Bahasa dapat difahami sebagai suatu interaksi suara, dan makna. Disiplin yang mempelajari suara linguistik disebut sebagai fonetik, yang berkaitan dengan sifat sebenarnya dari suara pidato dan suara non pidato. Serta bagaimana mereka diproduksi, dan dirasakan.
Ada sistem aturan (dikenal sebagai tata bahasa) yang mengatur komunikasi antara anggota suatu masyarakat tutur tertentu. Grammar dipengaruhi oleh suara, makna dan termasuk morfologi (pembentukan dan komposisi kata-kata), sintaks (pembentukan, komposisi frasa, dan kalimat dari kata-kata ini), dan fonologi (sistem suara).
Berikut ilmu Linguistik di mana dua perkataan daripada yang paling mudah kita gunakan dapat mengubah sesuatu keadaan. Semoga bermanfaat.
1. Usah guna TETAPI sebaliknya guna DAN
Kita mungkin akan terdorong untuk mengatakan, "Saya hendak pergi ke kenduri kahwin Achik, TETAPI saya mempunyai kerja yang perlu dilakukan."
Sebaliknya, kita wajar berkata, "Saya mahu pergi ke kenduri kahwin Achik, DAN saya mempunyai kerja yang perlu dilakukan."
Apabila menggunakan perkataan TETAPI, kita membuat konflik untuk diri sendiri. Hakikatnya konflik itu tidak benar-benar wujud. Dalam erti kata lain, ada jalannya untuk pergi ke kenduri serta melakukan kerja-kerja apa yang utama. Kita hanya perlu mencari penyelesaian.
Gunakan perkataan DAN, akan menjadikan otak kita mendapat idea untuk mempertimbangkan cara bagaimana untuk boleh berurusan dengan kedua-dua bahagian ayat itu dan menjadikan kedua-duanya jadi kenyataan.
2. Pertukaran saya PERLU kepada saya MAHU
Ini latihan yang mudah : Beberapa kali seterusnya kita kata, "saya PERLU" dalam fikiran, ubah kepada "saya MAHU".
Latihan ini amat berkesan dalam menarik diri supaya menyedari bahawa apa yang kita lakukan dalam kehidupan, walaupun perkara yang kita dapati tidak menyenangkan, sebenarnya adalah apa yang kita pilih.
Perlu adalah paksaan. Mahu adalah keinginan. Perlu adalah seksaan. Mahu adalah keseronokan. Mahu-mahu adalah keseronokan berganda.
Kita sedang mendesainkan pemikiran - "reka bentuk pemikiran" dalam strategi penyelesaian masalah. Kita akan mempunyai lebih kawalan ke atas hidup.