Nasib Isteri Bila Dapat Suami Terlalu Pendiam


Macam mana cara terbaik berkomunikasi dengan lelaki atau suami yang pendiam? Sebelum berkahwin, isteri mungkin merasakan bahawa dia mampu menukar sikap suami dari seorang yang pendiam kepada seorang yang ceria selepas berkahwin. Anggapan yang salah begini memang sering akan mengecewakan setiap isteri.

Biar pun masalah ini menjadi masalah yang ringan pada peringkat permulaan, namun jika suami masih tidak berubah sikap. Perkara ini akan memberi kesan buruk kepada hubungan suami isteri.

Berikut kesan negatif apabila suami sangat pendiam ialah :

1. Isteri letakkan kesalahan pada suami

Jika suami terlalu pendiam, isteri akan merasa bosan dan merana di dalam mengharapkan sesuatu komunikasi. Isteri akan menyalahkan setiap kesalahan pada suami sehingga tidak mahu mengambil berat terhadap keluarga.

2. Isteri rasa tertekan

Isteri juga akan rasa stres dan sering rasa keseorangan disebabkan sunyi sepi di dalam perhubungan kekeluargaan. Setiap perbualan akan memberi tindak balas emosi dan tindakan emosi ini adalah amat penting.

3. Timbul konflik

Seorang suami mungkin merasakan tiada apa yang mahu dibualkan dan sebarang bualan adalah seperti membuang masanya. Tetapi perkara ini mungkin akan menimbulkan konflik. Setiap isteri akan tertanya-tanya kenapa suami itu mendiamkan diri.

4. Tidak Berlaku Perbalahan selamat

Setiap isteri memerlukan sesuatu interaksi dan mungkin memerlukan sedikit pergaduhan untuk menyemarakkan lagi kasih sayang pasangan tersebut. Setiap perhubungan memerlukan sedikit perbalahan yang selamat untuk mengetahui perasaan pasangan masing-masing.

Perbalahan yang selamat sering kali akhirnya akan membawa kepada keeratan kekeluargaan. Namun, dengan suami yang sangat pendiam, perbalahan tidak mungkin akan berlaku.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: