Banyak Manfaat Dari Amalan Sedekah


Selain daripada sedekah wajib iaitu zakat harta, zakat fitrah dan sebagainya, umat Islam umumnya digalakkan memberi sedekah sunat sebagai tanda bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t.

Amalan bersedekah ada banyak manfaat yang kita tidak nampak dengan mata kasar. Sedekah, membawa maksud pemberian seseorang kepada orang lain secara su­­ka rela, seperti mengeluarkan har­ta dengan niat mencari keredaan Allah s.w.t.

Melihat pengertian sedekah dengan lebih luas, sedekah tidak hanya mengeluarkan harta semata-mata. Se­ga­la bentuk kebaikan adalah sedekah misalnya mengukir senyuman.

Berikut antara manfaat yang akan diperolehi dari amalan sedekah :

1. Dipanjangkan umur

Selama mana kita hidup di dunia ini telah ditentukan saat kematiannya. Seseorang tidak boleh lari daripadanya. Kematian tidak akan dipercepatkan dan dilambatkan barang sesaat sekali pun tanpa izin daripada-Nya. Tetapi kenapa hadis ini menceritakan bahawa bersedekah itu boleh memanjangkan umur seseorang?

Nabi s.a.w ingin menjelaskan bahawa Allah s.w.t Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui dan Dia boleh memendekkan atau memanjangkan umur seseorang mengikut kehendak-Nya. Jika Dia reda dan kasih kepada hamba-Nya yang banyak bersedekah tidak sukar bagi Allah s.a.w merubah qada dan qadar-Nya yang telah tertulis.

Firman Allah yang mafhumnya :

“Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia.” (Surah Yasiin ayat 82).
2. Dapat menghapuskan sifat sombong, takbur dan riak

Sesiapa yang melazimkan diri bersedekah dan tidak kedekut dengan harta yang dimilikinya maka Allah s.w.t akan campakkan dalam hatinya perasaan kasih sayang, lemah lembut, tenang, suka pada kebenaran dan akan dijauhkan oleh Allah dari sifat sombong, takbur dan menunjuk-nunjuk dengan pemberiannya.

Sedekah lebih besar pahalanya apabila sedekah yang diberikan pada masa masih sihat dan sebenarnya engkau bakhil yakni merasa sayang hendak mendermakan harta kerana takut harta jadi berkurangan dan berangan untuk menjadi kaya.

3. Diperluaskan rezekinya dalam kehidupan

Sedekah merupakan salah satu kunci rezeki. Yakinlah, dengan amalan bersedekah tidak akan membuat kita jadi miskin atau papa-kedana. Malah sebaliknya akan menjadikan rezeki kita lebih murah berlipat ganda.


"Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan meperlipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan." (Surah Al-Baqarah Ayat 245)
4. Sedekah dapat menyucikan diri dan har­ta

Sedekah antara lain bertujuan membersihkan jiwa dan har­ta yang dimiliki.

Sedekah mempunyai banyak manfaat yang perlu kita ke­ta­­hui. Manfaat sedekah bukan hanya dirasakan oleh penerima atau pihak yang diberikan sedekah, bahkan manfaat sedekah itu juga akan diperolehi oleh orang yang memberikan sedekah.

5. Mencegah mati dalam keadaan buruk

Sedekah yang ikhlas semata-mata kerana Allah juga dapat mencegah seseorang daripada mati dalam keadaan buruk. Iaitu di mana orang yang selalu bersedekah akan dilindungi daripada ditimpa kemalangan yang menyebabkan kematian dalam keadaan yang ngeri atau mati dalam keadaan tidak beriman (su'ul khatimah) kerana sedekah itu sebenarnya membawa rahmat.

Dalam Al-Quran ada Allah rakam keadaan manusia yang menyesal selepas kematiannya terkait dengan hal bersedekah.


"Dan belanjakanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: "Ya Rabb-ku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang soleh?" (Surah Al-Munafiqun Ayat 10)
6. Mendapat doa daripada Malaikat

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahwa Nabi Muhammad shollallahu ‘alahi wa sallam bersabda :


"Tidaklah seorang hamba memasuki waktu pagi pada setiap harinya, kecuali ada dua malaikat yang turun. Salah satunya memohon: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi dermawan yang menyedekahkan hartanya.’ Dan satu lagi memohon: ‘Ya Allah, musnahkanlah harta si bakhil." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Caranya mudah sekali, pilihlah waktu yang paling afdhal iaitu selepas solat fardhu Subuh dan sebelum syuruk. Bersedekahlah tak kira berapa sen/rm ke dalam tabung sedekah subuh itu. Semasa hendak memasukkan wang itu berniatlah kerana Allah agar diberikan Allah kebaikan untuk anda dan keluarga.

Masukkan ke dalam tabung itu sehingga genap sebulan dan seterusnya istiqamah sampai bila-bila. Insya Allah kita akan dapat pahala yang mengalir.

7. Mendapat naungan di akhirat

Manakala faedahnya di akhirat pula ialah seseorang itu akan mendapat naungan daripada panas terik di padang Mahsyar dan mendapat pendinding daripada api neraka.

Kesimpulannya, amalan sedekah sangat digalakkan da­lam Islam, kerana ia mampu memberikan ke­se­nangan dan kebahagiaan kepada pihak yang me­mer­lukan. Lebih-lebih lagi kepada golongan yang betul-betul memerlukan bantuan. Selain itu, manfaat sedekah turut mengingatkan kita bahawa apa yang kita miliki adalah nikmat yang tidak lepas daripada izin Allah. Sebagai membentuk rasa syukur, maka kita perlu membahagi kenikmatan yang diperoleh kepada orang lain yang kurang berkemampuan.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: