Kisah Taubat Wanita Taat Beribadah Namun Tidak Bertudung


Al-kisah diceritakan, ada seorang wanita yang terkenal sangat taat dalam beribadah. Dia sangat rajin melakukan ibadah wajib mahupun sunat. Hanya ada satu kekurangannya, dia belum mahu bertudung (berjilbab) menutupi auratnya.

Setiap kali ditanya dia hanya tersenyum, seraya menjawab:

“Insya Allah yang penting hati dulu yang berjilbab.”

Sudah banyak orang yang menanyakan mahupun menasihatinya. Tapi jawapannya tetap sama.

Hingga pada suatu malam dia bermimpi sedang berada di sebuah taman yang indah. Rumputnya sangat hijau. Berbagai macam bunga sedang mekar. Ia bahkan dapat merasakan bagaimana segarnya udara dan wanginya bunga. Sebuah sungai yang sangat jernih. Airnya kelihatan melintas di pinggir taman. Hembusan angin pun dirasakan di sela-sela jarinya. Ada beberapa wanita di situ yang melintas juga menikmati pemandangan keindahan taman.

Dia pun menghampiri salah seorang wanita tersebut. Wajahnya sangat bersih, seakan-akan memancarkan cahaya yang sangat lembut.

“Assalamualaikum saudariku,” “Wa ’alaikumussalam, selamat datang wahai saudariku,” “Terima kasih, apakah ini syurga?” Wanita itu tersenyum.

“Tentu saja bukan wahai saudariku. Ini hanyalah tempat menunggu sebelum syurga.” “Benarkah? Tak dapat kubayangkan seperti apa indahnya syurga jika tempat menunggunya saja sudah seindah ini.”

Wanita itu tersenyum lagi kemudian bertanya; “Amalan apa yang membuatmu kembali wahai saudariku?” “Aku selalu menjaga solat dan aku menambah dengan ibadah-ibadah sunat. Alhamdulillah.”

Tiba-tiba jauh di hujung taman dia melihat sebuah pintu yang sangat indah. Pintu itu terbuka, dan dia melihat beberapa wanita yang di taman tadi mulai memasukinya satu persatu. “Mari, kita ikut mereka!” Kata wanita itu sambil setengah berlari.

“Apa di balik pintu itu?” “Tentu saja syurga wahai saudariku...” Larinya semakin cepat.

“Tunggu! tunggu aku...” Dia berlari sekancang-kencangnya, namun tetap tertinggal. Wanita itu hanya setengah berlari sambil tersenyum padanya. Namun dia tetap saja tidak mampu mengejarnya walaupun dia sudah berlari sekuat tenaga.

Dia lalu berteriak, “Amalan apa yang engkau lakukan sehingga engkau nampak begitu lambat?” “Sama denganmu wahai saudariku...” Jawab wanita itu sambil tersenyum.

Wanita itu telah mencapai pintu. Sebelah kakinya telah melalui pintu. Sebelum wanita itu melepasi pintu sepenuhnya, dia berteriak pada wanita itu;

“Amalan apa lagi yang engkau lakukan yang tidak aku lakukan?” Wanita itu menatapnya dan tersenyum lalu berkata; “Apakah engkau tidak memperhatikan dirimu apa yang membezakan dengan diriku?”

Dia sudah kehabisan nafas, tidak mampu lagi menjawab.

“Apakah engkau mengira bahawa Rabbmu akan mengizinkanmu masuk ke syurga-Nya tanpa jilbab tudung penutup aurat?” Kata wanita itu.

Tubuh wanita itu telah melepasi, tapi tiba-tiba kepalanya menjenguk keluar memandangnya dan berkata;

“Sungguh disayangkan, amalanmu tidak mampu membuatmu mengikutiku memasuki syurga ini. Cukuplah syurga hanya sampai di hatimu kerana niatmu adalah menghijabi hati.”

Dia terkejut, lalu terbangun dan terus beristighfar lantas terus mengambil wudhu. Dia mengerjakan solat malam, menangis dan menyesali perkataannya dahulu.

Dan sekarang dia berjanji sejak saat ini dia akan menutup auratnya.

Allah s.w.t berfirman :


“Wahai Nabi, suruhlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu serta wanita-wanita yang beriman: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-Quran : Surah Al-Ahzab ayat 59)
Berjilbab atau bertudung menutup aurat adalah perintah langsung dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala, melalui utusan-Nya baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Segala yang 'namanya' perintah dari Allah s.w.t adalah wajib bagi kita untuk mematuhi-Nya. Dan apabila dilanggar, ini jelas bahawa seseorang itu telah melakukan dosa.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: