8 Keistimewaan Bulan Ramadhan Berbanding Bulan-Bulan Lain


Bulan Ramadhan merupakan penghulu segala bulan. Imam Ibnu Katsir menjelaskan; “Allah s.w.t memuji Ramadhan di antara bulan-bulan lainnya, kerana Dia telah memilihnya di antara semua bulan sebagai bulan yang padanya diturunkan al-Quran yang agung”.

Sebagaimana Allah s.w.t mengkhususkan Ramadhan sebagai bulan diturunkannya al-Quran, sesungguhnya telah disebutkan oleh hadis bahawa pada bulan Ramadhan jugalah kitab-kitab lainnya diturunkan kepada Nabi-Nabi sebelum Nabi Muhammad s.a.w.

Rasulullah s.a.w memberikan sambutannya menjelang bulan suci Ramadhan:

“Wahai segenap manusia, telah datang kepada kalian bulan yang agung penuh berkat bulan yang di dalamnya terdapat satu malam yang nilainya lebih baik dari seribu bulan. Allah menjadikan puasa di siang harinya sebagai kewajiban, dan qiyam di malam harinya sebagai sunnah. Barangsiapa menunaikan ibadah yang difardukan, maka pekerjaan itu setara dengan orang mengerjakan 70 kewajiban."
Ramadhan merupakan bulan kesabaran dan balasan kesabaran adalah syurga. Ramadhan merupakan bulan dimana Allah melapangkan rezeki setiap hamba-Nya. Barangsiapa yang memberikan hidangan berbuka puasa bagi orang yang berpuasa, maka akan diampuni dosanya dan dibebaskan dari belenggu neraka, serta mendapatkan pahala setimpal dengan orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahala orang berpuasa tersebut.

Berikut 8 keistimewaan Ramadhan berbandingkan bulan-bulan lain :

1. Syahrun Azhim


Azhim adalah nama dan sifat Allah Taala. Namun juga digunakan untuk menunjukkan kekaguman terhadap kebesaran dan kemuliaan sesuatu. Sesuatu yang diagungkan Nabi s.a.w tentulah memiliki nilai yang lebih besar dan sangat mulia dengan sesuatu yang diagungkan oleh manusia biasa. Alasan mengagungkan bulan Ramadhan adalah kerana Allah juga mengagungkan bulan ini.

Diagungkan Allah kerana pada bulan inilah Allah s.w.t mewajibkan puasa sebagai salah satu dari lima rukun Islam. Allah Yang Maha Pemurah Penyayang menetapkan dan mensucikan bulan ini kemudian memberikan segala kemurahan, kasih sayang dan kemudahan bagi hamba-hamba yang ingin mendekatkan diri kepada-Nya. Barangsiapa mengagungkan syiar-syiar agama Allah, maka itu datang dari hati yang bertakwa.

2. Syahrul Mubarak


Bulan ini penuh dengan keberkatan dan bermanfaat secara maksima. Detik demi detik di bulan suci ini bagaikan rangkaian berlian yang sangat berharga bagi orang beriman. Sebabnya semua perbuatan kita di saat berpuasa menjadi ibadah berpahala yang balasannya langsung dari Allah s.w.t. Amal baik sekecil apapun nilainya dilipatgandakan sehingga kita menjadi puas dalam melakukannya.

Keberkatan Ramadhan dibagi tiga, iaitu; 10 malam pertama penuh rahmat Allah, 10 berikutnya diisi dengan keampunan (maghfirah), sedangkan 10 malam terakhir merupakan pembebas manusia dari api neraka. Keberkatan yang Allah berikan ini akan menjadi optimum jika kita memanfaatkan waktu dengan mendekatkan diri kepada Allah.

3. Syahru Nuzulil Qur'an


Allah mengistimewakan Ramadhan sekaligus menyediakan target terbesar, iaitu menjadikan al-Qur’an sebagai pedoman hidup. Target utama amaliyah Ramadhan adalah membentuk insan takwa yang menjadikan Kitabullah sebagai manhajul hayat (pedoman hidup). Dapat dikatakan bahawa Ramadhan tidak dapat dipisahkan dengan al-Qur’an. Rasulullah s.a.w menerima wahyu pertama baginda dalam bulan Ramadhan dan di setiap bulan Ramadhan Malaikat Jibril a.s datang sampai dua kali untuk menguji hafalan dan pemahaman Rasulullah s.a.w terhadap al-Qur’an.

4. Syahrul Qiyam


Bulan Ramadhan menggairahkan umat Islam untuk menjalankan amalan orang-orang soleh seperti solat tahajjud dan membaca al-Qur’an di dalam solat malamnya. Di Bulan Ramadhan juga setiap mukmin sangat dianjurkan melakukan solat tarawih dan witir agar di luar Ramadhan dia terbiasa mengamalkan qiyamullail.

5. Syahrus Shiyam


Pada Bulan Ramadhan dari awal hingga akhir kita menegakkan satu dari 5 rukun Islam yang sangat penting, iaitu shaum (puasa). Kewajiban puasa sebagaimana kewajiban ibadah solat 5 waktu. Maka sebulan penuh seorang muslim mengkonsentrasikan diri untuk ibadah sebagaimana dia mendirikan solat Subuh atau Maghrib yang memakan waktu beberapa minit saja.

Puasa Ramadhan dilakukan setiap hari Ramadhan dari terbit fajar hingga terbenam matahari (Maghrib). Tidak cukup menilai dari yang membatalkannya seperti makan dan minum atau berhubungan intim suami isteri di siang hari saja, tetapi wajib membangun akhlaqul karimah (berakhlak mulia), meninggalkan perbuatan maksiat dan yang makruh (yang dibenci Allah).

6. Syahrus Sabr


Bulan Ramadhan melatih jiwa muslim untuk senantiasa sabar tidak mengeluh dan tahan ujian. Sabar adalah kekuatan jiwa dari segala bentuk kelemahan mental dan spiritual. Orang bersabar akan bersama Allah sedangkan balasan orang-orang yang sabar adalah syurga.

Sabar lahir bersama dengan segala bentuk kerja besar yang berisiko seperti dalam dakwah dan jihad fi sabilillah. Ramadhan melatih muslim beramal dalam berjamaah untuk meninggikan kalimat Allah.

7. Syahrul Musawwah


Ramadhan menjadi bulan santunan manakala orang-orang beriman sedar sepenuhnya bahawa puasanya mendidik mereka untuk memiliki empati kepada fakir miskin keraa merasakan lapar dan haus sebagaimana yang mereka rasakan. Kerana itu kaum muslimin selayaknya menjadi pemurah dan dermawan.

Segala amal yang berkaitan dengan amwal (harta) seperti zakat fitrah, sedekah, infak, wakaf dan sebagainya, bahkan zakat harta pun sebaiknya dilakukan di bulan yang mulia ini. Memberi walaupun kecil, bernilai besar di sisi Allah. Siapa yang memberi makan minum pada orang yang berpuasa walaupun hanya seteguk air mendapat pahala puasa seperti yang diperolehi orang yang berpuasa.

8. Syahrul Yuzdaadu fiihi Rizqul Mu’min


Bulan ini rezeki orang-orang beriman bertambah kerana segala kemudahan dibuka oleh Allah s.w.t seluas-luasnya. Para peniaga akan memperolehi untung, orang yang jadi pegawai dapat kelebihan pendapatan dan sebagainya. Namun rezeki terbesar adalah hidayah Allah dalam mudah melakukan amal-amal soleh kemudian hikmah dan ilmu yang begitu mudah diperolehi di bulan mulia ini.

      Baca : 6 Tip Untuk Kawal Perbelanjaan Semasa Di Bulan Ramadhan

ADVERTISEMENT

Kesimpulan


Sempena bulan Ramadhan kali ini, kita cuba memenuhi ia dengan tuntutan amal agama sebanyak mungkin kerana Allah dan mengurangkan perkara duniawi yang melalaikan.

- Daku Amat

Tags : bulan ramadhan penghulu segala bulan ramadan kareem lailatulqadar bulan sabar kelebihan bulan ramadan berbuka puasa semasa bulan ramadan
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: