10 Tip Untuk Membantu Anda Mudah Melepasi Imigresen Apabila Melancong Luar Negara


Jika berada di luar negara, sudah semestinya banyak perkara yang perlu dititikberatkan. Ini bagi memastikan tidak berdepan masalah ketika berada di tempat orang, jika tidak ianya akan melambatkan proses percutian kita atau mungkin menyebabkan diri ditahan pihak berkuasa di sana.

Begitu juga jika berada di lapangan terbang, sama ada untuk berlepas atau pun ketika transit. Ini adalah saat di mana rasa berdebar, gemuruh di dada kian tinggi walaupun tahu tidak memiliki barang yang salah atau membawa barang yang terlarang. Namun apabila sudah tiba di imigresen, hati tetap mula berdebar-debar.

Untuk memastikan kelancaran sewaktu proses di bahagian imigresen, saudara Mazlan Zonan kongsikan tip perkara yang boleh dilakukan agar melepasi imigresen dengan mudah. Mungkin ia dapat memberi sedikit pencerahan buat anda selepas ini.

Berikut 10 tip untuk membantu anda melepasi imigresen dengan mudah dan lancar apabila melancong ke luar negara :

1. Kena ada tiket 'return' Malaysia

Tak kisahlah betul ke palsu, pastikan sampai Kuala Lumpur, setakat 'onward' tiket belum tentu boleh lepas. Kadang-kadang kamu tak boleh 'checkin' langsung untuk 'fly', aku pernah terkena dekat Sri Lanka. 'Flight' pergi Istanbul tak bagi 'checkin' sebab tak ada tiket 'return' walaupun aku ada 'onward' tiket ke negara sebelah. 'End up' aku tersadai 4 hari di Colombo Airport sebelum 'fly' balik Kuala Lumpur.

2. Arrival card

Pastikan isi borang dengan betul terutama alamat hotel and 'phone number', aku selalu letak nombor hotel, selalu yang buat sangkut benda inilah. Jangan sampai timbulkan persoalan, sebab akan menyebabkan dia banyak tanya nanti.

3. Booking hotel

Kekadang dia nak tengok kita punya 'booking hotel' sepanjang perjalanan kita. Jadi, buat benda ini siap-siap.

4. Pastikan passport valid lebih 6 bulan

Kalau 'cross' banyak 'country', pastikan 'border' terakhir kita nak 'cross' itu, passport kita masih lebih 6 bulan. Aku pernah terkena dekat Singapore, nasib baik masuk opis boleh 'talk' lagi. Kalau kena dekat Japan, nak cakap pun payah, kena tendang gitu aje.

5. Jangan bawa barang-barang terlarang

Jangan bawa barang-barang yang kena 'declare' dekat kastam, itu semua punca cerita jadi panjang. Sebab satu soalan dia akan berjangkit sampai ke 'content' dalam phone, semua dia siasat.

6. Pastikan phone bebas dari content berbahaya

Kandungan seperti lucah, 'terrorist' atau 'planning' nak kerja sana. 'Incase' kena tahan, benda-benda ini punca kita ke dalam dulu, sebelum dihantar pulang.

7. Pastikan kamu ada itinerary yang legit

Tahu mana nak pergi, macam mana, apa saja detail pasal 'tourist spot'. Supaya kita 'confident' nak jawab kalau dia tanya kita nak pergi mana, nak buat apa, sebab itu jangan 'copy itinerary' orang tanpa buat 'research'.

8. Pastikan bawa cash yang cukup

Tak akan pergi London bawa RM300, memang tak lepaslah. Kecuali 'credit card' berderet dan semua card atas nama kamu, itu tak apalah.

9. Print semua dokumen yang diperlukan

Semua 'booking', semua bendalah. Pastikan ada 'hardcopy', tak tahu kalau 'system down' ke dan ada negara yang memang tak ada komputer, semua masih guna manual. Jadi, benda ini perlu tetapi ini negara-negara terpencil la.

10. Rupa kena buat muka traveller

Jangan buat muka belacan atau muka pemetik apple. Ini aku tak tahu nak cakap macam mana, kena pergi 'grooming class'.

Apa-apa hal pun kamu buatlah yang terbaik. Kaji, belajar English. Cakap proper English. Senang nak travel. Apa-apa hal 'happy travelling'.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: