Ada di antara pengembara yang lebih gemar menggunakan perkhidmatan awam untuk travel ke satu-satu destinasi. Ada juga yang menyewa kenderaan di sana untuk mempercepatkan perjalanan dan memudahkan pergerakan. Lebih-lebih lagi jika berjalan secara berkumpulan.
Namun menurut seorang lelaki, yang popular dengan pengembaraan secara backpacker di serata dunia berkongsikan detik indah sewaktu dia menggunakan perkhidmatan kereta api di Rusia.
Sesuatu yang membuatkan pengembaraan dengan keretapi di Rusia ini sangat menyeronokkan adalah kita dapat pelbagai pengalaman yang berbeza berbanding menaiki bas mahupun kapal terbang.
Berikut 11 sebab mengapa travel dengan Trans-Siberian Railways mengujakan :
1. Layan pemandangan luar jendela
Pergerakan yang perlahan (kekadang itu laju juga) dan terlalu jauh membolehkan kita dapat melihat pemandangan di luar jendela sepuas-puasnya. Kalau keretapi yang terlalu laju, pengalaman yang kita dapat lebih kepada keseronokan meluncur laju sehingga 200-400km/j.
Bonus kalau travel waktu musim sejuk dan kebanyakan kawasan diliputi salji. Kamu akan nampak bermacam kerenah di dalam dan di luar keretapi.
2. Bergerak ke gerabak
Bergerak bebas kehulu-hilir ke setiap gerabak yang panjang dan melihat perbezaan masyarakat dalam setiap gerabak. Dalam kapal terbang kalau kamu berjalan kehulu-hilir terlalu kerap nanti mesti orang pandang semacam.
Sudahlah sempit kapal terbang itu, tidak ada pemandangan yang menarik sangat selain dari awan dan langit pada hampir keseluruhan perjalanan.
3. Keunikan stesen
Setiap kali berhenti di stesen yang berbeza, inilah peluang untuk kanu turun dan melihat dunia sekitar stesen. Ada stesen yang berhenti untuk 5 minit sahaja dan ada yang berhenti sehingga 40 minit.
Jadi, tidak semua stesen yang digalakkan kamu turun, tetapi kalau ada peluang turun, ambillah peluang itu. Walaupun sekadar untuk pergi ke tandas tetapi kena cepat sebab silap hari bulan kena tinggal pula.
4. Sejarah stesen kereta api
Setiap stesen keretapi ada cerita atau sejarahnya tersendiri. Khususnya stesen yang besar di bandar. Reka bentuk bangunan yang cantik dan unik. Contohnya di Yekaterinburg, di dalam ruang menunggu ada 'mural art' yang sangat besar di dinding dan di atas syiling bangunan. Seakan berada di dalam muzium negara Eropah.
5. Lokomotif sebagai tugu
Lokomotif lama mereka tidak dihapuskan kesemuanya tetapi dibaik pulih dan dicat semula untuk dijadikan 'tugu' bersejarah di stesen tertentu (kebanyakan stesen sebenarnya). Di stesen yang besar, ada kepala keretapi atau lokomotif yang lama diletakkan di tepi stesen sebagai pameran untuk pengunjung.
Baca : 11 Pertanyaan Lazim Tentang Selam Skuba
Mengembara dengan keretapi di musim sejuk di Rusia akan disajikan dengan pemandangan 'the real Russian winter fashion'. Jaket tebal potongan moden dan jaket klasik dengan penutup kepala (hoodies) berbulu-bulu yang sangat sinonim dengan trademark orang Rusia akan mudah dilihat hampir dimana-mana.
Bulu nipis, bulu tebal, gebu-gebas, bulu putih hitam coklat kelabu malah campuran warna menjadi fesyen utama mereka. Bulu ini bukan semata-mata bergaya tetapi ada fungsi sebenarnya.
7. Lelaki berjaket kulit
Jaket kulit warna hitam yang dipakai lelaki Rusia selalunya dipakai oleh mereka yang memiliki wajah persis gangster atau mafia dalam filem Hollywood. Menjinjing beg pakaian yang besar dengan sebelah tangan manakala sebelah tangan lagi dimasukkan ke dalam poket atau sekali-sekala menghisap rokok menunggu ketibaan keretapi atau sedang menunggu seseorang adalah sesuatu pemandangan yang paling 'menyeronokkan' untuk dilihat.
Kamu jangan tenung lebih-lebih, jelingan mata mereka macam nak telan kamu!
8. Ushanka
Topi berbulu atau Ushanka yang menjadi topi trademark negara Rusia memang sedap dipakai waktu musim sejuk. Melihat wanita Rusia mengenakan Ushanka dikepala mereka boleh membuatkan lelaki bergetar rusuk dan jantung berdegup laju. Kena pula wanita itu tinggi lampai dan cantik.
9. Abadikan dengan lensa kamera
Kamera adalah sesuatu yang wajib ada jika mengembara dengan keretapi merentas Siberia. Rugi jika kamu tidak abadikan 'kehidupan' luar dan dalam sepanjang pengembaraan.
10. Adegan lambaian tangan
Lihatlah dari mata seorang yang mengembara di dalam keretapi dan orang yang ditinggalkan di luar keretapi. Lambaian syahdu yang boleh meninggalkan seribu kerinduan. Mungkin ini sedikit pelik, tapi lakukan saja.
Berdiri di belakang mereka yang sedang melambai di luar keretapi sambil memerhati mereka yang berada di dalamnya. Acah-acah dalam adegan filem hindustan? Heh, this is Russia bro!
11. Rasai Pengalaman Sendiri
Sesetengah orang akan berasa cepat bosan dan tepu mati akal hendak menempuhi perjalanan yang jauh dan lama. Tidak tahu nak buat apa dan tidak tahu nak ke mana di setiap perhentian.
Namun untuk mereka yang sudah ada 'pengalaman journey' yang lain sebelum ke Trans-Siberian Railways, mereka tentu akan seronok dan puas dengan waktu yang berlalu pergi penuh makna di setiap destinasi dan disetiap gerabak yang diduduki.
Baca : 10 Tip Langkah Penting Untuk Mencapai Kejayaan Yang Anda Idamkan
Tidak semua orang akan dapat hadam dan memahami kenapa seseorang itu teringin melakukan pengembaraan jauh. Nasihat terbaik, pergilah travel ke tempat lain dahulu. Kamu rasa, alami dan kumpul pengalaman dari tempat dan journey yang berbeza.
Kemudian baru pasang impian untuk ke Trans-Siberian Railway (TSR). Perasaan yang sangat berbeza berbanding kamu terus nak buat sekarang semata-mata nak ikut trend tetapi tanpa ada pengalaman lepas. Seriously, sangat-sangat berbeza.
- Daku Amat