Rahim, aset penting bagi wanita. Bagi wanita yang dilahirkan sempurna dengan rahim, wajib menjaga aset penting ini sebaiknya. Rahim ini ibarat enjin bagi wanita. Jika baik Rahim, baiklah kesihatan badan wanita itu.
Bagi wanita yang pernah melahirkan, semestinya terlebih penting untuk ambil kisah tentang penjagaan rahim agar terus sihat. Di zaman moden ini berapa ramai wanita yang mengalami prolaps atau rahim jatuh terutama selepas melahirkan.
Antara puncanya ialah selalu angkat barang berat, tidak berpantang betul-betul, kurang buat senaman untuk rahim seperti senaman kagel dan juga tidak jaga pemakanan.
Berikut 11 cara menjaga kesihatan rahim yang wanita perlu tahu :
1. Waspada jika ada sejarah penyakit rahim dalam keluarga
Contohnya seperti ibu, nenek, ibu saudara adik beradik perempuan. Setiap penyakit ada kaitan dengan baka, mungkin menyumbang 10% kepada faktor-faktor penyebab. Elakkan dan jauhkan dari faktor-faktor penyebab yang timbul dari persekitaran.
2. Kahwin dan hamil ketika usia muda boleh cegah ketumbuhan
Fungsi utama rahim ialah menampung kehamilan. Kahwin dan hamil awal ketika usia muda boleh mencegah dari tumbuhan fibroids dan adenomyosis. Ketika hamil otot rahim membesar dan kembang sehingga 1000 kali normal. Selepas bersalin ia kuncup semula kepada saiz asal.
Proses kehamilan sebenarnya melindungi rahim dari ketumbuhan. Wanita yang lambat atau tidak hamil lebih terancam ketumbuhan fibroids dan adenomyosis.
3. Perlunya kesimbangan hormon estrogen dan progesterone
Rahim sangat dipengaruhi dengan dua hormon wanita iaitu estrogen dan progesterone. Estrogen menebalkan lapisan endometrium dan membiak sel otot (myometrial hyperplasia) manakala progesterone meningkatkan salur darah endometrium dan mengembangkan sel-sel otot rahim (myometrial hypertrohy).
Kedua-dua hormon perlu seimbang dan saling berkerjasama. Gangguan imbangan hormon mencetuskan penyakit rahim. Hormon estrogen penting bagi banyak fungsi tubuh badan wanita serta ciri-ciri kewanitaan dan kecantikan. Tetapi bila estrogen berlebihan dan tidak seimbang boleh menimbulkan bermacam-macam penyakit dan gangguan kepada wanita.
Di antaranya :
● Ketumbuhan fibroid, adenomyosis dan kanser rahim.
● Ketumbuhan adenoma dan kanser payudara.
● Kemandulan dan sukar hamil.
● Perdarahan rahim.
Sumber asli hormon estrogen bagi wanita ialah kilang ovari, adrenal dan lemak badan. Sesetengah makanan seperti makanan dari kacang soya juga jadi sumber phytoestrogen. Bahan plastik, sterofoam, insecticide dan spray pewangi mengeluarkan xenoestrogen.
4. Ketahui faktor yang mengganggu imbangan hormon
Sering kali tahap estrogen tinggi dan progesterone rendah yang menyebabkan penyakit. Di antara faktor-faktor ialah tekan fizikal, stress mental dan gangguan emosi.
Pemakanan yang terlebih gula dan karbohidrat, mengandungi terlalu banyak perisa dan pengawet serta kegemukan (obesity) dan penyakit PCOS, kesemuanya menyebabkan hormon estrogen meningkat tinggi sedangkan progesterone berkurangan. Tangani dan kawal semua jenis stres.
5. Penjagaan rahim perlu bermula dari umur kanak-kanak
Sering kali anak perempuan dijangkiti kuman di luar farajnya akibat tidak sempurna beristinjak dan lemah ketahanan atau immuniti disebabkan tidak suka makan sayur dan buah-buahan.Kena ajar anak-anak perempuan makan sayur dan buah lepas ini.
Jika menghadapi masalah lelehan atau vaginal discharge, basuh faraj dengan air garam, ia antiseptik terbaik untuk wanita. Beri supplemen vitamin C (chewable) disamping multivitamin sirup dan minyak ikan kepada anak perempuan. Amalan ini diteruskan dalam bentuk tablet bila mencapai umur remaja. Supplemen tersebut akan meningkatkan Ketahanan atau immuniti untuk menangkis pelbagai penyakit khususnya di rahim.
6. Elak terlalu banyak makan makanan segera
Kegemukkan perlu dikawal sejak umur kanak-kanak dan remaja. Dewasa ini kanak-kanak terlalu suka junk food dan fast foods. Ibu bapa layani kehendak mereka sebagai jalan mudah tanpa memikirkan kesan buruk dalam jangka panjang. Remaja mula dilanda kegemukkan bila belajar di sekolah, kolej berasrama dan universiti.
Mereka makan terlalu banyak makanan segera dengan alasan tidak berkesempatan untuk memasak sendiri atau tidak minat makanan yang disajikan. Bermula disini gangguan haid berlaku, sama ada tidak datang haid, atau haid terlalu banyak, keluar berketul-ketul atau terlalu sedikit tetapi berpanjangan. Kesemua itu petanda adanya gangguan dan ketidakseimbangan hormon-hormon wanita dan akhirnya merosakkan rahim.
7. Menjaga kehormatan diri
Remaja perlu dididik menjaga kehormatan diri agar tidak terjebak kedalam maksiat perzinaan kerana ramai yang terjerat dengan berbagai gejala saperti pengguguran haram dan jangkitan kuman dalam peranakkan dan akhirnya rosak rahim dan jadi mandul apabila kahwin kelak.
8. Elak makanan tidak berzat dan stress
Perdarahan haid atau ‘datang kotor’ atau ‘datang bulan’. Berbagai panggilan untuk haid. Memang ada disebut dalam quran wanita dalam haid tidak dianggap bersih dan suami dilarang melakukan hubungan intim selagi isteri belum bersih dan telah mandi junub.
Sering juga haid tidak lancar keluar dan adakala haid ‘tumpah atau melimpah’ ke belakang rahim. Fenomena tersebut dikaitkan dengan rahim retroverted dan saluran pintu rahim sempit. Tanda utama ialah senggugut.
Di dalam rahim terdapat sistem pembersih darah haid. Bila sistem ini gagal berfungsi normal akibat penurunan immuniti ekoran dari pemakanan kurang berzat dan tinggi tahap racun serta peningkatan stress, darah haid yang tidak dibersihkan tadi akan menimbulkan penyakit endometriosis dan adenomyosis.
9. Banyakkan zikir dan berselawat waktu haid
Dipercayai darah haid yang tidak lancar dan bertakung di belakang rahim menggalakkan gangguan jin dan syaitan terhadap rahim. Oleh sebab itu ketika haid wanita tidak boleh solat dan membaca al-quran, sebaiknya banyakkan zikir dan selawat sebagai langkah mencegah gangguan jin dan syaitan.
10. Ambil makanan yang bantu menjaga rahim
Banyak makanan yang membantu dalam menjaga rahim di antaranya nenas yang mengandungi enjim bromalin dan betik yang mengandungi enjim papase. Kedua enzim berperanan untuk membersih darah kotor di belakang rahim.
Makanan-makanan tradisi seperti keledek merah membekal sedikit hormon progesterone, keladi ada sedikit estrogen, ubi kayu ada sedikit B17 (antikanser). Makanan tersebut juga membantu penjagaan rahim. Kunyit, bawang merah, bawang putih, halia dan serai ada kesan anti inflammatory juga berperanan menjaga rahim.
Perbanyakkan makan sayur-sayuran khususnya yang hijau seperti bayam, sawi, pucuk paku, kobis, kacang, lobak, brokoli, taugeh dan lain-lain. Banyakkan makan buah-buahan saperti jambu, oren, mangga, apel, nenas, betik, buah naga dan lain-lain. Makan pelbagai kacang saperti gajus, almond, walnut dan lain-lain. Baik juga dimakan bersama kismis dan kurma.
Makan lebih ikan saperti kembung, tenggiri, bawal, mackerel, tuna atau tongkol dan lain-lain. Amalkan minum teh hijau yang mengandungi antioxidant yang boleh mencegah penyakit. Amalkan minum susu segar (lembu atau kambing) setiap hari.
11. Amalkan supplement multivitamin
Ambil vitamin C (1GM) dan E (400 IU), logam kalsium dan fish oil (1-2000 GM) setiap hari sehingga akhir hayat.
Rahim merupakan anugerah Allah kepada wanita. Tanpa rahim apalah makna seseorang wanita itu. Oleh kerana itu, semua wanita perlu tahu cara-cara menjaga rahim agar ia sentiasa berada dalam keadaan normal dan sihat.