Memaparkan catatan dengan label Lelaki. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lelaki. Papar semua catatan

10 Tip Kenali Wanita Baik Untuk Dibuat Calon Isteri


Tip memilih isteri yang baik dan tepat perlu diketahui kaum Adam untuk membina rumah tangga yang bahagia dunia akhirat. Kebanyakkan lelaki cenderung lebih menyukai wanita berwajah cantik, namun tidak selamanya faktor fizikal membuat lelaki menjadikan seorang wanita sebagai pasangan hidupnya.

Atau boleh jadi, faktor fizikal tetap menjadi pertimbangan namun bukanlah prioriti utama. Ada beberapa faktor lain yang lebih penting untuk didahulukan oleh kaum Adam.

Berikut 10 tip kenali wanita baik untuk dibuat calon isteri :

1. Menjaga tutur bahasa

Seorang wanita yang baik akan sentiasa menjaga tutur bahasanya. Jika sebelum berkahwin lagi dia sudah boleh ber 'sial babi' kan kamu, sebaiknya kamu tidak perlu fikir jauh untuk pergi ke tahap yang lebih serius dengannya.

Ataupun yang jenis cakap ada virgin tak ada virgin sama saja. Better kamu back off. Wanita yang menjaga tutur bahasa ialah wanita yang menghormati dirinya. Hanya wanita yang mampu menghormati dirinya sahaja yang akan tahu menghormati suaminya setelah berumah tangga.

2. Tidak mengongkong

Dia tak pernah meminta untuk memegang atau memeriksa barang-barang peribadi kamu seperti handphone, beg duit ataupun beg galas. Dia sentiasa menghormati ruang, kawan-kawan, hobi, citarasa muzik, filem dan sesuatu yang kamu minati.

3. Mudah dibentuk

Apabila kamu mencadangkan sesuatu perkara yang berkaitan dengan sesuatu perubahan, dia mudah untuk dibawa berbincang dan mudah menerima. Dia bukan jenis kaki bangkang ataupun seseorang yang sentiasa merasakan dia yang paling betul.

4. Bersederhana

Tidak keterlaluan di dalam melakukan sesuatu perkara. Seorang wanita yang bersederhana lebih disenangi. Ia boleh dilihat daripada cara berfesyen, solekan dan penjagaan diri.

Kalau kamu jenis lelaki yang boleh bersabar dapat seorang isteri atau bakal ibu kepada anak-anak kamu yang memerlukan masa 3 jam untuk bersolek hanya untuk keluar makan maka kamu bolehlah teruskan. Tetapi kalau kamu rasa tidak mampu bersabar, lebih baik lupakan saja dia.

5. Menghormati ibu ayah

Seorang wanita yang baik boleh dilihat daripada hubungannya dengan ibu dan ayahnya. Seseorang wanita yang menyayangi serta menghormati ibu ayahnya pasti akan mampu menghormati seorang lelaki yang bernama suami. Kalau kamu tengok cara dia layan ibu ayahnya kurang ajar semacam saja, kamu bolehlah fikir banyak kali untuk ambil dia jadi isteri dan ibu kepada anak-anak keturunan kamu.

6. Bijak

Seorang wanita yang bijak bukanlah semestinya memiliki ijazah atau diploma daripada universiti. Wanita yang bijak dapat dilihat daripada cara mereka melihat dunia dan apa yang berlaku disekelilingnya.

Seorang wanita yang bijak mampu melakukan sesuatu perubahan. Wanita yang bijak juga mampu melihat masa hadapan. Lelaki yang memiliki seorang wanita yang bijak sebagai isteri akan mampu mengatasi cabaran dan halangan kehidupan.

7. Rajin

Mempunyai seorang isteri yang pemalas adalah satu tragedi di dalam rumah tangga. Seorang lelaki yang mengemudi sebuah rumah tangga samalah seperti seorang nakhoda yang mengemudi sebuah bahtera. Cuba kamu bayangkan apa akan berlaku kepada sebuah bahtera jika co-kapten dan anak-anak kapalnya pemalas? Akan karamlah bahtera itu dan tidak mungkin akan sampai ke destinasinya.

Macam itulah juga dengan sesebuah rumah tangga. Hendak kenal wanita itu rajin atau tidak mudah saja, kamu perhatikan dia selalu bangun tidur pukul berapa. Kalau yang jenis bangun tidur pukul 12.30 tengah hari, baik kamu lupakan saja.

8. Penyabar

Perempuan sebenarnya adalah lebih penyabar daripada lelaki. Sebab itu Allah berikan kelebihan mengandung dan melahirkan anak itu kepada orang perempuan. Orang perempuan lebih sabar menahan kesakitan yang panjang. Orang perempuan lebih sabar menahan dugaan.

Oleh itu, jika kamu mahu rumah tangga sentiasa bahagia, kamu kena pastikan kamu memiliki seorang isteri yang lebih penyabar daripada kamu kerana kamu tidak akan mampu bersabar apabila hidup bersama dengan seorang perempuan yang tidak penyabar.

9. Kreatif dan inovatif

Hidup ini bukan selamanya kita senang dan bukan selamanya kita susah. Seorang wanita yang kreatif dan inovatif akan mampu membantu kamu menghadapi saat-saat kamu berada di bawah mahu pun di atas roda kehidupan. Wanita yang kreatif dan inovatif bukan sahaja akan menyokong setiap usaha yang kamu buat malah dia akan berkongsi memberikan idea untuk kamu menjayakan sesuatu usaha itu.

Sebagaimana kisah Ummul Mukminin, Siti Khadijah radhiallahu 'anha menyokong dan memberi idea kepada Rasullullah s.a.w untuk menjalankan kerja-kerja dakwah Baginda di peringkat awal di kota Mekah.

10. Beragama

Seorang wanita yang baik ialah seorang wanita yang beragama dan menghormati ajaran agamanya. Kalau seorang wanita islam kamu boleh lihat pada bagaimana dia menjaga solatnya. Kalau yang bukan islam kamu lihat kepada ketaatannya mematuhi kod-kod disiplin dan ajaran agamanya.

Kesimpulan

Apa yang paling penting ialah niat kamu. Jika niat kamu betul-betul hendak mencari seorang isteri supaya kamu dapat membentuk sebuah kehidupan dan mengamal sunnah Nabi s.a.w, Insya Allah tidak sukar untuk kamu jumpa wanita baik yang dicari. Tetapi jika niat kamu cuma nak suka-suka atau nak test drive, sampai bila pun kamu takkan jumpa wanita yang baik, sebab kamu sendiri pun bukan seorang lelaki yang baik.

9 Tip Kenali Lelaki Baik Untuk Dibuat Calon Suami


Ada seorang wanita merungut katanya lelaki baik sudah pupus! Before you say there’s no good man, please think whether you’re a good woman first. Good man is not attracted to bad woman.

Berikut 9 tip kenali lelaki baik untuk dibuat calon suami :

1. Orangnya jaga solat

Jangan cari suami yang tidak solat. Diulang sekali lagi, jangan cari suami yang tidak solat. Sebabnya kalau dengan Tuhan yang maha penyayang pun dia tidak amanah dan tidak setia, macam mana anda hendak harapkan dia amanah dengan anda?

Kena cari yang jaga solat. Solat berjemaah macam yang Nabi s.a.w pesan. Kita jaga solat, solat jaga kita. Sesungguhnya solat itu mencegah daripada benda keji dan mungkar.

2. Hormati anda

Kalau lelaki itu jenis suka menengking atau merendahkan anda, eloklah cari orang lain saja. Kalaupun anda kerja kilang dan tak berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti, itu bukan green light untuk dia hina anda. Seorang lelaki yang baik akan terima seadanya, dia takkan merendah-rendahkan anda.

3. Tidak suka menyalahkan orang lain

Lelaki tulen berani menerima tanggungjawab dan mengaku salah. Memang sifat insan ada buat salah silap, tapi lelaki tulen kenalah sanggup responsible. Jangan cari orang yang sentiasa mengkritik dan menyalahkan orang lain.

4. Bercinta lepas kahwin

Barangsiapa memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah dan menikah kerana Allah, maka sempurnalah imannya.

Bimbang dikatakan buang tabiat? Ketepikan kebimbangan tersebut! Lakukan saja dan jika benar perkataan tersebut keluar dari mulut pasangan anda, jawablah dengan penuh kasih sayang dan suara menggoda. Anda lakukan semua itu sebab rasa cinta dan rindu yang amat sangat kepada pasangan anda.

5. Menghargai lebih daripada fizikal

Hati-hati dengan orang yang suka memuji fizikal anda. Kalau lelaki itu obses dan asyik puji fizikal anda sahaja, itu petanda bahaya. Seorang lelaki yang baik akan menghargai kepandaian anda, karakter dan peribadi anda. Kalau tumpuan dan pujiannya senada hanya tertumpu pada fizikal maka berhati-hatilah.

Ini kerana semua orang akan jadi tua juga. Kalau fokusnya hanya pada fizikal, jenis inilah yang bila orang sudah tua, dia sibuk mencari yang lain, yang lebih muda. The right man will love all the things about you that the wrong man was intimidated by.

Kalau boyfriend anda suka anda pakai seksi, itu tanda dia lelaki yang salah untuk anda. By the way, tak payah couple. Ruang maksiat semua itu, jadi kesukaan syaitan.

6. Orangnya ada cita-cita

Kalau lelaki itu obses dengan anda dan langsung tiada ambisi dan cita-cita, itu bukanlah petanda yang baik. Seorang lelaki yang baik harus ada impian dan cita-cita hendak menyumbang dan menjadikan dunia lebih baik.

Orangnya patut berfikiran jauh dan merancang masa depan. Takkan hal anak-anak semua nak tolak kepada isteri saja. Carilah yang matang dan serius dalam percintaan. Tapi jangan obses kepada duit. Janganlah kerana lelaki itu kerjanya jual burger, anda hina dan rendahkan dia pula. Berniaga itu sunnah Nabi.

7. Rajin

Allah suka hamba-Nya yang bila buat sesuatu, dia buat dengan sebaik-baiknya. Jangan cari lelaki pemalas yang siang malam asyik main game. Sesekali main Dota dan Clash of the Clans itu tidak mengapalah untuk merehatkan minda. Tetapi kalau obses siang malam, eloklah cari yang lain.

8. Jangan cari playboy

Sekalipun lelaki itu abam sado, kalau dia jenis bawak anak gadis orang ke hotel, lupakan sajalah dia itu. Allah mengingatkan kita supaya jangan mendekati zina kerana sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.

9. Berani

Carilah yang berani dan sanggup bela dan protect anda. Jangan cari pondan. Lelaki yang lemah lembut bukan pondan. Tetapi jangan cari lelaki yang suka pakai pakaian perempuan dan sebagainya. Sebab Allah melaknat lelaki yang suka pakai pakaian perempuan. Tak kiralah apa yang hakim mahkamah itu cakap, ingat bahawa Allah laknat lelaki yang berpakaian dengan pakaian perempuan.

Kesimpulan

Sayyidina Abdullah Ibnu Mas’ud Radhiyallaahu ‘anhu berkata, Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda pada kami: “Wahai generasi muda, barangsiapa di antara kamu telah mampu berkeluarga hendaknya ia kahwin, kerana ia dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Barangsiapa belum mampu hendaknya berpuasa, sebab ia dapat mengendalikanmu.” Muttafaqun 'Alaih.

When you finally found a good man, don’t go looking for someone better.

8 Cara Mudah Membezakan Lelaki Bujang Dengan Suami Orang


Ramai lelaki yang mahukan perhatian wanita, hinggakan membuat wanita susah hendak buat pilihan calon mana yang sesuai. Pada sesetengah orang, lelaki bujang tidak matang dan kurang memahami wanita berbanding lelaki yang sudah berkahwin. Sejauh mana kebenarannya, hanya orang yang sudah mengalaminya saja yang tahu.

Berikut 8 tip mudah supaya para wanita di luar sana dapat membezakan karakter lelaki bujang dengan lelaki yang sudah berkahwin supaya anda tidak tertipu nanti :

1. Melihat pada wajah wanita

Lelaki bujang biasanya suka curi-curi pandang dan akan melihat pada wajah seseorang perempuan. Manakalah lelaki yang sudah berkahwin selalunya lebih tertarik dan gemar melihat pada bentuk tubuh seseorang perempuan.

2. Segera mengalih pandangan

Lelaki bujang biasanya akan segera alihkan padangannya apabila diperhatikan oleh seorang perempuan. Manakala lelaki sudah berkahwin selalunya tetap memandang wanita tersebut.

3. Tunduk pandangan ke bawah

Lelaki bujang akan tunduk ke bawah apabila diperhatikan oleh wanita. Suami orang pula akan tunjukkan reaksi bersahaja.

4. Malu makan depan wanita

Lelaki bujang agak malu bila makan di depan wanita dan badannya akan kaku bila bercakap. Manakala suami orang pula biasanya tunjukkan reaksi bersahaja dan makan seperti biasa.

5. Jantung berdegup kencang bila disukai wanita

Jantung lelaki bujang akan berdegup kencang bila dia tahu ada perempuan yang suka padanya dan memuji dia. Suami orang pula akan lebih bersemangat 'jual minyak' bila hal yang sama terjadi.

6. Asyik dengan kesukaan sendiri

Lelaki bujang agak degil bila bercinta, asyik dengan kesukaanya yang tersendiri dan suka berlagak untuk tarik perhatian pasangannya. Manakala suami orang biasanya lebih tahu bila dia perlu diam dan dengar saja kata-kata perempuan yang ingin 'dipancing'.

7. Rajin hubungi wanita bila terjadi sesuatu

Lelaki bujang selalunya sensitif. Mereka akan rajin hubungi pasangannya bila ada sesuatu terjadi atau untuk bercerita tentang aktiviti harian mereka. Suami orang pula hanya akan hubungi anda bila perlu atau bila dia ingin 'dimanja' kerana terpaksa berebut perhatian isteri dengan anak-anak.

8. Lebih teruja memuji pasangan

Lelaki bujang selalunya lebih teruja dengan pasangan mereka. Bila bercakap dengan orang lain, mereka rajin memuji-muji kebaikan dan kecantikan pasangan masing-masing. Tapi bagi suami orang, biasanya mereka cuma bersetuju bila orang lain memuji isterinya, tapi dia sendiri tidak turut keluarkan apa-apa pujian.

Kesimpulan

Apabila wanita perlu memilih antara dua sama ada lelaki bujang atau lelaki sudah beristeri, pastikan pilihan itu dibuat dengan mata yang terbuka. Jangan nanti berkahwin dengan lelaki yang disangkakan bujang tetapi sebenarnya suami orang!

20 Petanda Jika Si Dia Sememangnya Cinta Sejatimu


Cinta sejati tidak hanya wujud dalam cerita-cerita fantasi sahaja tetapi dalam dunia nyata juga wujud cinta sejati adanya. Walaupun mungkin tidak serba sempurna namun setiap orang berhak mendapatkan cinta sejatinya.

Bukan semestinya cinta sejati itu harus memenuhi semua petanda di bawah ini. Tetapi sekurang-kurangnya bila sudah ada lebih dari tiga petanda ini, itu ertinya si dia memang sudah yang terbaik untukmu.

Berikut dikongsikan 20 petanda seseorang itu cinta sejati anda :

1. Menerimanya semua kelebihan dan kekurangannya.
2. Saling mendahulukan kepentingan.
3. Walaupun sering berdebat, perasaan padanya tak berubah.
4. Walaupun ada yang lebih tampan darinya, cintamu tak goyah.
5. Setiap kali bersamanya, kamu rasa seperti di rumah.
6. Bahagianya adalah bahagiamu.
7. Anda selalu dapat mengingati dan merasakan aroma khas dirinya.
8. Jarang berselisih, kamu dan dia sering sepakat dalam banyak perkara.
9. Rela sedikit berkorban demi dirinya.
10. Sering berbincang dengan orang-orang lain.
11. Mula menyukai perkara yang disukainya.
12. Anda berdua saling menyokong dan memberi motivasi.
13. Kekurangan yang dimiliki tidak menjadi batu penghalang untuk bersatu.
14. Membayangkannya saja sudah membuatmu bahagia.
15. Anda rasa tenang bersamanya.
16. Dia ada dalam mimpi-mimpimu.
17. Rapat dengan sahabat dan keluarganya.
18. Boleh menghabiskan masa bersamanya sudah lebih daripada cukup.
19. Dia tidak menjadikan kelemahanmu jadi bahan ejekan.
20. Jika ada masalah, diselesaikan bersama.

Kesimpulan

Apa yang perlu difahami adalah sikap setiap orang itu adalah berbeza antara satu sama lain. Ada keunikan dan keistimewaannya masing-masing. Dan hanya hatimu yang tahu sama ada si dia itu memang benar-benar cinta sejatimu.

Semoga seseorang yang disampingmu pada masa ini seorang yang terbaik buatmu.

9 Persediaan Lelaki Daripada Bujang Menjadi Suami


Sudah bersediakah anda menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami? Justeru bagi bakal pengantin, persediaan asas yang merangkumi fizikal dan mental perlu ada sebaik sahaja anda menukar status daripada bujang menjadi suami.

Berikut 9 persediaan menjadi suami :

1. Sihat tubuh badan

Sebelum bergelar suami, pastikan tubuh badan berada dalam keadaan sihat. Seelok-eloknya buatlah pemeriksaan menyeluruh bagi mengenal pasti jika ada sebarang masalah.

Ini penting kerana selepas berkahwin, anda bukan sahaja perlu menjaga diri sendiri bahkan isteri dan anak-anak yang bakal lahir. Bagaimana ingin menjaga dan menyara keluarga jika anda sendiri tidak dalam keadaan sihat?

2. Kekuatan mental

Kekuatan mental paling penting dalam membina institusi kekeluargaan. Ia perlu berada di tahap terbaik bagi melancarkan kebahagiaan berumah tangga yang bakal dibina.

Selepas berkahwin, pasti akan datang pelbagai ujian dan dugaan dalam rumah tangga. Masalah ini mungkin datang daripada suami isteri itu sendiri ataupun orang luar. Jika mental tidak kuat, rumah tangga yang dibina boleh hancur dalam sekelip mata.

3. Menambah pengetahuan

Banyakkan membaca buku untuk membina pengetahuan bagi menjadi suami terbaik. Atau mungkin boleh bertanya terus kepada mereka yang berpengalaman. Sebagai seorang ketua keluarga,suami harus bijak menangani apa jua situasi agar tiada pihak yang tersinggung.

Perkahwinan bukanlah perkara suka-suka sebaliknya suami bakal memikul tanggungjawab yang lebih berat. Sebagai persediaan, seseorang lelaki harus mempelajari ilmu agama untuk dijadikan tiang kebahagiaan hidup berumah tangga.

4. Menyara anak isteri

Memang betul mengumpul wang adalah tanggungjawab suami dan tidak salah jika isteri membantu setelah mendapat keizinan suami. Namun sebagai suami, ada nafkah zahir kepada isteri yang dituntut dalam agama.

Jika masa bujang, lelaki hanya menyediakan bajet untuk diri sendiri, tetapi kini tidak lagi. Selain perlu menyara isteri, suami juga perlu membuat persediaan bagi menyambut zuriat yang bakal dikurniakan.

5. Perubahan sikap negatif ke positif

Setelah berumah tangga, lelaki harus terbuka melakukan perubahan sikap dari negatif ke positif. Singkirkan sikap yang boleh menghancurkan diri sendiri dan juga keluarga tercinta terutamanya sikap ego melampau.

Belajarlah untuk menjadi anak yang terbaik buat ibu, suami yang terbaik buat isteri, ayah yang terbaik buat anak-anak dan menantu yang baik untuk ibu bapa mertua.

6. Kemahiran buat isteri rasa istimewa

Lelaki juga harus mengetahui cara untuk membuatkan isteri rasa istimewa. Justeru suami perlulah bijak menyelami perasaan isteri agar kasih sayang sentiasa berpanjangan.

Dengar pendapat isteri dalam perhubungan, sering bertukar-tukar pendapat dan pandangan. Jika ada masalah rumah tangga yang mahu dibincangkan, mulakan dengan isu-isu semasa yang boleh dijadikan ‘ice-breaking’. Kemudian, barulah dimasukkan isu lain yang mahu disentuh.

7. Beri pujian kepada isteri

Beri pujian kepada isteri. Luahkan sahaja apabila dia kelihatan cantik dan bergaya. Puji-pujian ini dapat memberi semangat kepadanya untuk terus berkhidmat kepada anda.

8. Ingat tarikh penting

Sesiapa sahaja pasti gembira apabila dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah apatah lagi daripada orang yang tersayang. Tarikh-tarikh yang penting seperti hari jadi, hari ulang tahun perkahwinan merupakan hari yang paling penting dalam kehidupan wanita. Tidak perlu memberi hadiah-hadiah yang mahal cukup sebagai tanda ingatan.

9. Bijak memilih perkara yang dihajati isteri

Bukan semua hajat mereka perlu anda penuhi. Misalnya mereka berhajat mahu bercuti di luar negara tetapi anda tidak dapat memenuhinya. Cukuplah jika anda membawanya bercuti dalam negara seperti ke pulau atau tempat-tempat peranginan.

Walaupun hajatnya tidak dipenuhi, tetapi mereka masih gembira kerana masih berpeluang keluar melancong bersama anda, suami kesayangannya.

6 Alasan Mengapa Lelaki Berlaku Curang


Lelaki yang kamu sayangi adalah lelaki curang? Sejauh mana kebenarannya? Cubalah anda ingat-ingatkan kembali, sepanjang anda menjalinkan hubungan dengan si dia, sudah berapa kalikah anda dibohonginya semata-mata dia mahu mendapatkan kelonggaran waktu untuk bersama wanita lain?

Sekali, dua kali atau lebih? Sehebat dan sekerap manakah pembohongan tersebut sehingga anda masih sedia memberikan kemaafan kepada lelaki curang sepertinya itu?

Anda harus sedar bahawa ketika seseorang lelaki itu berlaku curang, ini bermakna dia merasakan hidupnya sudah tidak bahagia lagi bersama anda. Sungguh pun begitu, ada juga lelaki yang melakukan perkara ini meskipun hubungan cintanya berjalan lancar. Jadi, apakah sebenarnya alasan ‘lelaki curang’?

Berikut 6 alasan mengapa lelaki curang :

1. “Saya sudah tidak mencintainya lagi”

Setelah sekian lama bersama, biasanya lelaki akan kehilangan rasa cinta terhadap pasangannya. Sebahagian lelaki mengalaminya hanya untuk sementara waktu dan mengalihkan perhatian dan hati mereka pada perempuan lain.

Daripada kebanyakan kes yang terjadi, akibat kecurangan sesaat inilah, tetapi akibatnya lelaki akhirnya benar-benar kehilangan pasangan mereka!

2. “Saya ingin membalas perbuatan curangnya”

Lelaki cenderung mengubati kekecewaannya dengan melakukan hal yang sama. Jika anda pernah berlaku curang, jadi tidak harian jika si dia akan melakukan hal yang sama. Perbuatan ini dilakukan demi untuk menyamakan kedudukan seterusnya egonya 'puas'.

3. “Si dia terlalu cerewet dan suka membebel”

Wanita cenderung cerewet, kuat membebel terutama menghadapi ketidakpuasan hati atau perkara-perkara yang tidak disukainya. Kebiasaan ini boleh mengundang sakit kepala para lelaki. Keadaan ini juga mendorong lelaki mencari teman rapat yang boleh memahami dirinya.

4. “Saya tergoda”

Kebanyakan lelaki tidak dapat bertahan pada godaan seksual jika ada perempuan yang mengajaknya ‘dating’. Jadi, dia akan mempunyai kesempatan untuk melakukannya, maka kecurangan itu pun tidak boleh dihindari.

5. “Wanita cukup mudah untuk memaafkan”

Mungkin ada benarnya, kebanyakan wanita cepat memaafkan ketidaksetiaan pasangannya. Lebih-lebih lagi jika cinta menjadi alasannya. Fakta inilah yang kerap dimanfaatkan oleh orang lelaki. Berbohong, meminta maaf lalu semuanya akan kembali menjadi normal seperti biasa.

6. “Si dia tidak lagi mampu membahagiakan saya”

Long term relationship’ ataupun ikatan perkahwinan cenderung mengundang kebosanan. Bagi lelaki, keadaan ini menyebabkan dia tidak peduli lagi pada pasangan, seperti di tahun pertama menjalinkan hubungan cinta. Situasi ini juga menyebabkan lelaki melakukan terapi dengan mendekati perempuan lain untuk membangkitkan rasa cintanya.

Kenali potensi tersebut dalam perhubungan anda. Jika ada, atasi dengan bijak. Sungguh pun begitu, tidak ada jaminan pasangan anda akan bebas daripada jerat kecurangan. Saling menghargai dan berpegang pada komitmen adalah cara yang paling berkesan untuk mempertahankan sebuah perhubungan.

7 Tip Memujuk Lelaki Yang Merajuk Dengan Pasangannya


Di dalam sesebuah perhubungan, tidak semestinya hanya wanita yang sering merajuk. Lelaki hari ini jauh lebih sensitif dan cepat terasa dengan tidak tanduk pasangannya. Biarpun sering kelihatan macho, mereka juga mahukan ruang untuk dipujuk.

Jadi wahai wanita, jangan ambil mudah hal ini. Oleh itu, sebagai sebagai pasangan yang bijak dan sayang kepada pasangan, anda harus tahu cara memujuknya.

Berikut 7 tip memujuk lelaki yang merajuk :

1. Cari puncanya

Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah mengetahui punca lelaki itu merajuk. Jika anda sedar kesilapan itu berpunca dari anda maka berterus-teranglah dan akui kesilapan anda.

Lelaki seorang yang ego, jangan anda menambah dan mencabar lagi keegoaannya. Lebih baik anda meminta maaf dan mengakui kesilapan untuk meneruskan hubungan yang baik dan berterusan.

2. Berikan si dia ruang

Sekiranya anda melakukan satu kesalahan dan si dia mula merajuk, jangan terus memberikan penjelasan kepadanya. Beri dia ruang untuk ‘melayan perasaan’ dahulu. Setelah rajuknya reda, barulah anda cuba mendapatkannya dan menjelaskan keadaan yang sebenar.

3. Masak makanan kegemarannya

Mungkin sebagai minta tanda maaf, anda boleh memasak sesuatu yang istimewa dan letakkan di atas meja pejabatnya untuk makan tengah hari bersama nota maaf. Mana tahu selepas itu dia menghubungi anda dan keadaan kembali normal. Tak cuba mesti tak tahu bukan!

4. Buat kejutan untuk dia

Jika sebelum ini dia ada mengajak anda melakukan sesuatu seperti menonton bola tetapi anda menolak, apa kata anda pula mengajaknya? Cuba lakukan sesuatu yang si dia gemar dan mungkin dia akan kembali baik atas usaha ini. Cubalah!

5. Gunakan kreativiti anda

Wanita sering dikatakan kreatif dalam melakukan sesuatu. Sekiranya si dia langsung tidak mengendahkan anda, mungkin anda boleh menulis penjelasan anda dan kata-kata maaf di dalam sebuah kad yang anda buat sendiri.

Menerusi ayat-ayat cinta dan usaha anda pasti membuatkan rajuknya reda. Apatah lagi apabila dia melihat usaha anda yang bersungguh-sungguh memohon maaf darinya.

6. Kelemahan dirinya

Sebagai pasangan si dia, anda pasti tahu kelemahannya bukan? Apa kata anda cubanya untuk memenangi semula hati si dia? Tetapi berpada-padalah, jangan sehingga mencabar keegoan si dia. Jika berlaku nanti bertambah besarlah masalah anda pula.

7. Diamkan diri

Sekiranya usaha yang telah dilakukan tidak berjaya dan si dia masih merajuk dengan anda, cuba mendiamkan diri. Setelah berusaha sedaya upaya untuk memujuknya, diamkan diri dan sekiranya si dia menyayangi anda, dia pasti rindu dan akan menghubungi anda.

      Baca : 6 Rahsia Saintifik Dalam Pergerakan Solat Membuatkan Saintis Terkejut

ADVERTISEMENT
Kesimpulan

Apa pun yang anda lakukan, ingatlah bahawa lelaki merajuk kerana inginkan perhatian dan mahu pasangannya mengambil berat tentangnya. Mungkin tanpa anda sedar, kesibukan anda mungkin menyebabkan si dia berkecil hati.

Oleh itu, bina hubungan anda bersama lelaki yang menjadi pasangan hidup anda dengan baik dan elakkan dari pergaduhan serius yang boleh menyebabkan sesuatu yang tidak baik berlaku dalam perhubungan anda berdua.

- Daku Amat

9 Sifat Umum Lelaki Agar Wanita Mudah Memahami


Ketika anda didekati oleh seorang lelaki yang menunjuk minat terhadap anda, tentunya pelbagai pertanyaan yang bakal muncul di fikiran. Adakah si dia benar-benar menepati citarasa anda? Apakah si dia juga memiliki sikap yang baik, penuh perhatian dan benar-benar sayang pada anda?

Perasaan suka dan cinta memang tidak boleh dijangka dan tidak diketahui bila akan muncul. Jadi, sebelum anda terjerat dengan cinta lelaki, ada baiknya anda mengenal si dia dengan lebih dekat lagi. Cuba fahami karakter yang dimilikinya sedalam-dalamnya.

Di bawah ini dinyatakan beberapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah memahami mereka dan yang mana akhirnya nanti anda akan berkata, “Inilah lelaki pilihan saya!”

Berikut 9 sifat umum lelaki agar wanita mudah memahami mereka :

1. Hidup lelaki lebih mudah

Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan oleh wanita.

Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ia dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

2. Bahasa lelaki adalah berlainan

Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya ketika dia bercakap dengan wanita adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan hatinya. Ini bukan bererti dia berbohong.

Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding daripada apa yang dikatakannya. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

3. Lelaki suka membisu

Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

4. Lelaki tidak kompleks

Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seorang lelaki itu hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu.

Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah. 'Take Note!'

5. Wanita terdesak tidak menarik perhatian lelaki

Ada sesetengah perkara sebenarnya langsung tidak menarik perhatian lelaki. Mungkin ada wanita yang sedar atau tidak sedar mengenai perkara ini. Antara perkara utama yang tidak menarik perhatian lelaki adalah wanita yang terdesak (desperate).

Lelaki sebenarnya tidak tertarik terhadap wanita yang kelihatan terdesak dalam mencari pasangan. Ini hanya akan meningkatkan lagi ego mereka sahaja. Tidak salah untuk seseorang wanita berusaha memulakan dahulu perhubungan tetapi pastikan bahawa anda tidak kelihatan dalam keadaan yang terdesak.

6. Lelaki runsing wanita bercakap tak berhenti

Sekiranya anda sememangnya seorang yang suka bercerita, tiada masalah untuk meluahkan apa yang telah anda lalui terhadap pasangan. Tetapi pastikan anda bercerita pada masa dan situasi yang bersesuaian. Sekiranya tidak, ia hanya akan merungsingkan lelaki sahaja.

7. Lelaki tidak boleh terima wanita pengotor

Seorang wanita mungkin boleh menerima lelaki yang tidak pandai menjaga kebersihan, tetapi malangnya ia tidak untuk lelaki. Ini kerana soal kebersihan atau kecantikan lebih sinonim terhadap wanita.

8. Lelaki tidak gemar wanita berpostur bongkok

Tahukah anda bahawa kebanyakan lelaki menggemari wanita yang memakai kasut bertumit tinggi. Apakah yang menyebabkan mereka menggemarinya? Ini kerana apabila wanita memakai kasut tumit tinggi akan menyebabkan postur tubuh mereka lebih menarik dan mengelakkan daripada kelihatan bongkok.

9. Lelaki tidak suka wanita yang mudah dipikat

Lelaki tidak suka wanita yang mereka rasakan mudah untuk dipikat. Ini kerana mereka lebih menggemari cabaran. Walaubagaimana suka perasaan anda terhadap seseorang lelaki itu, jangan sesekali menunjukkan bahawa anda terlalu 'murah' dan mudah untuk dipikat.

Kesimpulan

Memilih lelaki pilihan, tidak mudah kerana ia perlukan ketelitian dan penilaian khas. Jangan sampai anda salah memilih lelaki pilihan anda yang mana akan membuatkan hidup anda jadi sengsara. Memiliki lelaki pilihan tidak bermakna anda harus kehilangan jati diri anda sendiri.

Untuk menghindari masalah-masalah tersebut daripada berlaku, anda perlu bijak mememilih lelaki pilihan anda untuk dijadikan teman sehidup semati. Jika keserasian itu tidak dimiliki biarpun anda benar-benar sudah memahami sifat lelakinya, lebih baik anda putuskan sahaja perhubungan tersebut.

6 Rahsia Menawan Hati Lelaki Pemalu


Lelaki jenis pemalu memang agak misteri. Ramai wanita yang binggung apabila berhadapan lelaki pemalu. Lelaki pemalu adalah lelaki yang kurang bercakap. Lelaki yang banyak bercakap biasanya dapat mengawal perasaan malu apabila berdepan dengan seorang gadis atau wanita buat pertama kali.

Agak sukar untuk berjumpa dengan lelaki pemalu pada zaman sekarang. Namun, jika anda mempunyai rakan atau kekasih pilihan dan anda tidak tahu bagaimana caranya untuk berdepan dengan lelaki pemalu sepertinya bolehlah ikuti entri ini.

Sebelum itu elok kita kenali terlebih dahulu ciri-ciri lelaki pemalu. Sekurang-kurangnya lelaki pemalu mempunyai 5 ciri-ciri berikut :

1. Sedaya upaya menghindari ‘eye contact’ ketika berbicara

Melakukan ‘eye contact’ ketika berbicara merupakan satu trik untuk memikat hati pasangan anda. Tapi bagi lelaki pemalu, mereka akan sedaya upaya menghindari ‘eye contact’ ketika berbicara dengan anda.

Lelaki pemalu memang suka memandang wanita yang mereka sukai tetapi apabila wanita tersebut dapat tahu dengan cepat dia akan mengalihkan kembali pandangannya ke tempat lain.

2. Sibuk dengan diri sendiri dan tidak dapat duduk diam

Lelaki pemalu akan sering kali menyentuh rambutnya, menggaru-garu wajah, bermain dengan jari atau menjadi gugup ketika anda berada dekat dengannya, itu menandakan dia adalah lelaki pemalu dan ingin kelihatan sempurna di depan anda. Lelaki pemalu sering merasa gelisah dengan pergerakan mereka.

3. Gugup atau tergagap ketika berbicara

Anda perlu bersabar dengan lelaki pemalu kerana mereka biasanya akan berasa gugup apabila berdepan dengan anda. Kadang-kala soalan yang ringkas pun akan membuatkan dia tergagap untuk membalasnya.

4. Lebih selesa berkomunikasi menggunakan media sosial

Disebabkan lelaki pemalu sering merasa gelisah dengan pergerakan mereka dan gugup ketika berbicara, mereka lebih selesa untuk berkomunikasi menggunakan media sosial seperti Facebook, Twitter ataupun chat online.

Jika anda mendapati lelaki pemalu ini sering menegur anda di media sosial, ada kemungkinan mereka menaruh hati terhadap anda.

5. Sangat sensitif dengan sentuhan

Sentuhan biasa seperti memegang bahu atau tersentuh lengan dari seseorang yang mereka sukai akan menimbulkan kesan terkejut yang cukup besar seperti tubuhnya tersentak atau cepat-cepat menjauhkan diri dari anda.

Ini adalah disebabkan oleh kesan elektrik yang mengalir dalam tubuh lelaki pemalu saat tangannya tersentuh dengan tangan anda. Jadi, bagaimana caranya untuk berdepan dengan lelaki pemalu?

Berikut 6 tips menawan lelaki pemalu :

1. Bersikap comel dan manis

Apa kata, jika anda cuba latih diri anda untuk bersikap secomel mungkin. Anda juga perlulah bersikap pura-pura malu walaupun pada hakikatnya anda bukanlah seorang yang pemalu.

Berikan hadiah comel seperti coklat atau buku kepada lelaki pemalu dan berikan senyuman manis kepadanya. Percayalah, taktik ini sangat berkesan untuk memikat si lelaki pemalu.

2. Jangan bersikap gelojoh

Ingat bahawa lelaki pemalu tidak sukakan gadis yang terlalu mendesak dan agresif. Perlahan-lahan mengambil hati mereka. Jangan jadikan langkah pertama anda gagal di situ shaja. Bijaklah mengawal setiap butir bicara anda.

3. Berilah pujian kepada lelaki pemalu

Semua lelaki sukakan pujian. Seperti mana wanita, begitu juga lelaki yang mengharapkan wanita pujaan hati mereka sentiasa memberikan pujian. Mulakan dengan pujian yang lebih mudah seperti memuji bajunya atau rambutnya. Pujian adalah kunci kepada hati lelaki.

4. Bersikap kelakar

Apabila anda cuba untuk memikat si lelaki pemalu, pastikan anda mempunyai personaliti yang dapat menarik hati si dia. Anda boleh menjadi seorang yang kelakar dan usiklah si dia asalkan tidak sampai memalukannya. Ini mungkin boleh melegakan ketegangan di dalam dirinya.

5. Gunakan cara non-verbal

Anda boleh meluahkan perasaan anda menggunakan sms, video call, email ataupun melalui Facebook serta video YouTube. Cara ni dipanggil non-verbal iaitu luahan hati yang dibuat tanpa berdepan. Apabila anda berjaya berbuat begitu, pasti si lelaki pemalu kagum dengan keberanian anda.

6. Memulakan perbicaraan mengenai topik umum

Cari keserasian dengan mengajak lelaki pemalu berbicara mengenai topik umum. Topik umum biasanya tidak akan menjadikan anda berdua kekok untuk bebicara. Bertanya juga tentang hobi mereka, pasti mereka akan galak berbicara.

Kesimpulan

Memikat lelaki pemalu bukanlah seperti memikat lelaki biasa. Anda memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dan jangan cepat berputus asa. Perasaan malu hanyalah untuk sementara, apabila anda berdua sudah mengenali antara satu sama lain semua perkara akan menjadi jauh lebih mudah.

4 Tip Mengenali Dan Mengatasi Lelaki Panas Baran


Susahnya apabila berhadapan dengan lelaki yang panas baran. Perkara sekecil kuman pun boleh jadi besar! Sikap panas baran memang sukar untuk diubah, jadi anda perlu bijak mengawal keadaan.

Apa yang perlu anda lakukan apabila berdepan dengan si panas baran? Namun bagaimana mahu mengenali lelaki panas baran kerana anda mungkin tak dapat menilainya dari wajah. Lelaki panas baran boleh saja berwajah manis berbeza dengan sikap sebenarnya.

Panas baran, ‘kepala angin’ atau ‘naik hantu’ berlaku kerana kesukaran menangani perasaan marah yang menyebabkan seseorang itu hilang malu sehingga sanggup bertindak di luar batasan dan tidak mustahil boleh mencederakan orang lain. Perasaan marah yang tidak terkawal boleh memusnahkan apa saja.

Terdapat 2 faktor lelaki jadi panas baran :

1. Faktor luaran

Pertama adalah faktor luaran, iaitu yang membabitkan persekitaran seperti tempat kerja. Akibat tekanan daripada pihak atasan, persaingan dalam urusan kerja dan prestasi kerja yang kurang memberangsangkan. Selain stres dengan kesesakan lalu lintas ketika pergi dan balik kerja juga menyebabkan si dia berasa letih lantas melepaskan perasaan tekanan itu kepada anda tanpa berfikir baik dan buruknya.

2. Faktor dalaman

Ada benarnya juga. Anda jangan terlalu kerap menuding jari kepada si dia sahaja kerana kemungkinan ada sikap anda yang kurang disenanginya hingga menyebabkan si dia naik darah. Antara yang sering terjadi seperti sering kali meminta sesuatu yang sukar untuk disediakan kerana kesempitan wang. Seterusnya, mengabaikan si dia, bersifat cemburu buta juga turut merimaskan si dia dan anda tidak melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna.

Berikut 4 cara kenali lelaki panas baran dan cara mengatasi panas baran si dia :

4 Tip Mengenali Lelaki Panas Baran

1. Biarkan dia menunggu

Sebenarnya untuk membezakan lelaki itu panas baran atau tidak, bergantung kepada raut wajah serta sikapnya. Perhatikan perkara ini sewaktu anda keluar bersamanya tetapi anda terlewat tiba. Marahnya berapi-api seolah-olah perbuatan anda itu adalah satu kesalahan besar.

Jika begini karakter lelaki itu, dia sebenarnya seorang yang panas baran kerana tidak sanggup menunggu pada satu kejadian kecil dalam hidupnya. Kalau lelaki yang panas baran, dia tentu akan menghamburkan kata-kata menyakitkan hati. Oleh sebab itu, anda harus berhati-hati dengan lelaki begini.

2. Minta dia mengajar sesuatu

Dalam mencari erti kesabaran, cuba perhatikan perkara ini juga. Mintalah dia mengajar anda sesuatu. Kalau kata-katanya agak pedas dan panas di telinga anda, itu tandanya dia seorang yang panas baran dan agak sukar berunding.

Lelaki yang penyabar akan mengajar anda sehingga pandai tetapi lelaki panas baran akan mudah melenting bila anda tidak berjaya mengikut apa yang dia inginkan.

3. Lihat caranya melayan anak kecil

Umum mengetahui kanak-kanak banyak kerenah. Oleh itu sewaktu bersamanya, bawa sekali anak saudara anda yang masih kecil. Tinggalkan mereka dan lihat cara mereka menanganinya.

4. Cemburu atau tidak

Percaya atau tidak, lelaki yang panas baran biasanya seorang lelaki yang kuat cemburunya. Ada kalanya perbuatan cemburunya itu nampak mengarut tambah-tambah lagi cemburu pada hal yang remeh.

Justeru itu sebelum membuat pilihan, kajilah semua sikap lelaki agar anda tidak menyesal di kemudian hari. Baran berkaitan dengan sikap dan semestinya sikap boleh diubah. Sebagai lelaki andalah khalifah kepada pasangan, justeru itu tunjuklah moral yang baik kepada pasangan.

4 Tip Mengatasi Panas Baran Si Dia

1. Jangan melawan

Sesiapa sahaja yang bersikap panas baran akan mudah melenting. Lebih-lebih lagi jika anda melawan atau membantah setiap yang diperkatakan mereka. Jika ingin berbuat demikian, perlu tahu cara yang betul untuk bercakap.

2. Cari kelemahan

Andai anda ditakdirkan mempunyai pasangan yang panas baran, cuba kaji tentang si dia. Cari sisi kelemahannya yang boleh melembutkan hati mereka. Menangis bukanlah langkah yang bijak kerena bagi sesetengah lelaki yang panas baran, amarah mereka akan bertambah teruk apabila melihat tangisan anda.

3. Rendahkan nada

Apabila berdepan dengan lelaki yang sedang marah, rendahkan nada suara anda. Cakap dengan lembut. Dengan cara ini juga akan membuatkan mereka reda.

4. Sekali sekala anda perlu 'tunjuk belang'

Ada ketikanya jika anda dimarah kerana bukan kesalahan yang anda lakukan. Jadi, untuk sekali sekala beranikan diri untuk menegakkan kebenaran agar si dia akan tersedar. Tetapi jika pasangan anda berpotensi untuk naik tangan, anda perlu lebih berhati-hati.

10 Tanda Orang Yang Betul-Betul Sayangkan Kita


Bagaimana hendak mengetahui tanda orang yang betul-betul sayangkan kita atau tidak? Apa tanda-tanda orang sayangkan kita yang boleh kita ketahui jika dia tidak mengungkapkannya?

Kita mungkin masih was-was sama ada dia betul-betul sayangkan kita ataupun dia mungkin kekasih tidak serius dalam perhubungan. lebih teruk lagi jika dia hanyalah seorang lelaki 'playboy' atau perempuan 'playgirl'. Kita akan dapat mengetahuinya melalui tingkahlaku dan gerak-gerinya terhadap kita.

Berikut 10 tanda orang betul-betul sayangkan kita, lelaki atau perempuan :

1. Selalu membuatkan kita gembira

Orang yang sayangkan kita akan sentiasa ada modal untuk membuatkan kita berasa gembira. Dia inginkan kita selalu happy supaya kita dapat melupakan masalah yang kita hadapi. Dia akan rasa sedih jika melihat kita sedih dan sentiasa mencari jalan untuk melakukan sesuatu yang dapat menggembirakan hati kita.

2. Terima kita seadanya

Orang yang sayangkan kita akan menerima kita seadanya tanpa mengira status, pekerjaan atau pangkat. Dia juga menerima segala kekurangan yang ada pada diri kita. Jika anda menemui orang yang sudi menerima segala kekurangan anda, jangan lepaskan dia sebab takut anda akan menyesal suatu hari nanti.

3. Ambil berat dan selalu bertanya tentang kita

Si dia akan selalu bertanya mengenai diri kita dengan kerap. Dia juga akan sering bertanya jika kita ada apa-apa masalah dan dia akan sudi untuk mendengar masalah kita serta berusaha untuk selesaikannya jika diminta. Dia juga akan selalu bertanya benda-benda yang mungkin dia sudah tahu tapi sengaja tanya untuk berbual-bual dengan kita.

4. Suka pandang kita

Orang yang sukakan kita memang suka pandang kita setiap masa. Jika kita pandang dia balik, biasanya dia akan senyum dengan kita. Dia juga suka pandang tepat ke arah mata kita apabila bercakap dengan kita. Lainlah kalau dia bencikan kita, jangankan hendak berbual, nak pandang kita pun mesti tak mahu.

5. Marah bila kita buat salah

Dia akan marah bila kita buat salah, bukan marah yang buatkan kita takut tetapi marah dengan menegur kita dengan nada seperti marah. Kadang-kadang, dia marah sambil senyum pada kita.

6. Suka bermanja-manja

Orang yang sayangkan kita biasanya suka bersikap manja dengan kita. Itu juga merupakan cara dia menunjukan bahawa dia selesa bersama dengan kita dan wujud perasaan sayang pada diri kita.

7. Tidak curang dengan kita

Lagi antara tanda orang yang betul-betul sayangkan kita sepenuh hati ialah dia tidak akan pernah memasang niat untuk curang dalam percintaan. Bagi mereka andalah segala-galanya dan mereka tidak akan terpikat dengan orang lain yang lebih kacak atau lebih cantik sekalipun digoda.

8. Suka usik kita terutama bila kita bosan

Apabila kita berasa bosan, dia akan cuba banyak cara untuk menghilangkan rasa bosan kita seperti mengusik kita. Jika kita bosan, dia memang suka usik dan bergurau dengan kita dan kebosanan kita pun akan hilang dengan sendirinya.

9. Cemburu bila kita dekat dengan orang lain

Anda mesti pernah dengar orang kata cemburu tandanya sayang. Kalau tidak cemburu maknanya tidak sayang. Orang yang sayangkan kita mudah berasa cemburu apabila melihat kita mesra dengan orang lain, lebih-lebih lagi orang yang tidak dikenalinya. Cemburu itu tidak salah asalkan tidak terlampau berlebihan.

10. Meminta maaf dan memujuk kita jika dia buat salah

Orang yang betul-betul sayangkan kita akan meminta maaf dan cuba sedaya upaya untuk memujuk kita jika dia melakukan kesilapan. Dia akan berasa sangat menyesal dan berusaha untuk memujuk sehingga kita memaafkannya.

5 Sikap Ini Petanda Cinta Anda Dan Dia Bakal Berakhir


Apabila sudah lama menjalinkan sesuatu perhubungan, kadang kala kita tidak sedar bahawa tingkah laku kita mengundang keretakan dan perpecahan. Ada pasangan yang kekal bersama walaupun sudah tidak ada perasaan cinta kerana tidak sedar mereka sudah lama memasuki fasa keretakan dalam hubungan.

Jika anda ada melakukan perkara-perkara di bawah ini, mungkin anda perlu fikirkan kembali sama ada cinta antara anda dan pasangan masih ada dan mampu bertahan?

Berikut 5 sikap jadi petanda cinta anda dan dia bakal berakhir :

1. Asyik kira 'markah'

Setiap kali anda dan si dia bertengkar, mesti salah satu pihak akan mengungkit kesalahan lama. Kalau kesalahan itu baru berlaku semalam tak mengapa, tetapi kalau perkara yang sudah berlaku tiga tahun dulu pun masih nak diungkit itu menunjukkan tanda perhubungan yang tidak sihat.

Anda dan pasangan anda juga saling mengumpul 'markah' untuk dijadikan modal pertengkaran akan datang. Sikap ini amat meletihkan mental dan fizikal anda dan pasangan. Sebabnya, anda terlalu fokus untuk mengingati kesalahan yang pernah dilakukan oleh si dia sehingga anda tidak lagi menghargai momen-momen manis, indah atau penting sewaktu bersama.

Jadi, cuba fikirkan dalam-dalam. Adakah kalian masih bersama hanya kerana masing-masing tak mahu kalah dan call it quit?

2. Terlalu banyak sarcasm dalam komunikasi

Bila ada rasa tidak puas hati, anda tidak cuba untuk berterus-terang kepada pasangan. Sebaliknya, anda menggunakan ayat-ayat pedas untuk menyakitkan hati si dia. Dengan berbuat demikian, anda berasa puas untuk seketika.

Namun, bila pasangan anda buat tak faham, anda sendiri yang akan makan hati pula. Jika inilah rutin komunikasi anda dan pasangan, hubungan anda dan si dia sedang memasuki fasa keretakan. Percayalah, bertengkar secara nyata sekali-sekala adalah lebih baik jika anda mahu memahami satu sama lain.

3. Hanya tahu beli penyelesaian

Setiap kali anda berkonflik, satu-satunya penyelesaian ialah si dia 'membelikan' anda ganjaran atau sebaliknya. Penyelesaian ini bersifat sementara kerana isu yang perlu diselami tidak diselesaikan dan sekadar dikaburi. Sekali dimulakan, sikap ini akan menjadi kebiasaan dan menyebabkan hubungan anda bergantung kepada materialism semata-mata.

Secara tak sedar, membeli penyelesaian setiap kali berlaku konflik bermakna anda cuba mengelak berhadapan dengan masalah dan enggan berusaha memperbaiki komunikasi dan hubungan sekarang.

4. Cemburu buta berpanjangan

Mengawal tingkah laku dan pergaulan pasangan sehingga menyebabkan pasangan rasa tersepit merupakan tindakan yang tidak sihat. Anda tidak mengizinkan si dia lepak bersama teman-temannya kerana tak mahu dia merokok atau memarahinya berpakaian cantik kerana takut menarik perhatian lelaki lain bukanlah cara menunjukkan kasih sayang anda kepadanya.

Sebaliknya, sikap control freak anda itu akan mengundang si dia untuk menipu supaya dia dapat melakukan perkara yang dihajati tanpa membuat anda marah. Perasaan cemburu itu asasnya normal dan sihat untuk sesebuah perhubungan. Namun cemburu buta boleh mendatangkan pelbagai komplikasi dari segi sosial, psikologi dan fizikal. Ingat, anda juga perlu hidup dengan tenang dan fokus kepada komitmen-komitmen anda yang lain.

5. Perlu korbankan kegembiraan sendiri

Matlamat hidup anda hanya mahu menggembirakan si dia. Anda sanggup berbuat apa sahaja, termasuk mengorbankan masa dan wang ringgit supaya mood pasangan anda sentiasa baik. Setiap kali si dia marah atau tidak gembira, anda akan merasakan bahawa anda telah membuat kesilapan besar. Anda juga perlukan validation dari pasangan sekiranya anda mahu berasa gembira melakukan sesuatu yang anda minat.

Jika anda sampai perlu memaksikan kegembiraan anda kepada seorang individu, itu bukanlah kebahagiaan yang sebenar. Kegembiraan dalam percintaan ialah perasaan yang perlu dikongsi, maka kalau dia tidak gembira atas kegembiraan anda, sudah masanya anda bersedia untuk angkat kaki.

10 Petanda Si Dia Adalah Jodoh Anda


Jodoh, rezeki dan kematian adalah perkara misteri. Kadang-kala kita cari yang jauh, boleh jadi jodoh kita adalah jiran kita sendiri. Sebabnya kita sememangnya tidak tahu siapa bakal jodoh kita.

Namun, tanda-tanda di bawah ini berkemungkinan boleh membantu anda dalam menentukan sikap ketika jodoh semakin dekat dengan seorang wanita mahupun lelaki.

Berikut 10 tanda yang menunjukkan dia adalah jodoh anda :

1. Bersahaja

Si dia bersikap bersahaja dan tidak bersandiwara. Cuba perhatikan cara si dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa dan cara makan dan minum. Adakah spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau si dia nampak kurang selesa dengan gayanya, bermakna dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat melihat adakah si dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Selesa Bersamanya

Walaupun kita selalu bersamanya, tiada perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita selalu tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasakannya, rasa selesa apabila bersama. Bila berjauhan, terasa ada tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tiada kira siang ataupun malam, jika tiada dia rasanya ada seperti yang hilang.

3. Menerima Seadanya

Apapun kisah silam kita yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu kisah perpisahan dengan bekas kekasih anda yang sebelum. Dia juga tidak mengungkit-ungkit masa silam anda. Yang penting, siapa anda yang sekarang.

Biarpun dia tahu anda pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil kisah. Yang dia tahu, anda adalah miliknya sekarang. Dia juga mahu berkongsi kisah masa silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Jujur

Dia tidak cerita apa yang anda lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan si dia menarik hati anda. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila seseorang itu menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi hak milik anda.

Bila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi sesuatu hubungan. Bila si dia tidak jujur, sukar baginya untuk mengelak daripada berlaku curang. Bila si dia jujur, semakin hangat hubungan cinta anda. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Saling Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya suatu rahsia perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Bila anda mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat ditangannya?

Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa tenang apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan yang lain.

Satu lagi, kita tidak merahsiakan apa pun kepadanya dan malah kita rasa rahsia kita pasti selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah orang yang memperoleh kedua-duanya.

6. Bekerjasama

Bagi anda yang mahukan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, anda dan si dia perlu saling bekerjasama melalui liku hidup ini. Anda dan kekasih anda perlulah bekerjasama melakukan sesuatu perkara sama ada perkara remeh sekalipun.

Segala pekerjaan yang dilakukan perlu disertai rasa ikhlas untuk membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Paling penting, anda dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Anda dan si dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan senang melakukannya bersama berdua. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita di masa depan.

7. Memahami Diri Anda

Bagi pasangan yangmempunyai jodoh, si dia harus memahami diri pasangannya. Ketika anda sakit si dia membawa anda ke klinik. Ketika berduka, si dia menjadi penghibur. Bila anda mengalami kesusahan, si dia menjadi pembantu. Di kala anda sedang bicara, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam situasi apapun. Gembira ataupun berduka, si dia sentiasa ada untuk anda. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam hubungan percintaan. Bila si dia selalu bersama anda melalui hidup ini di kala suka dan duka, senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Papar Kelemahan

Tiada seorang pun yang sempurna di dunia ini. Bohong jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti ada kelemahan dan keburukan tertentu pada diri kita. Bagi si dia yang bersedia menjadi teman hidup anda, si dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu anda.

Sudah tentu bukan hal yang mudah untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, si dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada anda. Misalnya, apabila si dia bangun tidur atau sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada mengunjunginya. Apabila anda dan si dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan anda hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria ini juga anda dapat saling memahami perasaan masing-masing. Anda dan si dia juga dapat membaca fikiran satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Bila anda yakin dengan pilihan hidup anda, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk anda? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahkanlah segalanya pada ketentuan Allah yang Maha Berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya adalah takdir Allah s.w.t. Manusia hanya berusaha di dunia ini dan senarionya ditulis oleh Yang Maha Kuasa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi sememangnya mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya Allah dengan izin-Nya kita mendapat petunjuk-Nya.

Jika si dia pilihan kita, buatlah keputusan terbaik. Jika tidak, tolaklah si dia dengan sebaik mungkin. Semua yang kita lakukan ini adalah untuk mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepada Allah dan teruslah berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhiratlah yang kekal selamanya.

7 Fakta Tentang Sperma Lelaki Yang Anda Tidak Tahu


Mungkin ramai yang masih tidak tahu tentang beberapa fakta saintifik berkaitan sperma lelaki. Jadi, elok juga disenaraikan fakta mengenainya yang mungkin boleh buat anda terkejut akan kehebatannya.

Berikut 7 fakta tentang sperma lelaki yang anda tidak tahu :

1. Separuh sudu teh

Biasanya, lelaki akan melalui proses ejakulasi dan menghasilkan separuh sudu teh amaun sperma. Mungkin ia kelihatan seperti sedikit tetapi ia sentiasa berjaya mengejar ovum yang dihasilkan oleh tubuh wanita.

2. Sperma punya 200 juta saingan

Hanya satu sel sperma sahaja yang boleh menembusi ovum dalam 200 juta itu. Jadi, ia adalah satu saingan yang sengit.

3. Sperma adalah sangat halus

Anda ingin melihat pada mata sendiri bentuk sperma lelaki? Apa yang anda perlukan adalah mikroskop kerana sperma adalah sangat sangat halus dan tidak boleh dilihat pada mata kasar. Setiap darinya mempunyai ukuran lebih kurang 0.002 inci dari kepala ke ekor.

4. Sperma boleh hidup beberapa hari

Berapa hari sperma boleh hidup di dalam ovari wanita? Ia boleh bertahan selama dua hari.

5. Dua bulan untuk menghasilkan sperma

Ia mengambil masa dua bulan untuk menghasilkan sperma.

6. Air liur bahaya untuk sperma

Ia dikatakan membawa efek bahaya pada sperma. Bahkan kajian yang dijalankan juga pada tahun 1998, pelincir vagina wanita juga mampu memberikan kesan yang buruk pada sel sperma.

7. Tubuh serap semula sperma

Jika sperma tidak melalui proses ejakulasi, ia akan merosak dan tubuh akan menyerapnya kembali.

8 Jenis Lelaki Yang Wanita Jauhi


Kaum Adam adalah pelengkap dan pelindung wanita. Kasih sayang antara dua insan ini sememangnya sudah ditakdirkan untuk bersatu menjadi cinta. Betapa besarnya peranan lelaki dalam hidup seorang wanita.

Bila wanita jatuh cinta, seluruh jiwa raga diserahkan demi menghargai kekasihnya itu. Namun, ada beberapa jenis lelaki yang wanita jauhi, oleh kerana personaliti mahupun tabiat menjengkelkan.

Berikut 8 jenis lelaki yang punya sebab mengapa wanita menjauhkan diri :

1. Lelaki Meminta-minta

Baru kenal sehari dua, langsung dia berkongsi curahan rasa dan masalah tanpa curiga. Kadangkala, rahsia peribadinya turut diceritakan termasuk masalah kewangan. Mereka ini mempunyai sifat terlalu rendah diri dan tidak percaya diri walhal keyakinan dan sifat berdikari dalam diri lelaki itulah yang dianggap seksi bagi wanita.

Semua perkara tidak mampu untuk dilakukan sendiri. Jika lelaki terlalu bergantung kepada wanita, terutamanya di awal perhubungan, tidak mustahil pasangan meragui kebolehannya sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab dalam kehidupan.

2. Lelaki Mudah Dijangka

Segala tingkah-lakunya boleh dijangka kerana mereka membuat keputusan dalam hidup berdasarkan formula dan logik. Lelaki begini takut untuk membuat kejutan istimewa kepada pasangan kerana bimbang perancangan tidak menjadi. Hidup dengan lelaki begini semestinya membosankan!

Ironinya, ini antara sebab mengapa kebanyakan wanita memilih ‘bad boy’ dalam mencurah rasa cinta. Bukan sifat nakal dan jahat mereka yang wanita idamkan, tetapi tindak tanduk yang sukar diteka menjadikan hati bagai dirasuk sayang tidak terhingga.

3. Lelaki Perengus

Ego dan mementingkan diri sendiri! Tiada guna jika dia hanya bersikap baik kepada anda namun sangat menjengkelkan terhadap orang lain. Cara kita melayan orang di sekeliling menggambarkan personaliti dan nilai murni dalam diri. Tidak mustahil satu hari nanti anda pula menjadi mangsa.

4. Lelaki Mata Keranjang

Sesungguhnya, wanita tidak pernah senang apabila pasangannya sibuk menjeling wanita lain ketika keluar berdua. Terlalu ramah dan bergurau senda tanpa mempeduli perasaan anda menjadikan anda makan hati!

Mereka juga gemar membangga diri kehebatan sendiri tatkala ada wanita yang menjeling nakal pada susuk tubuh perkasanya. Asyik si dia sahaja yang mengungguli bicara, entah bila tiba masa anda pula berkongsi rasa?

5. Lelaki Kedekut

Bukan segunung permata mahupun berlian yang dipinta, tetapi apa salahnya sekali sekala bunga menjadi pengganti jiwa? Lelaki jenis ini lebih menyayangi wang simpanannya daripada diri anda.

Jangan sehingga wanita rasa diri mereka menjadi beban kepada kehidupan lelaki itu. Tidak perlu untuk memberi hadiah mahal setiap hari, namun sekali-sekala lelaki perlu berbelanja lebih untuk memberi peluang wanita rasa dihargai.

6. Lelaki Kaki Gaduh

Jejaka jenis ini sering membawa setiap topik dan perbincangan kepada pertengkaran mulut yang tiada penghujungnya. Pertemuan antara dua kekasih sepatutnya menjadi waktu indah bersama namun dek kerana sikapnya yang sering mempersoalkan setiap tindakan menjadikan anda tertekan dan terpaksa berusaha menjadi yang terbaik di matanya.

7. Lelaki Perasan Bagus

Dia mungkin lelaki yang tidak merokok namun itu bukan alasan untuk dia memaksa orang lain menuruti tabiatnya. Mereka menganggap apa yang mereka lakukan adalah lebih baik daripada orang lain. Mulut tidak henti-henti mengata mengenai kelemahan orang lain. Mereka juga sering menentukan perkara untuk pasangan tanpa berbincang bersama.

8. Lelaki Pembenci Wanita

Wanita mana yang mahu menjalin hubungan bersama lelaki begini? Jejaka dari golongan ini sentiasa memandang negatif terhadap wanita, contohnya mereka menganggap wanita tidak mampu untuk berdikari dan lemah.

Lelaki begini sememangnya perlu dijauhi kerana jika dibiarkan, anda yang rajuk sendiri dek bisa pemikiran dan mulutnya mengutuk kaum wanita.

5 Makanan Paling Popular Bagi Orang Bujang


Zaman ketika hidup sebagai orang bujang lebih-lebih lagi ketika awal-awal mula bekerja, duduk di bandar pula dengan kos sara hidup yang tinggi kadangkala mana sempat nak menyimpan duit. Nak merasa makan sedap kena tunggu hujung bulan. Dengan gaji basic RM900-1200 duduk di KL pula mana tahan.

Tidak ketinggalan juga ketika masih lagi bergelar pelajar universiti atau kolej. Ya! rutin harian apabila sudah lapar, santap megi, lapar lagi santap roti gardenia dengan jem sekaya, lapar lagi santap pula nasi bujang RM1.50.

Berikut adalah 5 makanan yang kerap kali orang bujang makan :

1. Mi segera

Makanan ini memang 'legend'. Walau sejauh mana zaman berubah. Walau sudah berkahwin pun memang mi segera kena simpan dalam rumah. Cuma bila sudah kahwin, kekerapan makanan mi segera berkurangan sikit sebab sudah ada tukang masak kan? Bagi duit poket bulan-bulan, pandailah dia masak untuk kita.


2. Biskut kering 4 sagi cicah milo

Makanan ini tak semestinya orang bujang, ada juga orang yang sudah kahwin makan macam ini. Cuma yang bezanya adalah kekerapan dalam sehari. Kalau masa bujang tak kisah kalau makan menu ini dari sarapan, makan tengah hari dengan makan malam.


3. Nasi putih, telur dan kicap

Ini pun salah satu makanan yang 'glamour' bagi orang bujang. Nak masak beraneka macam malas sangat. Malas satu hal, nak jimat duit kumpul nak kahwin. Jadinya masak nasi, goreng telur letak kicap. Kalau nak sayur sangat, hiris saja timun. Sudah lengkap hidangan sepinggan.


4. Roti kosong dengan kaya

Makanan ini pun tak adalah nak dihairankan sangat, cuma bezanya kekerapan kita makan menu ini. Tak kisahlah seminggu pun makan menu yang sama. Roti kosong disapu sekaya atau pun mentega kacang dari pagi, tengah hari dan malam.


5. Nasi bujang

Zaman kami dulu harga RM1.50. Nasi putih, telur dadar dan sup kosong, kalau tuan kedai itu baik hati dapatlah merasa sup kaki ayam. Tapi zaman sekarang tak pasti berapa harga bagi satu set nasi bujang ini. Hidangannya dari dulu sampai sekarang tetap sama.

Kenyang? Bolehlah sebagai mengisi perut ketika dompet tengah tak berisi lagi. Paling popular dikalangan student, malah menu ini juga sesuai bagi yang ikat perut sebab tengah kumpul duit nak kahwin.

6 Cara Kenali Sifat Lelaki Melalui Gaya Makan


Sukar bagi wanita untuk menjangkakan apa yang tesirat dalam fikiran seorang lelaki apatah lagi untuk mengenal personaliti diri dan sifat mereka. Namun tahukah wanita bahawa mereka boleh mengenal personaliti seseorang lelaki menerusi gaya makannya.

Berikut 6 cara mengenali sifat-sifat lelaki melalui gaya makan :

1. Makan Dengan Tenang

Lelaki yang menyuap makanan dengan penuh berhati-hati dan dengan gaya sopan santun. Sifat di sebaliknya adalah dia seorang yang tegas dalam membuat keputusan dan jangan ragui soal kesetiaannya dalam hubungan, hanya kamu dihatinya.

2. Makan Sambil Membelek Makanan

Lelaki jenis ini makan dengan penuh ketelitian. Contohnya, kalau makan ikan, tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan. Kalau tak suka sayur, dia sanggup cari dan asingkan dulu sayur di tepi pinggan.

Jangan risau! Lelaki seperti ini sifatnya amat prihatin dalam setiap perkara yang dilakukannya. Kalau dalam soal hubungan pula, dia memang serius terhadap anda.

3. Serius Ketika Makan

Lelaki jenis ini gaya makannya serius sahaja. Tidak terlalu cepat, tidak terlalu lambat. Sesekali dia akan berbual ketika makan, tetapi tidaklah kerap sangat. Kalau makan dengan pasangannya, si dia adakalanya asyik memerhati pasangannya.

Hal ini bermaksud si dia amat sayang terhadap pasangannya dan tidak mahu pasangannya hilang walaupun seminit pun. Romantiknya! Dia juga memiliki sifat pelindung yang kuat.

4. Makan Sambil Berbual

Lelaki jenis ini memang suka berbual ketika sedang makan, sampai nasi di pinggan pun tak luak. Ini menggambarkan si dia seorang yang ceria dan susah nak marah.

Selain itu, dia juga gemar berterus-terang terutama dalam soal perhubungan. Tapi awas! Jangan buat si dia marah, anda mungkin tak mahu melihat bom meletup!

5. Makan Sambil Melihat Jam

Lelaki jenis ini selalu sahaja ingin cepat walaupun masa masih panjang dan tiada perkara yang ingin dikejarkan. Jelas menunjukkan bahawa si dia amat menitikberatkan soal masa dan displin dalam kehidupan sehariannya.

6. Makan Sambil Merungut

Lelaki jenis ini apabila makan pasti ada yang tak kena. Makanan tak sedaplah, kurang garamlah, tak cukup manislah dan lain-lain kadangkala boleh rasa menyampah mendengarnya. Lelaki jenis ini adalah mereka yang suka berterus terang. Apa sahaja yang dirasakan tidak puas hati, akan diluahkannya.

Namun, disebalik sikapnya itu, si dia mempunyai sifat penyayang. Awas! Dalam soal hubungan, dia memang kuat cemburu. Jangan sesekali cuba nak pandang orang lain, silap hari bulan, tak pasal-pasal kamu kena sembur!

5 Jenis Lelaki Yang Tidak Layak Jadi Suami


Sepanjang pengalaman wanita bercinta, pasti ada pernah jumpa pelbagai jenis lelaki. Ada yang romantik, ada yang setia dan sebagainya. Namun apa paling penting, adakah mereka layak untuk dijadikan suami?

Adakalanya mereka yang tidak kacak sesuai jadi suami berbanding mereka yang kacak, namun tidak layak dijadikan suami. Ketahui jenis lelaki yang tidak layak jadi suami.

Berikut 5 jenis lelaki yang tidak layak jadi suami :

1. Tiada pendapatan dan boros

Lelaki yang tidak mempunyai pendapatan tidak layak untuk dijadikan suami. Mereka tidak mampu untuk menyara hidup anda. Kalau ada pun di antara mereka yang punyai pendapatan, mereka boros dengan hasil pendapatan mereka. Mereka tidak pandai membahagikan hasil pendapatan mereka pada tempat yang sepatutnya.

2. Sentiasa bergantung pada orang lain

Apa mungkin seorang lelaki yang bakal memberi nafkah kepada anda, hidup dengan masih bergantung pada orang tuanya? Itukah calon yang sesuai untuk dijadikan suami? Silap haribulan, wang anda yang disapu habisnya nanti.

3. Pemalas ya amat

Pemalas disini difokuskan pada keadaan mereka menguruskan diri mereka sendiri. Lihat sahaja bagaimana mereka menguruskan katil tidur mereka sehingga tidak dapat membezakan pakaian kotor dan bersih. Mereka hanya anggap mengemas rumah hanya kerja wanita.

4. Berfikiran negatif dan membuat anda rasa buruk

Seorang lelaki loser sentiasa berfikiran negatif. Mereka menganggap apa yang mereka hendak lakukan semuanya tidak boleh. Hidup suka beri pelbagai alasan itu dan ini. Lelaki jenis ini juga suka memburuk-burukan keadaan atau menyalahkan orang lain.

5. Jahil agama dan miskin amal akhirat

Ini merupakan lelaki paling bahaya dan patut wanita jauhi dan hindari. Lelaki jenis ini akan menghalang anda dari keabdian dan ketaatan kepada Allah dan kehidupan yang hakiki iaitu kehidupan akhirat. Hal ini akan menyebabkan anda begitu tertekan.

13 Fakta Tentang Perempuan Yang Lelaki Perlu Tahu


Berikut fakta tentang perempuan yang lelaki perlu tahu

1. Perempuan benar-benar benci kalau mereka dibohong

Jadi, jika anda benar-benar ingin berbohong pada si dia, pastikan bahawa anda tidak akan ditangkap. Tidak kira sama ada anda berbohong mengenai penampilannya, keserasian anda, bekas kekasih anda atau keluarganya, selagi anda rasa anda telah berbohong, hati-hati! Kerana jika anda tertangkap, tidak akan ada jalan keluar.

2. Perempuan selalu mengambil serius perbuatan berbanding kata-kata

Jadi jika anda benar-benar ingin menawan hati si dia, lakukan sesuatu yang menunjukkan padanya bagaimana perasaan anda, bukan hanya tahu cakap kosong.

3. Perempuan semuanya ratu drama

Salah satu fakta yang paling menarik tentang perempuan ialah mereka semua ratu drama. Ini mungkin sesuatu yang berada di luar kotak pemikiran anda, namun bersabar dan anda perlu tahu bahawa setiap perempuan akan suka menjadikan isu yang kecil itu menjadi masalah besar. Ini kerana kaum perempuan lebih cenderung menggunakan emosi berbanding akal.

4. Emosi berubah-ubah apabila datang bulan

Anda kena faham bahawa emosi kaum perempuan akan berubah apabila datang bulan. Jadi jangan terkejut bagi anda yang baru bercouple, kekasih anda tiba-tiba berubah daripada seorang yang lemah lembut namun berubah jadi hulk. Sakit der datang bulan, isi perut rasa macam ditarik-tarik.

5. Biasakan untuk meminta maaf

Sama ada anda melakukan sesuatu yang salah atau tidak, anda perlu juga meminta maaf. Perempuan sukakan lelaki yang pemaaf, dan mereka tak boleh hidup dengan lelaki yang tak tahu meminta maaf.

6. Bukan semua perempuan mempunyai perangai yang sama

Jadi, jangan terlalu cepat membuat keputusan bahawa semua perempuan adalah sama terutama apabila anda putus cinta. Ini adalah salah satu fakta utama tentang perempuan yang perlu setiap lelaki tahu.

7. Seorang perempuan akan selalu fikir sama ada dia kelihatan gemuk

Jadi, anda kena bijak dalam berkata-kata supaya si dia tidak akan mudah tersinggung.

8. Jangan beritahu semua perkara pada kawan perempuannya

Jika anda jenis yang mudah terpikat dengan perempuan lain, jangan beritahu kepada kawan-kawan perempuan kekasih anda. Tidak kira lama atau sekejap, kekasih anda pasti akan tahu cerita tersebut.

Ini kerana perempuan suka bergosip. Ini adalah satu-satunya cara mereka dapat menghiburkan diri mereka sendiri ketika mereka bersama-sama dengan kawan.

9. Perempuan menyukai makna sesuatu hadiah berbanding harganya

Apabila berbincang mengenai soal hadiah, perempuan lebih menyukai sesuatu yang bermakna daripada harganya. Ini kerana perempuan sukakan sesuatu yang ikhlas dan menunjukkan bahawa anda telah cuba menawan hati si dia dengan cara yang berbeza.

10. Perempuan cenderung menunjukkan rasa cintanya

Jika anda berada di luar dengan kawan-kawan lelaki anda, kekasih anda akan lebih cenderung untuk menunjukkan rasa cinta dia terhadap anda sehinggakan kawan-kawan anda cemburu dengan anda berdua.

Namun jika anda keluar bersama dengan kawan-kawan perempuan dia, anda perlu pandai menjaga tingkah laku anda. Buatkan si dia merasa bahawa dia adalah milik anda. Tetapi berhati-hati, jangan sehingga membuatkan kawan-kawannya meluat dengan tindakan anda.

11. Pastikan anda tidak lupa tarikh penting

Seperti hari jadinya. Hal ini amat penting bagi si dia, dan jika anda lupa, saham anda akan menurun. Jika sekali mungkin tidak mengapa, tetapi bukan untuk kali yang kedua, Jangan terkejut sekiranya si dia tidak sambut hari jadi anda atau memberi kad perpisahan pada hari jadi anda.

12. Ambil hati si dia dengan pujian

Salah satu fakta yang paling menarik tentang perempuan ialah mereka senang menjadi perhatian ramai. Berikan pujian terhadap rambutnya, matanya, pakaiannya, tubuhnya atau apa saja tentang dirinya yang membuatkan anda rasa tertarik. Dengan memberikan si dia pujian, anda telah memberikan dia semangat dan keyakinan. Ini akan membuatkan si dia sayang terhadap anda.

13. Perempuan lebih mementingkan cinta daripada hubungan intim

Fakta yang paling penting ialah perempuan lebih mementingkan cinta daripada hubungan seks. Perempuan boleh hidup tanpa seks, tetapi lelaki boleh ke?

10 Tentang Perempuan Yang Lelaki Perlu Faham


Memahami apa sahaja tentang perempuan merupakan satu bonus bagi seseorang lelaki. Ini kerana ternyata antara orang lelaki dan perempuan terdapat perbezaan yang ketara. Bukan sahaja berbeza dari segi fizikal tetapi juga daripada banyak perkara lain.

Berikut 10 tentang perempuan yang orang lelaki perlu faham :

1. Jangan gatal

Sekiranya si dia berpesan kepada anda supaya jangan gatal, itu bermakna yang si dia benar-benar bermaksud sedemikian dan berharap supaya anda kekal setia bersama si dia.

2. Korek sampai dapat

Orang perempuan ini bila mereka sudah excited untuk mengetahui tentang sesuatu, mereka akan ‘korek’ sampai dapat teruja nak tahu something. Jadi, berhati-hatilah bila anda mempunyai perancangan untuk menipu si dia.

3. Tak nak berterus terang

Salah satu masalah orang perempuan ini ialah tak nak berterus terang. Sakit hati pun dia pendam!

4. Penyabar

Sekiranya ada perempuan yang sanggup tahan dengan sikap panas baran dan ego anda dan selalu mengalah dengan anda, percayalah yang perempuan itu benar-benar mencintai anda. Hargai si dia dan ajaklah si dia untuk mendirikan rumah tangga bersama-sama.

5. Shoulder to cry on

Apabila perempuan sudah mula untuk menceritakan masalah dia kepada lelaki, ini bermakna lelaki itu sudah mendapat kepercayaan si dia. Tahniah!

6. Mood swings

Mood perempuan ini banyak musim. Harap anda bertabah dan banyak bersabarlah.

7. Sixth sense

Perempuan ini seolah-olah mempunyai deria yang keenam atau sixth sense, kerana mereka akan dapat tahu sekiranya lelaki yang disayanginya cuba menipu dirinya.

8. Bila sudah membebel

Bila perempuan membebel, lebih baik diam saja. Diam tanda kita mendengar. Sebab itu antara cara untuk dia meluahkan perasaan yang terpendam. Bila sudah lega, dia sendiri akan datang minta maaf.

9. Bendera merah

Kalau korang tak boleh tahan perangai perempuan masa dia datang bulan, baik korang tinggalkan si dia sahaja. Sebab kalau tempoh tujuh hari pun korang tak boleh tahan, inikan pula masa dia mengandung 9 bulan nanti.

10. Chu chu train

Perempuan ini kalau bercakap tidak berhenti, kau cium saja pipi dia sekali. Senyaplah dia. Tetapi pastikan kahwin dulu.
Kesimpulan

Baik perempuan mahupun lelaki mereka saling memerlukan satu sama lain. Itu hakikat yang tidak akan berubah sampai kiamat. Jadi, langkah saling memahami antara lelaki dan perempuan akan menjadikan kehidupan insan itu berjalan dengan harmoni. Penuh rahmat Ilahi.
You might like these as well: