Sempena bulan Ramadhan yang memasuki hari keenam (1 jun 2017), pasti ramai yang telah merancang untuk bersahur bersama keluarga. Namun, apa yang dirisaukan adalah jika anda terlajak tidur dan tidak sedar sehingga melepasi waktu Imsak.
Walaupun sahur merupakan amalan yang disunahkan, tapi semua orang pastinya perlu makan sahur untuk membuat tubuh mereka lebih kuat ketika menjalankan ibadah puasa keesokan harinya. Untuk pastikan anda terjaga tepat pada waktunya, di bawah ini dikongsikan tip yang boleh anda amalkan sepanjang bulan Ramadhan ini.
Berikut 6 tip bangun sahur tepat waktu di bulan Ramadhan :
1. Tidur awal
Di peringkat permulaan puasa, pasti anda tidak biasa untuk bangun di awal pagi. Antara cara untuk mudah bangun ketika sahur adalah dengan menukar jadual tidur lebih awal. Dengan cara ini, pasti anda akan mudah terjaga sewaktu sahur dan tidak terlalu mengantuk.
2. Niat sebelum tidur
Tahukah anda, walaupun kedengaran agak pelik tetapi dengan memasang niat untuk bangun bersahur sebelum tidur, pasti akan membuatkan anda terjaga tepat pada waktunya.
3. Letakkan jam loceng jauh dari tempat tidur
Walaupun jam loceng atau penggera di telefon bimbit telah bunyi beberapa kali, anda pasti akan menekan butang snooze lalu akan terlajak tidur. Dengan cara meletakkan jam loceng atau penggera di tempat yang jauh dari katil, anda pasti akan terjaga dan bangun dari katil atau tempat tidur anda.
4. Langsung bangun saat dengar bunyi alarm
Memang sedikit susah untuk bangun walaupun sudah mendengarkan bunyi alarm dari jam ataupun handphone anda. Biasanya, kita akan bermalas-malasan nak mematikan alarm tersebut. Jadi, ada baiknya anda langsung bangun setelah mendengar alarm dan paksakan tubuh kamu untuk segera bangun.
5. Minta bantuan ahli keluarga
Jika anda tinggal di rumah bersama keluarga, anda boleh meminta bantu ahli keluarga untuk membangunkan anda. Anda boleh minta tolong kejutkan atau paling tidak pun digoyang-goyang tubuh anda agar segera bangun.
6. Jadikan waktu sahur lebih meriah
Jadikan waktu sahur anda lebih meriah dengan makan bersama keluarga atau rakan serumah. Dengan cara ini, anda akan berasa teruja dan lebih bersemangat untuk bangun bersahur. Jika berpeluang bersahur bersama keluarga, ambil peluang untuk membuat persediaan sahur bersama ibu dan adik beradik. Pasti anda akan berasa teruja untuk bangun makan bersahur bersama-sama mereka.
Baca : 10 Jenis Menu Yang Mudah Disediakan Untuk Sahur
Kesimpulan
Anda juga boleh memotivasi diri sendiri dengan cara memberi hadiah pada diri sendiri. Anda boleh tanam azam pada diri sendiri; contohnya, jika anda boleh bangun sahur satu bulan Ramadhan penuh anda akan membeli baju yang menjadi idaman anda. Dengan begitu anda akan lebih semangat lagi untuk bangun sahur.
- Daku Amat
Tags : bulan ramadhan niat sebelum tidur bangun sahur ramadan kareem menu masakan makan sahur berbuka puasa menu sahur