9 Sebab Kenapa Wanita Sekarang Kahwin Lambat


Jika 20 tahun lalu mungkin wanita sebaik sahaja memasuki usia matang sudah dipaksa kahwin oleh ibu bapa kerana bimbang anaknya digelar anak dara tua atau popular dengan gelaran "andartu" pada masa itu. Tetapi seiring dengan peredaran zaman, ia tidak lagi dianggap luar biasa malah ramai ibu bapa sudah tidak kisah.

Rata-rata wanita lewat usia ini yang masih bujang mengakui kesibukan kerja menjadi salah satu faktor mereka tidak mempunyai waktu sesuai untuk bergaul dengan orang lain, sehingga keluarga disarankan agar memainkan peranan mencarikan pasangan untuk "anak dara emas" ini.

Berikut 9 sebab kenapa wanita sekarang kahwin lambat :

1. Pernah putus cinta tahap menonggeng

Tipulah kalau tidak ada rasa kecewa bila putus cinta. Namun, putus cinta bukanlah sebab utama mereka tidak mahu bercinta lagi. Cuma lebih baik hidup single daripada dikecewakan buat kali kedua. Mungkin buat sementara waktu sebelum hati terbuka kembali untuk seseorang. Mencintai dan dicintai semula.

2. Mahu hidup bebas tidak suka dikongkong

Jangan ingat lelaki saja yang tidak suka dikongkong, wanita pun sama. Lagi-lagi kalau yang jenis ramai kawan. Bila sudah berkahwin, tidak boleh nak lepak macam selalu. Sibuk kena jaga suami dan anak-anak pula.

3. Terlalu sibuk dengan kerja

Kebanyakan wanita sekarang gila kerja atau workaholic dan seronok cari duit sendiri sehingga lupa tentang perkahwinan. Bagi mereka, hidup zaman moden bukanlah sesuatu yang pelik jika kahwin lambat.

4. Terlalu memilih pasangan

Wanita sekarang kalau boleh nak rupa suami ala-ala K-pop dan pretty boy. Kalau yang rupa suam-suam kuku itu memang tidak dipandangnya. Namun, biarlah berpada-pada dan ukur baju dibadan sendiri. Rupa paras bukanlah jaminan rumah tangga bahagia. Tetapi memilih sebab agama seperti mencari bakal suami yang tidak tinggal solat, itu memang terpuji.

5. Jodoh belum sampai

Ini antara alasan klise yang kamu selalu dengar bila ditanya soal jodoh. Memang betul, soal jodoh, ajal dan maut itu urusan Allah. Kita sebagai insan perlu berusaha, kalau tidak berusaha tak guna juga.

6. Takut dapat suami teruk

Sekarang ini banyak kes suami panas baran, kaki pukul, kaki perempuan dan macam-macam lagi. Buat lagi takut wanita yang single hendak berkahwin. Lagi parah, ada juga kes di mana si isteri yang kena sara suami yang malas bekerja.

7. Pilihan hati dibantah keluarga

Ini pun satu sebab kenapa ramai wanita kahwin lambat. Bila sudah jumpa lelaki idaman, keluarga pula tidak berkenan. Akhirnya, malas lagi hendak fikir pasal jodoh.

8. Memang tiada orang nak

Jangan terkejut, sebab ini memang betul-betul berlaku dalam masyarakat kita. Ramai wanita yang hendak sangat berkahwin, tetapi belum ada lagi lelaki yang mahu. Apapun janganlah berfikiran negatif, mana tahu orang yang sukakan kamu itu jenis malu-malu. Kenalah usaha sikit. Tiada lagi istilah, "perigi mencari timba" pada masa sekarang ini.

9. Tiada nafsu dengan lelaki

Ini memang masalah besar. Tak tahu nak cakap apa kalau ada yang jenis macam ini. Lebih baik jumpa doktor sakit jiwa kalau sudah sampai tahap kronik macam ini.

      Baca : 15 Khasiat Timun Yang Perlu Anda Tahu

ADVERTISEMENT
Kesimpulan

Ramai juga wanita yang menolak alasan lambat kahwin kerana kerjayanya sebaliknya mereka lebih menyifatkan jodoh buatnya masih belum tiba. Apa yang lebih penting mereka gembira. Berkahwin sebab terlalu terdesak pun belum tentu bahagia.

- Daku Amat
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: