7 Tip Memujuk Lelaki Yang Merajuk Dengan Pasangannya


Di dalam sesebuah perhubungan, tidak semestinya hanya wanita yang sering merajuk. Lelaki hari ini jauh lebih sensitif dan cepat terasa dengan tidak tanduk pasangannya. Biarpun sering kelihatan macho, mereka juga mahukan ruang untuk dipujuk.

Jadi wahai wanita, jangan ambil mudah hal ini. Oleh itu, sebagai sebagai pasangan yang bijak dan sayang kepada pasangan, anda harus tahu cara memujuknya.

Berikut 7 tip memujuk lelaki yang merajuk :

1. Cari puncanya

Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah mengetahui punca lelaki itu merajuk. Jika anda sedar kesilapan itu berpunca dari anda maka berterus-teranglah dan akui kesilapan anda.

Lelaki seorang yang ego, jangan anda menambah dan mencabar lagi keegoaannya. Lebih baik anda meminta maaf dan mengakui kesilapan untuk meneruskan hubungan yang baik dan berterusan.

2. Berikan si dia ruang

Sekiranya anda melakukan satu kesalahan dan si dia mula merajuk, jangan terus memberikan penjelasan kepadanya. Beri dia ruang untuk ‘melayan perasaan’ dahulu. Setelah rajuknya reda, barulah anda cuba mendapatkannya dan menjelaskan keadaan yang sebenar.

3. Masak makanan kegemarannya

Mungkin sebagai minta tanda maaf, anda boleh memasak sesuatu yang istimewa dan letakkan di atas meja pejabatnya untuk makan tengah hari bersama nota maaf. Mana tahu selepas itu dia menghubungi anda dan keadaan kembali normal. Tak cuba mesti tak tahu bukan!

4. Buat kejutan untuk dia

Jika sebelum ini dia ada mengajak anda melakukan sesuatu seperti menonton bola tetapi anda menolak, apa kata anda pula mengajaknya? Cuba lakukan sesuatu yang si dia gemar dan mungkin dia akan kembali baik atas usaha ini. Cubalah!

5. Gunakan kreativiti anda

Wanita sering dikatakan kreatif dalam melakukan sesuatu. Sekiranya si dia langsung tidak mengendahkan anda, mungkin anda boleh menulis penjelasan anda dan kata-kata maaf di dalam sebuah kad yang anda buat sendiri.

Menerusi ayat-ayat cinta dan usaha anda pasti membuatkan rajuknya reda. Apatah lagi apabila dia melihat usaha anda yang bersungguh-sungguh memohon maaf darinya.

6. Kelemahan dirinya

Sebagai pasangan si dia, anda pasti tahu kelemahannya bukan? Apa kata anda cubanya untuk memenangi semula hati si dia? Tetapi berpada-padalah, jangan sehingga mencabar keegoan si dia. Jika berlaku nanti bertambah besarlah masalah anda pula.

7. Diamkan diri

Sekiranya usaha yang telah dilakukan tidak berjaya dan si dia masih merajuk dengan anda, cuba mendiamkan diri. Setelah berusaha sedaya upaya untuk memujuknya, diamkan diri dan sekiranya si dia menyayangi anda, dia pasti rindu dan akan menghubungi anda.

      Baca : 6 Rahsia Saintifik Dalam Pergerakan Solat Membuatkan Saintis Terkejut

ADVERTISEMENT
Kesimpulan

Apa pun yang anda lakukan, ingatlah bahawa lelaki merajuk kerana inginkan perhatian dan mahu pasangannya mengambil berat tentangnya. Mungkin tanpa anda sedar, kesibukan anda mungkin menyebabkan si dia berkecil hati.

Oleh itu, bina hubungan anda bersama lelaki yang menjadi pasangan hidup anda dengan baik dan elakkan dari pergaduhan serius yang boleh menyebabkan sesuatu yang tidak baik berlaku dalam perhubungan anda berdua.

- Daku Amat
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: