Mahu jadi cantik senang saja, pakai mekap pun boleh cantik. Namun kalau muka sudah cantik tetapi perangai menjengkelkan, terus jadi tak cantik. Kecantikan bukan hanya pada rupa paras sahaja tetapi juga dari segi peribadi, sikap dan adab seseorang.
Berikut 5 sikap ini boleh buatkan wanita jadi tidak cantik :
1. Bangga diri terlebih-lebih
Yakin dengan diri sendiri itu sikap terpuji tetapi jangan sampai over sangat ‘angkat bakul angkat sendiri’. Kalau bangga dengan diri sendiri pun, janganlah sampai kecilkan kebolehan orang lain. Memang anda terus nampak buruk!
2. Berkasar dengan orang
Memang ada wanita yang kasar tetapi kalau sampai menindas orang lain atau pasangan sendiri, ini boleh merosakkan hubungan. Terpekik-pekik hanya kerana disebabkan satu kesilapan kecil, agak melampau bukan?
3. Pembohong dan suka putar belit
Bukan lelaki sahaja yang pandai berbohong, wanita pun pandai sembunyikan rahsia sehingga menipu. Biasanya wanita seperti ini tidak ramai kawan kerana orang sudah boleh baca perangainya.
4. Cepat marah dan baran
Wanita memang terkenal dengan sikap ada kalanya moody melampau. Wanita yang mudah marah dan baran cepat merasa kecil hati setiap masa. Ini menyebabkan ia tidak begitu disukai orang. Jadi ubah sikap ini jika mahu nampak cantik dan manis.
5. Pemikiran sempit semua salah
Rajinkan diri untuk update ilmu setiap hari. Jangan harapkan muka saja cantik tetapi bila disoal tentang pengetahuan am pun tak tahu nak jawab. Kena ambil tahu dengan isu semasa, berfikiran luas dan boleh menerima pendapat orang lain. Jangan asyik rasa diri sendiri sahaja yang betul.
Bayangkan, sewaktu sedang kanak-kanak dahulu ketika masih berjiwa polos, kamu kelihatan sangat menarik dan cantik bukan? Memang demikian, kalau ingin terlihat cantik jiwa harus suci, kerana kecantikan luaran adalah cerminan kecantikan dalaman.
- Daku Amat