Bernikahlah Kerana Allah Akan Mencukupkan Mu


Janji Allah s.w.t di dalam Al-Quran, menerusi firman-Nya dalam Surah An-Nur, ayat 32, pada anda yang mahu berkahwin, janji bimbang kerana anda pasti kaya!


"Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui." (Al-Quran : Surah An-Nur ayat 32)
Imam Al Qurtubi, mengatakan bahawa ayat tersebut mengandungi makna bahawa jangan biarkan kemiskinan seorang lelaki dan seorang wanita menjadi alasan untuk tidak berkahwin.

Jika perkahwinan tersebut hanya mencari redha Allah s.w.t dan menjauhi daripada kemurkaan Allah maka Allah akan memampukannya dan Allah akan mengkayakannya (mencukupi keperluannya untuk berkahwin).

Ayat itu merupakan bukti bahawa bernikah itu tidak pandang pada darjat. Anda dibolehkan menikahi orang miskin. Kerana itulah, tidak seharusnya anda berkata;

“Bagaimana aku akan berkahwin jika aku tidak punya duit?” atau

“Tentu aku akan susah jika berkahwin dengan orang miskin, jangan-jangan aku akan menjadi semakin miskin?”

Jangan pernah anda berkata dan berfikiran sebegitu. Mengapa? Sebab rezeki telah dijanjikan oleh Allah s.w.t. Soal makan dan minum pun telah dijamin oleh Allah.

Merujuk pada ayat janji Allah di atas, tidak sepatutnyalah kita takut berkahwin hanya kerana faktor kemiskinan, yang sebetulnya adalah ketika miskin itulah kita harus berani berkahwin. Bismillah!

Berkahwinlah kerana Allah s.w.t, nescaya Allah akan menjamin kehidupan anda.

Lihatlah betapa Rasulullah s.a.w menunjukan kepada kita bahawa kemiskinan bukanlah penghalang bagi sebuah perkahwinan. Buktinya?

Baginda berani menikahkan seorang perempuan yang datang kepada baginda dengan seorang lelaki miskin yang tidak mempunyai apa-apa selain pakaian yang ada di tubuhnya.

Hal ini penting untuk ditekankan, lantaran kebanyakkan faktor orang takut berkahwin kerana mereka miskin. Sehingga dengan berkahwin mereka merasakan akan semakin miskin dan susah hidupnya. Padahal, Allah berkata lain, justeru dengan berkahwin Dia akan mengkayakan dan memampukan kita.

Cuba untuk fahami dan renungi perkataan sahabat Nabi di bawah ini kalau anda semua masih takut bernikah kerana miskin, maka pertanyakanlah keimanan dalam dirimu!

“Patuhilah Allah dalam apa-apa yang Dia telah perintahkan padamu untuk berkahwin. Dia akan memenuhi janji-Nya untuk membuatmu kaya.” (Abu Bakar As-Siddiq)

“Carilah kekayaan pada sebuah pernikahan! Aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih pelik daripada seorang lelaki yang tidak mencari kekayaan dengan sebuah pernikahan. Padahal Allah telah menjanjikan, jika mereka miskin, maka Allah akan mengumpulkan mereka dengan kurnia-Nya. " (Umar bin Khattab)

“Temukanlah kekayaanmu dengan perkahwinan.” (Abdullah bin Mas’ud)

Jadi, wahai hamba Allah! Apakah sekarang masih ada lagi yang menghalangi anda untuk menikah? Adakah janji Allah ini masih tidak cukup bagi anda?

Allahu 'alam.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: