5 Perangai Buruk Bakal Pengantin Perempuan Di Media Sosial

Hidup pada zaman sekarang ini, semua perkara hendak dipamer di laman media sosial. Ada sahaja yang ingin dikongsi bersama rakan-rakan atau dunia luar. Namun semua itu memberi impak tersendiri pada orang yang melihat dan yang menilai dari posting kamu.

Tidak tahulah kalau ada yang perasan, kini ramai bakal pengantin terutama yang perempuan agak "over". Tiada apa yang hendak disorok lagi. Habis semuanya mahu dikongsi sampai naik meluat pula rakan media sosial melihatnya.

Berikut 5 perangai buruk bakal pengantin perempuan di media sosial :

1. Kikis duit bakal suami

Kalau sudah setiap kali ada sahaja ditayang di Instagram membeli-belah tanpa tujuan apakah semua itu? Ada sahaja barang berjenama hendak dibeli, bukan untuk persiapan perkahwinan tetapi untuk menunjuk-nunjuk di laman sosial. Kasihan pula dengan bakal suami, duit simpanan untuk majlis kahwin diguna pula untuk aktiviti berfoya-foya.

2. Tidak mahu memasak

Iya tahu, kamu memang seorang wanita bekerjaya. Memasak, memang tiada masa, kamu lebih suka makan di luar. Namun, sampai bila kamu hendak "membaja" duit di restoran. Kalau restoran biasa-biasa atau kedai tepi jalan mungkin tidak mengapalah. Ini wah! Wajib menjamu selera di restoran bertaraf mewah dan yang paling penting "wajib" kongsi lokasi dan menu hari itu di media sosial.

Sekadar gambar hiasan semata-mata

3. Suka "show off" di media sosial

Apa-apa sahaja mengenai persiapan perkahwinan semuanya mahu diberitahu. Isi telur dalam bekas telur pun nak beritahu dan yang paling kelakar habis semua tajaan dari keluarga atau rakan disampaikan sehingga berulang-ulang kali gambar postingnya.

4. Buat pinjaman bank untuk majlis perkahwinan

Dilema lumrah bagi setiap pengantin adalah tentang bajet majlis perkahwinan. Tetapi semua itu sudah diselesaikan dengan pelbagai pinjaman tersedia dari pihak bank. Bila orang tua menasihati, degil tidak mahu dengar sebab dalam hati sudah bercita-cita ingin membuat majlis besar-besaran. Hai cik adik, cik abang, biar ukur baju di badan sendiri.

5. Niat kahwin sebab cemburu dengan kawan

Lihat orang kahwin, kamu pun nak kahwin. Walaupun hakikatnya kamu belum bersedia lagi. Sifat kematangan terang-terang belum lagi ada kalau 4 perkara di atas menjadi pegangan. Lagilah musim sekarang ramai rakan sebaya mula mendirikan rumah tangga, mencungap rasa cemburu hendak mengejar perkara yang sama. Masalahnya apa yang hendak dikejar hanyalah ingin mendapat gelaran, "wedding of the year".

      Baca : 2 Petua Asam Jawa Untuk Rawat Jerawat Dan Lekuk Kesan Parut Jerawat

ADVERTISEMENT
Kesimpulan

Walaupun penggunaan media sosial merupakan hak masing-masing individu namun biarlah berpada jika mahu berkongsi sesuatu untuk tatapan rakan-rakan kamu. Elakkan terlampau keterlaluan hingga orang yang tengok merasakan kamu menunjuk-nunjuk.

- Daku Amat
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: