuhan tulang anda. Kalsium hanya dapat diperoleh dari makanan dan minuman seperti makan ikan, sayur-sayuran dan minum susu. Ketiga jenis makanan tersebut ternyata mengandung banyak jumlah kalsium di dalamnya.

Demikian 10 tips yang berkaitan dengan cara meninggikan badan terutama di kala usia masih muda. Semoga dapat membantu anda.

Sarang Angkut-angkut Dan Daun Semalu Penawar Kanser


Mungkin ramai antara kita yang terlepas pandang akan khasiat sarang angkut-angkut dan daun semalu. Selalunya disia-siakan begitu saja tanpa dimanfaatkan.

Sebenarnya dua benda ini boleh menjadi penawar kepada pelbagai penyakit terutama kanser.

Petua Penawar Kanser

1. Cari sarang angkut-angkut. Sarang angkut-angkut adalah dipilih dari tanah yang terbaik oleh angkut-angkut. Buang semua telur dan anak angkut-angkut. Ambil tanahnya sahaja.

2. Seterusnya, ambil daun semalu. Daun semalu dapat mengecutkan sel kanser. Lurutkan dan ambil daunya dari 13 tangkai (biasanya dalam kiraan ganjil).

Tumbuk lumat di dalam satu lesung contoh lesung batu yang telah dibersihkan. Sewaktu menumbuk jangan bercakap tapi banyakkan selawat.

Kemudian gaulkan dengan tanah sarang angkut-angkut.

3. Masukkan 1 sudu air zam-zam dan gaul dengan campuran tersebut.

4. Baca al-Fatihah, ayat Kursi, dan

a. Surah Al-Baqarah ayat 22,


"Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu; karena itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahui."
b. Surah Al-Anbiya ayat 83 dan


"dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya: "(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang."
c. Surah Al-Hasyr ayat 21.


"Kalau sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir."
5. Sapukan pada tempat bengkak atau kanser tersebut. jika barah itu di dalam, ambik syarat sapukan di luar bahagian yang terkena kanser tadi.

Sakit beguk atau bengkak beruk dan sakit ghaot juga boleh guna kaedah yang sama.

Wallahu a'lam.

7 Cara Menghalau Lipas Di Rumah Anda


Lipas merupakan serangga yang ramai orang tidak mengemarinya terutama wanita. Ini kerana lipas merupakan salah satu binatang yang mengelikan dan selalunya ia akan dipukul menggunakan penyapu, selipar dan sebagainya sehingga mati.

Tahukan anda, jika lipas dipukul akan mendatangkan keburukan yang berpunca dari isi perut lipas. Perut lipas mengandungi cacing halus dan lembut yang akan hidup meskipun di luar daripada tubuh lipas. Bila cacing ini berada luar daripada tubuh lipas, dia akan mencari tempat baru. Cacing ini bersaiz pendek dan dapat dilihat melalui mata kasar pada jarak 10-20 cm.

Anda tidak percaya! Ia boleh dibuktikan melalui kaedah ini dengan cara meletakkan isi perut lipas di atas kertas hitam atau cermin dan anda dapat lihat cacing yang keluar dari perut lipas yang meronta-ronta mencari tempat baru.

Sangat bahaya, jika cacing ini memasuki kulit tubuh kita terutama kaki kerana dapat masuk melalui pori-pori kulit atau bila ada luka terbuka.

Anda ingin tahu petua untuk menghalau lipas? Jom ketahuinya :

1. Guna Sabun Mandi

Ambil sebuku sabun mandi dan potong kecil. Kemudian letakkan ketulan kecil sabun ini di setiap kawasan yang mempunyai lipas. Biarkan sahaja dan lihat hasilnya.

2. Hirisan Lemon

Potong dan letakkan hirisan lemon di kawasan yang ada lipas dan lipas akan bertempiaran lari. Selepas beberapa hari apabila lemon sudah kering, gantikan dengan lemon yang baru.

3 Timun

Ambil hujung timun atau pangkalnya dan letakkan di tempat yang ada banyak lipas. Kemudian lihat lipas akan mati.

4. Buah Pelaga

Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak.

5. Ubi Kentang

Kalau terlalu banyak sangat lipas, sediakan ubi kentang yang direbus dan dilecek dicampurkan bersama serbuk penaik dan gaul. Buat seperti begedel dan letak di tempat banyak lipas.

6. Daun Pandan

Letakkan hirisan daun pandan di dalam uncang tebuk uncang itu, kemudian letakkan di dalam laci atau di tempat pembiakan lipas.

7. Daun Kari

Letakkan saja daun kari di tempat-tempat banyak lipas dan lipas akan lari.

Semoga petua menggunakan bahan-bahan mudah didapati di rumah di atas dapat membantu anda dalam menangani masalah lipas di rumah anda.

7 Cara Menghalau Semut Di Rumah Anda


Semut sering mengerumi sesuatu makanan yang manis dan membuatkan kita sukar untuk menghapuskannya lalu membuang saja makanan yang tercemar akibat perbuatan semut. Terdapat pelbagai jenis semut, ada yang putih, hitam, merah dan perang.

Antaranya, semut yang bernama Coptotermes Formosanus Shiraki atau Semut Kongkiak adalah sejenis semut perang yang merupakan hama tanaman. Bentuk semut ini lebih besar daripada kerengga, berbisa dan boleh dijumpai di tanah berbukit berwarna kemerahan.

Semut Marabunta atau biasa dikenal dengan Semut Tentera (semut legion) merupakan jenis semut pemangsa agresif dalam mencari makanan. Semut Marabunta menyerang secara berkelompok dengan jumlah yang sangat besar.

Berikut cara untuk menghalau semut dari rumah anda :

1. Guna Minyak Masak

Gunakan minyak masak, sapukan di sekeliling badan pemanas air tu ataupun balang tempat simpan gula

2. Asam Gelugur

Selain itu, boleh masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) ke dalam bekas gula. Bau asam keping tidak akan menghilangkan atau menukar rasa manis gula.

3. Bunga Cengkih

Anda boleh juga meletakkan bunga cengkih pada laluan semut. Anda juga boleh meletakkan bunga cengkih di dalam kabinet supaya semut tidak membuat sarang.

4. Cili Kering

Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula.

5. Bawang Merah

Boleh juga masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. tidak perlu kupas kulit bawang tersebut.

6. Kulit Telur

Kulit telur juga boleh digunakan, bakar kulit telur hingga menjadi abu, tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

7. Daun Sirih

Siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumunan. Kalau duduk kampung, senang sikit nak dapatkan daun sirih.

Semoga perkongsian petua di atas mampu mengatasi masalah semut di rumah anda.

7 Cara Menghalau Lalat Di Rumah Anda


Lalat merupakan sejenis serangga yang mampu terbang dan boleh menyebarkan penyakit disebabkan cara permakanan dan sifatnya yang sering terbang ke tempat yang kotor seperti tandas, tempat sampah dan sebagainya.

Lalat juga adalah salah sejenis serangga perosak yang paling mudah dijumpai. Namun begitu, jenis lalat buah dan bunga tidak dikategorikan sebagai pembawa penyakit.

Kehadiran lalat pasti merimaskan sesiapa sahaja yang berhadapan dengan situasi ini. Selain bunyi yang dikeluarkan ketika terbang, ia suka menghinggap pada tubuh kita dan keadaan tersebut sangat menganggu.

Berikut adalah cara bagaimana hendak menghalau lalat :

1. Guna Lilin

Ambil dua batang lilin dan nyalakannya. Kemudian letakkan di atas meja makan atau di kawasan hidangan. Haba daripada lilin amat tidak disukai lalat.

2. Bunga Cengkih

Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam mangkuk atau cawan berisi air. Biarkan terdedah di ruang dapur.

3. Secekak Daun Kari

Letakkan secekak daun kari dalam bekas berisi air dan biarkan di sudut tempat makan atau hidangan.

4. Beberapa Cili Besar

Ambik beberapa biji cili besar dibelah dua dan letakkan di atas meja.

5. Tumbuk Kayu Manis

Tumbuk kulit kayu manis sehingga hancur. Kemudian taburkan pada meja makan jika anda tidak mahu lalat datang ke meja makan tersebut.

6. Mengibas Daun Belimbing

Kibaskan daun belimbing kepada lalat yang sedang terbang. Selepas itu lalat akan pergi jauh.

7. Uncang Berisi

Bagi mengurangkan lalat hinggap pada makanan, sediakan satu uncang yang diisi kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih di dalamnya. Gantungkan pada ruang makan yang terdapat lalat.

Keberkesanan petua-petua di atas untuk menghalau lalat adalah sementara, sekiranya anda mengamalkan kebersihan luar dan dalam rumah, sudah pasti lalat tidak akan hadir di rumah anda. ‘Kebersihan yang bersih bermula daripada anda sendiri’. Jagalah kebersihan di kawasan kediaman agar anda tidak ditimpa penyakit di kemudian hari.

7 Cara Menghalau Tikus Di Rumah Anda


Tikus merupakan sejenis binatang yang bukan sahaja kotor dan cukup menggelikan tetapi juga mengundang pelbagai penyakit yang boleh membawa kepada kematian.

Tidak seperti binatang lain misalnya nyamuk, membasmi atau menghalau tikus sangatlah sukar. Ini adalah kerana umur tikus yang relatifnya lebih panjang serta kemampuannya membiak memang cukup tinggi. Sekali melahirkan, minimumnya enam ekor dalam masa kehamilan yang singkat.

Jadi, tidak harianlah jika anda melihat tikus yang menjadi penghuni tidak diundang di kediaman anda semakin hari semakin banyak, seakan tidak habis-habis.

Disebabkan itulah juga kita memerlukan cara efektif agar tikus berasa tidak tenang berada di rumah kita. Ada beberapa cara yang kerap dilakukan untuk menghalau dan membasmi tikus seperti menggunakan racun tikus, perangkap tikus dan penghalau tikus elektrik. Tetapi kita juga boleh menggunakan cara semulajadi untuk membasmi dan mengusir tikus ini.

Berikut beberapa cara yang boleh anda cuba :

1. Daun Pandan

Daun pandan memiliki aroma wangi bukan sahaja boleh menyedapkan bau ruang kediamanan. Keharumannya itu tidak disukai oleh tikus.

2. Kucing

Peliharalah kucing di rumah, terutama kucing jenis tertentu yang dapat membunuh tikus.Kucing merupakan musuh utama bagi tikus!

3. Buah Mengkudu

Ambil dua atau tiga biji buah mengkudu. Potonglah mengkudu tersebut menjadi beberapa bahagian. Letakkan ia dalam sebuah mangkuk di kawasan yang sering dilalui tikus. Bau buah mengkudu yang menyengat membuatkan tikus pergi dari rumah.

4. Minyak Mint

Sapukan minyak yang diperbuat daripada daun mint (MenthaCodifolia) pada sehelai kain dan letakkan di tempat-tempat yang sering menjadi laluan tikus. Sudah pasti tikus tidak akan datang lagi kerana tikus tidak menggemari bau mint.

5. Kapur Barus (DryobalanopsAromatica)

Hancurkan beberapa kapur barus (kasar-kasar), kemudian taburkan di kawasan-kawasan yang menjadi ‘lubuk’ tikus itu. Cara ini cukup efektif kerana tikus sememangnya tidak suka dengan bau kapur barus yang cukup menyengat!

6. Cat Badan Tikus

Tangkap seekor tikus, kemudian lumurkan badannya dengan cat berwarna terang seperti warna merah, kemudian lepaskan. Tikus tersebut tidak akan datang lagi, malahan turut membuatkawan-kawan tikusnya yang lain berasa takut untuk mengganggu kediaman anda.

7. Buah Durian

Sediakan dua atau tiga biji buah durian. Mana-mana bahagian isinya yang sedap itu, anda makanlah. Kemudian, letakkan potongan kulit durian tersebut di tempat-tempat yang selalu dilalui oleh tikus. Tentunya bau durian yang menusuk hidung dan kulitnya yang berduri membuatkan tikus berasa gerun untuk singgah di kediamanan anda.

Keberkesanan cara-cara membasmi dan mengusir tikus di atas bergantung pada banyak faktor, antaranya keadaan ruang dan kawasan persekitaran rumah anda.

Jadi, anda harus sentiasa peka dengan keadaan disekeliling. Elakkan daripada melakukan perkara yang boleh mengundang penyakit yang disebabkan oleh tikus, seperti penyakit kencing tikus!

Penyakit kencing tikus ini adalah antara penyakit berbahaya kerana kebanyakan yang menghidapinya berisiko untuk maut. Jagalah setiap pemakanan, persekitaran dan akitiviti anda dan keluarga setiap hari. Pastikan juga kediaman ada terjamin bersih dan bebas daripada tikus.

Cara Sembuhkan Sakit Gigi Dalam Masa 7 Minit


Apa yang akan anda lakukan jika tiba-tiba anda mengalami sakit gigi yang tak teramat sangat di malam hari, ditambah lagi klinik gigi terdekat sudah tutup?

Mungkin anda hanya mampu mengadu kesakitan dan menahan rasa sakit tersebut hingga esok hari, sampai anda boleh pergi menemui doktor gigi. Tentu, anda sangat terseksa bukan, ketika menahan rasa sakit semalaman?

Tapi jangan risau, dengan langkah sederhana ini, anda tidak perlu menderita lagi kerana menahan rasa nyeri yang tak terkira. Dengan cara ini, sakit gigi anda akan hilang hanya dalam masa 7 minit saja.

Gambar di atas menunjukkan cara merawat sakit gigi menerusi picitan di tangan

Sebuah kajian yang dilakukan di Kanada pada tahun 80-an menyarankan untuk mengubati sakit gigi, anda tidak perlu susah-susah membuka mulut. Yang anda perlukan hanya ais batu yang akan diletakkan di daerah antara ibu jari dan jari telunjuk. Gosokkan ais batu di tempat tersebut selama 5-7 minit.

Daerah di telapak tangan ini merupakan tempat yang menjadi ujung saraf yang terhubung dengan pusat nyeri di otak. Gosok titik ini dengan ais batu tepat di bahagian tengahnya. 90 % pesakit yang ambil bahagian dalam kajian ini memberitahu bahawa, ini merupakan teknik yang sangat bermanfaat untuk menyelamatkan mereka dari rasa sakit.
You might like these as well: