6 Kemahiran Yang Graduan Perlu Ada Sebelum Memasuki Alam Pekerjaan


Selepas menamatkan pengajian di universiti, anda akan menceburi alam pekerjaan yang lebih mencabar. Ketika alam pekerjaan ini, bermacam-macam ragam manusia anda lihat. Sebagai persiapan untuk menceburi alam pekerjaan, ada beberapa kemahiran penting yang harus anda miliki terlebih dahulu.

Percayalah, dengan memiliki kemahiran atau skil-skil di bawah ini, InsyaAllah ianya dapat membantu anda lebih berjaya dalam dunia pekerjaan kelak.

Berikut 6 kemahiran yang graduan perlu ada sebelum memasuki dunia pekerjaan :

1. Kebolehan belajar sesuatu yang baru dengan pantas


Ketika bekerja, anda akan belajar banyak perkara baru daripada semasa ke semasa. Berlainan daripada zaman belajar di mana terdapat silibus yang boleh anda pelajari sebaliknya ketika di alam pekerjaan, kebanyakan ilmu yang anda perolehi adalah daripada pembacaan sendiri, carian di internet, melalui rakan sekerja dan sumber-sumber lain. Seseorang yang cepat mempelajari sesuatu ilmu baru selalunya lebih disayangi oleh bos anda dan lebih mudah untuk berjaya dalam bidang pekerjaan.

2. Kemahiran berkomunikasi


Tahukah apa tujuan utama sesi interviu diadakan sebelum mengambil seseorang pekerja? Selain mengetahui lebih lanjut mengenai calon pekerja yang memohon pekerjaan, sesi interviu merupakan salah satu cara mengetahui tahap komunikasi seseorang. Daripada segi pertuturan, tahap keyakinan dan kebijaksanaan anda menjawab soalan, semuanya dapat dilihat ketika sesi interview.

3. Pengalaman bekerja


Pengalaman bekerja di sini bukanlah bermaksud anda pernah mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang sama yang anda akan kerja. Sebaliknya, pengalaman bekerja dengan orang lain. Sekiranya anda jenis yang tidak gemar bekerja di bawah arahan orang lain, anda mungkin layak membuka bisnes atau melakukan pekerjaan yang tidak memerlukan anda terikat dengan arahan daripada orang atasan.

4. Kemahiran membuat analisa


Ketika zaman belajar dahulu, ada sesetengah pelajar yang amat membenci subjek matematik. Walaupun ketika alama pekerjaan anda tidak akan menjumpai soalan-soalan matematik seperti ketika zaman anda belajar dahulu, namun subjek matematik sebenarnya bertujuan untuk menajamkan kemahiran anda berfikir serta bijak membuat analisis. Di alam pekerjaan, kebanyakan masalah yang akan anda hadapi perlu dianalisis terlebih dahulu untuk mengetahui puncanya sebelum anda boleh menyelesaikan.

5. Berkebolehan kerja secara berkumpulan


Apabila bekerja, ada kalanya anda dikehendaki untuk bekerja dengan rakan sekerja anda untuk sesuatu projek. Sekiranya ketika zaman belajar dahulu anda lebih suka bekerja secara sendirian, apabila bekerja kelak anda mungkin akan menghadapi kesukaran untuk bekerja dalam kumpulan. Apabila bekerja secara berkumpulan, antara skil yang perlu anda miliki adalah boleh menerima pandangan dan idea orang lain dan sedia ditegur.

6. Pandai menetapkan prioriti


Dalam bidang pekerjaan, ada kalanya anda akan menerima beberapa arahan atau kerja yang perlu disiapkan dalam masa tertentu. Oleh itu anda haruslah bijak menetapkan keutamaan atau priority kerja mana yang harus diselesaikan terlebih dahulu. Sekiranya anda tidak menetapkan prioriti, nescaya anda tidak akan memiliki masa yang mencukupi untuk menyelesaikan semua tugasan yang diberikan.

      Baca : 9 Tanda-Tanda Kucing Peliharaan Anda Akan Mati

ADVERTISEMENT

Kesimpulan


Persediaan kemahiran-kemahiran di atas, cukup untuk menggambarkan bahawa alam kerjaya adalah dunia yang serius. Ia memerlukan kesungguhan dan komited dalam menyiapkan tugasan. Namun, janganlah pula melihat ia sebagai suatu yang membebankan sebaliknya anggaplah ia suatu cabaran untuk mematangkan diri dan mempersiapkan diri ke fasa yang lebih jauh seperti; alam perkahwinan, mengembangkan harta dan memiliki kehidupan yang selesa dunia dan akhirat.

- Daku Amat

Tags : graduan mencari perkerjaan kemahiran asas dunia pekerjaan pengetahuan
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: