Peranan seseorang isteri tidak hanya mengurus tempat tinggal serta menjaga suami dan anak sahaja. Namun juga mengatur kewangan keluarga. Berapapun nafkah yang didapatkan suami, isteri harus bijak mengatur untuk penuhi segala keperluan harian.
Sebagai isteri, ada hal-hal yang dapat dilakukan untuk meningkatkan keberkatan rezeki keluarga yang didapat dari usaha suami. Tersebut amalan-amalan yang boleh dilakukan oleh si isteri untuk menarik keberkatan rezeki yang diperoleh suami agar rezeki keluarga sentiasa melimpah.
Berikut 5 perkara isteri harus lakukan supaya suami dapat rezeki melimpah :
1. Beri beberapa nafkah dari suami untuk ibu bapa dan mentua
Sekecil atau sedikit apa pun, asingkan beberapa nafkah dari suami untuk ibu bapa serta mentua. Walaupun hanya dengan membelikan beras atau keperluan harian yang lain, sedarilah bahawa aspek itu mampu meningkatkan keberkatan rezeki yang diperolehi.
Tutup telinga rapat-rapat serta janganlah pedulikan apabila terima sindiran atau dibanding-bandingkan dengan jumlah pemberian dari menantu lain yang lebih besar, jangan pernah jadikan hal itu pemusnah niat baik kita.
Jauhi juga berfikiran seperti ini, “Jangankan untuk ibu bapa, untuk keluarga sendiri pun tak cukup!” atau “Ibu bapa serta mentua saya sudah kaya!”
2. Selalu ingatkan suami beri nafkah dengan rezeki halal
Peranan isteri yang lain adalah senantiasa mendoakan serta mengingatkan suami supaya memberi nafkah kepada keluarga dari rezeki yang halal. Kerana besarnya kepentingan rezeki yang halal demi membentuk sebuah keluarga yang baik dan dirahmati Allah.
3. Menghindari kehidupan yang boros
Masak sendiri di rumah lebih menjimatkan daripada makan di luar atau beli makanan dari luar. Malah isteri juga mampu menghindari keluarga dari amalan boros. Paling penting mengelak daripada berlakunya apa-apa pembaziran dalam rumah tangga.
Bawakan bekal untuk suami agar tidak perlu makan siang di luar pejabat, juga untuk anak agar mereka tidak makan jajan atau makanan ringan. Semoga ikhtiar berhemat serta merubah lifestyle itu dapat menaikkan keberkatan rezeki keluarga.
4. Lakukan beribadah bersama
Beribadah serta ketakwaan yang kita kerjakan bukan sahaja mendapat pahala malah mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dorong ahli keluarga sebelah lelaki untuk melakukan solat berjemaah di masjid setiap hari manakala sebelah perempuan pula solat di awal waktu.
Adakan acara keagamaan di rumah bersama keluarga seperti membuat majlis taklim bacaan kitab hadis, berpuasa sunnah isnin serta khamis, solat di tengah malam, membaca al-Quran serta yang lain-lain.
5. Jauhi pertikaian dalam rumah tangga
Pertikaian atau perkelahian hanya akan menyalutkan kebencian serta menghilangkan keharmonian rumah tangga. Isteri haruslah menjadi penyejuk di kala suami dalam keadaan stress, bukannya menjadi insan yang membuat pertikaian bertambah besar dan semakin merumitkan lagi keadaan.
Baca : 5 Perangai Buruk Bakal Pengantin Perempuan Di Media Sosial
Semoga 5 perkara di atas dapat diamalkan dalam kehidupan seharian agar membuat pendapatan suami lebih berkat, melimpah serta mengalir deras tidak putus-putus.
- Daku Amat