Lalat merupakan sejenis serangga yang mampu terbang dan boleh menyebarkan penyakit disebabkan cara permakanan dan sifatnya yang sering terbang ke tempat yang kotor seperti tandas, tempat sampah dan sebagainya.
Lalat juga adalah salah sejenis serangga perosak yang paling mudah dijumpai. Namun begitu, jenis lalat buah dan bunga tidak dikategorikan sebagai pembawa penyakit.
Kehadiran lalat pasti merimaskan sesiapa sahaja yang berhadapan dengan situasi ini. Selain bunyi yang dikeluarkan ketika terbang, ia suka menghinggap pada tubuh kita dan keadaan tersebut sangat menganggu.
Berikut adalah cara bagaimana hendak menghalau lalat :
1. Guna Lilin
Ambil dua batang lilin dan nyalakannya. Kemudian letakkan di atas meja makan atau di kawasan hidangan. Haba daripada lilin amat tidak disukai lalat.
2. Bunga Cengkih
Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam mangkuk atau cawan berisi air. Biarkan terdedah di ruang dapur.
3. Secekak Daun Kari
Letakkan secekak daun kari dalam bekas berisi air dan biarkan di sudut tempat makan atau hidangan.
4. Beberapa Cili Besar
Ambik beberapa biji cili besar dibelah dua dan letakkan di atas meja.
5. Tumbuk Kayu Manis
Tumbuk kulit kayu manis sehingga hancur. Kemudian taburkan pada meja makan jika anda tidak mahu lalat datang ke meja makan tersebut.
6. Mengibas Daun Belimbing
Kibaskan daun belimbing kepada lalat yang sedang terbang. Selepas itu lalat akan pergi jauh.
7. Uncang Berisi
Bagi mengurangkan lalat hinggap pada makanan, sediakan satu uncang yang diisi kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih di dalamnya. Gantungkan pada ruang makan yang terdapat lalat.
Keberkesanan petua-petua di atas untuk menghalau lalat adalah sementara, sekiranya anda mengamalkan kebersihan luar dan dalam rumah, sudah pasti lalat tidak akan hadir di rumah anda. ‘Kebersihan yang bersih bermula daripada anda sendiri’. Jagalah kebersihan di kawasan kediaman agar anda tidak ditimpa penyakit di kemudian hari.